Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, December 30, 2010

japanese cheese cake

ni last resepi for 2010...ptg kang nak blik kmpg...actually,kek ni dah buat sblm ni.bru upload kat blog ni jer..resepi amik kat member2 KR..blh tgk kat link ni yer..http://www.facebook.com/home.php#!/topic.php?uid=113696645313805&topic=855
rupa msa dlm oven

dah d potong, mkn dgn coklat ganache@aiskrim memang sedap giler..ni antara favourite kek hubby aku..nak deco lebih2 aku tak pandai da...apa2 pun, aku buh jgak la resepi dia kat bwh ni k...minta izin C&P dari discussion KR yea..

Japanese cheese cake

4-5 keping cheddar cheese
200ml susu segar
4 biji telur
70gm gula halus
70gm tepong kek
70gm butter
masa penyediaan: 20min
masa membakar: 1jam

Cara-caranya:

1. koyak2kan ciz kecil2 dan campurkan dgn 200ml susu segar. masak dgn api perlahan, kacau selalu. masukkan butter,tutup api.

2. asingkan telur putih dan merah. pukul telur putih dgn 70gm gula halus hingga menjadi kembang @ meringue. kemudian pukul telur merah hingga kembang, masukkan dlm adunan ciz tadi ( 1 ).

3. masukkan tepong sikit demi sedikit, kacau perlahan. sekiranya berketul boleh di tapis. kemudian masukkan adunan meringue tadi. kaup dan sebatikan adunan.

4. lapik acuan 7x3 inci loyang bulat. tuang adunan kedalam acuan.

5. letak loyang dlm bekas yg telah di isi air panas. masukkan ke dalam ketuhar yg telah di panaskan 20min pada suhu 170c selama 20min kemudian rendahkan suhu kepada 140c dan terus membakar selama 40min.

teknik membakar bain marie atau steam bath sbb cheese sangat lembut dan mudah terbakar


Wednesday, December 29, 2010

apple pie

aku buat appl pie..tpi over baked da...ala,1st time ma...yg penting rsa dia sedap mcm yg mcdonalds punya..cuma klau tgk rupa,tak bole lwn mcdonalds la...amik resepi ni kat sifu CMG http://tiffinbiru.blogspot.com/search/label/Pastri. blog ni bagus coz dia tunjuk step by step cara nak bentukkan kulit pastri ni.pkai puff pastry instant je, jenama kawan.
sesapa nak resepi & step by step cara membentuk puff pastry ni, korang klik la kat link tu yek..kita cuma tulis resepi filling dia je k..amik kat CMG jgak...minta izin C&P ye..mekasih bebanyak sifu..

Bahan-bahannya:
Pastry Puff secukupnya
2 biji epal hijau
1/3 cawan kismis
1 camca besar serbuk badam
1 batang kayu manis
2 camca besar mentega
1 camca besar gula peerang (brown sugar)
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh tepung jagung

UNTUK INTI :- Kupas epal hijau tadi, buang empulur dan dadu kecil2. Dalam periuk, panaskan mentega, masukkan kayu manis, epal dan kismis, goreng hingga harum, masukkan gula perang dan kacau rata. Kecilkan api dan masak hingga epal lembut. Tambah badam kisar, garam dan tepung jagung. Kacau rata dan biar inti pekat dan kelihatan kering sedikit, tetapi masih lembap. Angkat dan sejukkan.

ekzima

bb aku, irdina ni ada pnyakit ekzema...mula2 buta huruf jgak aku ttg jenis pnyakit ni..bla doc bgtau,aku trus la search kat tenet ttg asal usul spesis pnyakit ni..setelah puas ku korek sna cni kat dlm tenet,o....bru ku tau...ekzema dia ni byk tmbuh tang kaki..merah2 smpai kekadang tu b'air&nak b'nanah jadiknyer...dlm fmily aku & hubby tak ada yg prnah kna pnyakit ni..nak geram pun tak bole coz diaorg pun mcm aku jgak mula2 tu,jahil ttg pnyakit ni.ada ke sekolompok tu ckp anak aku tu b'kudis!!!!!!tu yg tak tahan den m'dengar ni..meh cni nak bgtau kat semua2 la ttg serba sedikit ttg pnyakit ni:

1) paling penting, TAK BERJANGKIT...
2) punca pnyakit ni coz fmily ada resdung,asma@lelah
3) pesakit tak blh b'ada dlm keadaan panas,b'peluh,cuaca yg kering & t'lampau sejuk
4) bb i allergic lactose, so skrg mnum susu dri kuarga soya
5) pnyakit ni akan on off.doc bgtau ubat utk sembuh tak ada,kta cuma blh control je.kebanyakan pesakit
    akan smbuh sndiri..ada yg mgambil msa b'thn2 utk sembuh..

produk yg diguna pakai oleh bb aku skrg,d syorkan oleh beberapa doc yg prnah aku pegi t'masuk pakar kulit:
produk mandian guna sebamed, laps mandi sapu balneum lotion (kat farmasi jenuh aku cari,tpi tak de stok@tak jual) & yg dlm bekas putih kecik tu nmanyer BVPP oilment cream (sapu kat area yg dah kna ekzema tu,cepat sembuh).cream & lotion tu blh di dapat kat Klnik Mediviron d ara damansara...jauh tu aku g dri ptrajaya..tpi, anak punya psal tak kisah la..alhamdulillah,dia srasi dgn ubat2 kat klinik ni..Dr. Patrick ni bagus,smbil cek anak kita dia bg consultant skali..jgn salah sangka tau,klinik mediviron yg ni bkn mcm branch2 yg ada kat byk tmpt tu..yg ni lain ckit.ada yg ckp,ni original owner dia,bkn mcm francais yg lain tu..tak tau la sejauh mna kebenaran tu..yg aku tau,doc dia bagus..

genting highlands

blik dri kenduri kawin cousin hari tu kat ipoh,kmi trus naik genting.jln2 je..smpai pun dah ptg..tak stay sna,trus blik rmh..
time ni irdina tak de lagi...

tak byk amik pic pun...dah mlm..

port dickson

kami skuarga b'cuti msa besday irfan 2 years...kat PD jer...stay kat Le Paris Hotel.nma hotel ni sedap..tpi, enviroment yg agak kureng...nsib baik la aku stay kat situ guna free voucher.klau bayar,tak b'baloi da...time ni irdina tak kuar lgi..dia ikut jgak trip ni,tpi msa tu dia still dlm perut la..bwa irfan b'cuti..sronok tgk anak happy ni...
ni kat swimming pool hotel. c ayah melayan c anak

kat tepi pantai teluk kemang

irfan kna timbus....
dah waktu senja ni...jom balik..

Tuesday, December 28, 2010

wajah2 kesayanganku...

ni la fmily aku...ayah,irfan&bb irdina...alhamdulillah,stakat ni dah lengkap la fmily aku...stakat ni la..niat nak tambah tu mesti la ada..tpi,tggu............insan2 yg amat aku sayangi..aku b'syukur kepada ALLAH di atas anugerahnya..

apam dot-dot

hri tu aku buat apam dot2 atau apam polka dot...antara spesis kuih apam yg t'laris & t'hangat di FB.yg ni 1st time buat utk mkn2 besday anak lelaki aku...resepi asal aku pun dah tak ingat owner ..tpi aku amik dari FB (Kongsi Resepi).yg ni aku wat filling coklat & strawberry.

yang ni plak aku wat utk mkn sendiri2...filling blueberry & coklat..resepinyer aku CNP dari http://www.facebook.com/home.php#!/topic.php?uid=113696645313805&topic=894.
kalau maleh nak buka link ni,tgk la resepi kat bwh ni yer..

apam polka dot :

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

kek coklat karamel

morning...kek ni pun dah lma aku buat.sma mcm kek kramel N3 sblm ni..cuma tebalkan ckit lapisan karamelnya & adunan kek guna resepi kek coklat..tpi,aku rsa manis giler da...rasanya gandingan yg sebelum ni lgi ok la..tpi,t'pulangla pd citarasa msing2 kan...
ok,resepi asal kak munira baharum..diupgradekan oleh kak lili FB kot..sori ye,dah tak sure sapa pencipta kek ni..apa2 pun,resepinyer kat bwh ni ye..sori,CNP jer...

karamel:
4-6 sudu gula + 1 sudu air..dimasak hingga cair kekuningan/perang..dah cair tuang terus ke loyang dan biarkan
puding:
500 ml susu kotak/fresh milk/susu cair
70gm gula
4 bijik telur
1 sudu esen vanilla
panaskan susu dan gula hingga gula cair...
pukul telur dan esen vanila.kemudian masukan susu panas tu perlahan2 dan kacau jgn sampai berbuih.dah sebati tuang atas karamel td


kek coklat:
adunan 1
1/2 cwn gula
1/2 buttercup (125gm)
3 biji telur
*pukul guna pemutar gula &buttercup,pas tu msukkan telur sebiji demi sebiji.

dlm bekas lain (adunan 2)
2 cwn tepung gndum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
*ayakkan semua sekali

dlm bekas lain(adunan 3)
1/2 cwn serbuk koko
1 sudu teh nescafe
1 sudu tek coklat emulco
1 sudu teh esen vanila
1 cwn air
*pukul smpai sebati dgn pemukul telur je

-gaul adunan 2& 3 berselang seli ke dalam adunan 1.gaul dengan senduk jer.pas tu buh dlm adunan karamel tdi..bakar secara double boiler selama 45 m @ sehingga masak.suhu 160-180c..b'gantung pd oven la..pas tu sejukkan dlm peti ais lama2 ckit..baru sedap d makan..

Monday, December 27, 2010

rich chocolate moist cake

aku buat ni sempena fmily aku dtg pada 19hb-20hb bru ni...wat utk mkn2 jer..licin di kerjakan dek anak2 buah..topping tu guna coklat ganache. aku CNP je la yer..malas nak taip balik..link kat http://herymarlinda.fotopages.com/?entry=1815893.

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : Nina Batriesyia

Bahan-bahan:
250gm butter (asalnya 170gm)
300gm gula caster (asalnya 396.9)
4 biji telur ayam (asalnya 3 biji)

Bahan2 dibancuh bersama :
1 sudu teh serbuk nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanilla (Boleh tukar vanilla lemon/orange)
1 sudu teh chocolate emulco..tak bubuh sebab tak ada

Bahan2 diayak bersama:
230 gm tepung gandum ( asalnya 226gm tepung high protein)
64gm serbuk koko
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonate..tak bubuh
2 sudu teh baking powder (asalnya 1 1/2 sudu teh)

200ml air sejuk dari peti ais

Cara-cara :
1. Guna mixer full speed, pukul butter dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan campuran nescafe dan esen.

Peringkat seterusnya, sila guna spatula atau whisker. Jangan guna mixer lagi
kerana ini akan menyebabkan kek berkawah sebab kek berat akibat overmixed.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan. Guna kaedah kaup balik
satu arah sehingga tepung sekadar sebati dalam adunan.
5. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil gaul perlahan2.
6. Bakar dalam loyang 9" dengan suhu 170 drj celcius selama 50min -60min.
Atau kukus tetapi loyang perlu ditutup dgn aluminium foil, guna api biasa selama 1 1/2 jam

kek karamel

aku buat kek ni dah lma..sblm wujudnya blog ni..tpi,msukkan je la erk...kek ni antara resepi kek yg t'hangat di FB.owner dia kak munira baharum.ni rupa sebelum d bakar tau..
ni rupa setelah siap d bakar&d potong..tukang rasa ckp (laki aku ler..),rsa dah ok..kek tak manis sgt..cuma kna tebalkan karamel kat atas tu ckit lgi supaya gandingan kek&karamel tu trasa..tu tukang rasa aku yg ckp la..resepinyer kat bwh ni ye...aku CNP kak munira ja dri laman discussion KR..
KEK KARAMEL
bahan2:
(A)
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)

(B) - Bhagian Atas
1/2 tin susu cair FN...(blh tmbah klu nk karamel tebal ckit)
70gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur...(klu tmbah susu cair kena tmbah gak kuning telur)

(C) - Lapisan Kek
140gm tepung gandum
70gm gula kastor
3 bj kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder (guna sudu KFC)
45ml minyak msk

(D)Merinque
6 bj putih telur
70gm gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)

Cara menbuatnya:
1. Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...
2. masukkan (B) td dlm loyang gula hangus tadi.
3. pukul bahan (C)
4. pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang n bila kita angkat dia x jatuh...
5. campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..
6. bahgikan kpd beberapa bhgian n tak warna n paste klu nk..
7. masukkan kedlm loyang yg td..
8. Bakar cara double boiling - selama 1jam suhu 160-180C
9. Bila msk angkat n rest 10 minit br t'balik kan kek yg dibakar tadi...

nur irdina

25hb baru ni,bb aku kna nebulizer,pas tu x ray,amik darah & kna nebulizer lgi...dia batuk b'kahak...dah hmpir smnggu tak baik2 pun..dah pergi 2 klnik yg b'lainan sblm ni...last2,aku bwa g hspital ptrajaya je..line emergncy lgi tu...doc ckp klau ujian drah dia tak ok.kna admit....aku punya la risau msa tu..
dina tido kepenatan setelah mnangis bgai nak rak aku di buatnya...time ni nak tggu ujian darah kuar la...alhamdulillah..doc ckp ok..dia tak kna asma..cuma batuk dia truk ckit..skrg saluran p'nafasan dia dah ok..so,u bole blik la...