Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, February 21, 2012

simple dinner last night

disebabkan kami sekuarga nak bercuti pada 24hb sehingga 26hb nanti..
aku tak membeli stok untuk ikan, ayam, sayuran dan yang sewaktu dengannya..
tugasan sekarang adalah untuk men' clearkan stok2 yang sedia ada dlm fridge tu..
so, aku masak la sosej sweet sour dan kailan ikan masin..
goreng ikan terubuk masin cikit..
jadi la stakat nak makan sekuarga kecik ni ha..

sosej sweet sour..
resepi  kuah untuk sweet sour ni aku guna resepi ikan sweet sour yang pernah aku buat sebelum ini
pas tu, curah atas sosej yang telah digoreng tu..

kailan ikan masin..
juga dah pernah buat sebelum ni..nak resepi, belek la kat label sayur tu k..


Monday, February 20, 2012

maggi goreng suka hati

salam semua..
nak post menu breakfast semalam..
aku masak maggi goreng..
banyak style nak masak maggi goreng ni..
suka hati la nak taruk apa..
antara style yang aku cuba, masak bersama daging cincang


peria goreng telur

aku suka makan peria walaupun rasanya agak pahit
sedap dimasak secara goreng atau masukkan dalam gulai atau kari..
tpi, kat rmh tak ada peminat lain, cuma aku jer..
so, kalau pegi pasar borong..
aku hanya beli sebatang peria katak yang kecil tu jer..
utk aku makan sorang..
pas tu, masak pedas2..
tak makan dengan nasi pun, tak pe..
rupa peria katak macam ni...

sumber : google

peria katak tumis telur
dah pernah buat sebelum ni..
resepi boleh cari kat label sayur
aku buat pedas2 sebab aku sorang je yang makan pun...

Monday, February 13, 2012

kerepek ngaku

cuti hujung minggu baru ni, aku buat kerepek ngaku..
buah ngaku ni, cc min yang bagi..
dek kerana aku menjelajah 3 supermarket untuk cari buah ni..
masa tak nak beli, bersepah org jual..
masa nak beli, tak de la plak..
buah ngaku banyak dijual masa tahun baru cina jer..
pas tu, susah la sikit nak mencarinya
sedap rasa kerepek ngaku ni..
rasa lemak2nya memang menyelerekan..
aku suka kalau taruk garam sikit kat kerepek tu..
pas tu, goncang2kan balang kerepek tu..
sedap weh...
dah ramai blogger yang buat kerepek ni..
sapa tak kenal buah ngaku ni, tengok la gambar kat bawah..

sumber : cik google la

kerek ngaku yang aku mengaku rasanya memang sedap..
cara nak masak, buang kulit, sagat nipis dan goreng dalam minyak yang banyak..
siap..

Thursday, February 9, 2012

majlis pertunangan faezah

05 Februari hari tu, kami sekuarga pergi ke majlis pertunangan adik kepada kakak iparku, di damansara
hantar cheese tart dan kek karamel sekali ke sana..
majlis berjalan dengan lancar..
aku suka tengok gubahan hantaran pihak perempuan dan bunga pegang dia..
tema merah dan fresh...
gambar hantaran, nanti aku upload k..
penggubahnya merupakan kakak sulung kepada si perempuan tu sendiri..
dia memang kreatif..
sesapa yang berminat nak tempah apa2 jenis gubahan, boleh jenguk blog zura ni..

bunga pegang yang dihasilkannya..
terliur aku tgk buah stroberi nih..

selamat bertunag faeza dan paan..

Wednesday, February 8, 2012

ayam masak kicap best & sempoi

dah lama tak update blog yg satu ni..
sekarang ni bzee dengan  kedai bakery baru..
he3...kedai la sangat...
hasil minat yang agak lebih dalam pembuatan produk bakery..
maka terhasillah blog baru tu...
sudi2 la menjenguknya ye..
tak la pandai sangat membuatnya..
bolehla, sikit2...
hari ni nak upate resepi masakan kegemaran family aku yang terkini..
senang nak membuatnya dan sekuarga boleh makan..
tak payah nak masak asing2 utk mak, ayah dan anak2
mak dan ayah nak masakan pedas..
anak2 tentu tak mau yang pedas..
irdina yang bb tu pun suka makan weh..
kalau nak cepat dan sedap, korang try resepi yang aku dapat dari MIL aku ni..
mungkin orang lain dah lama tau, tapi aku plak baru je dapat..
aku namakan ayam masak kicap best & sempoi...

punya la malas..
amik gambar dalam kuali jer...

RESEPINYA:

1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
sos tomato
kicap manis
3-4 biji cili padi (potong separuh tangkainya)
garam, gula dan bahan perasa

CARANYA:

- gaul ayam dengan serbuk kunyit, garam dan gorengkan separuh masak. angkat dan asingkan
- guna lebihan minyak goreng ayam tadi, tumiskan bahan hiris bersama 4 sekawan
- dah agak garing dan berbau wangi, masukkan kicap manis dan sedikit air
- masukkan sos tomato, ayam dan tambahkan air untuk kuah. nak banyak kuah, masukkan lebih air
- untuk sukatan kicap dan sos, korang agak2 la sendiri. biarkan ada rasa masam manisnya
- masukkan garam, gula dan perasa
- pas dah siap, tutup api dan masukkan cili padi yang bertangkai tadi
- kuahnya memang tak akan pedas walaupun dah masukkan cili padi. anak2 memang boleh makan. mak ayah yang nakkan pedas, ambil kuah bersama cili padi tu dan picit2kan la cili tu dalam pinggan nasi sendiri ye..kalau picit dalam kuah tu, pedas ler kesemuanya.