Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, April 28, 2011

wahida 1st birthday

hari ni @ 28.04.2011, adalah 1st besday utk nurwahida. wahida ni anak kepada twins cik asben aku. sebaya dengan anak aku irdina. 
happy birthday wahida................
semoga membesar dengan sihat, bijak dan jadi anak yang solehah..
cik yanie ada present untuk awak.............
ajak ibu dan baba datang rumah untuk amik.....
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
present untuk nurwahida..
*
*
*
*
ada gambar princess lagi.....
*
*
*
*
*
*
sori dear, deco tak cantik....
maklum la, beginner.......
ni la pic c wahida yang tomei2 ni...
*
*
*
*

wahida a.k.a amoi

Wednesday, April 27, 2011

sagu gula melaka

25.04.11 @  isnin, aku pose hari tu.......teringin plak nak makan sejenis spesis kuih tradisional nih.......sagu gula melaka..dah lama rasanya tak makan. aku ikut resepi cikmin.
sedapnya.............
sejuk je rasa anak tekak yang kekeringan setelah sehari b'puasa...
nyam2...
*
*
*
aku buat warna hijau...
*
*
*

sagu gula melaka..resepi aku copy dari cikmin je la...mekacih..........

sagu gula melaka
sumber : cikmin
Resepi Sago Gula Melaka
300 gram biji sagu
1 biji gula melaka
250 mlm santan kotak –tambah air dengan sukatan yang sama.
secubit garam
2 Daun pandan
Air
Putih telur

Cara-caranya:
Rebus biji sagu dalam air yang banyak sampai kembang dan jernih.Tuang kedalam penapis dan cuci dengan air bersih.
Dalam mangkuk,pukul putih telur sehingga kembang,campurkan dengan sagu tadi kacau sedikit dan tuang sagu kedalam acuan dan sejukkan didalam peti ais dalam sejam.
Masakkan gula melaka dengan gula putih.Tapis dan ketepikan.
Masakkan santan tadi bersama dengan secubit garam dan daun pandan.Masak sehingga agak pekat.

*penggunaan putih telur tu cikmin tengok demo di web minah salleh..dah cari balik tak jumpa pulak link nya.




Tuesday, April 26, 2011

kek ni lagi.......

aku dah malas nak tulis nama kek ni coz kek yang slalu sangat aku buat ni...dah menimbun kat dapur aku dgn kek spesis ni.....kali ni buat utk cik asben aku yg memang addict giler la dgn kek ni.......resepi blh tgk kat n3 sebelum ni...1 adunan aku buat 2 loyang...tu yang jadi nipis semacam jerk...........
*
*
*
*

pink, choc n plain
*
*
*

emm.............
*
*
*

c hijau.........
*
*
*

jemput makan ye semua.......

Monday, April 25, 2011

laksa penang

hari ni @ 23.04.11, teringin plak nak makan laksa penang. kat luar memang ada jual, tapi kuahnya kekadang tu cair jek.....tak menepati selera anak tekak den ni...aku buat ikut stail mak aku la..kuahnya pekat, pedas2 ckit dan terasa keasamannya...yg paling penting, lepas makan tekak ni tak rasa hanyir semacam jek.......bawa g rumah akak ipar, licin........jom layan..
*
*
*

laksa penang ku......
*
*
*

selamat menjamu selera...

Resepinya:-
1 bungkus laksa beras
1 kg ikan sardin - cuci dan rebus
2 ketul bunga kantan
daun kesom secukupnya
1 labu bawang besar
cili kering - ikut tahap pedas masing2
belacan - optional
asam keping secukupnya - ikut nak masam banyak mana
garam dan bahan perasa

*untuk ulaman
1 batang timun
lada merah / cili padi
bawang besar
limau kasturi - belah 2
telur rebus

Caranya:-
rendam laksa beras semalaman dan direbus keesokan harinya. asingkan tulang dan isi ikan tersebut dan ketepikan dahulu. jangan buang air rebusan ikan tu. kisar bawang besar, belacan dan cili kering. msukkan ke dalam periuk. kisar isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tu tadi dan masukkan ke dalam periuk yang sama. kisarkan tulang ikan pula dengan menggunkan air rebusan tadi dan tapis sebelum dimasukkan ke dalam periuk tadi. masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan, garam dan bahan perasa. masak sehingga mendidih dan kalau pekat sangat tambahkan sedikit air lagi. untuk ulaman dia, hiriskan kesemua sayuran tersebut. telur pula dibelah 4 (jimat ckit..). n it's ready to eat...

Friday, April 22, 2011

seminar gaya hidup lestari

n3 ni citer pada tarikh yg sama dgn tarikh jue oder kek karamel baru2 ni...aku g seminar anjuran PUSPANITA di puspanitapuri, presint 10...dapat la top up2 utk kursus tahun ni...
1st time aku g puspanitapuri, sblm ni tak pernah g seminar2 anjuran luar dari bahagian aku..
acara yang diatur pada hari tu.......ok la utk 1st timer mcm aku ni...
kita nengok pic2 yang sempat aku snap ni k...
*
*
*

pintu masuk ke dalam dewan...
*
*

para peniaga yang sedang bz menegakkan gerai masing2..
*
*

koir yang  dah lama standby atas stage..tu baju rasmi ahli..
menanti kedatangan isteri KSN, penaung puspanita kebangsaan datang utk merasmikan majlis..
*
*

lunch time, booking tempat duduk la...
*
*

menu lunch hari tu..
*
*

antara gerai yang menjual tudung...
macam2 ada.......
smpai aku dah tak tau nak pkai mcm mana...
latest sangat fesyen2 tudung sekarang ni.....
*
*

ha.........................................ha.....................................
ni la rupanya dewan yang pada awalnya penuh...
tapi dah lengang selepas lunch...
seminar tamat pukul 5.00 ptg....
mana diaorg pergi ni??????
korang pikir la sendiri...............


oder from jue

oder ni smalam punya @ 21.04.2011 dan tak sempat nak tepek kat blog ni. hari ni baru dapat curik2 masa..oder dari kawan 1 opis aku yg dh pernah oder apam dot2 sebelum ni. jue oder utk makan2 family je katanya...
*
*
*
*
pas kuar oven, tpi.............blh lupa nak buat zig zag marblenya...
so, corak dia b'lapis je la...
tak santek....
*
*
*

sesaja buh nama diorang 1 family
*
*
*

ready to delivery...

Tuesday, April 19, 2011

menu berbuka puasa on 18.04.11

hri ni pose ganti coz last year separuh masa pantang aku dalam bulan pose...mencanak mak nak mengganti 15 hari tu..dah buat ckit2 dulu. ada belen lagi 8 hari tolak hari ni...nak kena wat pelan2 coz end of julai ni dah start utk pose baru plak..teringin nak makan ikan talapia masak berlada n pajeri terung. sampai je rumah, amik anak2 n terus b'juang kat dapur utk masak berbuka pose kang...sumber resepi, mak aku la........
*
*
*
*
ikan talapia masak berlada

Resepi:-
ikan talapia - cuci bersih dan digoreng garing
lada hijau secukupnya
cili padi - ikut nak pedas masing2
1 labu bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 biji tomato
1 asam keping
garam dan bahan perasa

Caranya:-
Kisar lada hijau, cili padi, bawang besar, bawang putih dan tomato. tumiskan sehingga pecah minyak. masukkan asam keping , garam dan bahan perasa. lastly, masukkan ikan. dah siap, senang je kan...
*
*
*
next
*
*
*
pajeri terung

Resepi:-
terung - belah 2
pati santan
serbuk kari daging
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
udang kering
air asam jawa
daun kari
1 keping kulit kayu manis
1 ketul bunga lawang
1 ketul buah pelaga
kerisik
garam, gula dan bahan perasa

Caranya:-
Tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia dan udang kering. Tumiskan bahan2 tumbuk bersama dengan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari. masukkan serbuk kari yang telah digaul dengan air asam jawa tadi. tumiskan sehingga pecah minya dan naik baunya. masukkan pati santan dan kerisik. pas tu, masukkan je terung, garam, gula dan bahan perasa. dan siap...
*
*
*
menu berbuka puasa.....
*
*
*
nak selitkan jugak kat cni gambar oder mlm tdi..
puding karamel la.....
repeat oder dari kawan blakang meja aku..
payit...
*
*
*

yang kali ni terlebih air gula la plak..
*
*
*

ready to delivery..


Monday, April 18, 2011

BPGK family day

16.04.2011 @ saturday, family day opis aku...wat kat taman wetland jer.....xceli, aku nak bawa apam dot2 jek...tpi, cik asben balik keja ptg jumaat tu, dia sruh plak wat choc chip cookies. alkesahnya, dah jdi dua la plak...tak tau nak citer  panjang2 da...nengok jor la pic2 ni k...
*
*
*
*
*
apam dot2 filling strawberi n blueberi
*
*
*

inti cekelat
*
*
*
*

choc chips biscuit on the making
*
*
*
*

ceduk pakai sudu jek..
*
*
*
*

dah siap pun...
*
*
*

pot luck utk family day....
*
*
*
*
aku nak tepek ckit pic yg aku sempat dan dapat amik masa fmily day tu...
tak banyak pun gambar2 tu...
coz sepanjang acara b'langsung, cik matahari tak tunjuk muka pun....
gerimis mengundang jer....
majlis wat kat padang merbuk, taman wetland...
tema...kuning..
*
*
*

ada clown...
*
*
*

dina tido dlm khemah..
*
*
*

nasib baik ada khemah, hujan seh...
*
*
*

irfan n the gang
*
*
*

irfan...
*
*
*

*
*

kutip gula2..
*
*

                                                                                 





                        
https://picasaweb.google.com/kppm2011foto/HariKeluargaBPGKPutrajaya1
*
*
*
ni je la yg aku dapat bawa balik..............

Friday, April 15, 2011

kek karamel

hri ni @ thursday, menggode kek karamel di malam2 hari coz nak menyiapkan oder dari kawan opis aku yakni pn. jijah n puan tiney...jijah dah lama oder, tpi aku yg tak buat2 lgi...tak pe la, diaorg oder utk makan2 sendiri jek...lambat pun tak pe kan????kan???

eosk @ friday kena wat lgi sebijik utk cik asben coz dia minta watkan mlm tu jgak, tapi aku dah malas....sori lalink....sampaikan dia nak belah kek si jijah ni bahagi dua dgn dia...sori la sayang...orang punya oder la......
tpi.............
esok ada projek nak buat apam dot2 utk pot luck family day opis aku.........
postpone je la projek kek karamel utk cik asben aku du lu la nampaknya....
*
*
*

sebelum masuk oven...
*
*
*
*

tema colour plain n pink..
*
*
*

ready to delivery utk puan tiney
*
*
*

ni plak jijah punya....
*
*
*

nipis ckit coz loyang besar....
*
*
*

request c jijah ni nak air gula berenang-renang di tepian kek tu...
thanks korang sebab sudi oder dgn den ni....
harap puas hati k...