Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, December 30, 2011

lunch on 29th dec 2011

dah lama jugak tak update citer kat sini
skrg tgh bz membina rumah baru..
lately ni slalu jugak dpt oder dari kengkawan..
so, aku buat tempat khas utk oder2 home made bakery
bukan banyak sgt pun org oder..
cuma nak bagi kemudahan  kepada sesiapa yg nak tgk produk bakery aku
korang boleh la jenguk2 little bakery aku yang baru ni k..
hari ni nak tepek repeat lunch yg pernah dimasak sebelum ni
cuma upgrade sikit, tambahkan dengan sayur labu jer..


resepi refer sini k..
dah pernah buat sebelum ni, cuma tambahkan sayur labu je

gambar yang ni tak ada kena mengena dengan menu masakn ni
cuma nak tepek gambar adik dn ayahnya jer..




Tuesday, December 27, 2011

japanese cotton cheese cake

baru pas kuar oven
rupa kek dah cantik, tapi tak rasa manis dan tak rasa lemak cheesenya
mungkin aku terkurang gula kot..
gebu kan..

disebabkan tak manis aku potong dua dan taruk filling blueberry kat tengah tu

resepi aku amik kat kak ummi
kita copy sini plak k..

Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)

Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon

Cara-cara:-
Utk adunan A:
  1. Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td.
  2. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj
Utk adunan B:
  1. Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy).
  2. Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak). (*akak pukul lebihkurang 7-8 minit)
  3. Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau sampai sebati.
  4. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
  5. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F.
#Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga separuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air x masuk esp. springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).

Monday, December 19, 2011

lunch on 18th dec 2011

hari ni lunch sama anak2, adik n his wife..
cik asben tak balik lagi..
buat siakap sweet sour bedal je labu..
klau ada cik asben, mesti dia suruh masak stim..
*
*
ikan siakap masak sweet n sour..
resepi tengok sini..
*
*
kailan ikan masin..
resepi tengok sini..
*
*
sup sayur campur + ayam..
utk anak2 ler..

Sunday, December 18, 2011

simple lunch on 17th dec 2011

menu lunch hari ni simple jer coz cik asben x ada..
outstation, start jumaat till ahad..
kami 3 branak stay kat rmh jer..
nasib baik ada adik n wife dia lepak cni..
x ler boring sgt..
aku buar menu repeat jer..
*
*
masak lemak pucuk paku 'super hot'
*
*
ikan masak sambal..
resepi, belek2 la entry yg lepas..
dah pernah buat sebelum ni..
selamat menjamu selera..

Wednesday, December 14, 2011

PROGRAM JUALAN KEMBALI KE SEKOLAH

KPDNKK buat julung kalinya akan menganjurkan program Jualan Kembali Ke Sekolah bagi memberi peluang kepada ibu bapa mendapatkan barangan keperluan persekolahan pada harga yang berpatutan. Pelbagai kelengkapan sekolah dari jenama terkenal akan dijual semasa jualan ini seperti Bata, Canggih, Besta, Body Gloove, Astro Kid, Ballerina, X- Zone, Smart Reader Kids, Noor Arfa, 100 Vision, CIC dan banyak lagi....
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang beramai-ramai ke program jualan ini yang akan bermula pada 20 hingga 24 Disember 2011, dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam bertempat di Aras G, Bangunan KPDNKK.
Jom beramai-ramai mengunjungi Jualan Kembali Ke Sekolah
*
*
kepada ibu bapa yang masih belum membuat persiapan utk persekolahan anak2..
bolehlah b'kunjung ke sini..
KPDNKK, Presint 2, Putrajaya
anak kita tadika lagi next year...

Tuesday, December 6, 2011

masak lemak cili api ikan tenggiri

simple lunch for today..
masak lemak cili api ikan tenggiri..
sedap makan dgn nasi + ulaman..
sambal belacan dah tak perlu kot sbb aku buat super hot..
*
*
seperti biasa, aku suka goreng dulu ikan sebelum dimasak lemak cili padi..
goreng sekejap jer..separuh masak
resepi sama mcm yg kat kat sini

Saturday, December 3, 2011

ikan siakap kukus mangga

simple dinner tonite...
dan simple entry today...
*
*
ikan siakap kukus mangga..
resepi aku amik kat rozzan
copt sini plak k..

IKAN SIAKAP KUKUS MANGGA

Bahan-bahan:2 ekor ikan siakap (setiap satu anggaran 500 gm)
1-2 sudu teh garam (utk dilumur pada ikan)
2 batang serai (hiris halus-halus)
1 inci halia (hiris memanjang, halus)
1 inci lengkuas (hiris memanjang, halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
secukup cili padi
1 biji mangga yg masak (mengkal)
2 biji tomato (belah empat)
1 biji limau nipis (perah dan amil jusnya)
1 btg kecil lobak merah (hiris sprti lidi mancis)
8-10 biji cendawan shitake segar (dihiris kecil2)
1 biji kecil lada benggala (merah atau hijau)- potong ikut suka

Hiasan:Daun ketumbar atau daun saderi


Cara:1) Ikan disiang dan dicuci bersih. Lumurkan dgn garam ke seluruh ikan dan bubuh dalam pinggan kukusan.

2) Kemudian taburkan kesemua bahan-bahan yg lain ke atas dan keliling ikan kecuali daun ketumbar/saderi. Susun mengikut citarasa anda.

3) Kukus selama 20 minit sehingga ikan masak. Hiaskan dgn daun ketumbar.

Nota:
Untuk mereka yg suka pedas, ikan ni pun boleh dimakan/dicicah dgn kicap manis yg telah dibubuh hirisan bawang besar dan cili padi

Friday, December 2, 2011

my adorable prince n princess

pinjam kata2 header dari iza..
nak tengok muka irfan kalau lepas nangis?????
*
*
muka merajuk, baru lepas nangis...
*
*
muka irdina merajuk sbb nak mkn keropok, tpi tak dapat..

Thursday, December 1, 2011

baby kiko clearance sales 2011

aku dgn beberapa org mak budak g sales bb kiko kat puchong..
sales yg dibuat setahun sekali oleh bb kiko nih..
tanpa membuang masa, kami start keta dan berdezup ke sna..
berbaloi2 beli baju anak2 time tuh..
dah la sales, ada rebate lagi dari segi total harganya..
dpt free gift lgi tu..
dah gaya pasar borong masa tu..
ada la sekeping dua gambar yg sempat amik..
yg lain tu tak sempat coz bz nyoping..
*
*
lokasinya..
*
*
sesi memilih baju..
*
*
tepi longkang pun jadi..
weh....
bukan aku sorang je yg berkeadaan mcm tu..
*
*
untuk irfan..
*
*
ntuk irdina..
jenama bb kiko kan mahal2..
pulak tu di jual asing2..
tak jual sepasang..
time ni la nak memborong lebih ckit..
total pembelian aku RM117.00 setelah ditolak dgn rebate RM28.00..
paling mahal pun pakaian yg dijual masa tu adalah RM20.00
aksesori spt botol susu, puting dan lain2 pun ada..
sales start 01 dec 2011 ~ 04 dec 2011