Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, March 30, 2011

puding roti marble coklat strawberi

ptg smalam aku wat puding ni. mak n abah ada di rumah, so wat mkn2 la ckit. puding ni sekejap je nak buat rupanya....cara m'buat yg mudah, simple dan sedap. aku memang suka resepi2 yang cenggini..org b'kerja la....nak yg mudah2 ajor...aku amik dri rumah kak hana yg dulunya tinggal di Jepun. tpi, baru je balik Malaysia coz hubby dia dah tamat study...tima kasih akak.
*
*
*
*

sebelum masuk fridge
*
*
*

dah kuar fridge...nak potong je ni
*
*
*

marble yg aku buat ni tak cantik mcm kak hana buat la...aku takut beku, so aku ceduk la cepat2...
*
*
*
*
*
*


sedap puding ni. lebih2 lgi kalau mkn time dia sejuk2...resepi aku copy dri rumah kak hana je. minta izin ye kak..


RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.

2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.

3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.

4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).


5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.

6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.


No comments:

Post a Comment