Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, January 21, 2013

Family kecik aku

Gambar ni sesaja ambil masa tgh tggu oder makan sampai........





Suka sangat makan kuey teow kungfu kat restoran ni. Mewah dengan segala isi perutnya..

..



Abang di kelas taekwondo

Gambar ni aku ambil masa kelas keduanya. Bersungguh betul aku tengok abang buat apa yg diajar oleh sir masa dalam kelas. Tapi, ada kekadang tu dia main2 juga masa belajar. Dah nama pun budak...







Citer yang kat bawah ni tak de kena mengena dengan tajuk. Saja nak menyelit. 1st time beli tempe dapat yang rupa macam ni..........


Tempe ni masih tak jadi lagi...Bila buka, berderai kacang2 tu kuar...

Thursday, January 17, 2013

Aksi my little awan nano..

Si adik mempunyai rambut kerinting bawah dan lurus kat atas. Tapi bila time dah berserabut tu, dah tak nampak corak kerintingnya tu..Dah macam awan nano yang cute...







aktiviti abang lepas sekolah

Sejak Irfan mula bersekolah, aku dengan cik asben memang dah plan utk menambah aktiviti luarannya. So, balik sekolah pukul 12 tghari, abang akan dihantar transit kat taska lama dia. Balik sekolah tengok TV dan bersiap mandi. Lepas sembahyang maghrib, aku akan hantar abang pergi mengaji. Tiap2 malam sepanjang waktu persekolahan, macam tu la jadual dia.


Dah siap2 nak pegi mengaji


Hari jumaat, sabtu dan ahad abang kena pegi kelas taekwando. Yuran tahunan RM50 setahun dan bulanan RM40. Uniform RM85 dan masih tak dapat lagi sebab baru bayar. Saja kami masukkan abang ke kelas ni. Tujuannya adalah:

Sekarang dalam perancangan nak masukkan abnag ke kelas renang sebab sebelum ni dah 2 kali abang hampir lemas dalam kolam mandi. Yuran untuk kelas renang 4 sesi adalah RM100 dan 1 sesi makan masa 1 jam setiap hari sabtu. Kami laki bini nak jejalan hujung minggu pun dah agak terbatas. Kena settlekan kelas2 ni semua dulu baru boleh pegi jejalan. Dah bayar weh...rugi tak pegi nanti.

Tuesday, January 15, 2013

Monday, January 14, 2013

bilik tidur abang


Kami dah start deco bilik irfan sebab tahun ni abang dah berumur 6 tahun. Dah kena asingkan tido dengan ibu, ayah dan adik. Sebelum ni abang tido sebilik dgn kami, cuma dia tido kat bawah guna tilam bujang. Skrg abang tido dalam bilik sendiri dan adik tido kat bawah plak dalam bilik ibu, replace tempat tido abang dulu. Sticker dah beli lama, cuma baru nak tampal. Dah macam tak sesuai dgn umur abang. Tak pe la, pakai je apa yang dah ada kan....
















malam tadi, dengan rasminya abang telah tido dalam bilik sendiri. itu pun dia tertido depan TV dan ayah angkat letakkan dia dalam bilik. kesian tengok abang tido sorang2, tapi aku kena hadapinya jugak. banyak kali juga aku jenguk si abang ni dalam bilik sebelum masuk tido. bangun tido pukul 5.30 pagi, tengok abang dah ada terbaring atas katil ibu. ntah bila dia masuk pun tak perasan. kami memang sengaja tido tak kunci pintu dan buka lampu luar sebab dah tahu, kalau si abang terjaga dari tido, dia mesti cari ubu dan ayah kat dalam bilik punya...dah besar anak ibu ni...

aktiviti semalam..sunday..

Semalam, kami semua memang tak keluar mana2. Sebab aktiviti mengemas stor telah bermula. Stor aku kat rmh memang dah terlalu penuh dan serabut. Sebelum susun jumpa barang tu, bila dah nak amik guna, mula la tak jumpa dah. Cik asben beli rak ni kat kepong, harga RM160 je selepas mensycho aso kedai tu. Rak ni jenis buka pasang sendiri.






Aku pun tak tau, barang apa yang banyak sangat dalam stor tu. Itupun dah banyak barang yang di let go. Tong gas tu, tong spare tau..




Ini budak kecik nak mearsa jugak duk atas rak tu. Rak ni memang ngam2 boleh masuk dalam stor.




Barulah tersusun dan senang nak amik barang pas ni. Sebelum ni, kalau ada gajah duk dalam tu pun aku boleh tak perasan.

Makan-makan kat luar lagi


Hari tu dinner kat restoran gear box kat bandar baru bangi. Sup gear box kat sini sedap walaupun aku bukan penggemar gear box. Aku tak reti nak sedut lelemak dari dalam tulang tu guna straw. Naik pening2 kepala aku try sedut, tapi tak de apa yang keluar pun. Kami akan oder gear bos kalau datang makan ramai dgn family. Kalau takat 4 beranak je, memang tak boleh habis nanti.


warung dusun gearbox. pic kredit to owner blog kat gambar tu.


 
 ayah dan abang sementara tunggu makanan sampai




si adik la, sapa lagi. untuk pengetahuan korang, anak2 aku ni takutkan kucing. so, kalau nak makan dengan selesa, kami kena cari restoran yang tak de kucing dalam tu. kalau tak, seksa jiwa dan raga nak makan nanti. aku tak kata kedai ni tak de kucing, kebetulan datang hari tu memang kucing tak kuar lagi kot...si adik kalau nampak kucing, terus menangis nak duduk atas riba aku. walaupun kucing tu kami dah halau, dia masih tak nak bangun dan trus duduk atas riba. susah nak makan o...terpaksa gilir dengan cik asben. si abang plak, kalau nampak kucing mula la muka tu dah berubah. pas tu boleh siap berdiri atas kerusi. ada satu hari dulu, kami makan dekat restoran berdekatan pasar borong selangor sebab pas makan nak terus pegi beli barang kat pasar borong. anak2 aku menangsi tengokkan kucing yang banyak kat kawasan restoran tu sampai pekerja kedai amik kucing2 tu dan masukkan dalam guni. pengsan mak............

kami oder sup ekor + minta sup kosong extra semangkuk. supnya pedas dan lain kali kena bgtau jgn buat pedas kalau nak bagi anak2 makan. pas tu oder telur dadar, kembung bakar dan kailan ikan masin, rasa makanan memang sedap kecuali kailan ikan masin. rasa sedap cuma agaknya dia dah masak awal. bila orang nak, dia ceduk je dalam bekas sbb mknan yang sampai semuanya panas kecuali kailan ikan masin. jangan kata panas, suam2 kuku pun tak de rasa.

mee siput

mee siput aku ingtkan dulu mcm mee biasa. rupanya digoreng jadi keropok dan blh makan begitu sahaja atau cicah dgn sambal mahupun smbal kicap. tapi yang paling best, bukan sambal kicap yang org makan mihun sup tu. sambal kicap yang memang khas untuk makan cicah buah sukun, goreng pisang dan tempe goreng. mee siput memang famous dikalangan orang johor. aku dapat makan mee siput ni kawan johor yang bagi...

Friday, January 11, 2013

Layan burger bakar abang burn

Burger bakar memang tengah hangat sekarang ni. Banyak jenis yang ada, terpulang la nak cuba yang mana. Aku datang ke Ramal Junction Food Court yang terkenal dengan burger bakar abang burn dan sate williy. Cuma tak mampu nak join orang ramai yang beratur sampai ke jalan raya luar untuk membeli sate willy walaupun jam baru menunjukkan pukul 5.30ptg. Padahal, rata2 kedai makan dalam food court tu mula dibuka jam 5.00 petang. Aku datang ke sini kali ke 2 sebab teringin nak makan burger bakar ni. Pertama kali datang waktu malam dan panjang betul barisan weh...Hari tu, 5.30 ptg aku dah sampai kat food court tu. Nasib baik Q tak panjang lagi. Tak panjang pun, aku orang yang ke 20 beratur. Tapau je sebab nak dinner pun awal lagi masa tu.







ini burger bakar special


tebal daging dia dan tak liat

Thursday, January 10, 2013

Alahai abang...

Uniform pra sekolah abang kat putrajaya.




Dah lama tak basuh kasut sekolah, sekarang ni kena start basuh kasut sekolah anak. Kelakor jugak rasanya...kekok pun ada...macam2 kisah si abang ni masa kat sekolah.


Citer 1:
Hari ke 4 persekolahan, si abang ni dah terpakai kasut orang lain. Kasut abang saiz 7 dan ada nama kat dalam. Kasut yang dia terpakai ni tak de nama sapa2 pun. So, nak cari tuan empunya pun susah..pas tu, dapat saiz 12 walaupun jenis kasut yang sama. Dah macam kasut mc'donalds bila tgk abang pakai kasut ni.
Sampai hari ni cari kasut dia tak jumpa, pelik betul aku dibuatnya..



Citer 2:
Hari ke 6 sekolah, dapat aduan dari pembantu guru kelas abang. si abang ni blh gunting buku sekolah kawan dia. 2 orang plak tu. aku lupa nak keluarkan gunting dari set stationary masa beli hari tu. aku tanya, nak kena ganti ke buku tu??nasib baik akak tu cakap tak perlu sebab blh tampal balik. Pas tu, aku try cari lagi kasut irfan masa tu terjumpa dengan seorang guru pra sekolah ni. Dia cakap, kak minta maaf sebab tadi saya marah anak akak. Aku tanya kenapa???Sebab irfan main dalam tandas...dia boleh amik berus tandas dan main lawan pedang sorang2. Haishh....pening kpala aku dibuatnya. Aku pun dengan muka tersengih-sengih pun bercakap. Minta maaf la cikgu, anak saya ni memang aktif dan lasak sikit. Aku bagitau, nak marah, marah la...saya tak kisah. Cuma nak memukul tu, minta tolong beringat sikit...Anak....anak....belum sampai sebulan pun sekolahnya lagi. Balik rumah, ayah dapat tahu dan abang kena denda duduk dalam bilik sorang2 buat latihan dalam buku. Tak boleh tengok TV. Dah siap latihan, minum susu dan terus kena suruh tidur.

Warung Nasi Lemak Panas

Sabtu lepas kat sini sbb ada orang nak belanja weh..murah rezeki kak lat nanti ye..tension sebab nak oder nasil lemak beratur panjang sampai ke luar kedai. tima nak bayar pun kena beratur lagi. pas tu keadaan restoran yang agak sempit membuatkan nak berjalan pun berlanggar punggung dengan orang lain. sebab terlalu crowded.

Warong Nasi Lemak Panas, Taipan USJ


Harga sebungkus aku tak tau, sebab orang belanja

famous sebab terdapat pilihan lauk yang banyak kot sebab bagi aku rasa nasi lemaknya biasa2 je..


beratur masa nak bayar..

Thursday, January 3, 2013

IRFAN 1ST DAY AT SCHOOL

Semalam, 02.01.2013 bermulanya sesi persekolahan yang pertama buat semua murid sekolah dan juga buat irfan. Hero ibu yang amat ibu sayang walaupun kekadang tu membuat ibu terpekik dan terlolong marah kat dia. Dah besar anak ibu sayang ni..Alhamdulillah, si abang tak de masalah semalam kat sekolah sebab dari umur 4 tahun aku dan cik asben dah mula hantar dia ke tabika. Alam persekolahan yang lebih kurang sama, cuma keadaan sekeliling dan sesi pembelajaran yang agak berbeza. Abang masuk sekolah 7.30 pagi, tapi aku 7.30 pagi baru keluar rumah..semalam aku amik cuti la..nak uruskan hero sorang ni..Sampai sekolah pukul 8.00 pagi sebab dengan keadaan yang sesak kat area sekolah tu. Sekolah rendah irfan bersebelahan dengan sekolah menengah. Memang semak la waktu masuk sekolah dan waktu budak balik sekolah.


sampai sekolah je, perhimpunan dah start





Macam2 gelagat boleh tengok semalam. Ada yang menangis, ada yang muntah dan berlari kat mak ayah. Tapi, ramai budak yang ok je...Kesedaran parents sekarang yang mula kenalkan anak dengan alam persekolahan seusia yang awal. Ada neighbour aku tu, dia tggu darjah 1 baru nak hantar anak ke sekolah sebab katanya kesian anak2 jika dihantar ke sekolah awal2. Rugi keseronokan alam kanak2 dia nanti. So, smpai sekarang anak dia stay kat rumah dijaga oleh nenek. Tak pe la, pendapat dan cara masing2 mendidik anak. Bagi aku, pendedahan awal anak2 ke alam persekolahan amat perlu di masa sekarang. Irdina nanti pun, umur 4 tahun akan dihantar ke tadika seperti mana abangnya dulu.

dewan makan murid pra sekolah. 1st day anak2 sekolah, parents ikut smpai ke dewan makan. biasa la, pengalaman macam ni bukan datang selalu.


depan kelas ada taman permainan

irfan kelas pra cemerlang. ada 4 kelas utk pra sekolah tahun ni. kelas irfan ni, kelas baru. sebab tu la diaorg semua duduk atas lantai, tapi ada la meja untuk menulis disediakan. kelas ni tak complete lagi dengan peralatannya. kelas ni baru dapat peruntukan dari kementerian pelajaran. sebelum ni 3 kelas je.

kelas irfan sepatutnya complete macam ni la..tapi ini kelas sebelah dia. semua barang dan alat tulis dia aku tag dan tulis nama. cik asben siap cakap lagi, kalau hilang jugak tak tau la nak kata apa...he3....budak, mana dia tau...baru 1st day sekolah je, baju dah kotor. Untuk abang, belajar rajin2 ye sayang..Ibu, Ayah dan Adik sayang Abang ketat2...

SESI ORIENTASI PRA SEKOLAH IRFAN

Tahun ni irfan berumur 6 tahun, dan kami daftarkan dia kat pra sekolah. Untuk biasakan dia dengan alam sekolah rendah. Nanti tahun depan, masuk darjah 1 dah senang. Tak perlu takut-takut lagi. Aku cuba pohon pra sekolah ni tahun lepas, tak mengharapkan sangat sebab permohonan murid yang ramai. Alhamdulillah dapat juga akhirnya walaupun nama dia sebelum ni dalam status KIV coz pra sekolah ni dia akan ambil ikut per kapita pendapatan keluarga. Ikut sangat ke??????Masa orientasi sabtu lepas, ada juga parents dari golongan pegawai atasan yang anaknya dapat. But it's ok la, mungkin rezeki masing-masing kan...Bermula dengan sesi orientasi hari sabtu lepas yang bermula seawal jam 8.00 pagi.

baju sementara sebelum dapat uniform sebenar


sesi bergambar dengan adik





Adik yang dah start meragam. Biasa la, budak..mana tahan stay kat satu tempat lama-lama. Dah la dengan tak sempat breakfast. Selepas habis majlis, terus pegi makan dan shopping barang sekolah abang. Yuran dia setahun RM119.00 dan makanan disediakan secara percuma dan tak perlu beli dikantin. Masuk sekolah pukul 7.30 pagi. Awal lagi la ibu kena bangun tiap2 pagi nanti. Habis sekolah jam 12.00 tghari, pas tu transit plak kat taska.