Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, December 11, 2014

ABC special & Restoran Botak

Hari ni lepas siap keja luar, ahkak dgn kwn opis singgah mkn ABC yg sedap gilos di kmpg melayu majidie yg terletak di jb...antara ABC yg sedap dan sesuai dgn anak tekak ahkak ni...manisnya, bahan2nya dan rasanya just nice....hrga pun reasonable dan mampu milik.

Thursday, November 6, 2014

Mee udang

Post pertama dibln nov...cepatnya rasa dah nak hbis thn ni. Dah mula dpt sesuaikan diri di opis baru. Still tumpang rmh MIL coz rmh kmi tgh buat renovation..repair sikit2 je. Rmh kitaorg, rmh teres setingkat. Rmh kos rendah jer...tapi,bersyukur sgt sbb rmh sendiri...Alhamdulillah...trima kasih juga pda cik asben yg belikan rmh ni dulu utk cik wifey awak ni...skrg tgh kursus kat kepala batas,penang...rindukan anak2 yg dah kena tinggal 4 hari. Nasib baik juga ada mertua yg blh jagakan anak2 sepanjang i tak de...actually nak citer pasal makanan..topik yg paling i suka tau...on d way ke penang,kmi (dgn kwn2 opis) singgah mkn mee udang kuala sepetang kat taiping...sedap rasa meenya walaupun udang tak berapa nak besar..saiz remaja udangnya..pas tu,masa kat penang kmi mkn plak kat mee udang sungai dua. Rasa kureng sikit walaupun udangnya saiz dewasa...pilihan aku, pic pertama iaitu mee udang kuala sepetang. Jgn tgk rupa tau, rasanya memang sedap berbanding 2nd pic mee udang sungai dua..

Friday, October 10, 2014

Sate tersedap di sg. way

Dalam banyak2 sate, my fav sesangat adalah sate padang di sg. way. Padang nama sebuah tmpt di Indonesia....sedap, pedas dan mantop...gerai sate ni berniaga di dalam restoran masakan padang, indonesia..blh tmbah nasi impit klau nak. Ada pilihan daging dan ayam...i suka campur2....mkn plak sate dgn minum jus alpukat, memang mantops kak ton....

Wednesday, October 8, 2014

Hari raya korban dan juga abahku...

Hari raya korban tahun ni, kami pulang ke jengka. Tak buat apa pun sbb abah sakit...abah kesayanganku tak sihat. Umur abah skrg 71 thn...abah memang ada penyakit darah rendah. Baru2 ni operation lutut sbb ada nanah. Kena tahan wad hmpir 1/2 bulan sbb lepas operation abah demam on off...syukur kpd Allah sbb memberikan kesihatan yg baik kpd emak utk menjaga abah...kat hospital,siang mak jaga...mlm plak adik beradik lelaki aku amik cuti dan gilir2 jaga abah. Kesian kat abah...skrg dah keluar wad, terbaring je atas katil. Abah dah tak larat nak bergerak aktif. Pergerkan semuanya kena dibantu. Adik bongsu aku berhenti keja di kl dan balik ke jengka. Cari keja dekat2 sana smbil blh temankan mak dan abah. Sblm ni,mak dan abah tggl berdua je..skrg abah tak sihat, kena ada sorang anak lelaki stay kat rmh tu. Kebetulan adik aku tu baru je nak menapak di kl. Keja pun masih tercari2 yg ok...kmi adik beradik decided, si bujang bongsu tu balik cari keja di kmpg..terima kasih adik atas pengorbanan kamu...Ada juga kedengaran suara yg berckp2 bahawa kami semua kena get ready je...tpi,aku tak pedulikan suara tu. Sbbnya bila anak2 sakit,ibu dan ayah sentiasa doakan anak tu sihat dan pnjg unurnya...kenapa plak bila mereka plak yg sakit,kita nak kena bercakap sebaliknya plak kan?? Ya Allah, kau berilah kesihatan yg baik utk ibu dan ayahku...pnjgkan umur mereka, ampunkan dosa2 mereka..peliharalah mereka sepertimana mereka memeliharaku sejak dari kecil lgi...amin.....

Food court taman u...

Makan2 ptg di food court taman universiti, skudai..org johor panggil taman u. Menu yg sedap adalah ABC, rojak dan mee kari...sbb itu yg pernah aku try la.nmpak jugak menu lain...cuma,x pernah try lagi..ABC ada 1 jenis spesis je kat situ..tak payah la nak mnta yg special bagai hokei...

Sunday, September 21, 2014

Parking tak selamat...

Opis baru aku skrg ni memang tersangat la ada masalah parking..kat building opis tu sendiri peruntukan parking utk pegawai kanan ke atas la...yg kuali mcm aku ni kena la menapak jauh sikit dri tmpt parking utk ke opis..opis lama,kat hq parking senang coz building sendiri. Yg skrg ni opis sewa dlm building J COP..kuali mcm aku ni,kena la amik parking bulanan kat luar..depan PERSADA..parking open gitew..bayar bulan2,nasib baik la ada subsidi dari opis.cuma bayar lebihan tu je la. Jarak dri tmpt parking tak la jauh sgt,tpi sapa yg preggy nak bersalin cepat memang sesuai la parking keta kat situ..exercise berjln,cmform bb kuar cepat. Yg paling tak syiokk masa hujan..hadoii,stress mak...hujan renyai2 blh la jln lagi ke keta..klau hujan lebat,ko tggu je la smpai reda bru jln.klau nak redah jugak,pbaik x payah pakai payung coz pakai payung masa hujan lebat pun akan menyebabkan kita basah lenjun..yg paling2 tak best,bru 2 hari aku parking kat situ,esoknya ada kejadian keta myvi kena curi tayarnya 4 biji..keta tu sport rimnya lawa,kata kwn2 haku la. Budak SSM yg empunya keta tu...tnggl batu bata je bawah myvi tu...haru betul dibuatnya..setiap hari aku berdoa byk pada Allah,lindungilah harta benda dan juga diri ku ini...

Sunday, September 14, 2014

Medan ikan bakar tip top

Dah jadi org jb, kita jjcm kat sini la plak...so far, life ok je. Cuma kesibukan suasana coz opis baru kat tgh2 bandar...kesian haku, hari2 balik keja mkn jammed...disebabkan itu haku masuk WP1. Org gomen tau la sistem pilihan masuk keja ni..senang citer,ko masuk awal dan ko balik la awal..dpt la mengelakkan kesesakan masa balik keja..ada masa, sangkut juga...layankan je la...medan ikan bakar tip top memang top kat jb...harga tahap medium..paham2 sendiri je la..yg sedap kat sini bila oder seafood, itu jam dia buat..sosnya memang sedap...pilihan minumn, aku sukanya oder ais durian belanda.....jom layan menu2 yg haku oder...

Monday, September 8, 2014

Hijrah...

Lama sgt tak update citer kat sini..tetiba nak bgtau yg secara rasminya aku dah jadi warga Johor Bahru...bertukar tmpt kerja,ikut cik asben. Berhijrah demi suami dan anak2...suasana baru,lokasi tmpt kerja yg baru,mengadap jln jammed coz opis kat tengah bandar..jarak tmpt keja yg jauh...semuanya ditempuhi demi anak2. Sblm ni hmpir 1 thn lebih anak2 duk berjauhan dgn ayahnya..kesian plak tgk anak2 membesar tanpa ayah disisi. So,februari thn ni aku apply mnta tukar branch jb.Ogos baru ni result kuar dan dpt pindah...hampir 8 thn hidup senang lenang kat ptrajaya weh...bukan senang utk dilepaskan..memori dgn kwn2 kat sana byk o....tepek gmbar2 memori utk kenangan dan tatapan kengkawan yg rajin baca blog aku ni...

Monday, March 24, 2014

Demam korea...

Mungkin aku antara org yg lmbat terjebak dgn cerita korea ni...bru perasan nyah..rupa2nya kat channel KBSW, 393 tu best2 dramanya...itu hri layan lee min ho kat the inheritors...skrg layan kim soo hyun kat my love from the star...siap rakam bagai. Nasib baik kat rmh ada pvr. Cik asben siap merungut lagi. Bila time dia blik kena hri selasa atau rabu, memang melayan la aku dpn tv ngadap citer korea start 8.50pm-10.00 pm...sori la ye syg...tak blh tak tgk, nanti teringat2...heroin2 pun cun..

Saturday, March 15, 2014

Genting strawberry park again

Hari tu blik ke pahang dan on d way blik putrajaya kami sekuarga singgah genting...pegi genting strwberry park dan naik sky way ke genting theme park,mkn KFC,jln2 sikit dan terus turun blik...saja bawa anak2 naik sky way. lagipun kat atas tu outdoor theme park tgh renovation dan menyebabkan indoor sesak dan semak...dah lama tak naik sky way, gayat plak rasanya. nak2 bila dia berhenti tgh2 laluan tu coz angin.berayun2 mak jemah sekuarga atas tu..selawat je la bebanyak. nasib diri kat tangan tuhan je masa tu...berbalik le genting strwberry park plak,kali ni ada taman laveder,cuma pokok bunganya tak tinggi lagi. pas tu eskrim malaysia perisa strwberry tu mahal dah,RM2.50 sebatang...
tepek kat sini sikit2 gmbar kami semua

Buku sekolah abg

Rutin harian setiap mlm, cek beg anak. tgk ada keja sekolah ke tak dan susun buku utk esok. aku terbelek buku aktiviti bahasa melayu yg dibuatnya kat sekolah. Nama ayah dia nak tulis pakcik is,panggilan dri anak2 buah pda ayahya. nama atok dan nenek, dia selalu dgr kmi panggil abah dan mak, itu la yg ditulisnya.nama kucing dinda tu plak, kucing atoknya. si abg ni takutkan kucing sebenarnya. bru skrg tgh beranikan diri utk dekat dgn kucing

Sunday, March 2, 2014

kacang pool lagi??

Last week blik jb sbb FIL operation jantung, buat by pass di HSA. Alhamdulillah, keadaan beliau dah semakin stabil. Ada 1 malam tu, lepas blik dri htr brg ke HSA...kami beras2 sedunia (actually biras) singgah mkn kacang pool dan ABC sedap di medan selera sebelah balai bomba larkin. Kami bermukim di kampung kastam,rmh BIL coz situ yg paling dekat dgn HSA utk kmi semua berulang alik. For info, adik beradik cik asben i ada 11 org kesemuanya. 7 dah kawin dan i ada 7 org biras. Tapi, kmi semua buat gelaran beras mengikut jenis beras yg masing2 masak kat rmh..i ada 4 biras perempuan dan 2 biras lelaki yg sekepala semuanya...bln jun ni,Insyaaallah one more biras lelaki will come to our club coz adik ipar nak kawin. Back to our story, lepak makan kacang pool dan ABC mlm minggu hari tu. Aku bukan lah penggemar tegar kacang pool itew...sbb kuah dia tu rasa mcm berempah sgt..apa2 pun layankan je la gmbar2 ni..

Tuesday, February 18, 2014

Sambungan story abg irfan di tahun 1

Smbung sikit lagi dri entry lepas. Antara yg best kat sekolah anak aku ini ada kemudahan loker dgn bayaran RM5 setahun. Bagi aku loker patut diberi kpd pelajar supaya tak perlu nak bawa buku yg byk tiap2 hari ke sekolah. Loker utk tahun 2 diletakkan dlm kelas,utk tahun lain semuanya diluar kelas. Masa rehat dan masa blik pelajar pun diasingkan mengikut tahap masing2. So,kes2 buli dpt dielakkan. Anak lelaki la katakan, awal persekolahan je songkok dah hilang,botol air hilang dan alat tulis tak payah ckp la. Duit belanja hari2 bgi mesti habis sbb si abg ni masih tak pndai berbelanja. Bawa bekal pun tak dimakannya sbb excited ada duit sendiri. Semuanya nak dibelinya. Makanan kat kantin skrg pun dah mahal..herm...bab kata org tu " klau tak suka makan kat kantin sini,pegi beli kat kantin lain".....kikiki...layankan je la gmbar2 si abg ni masa hari orientasi dan hari 1st day sekolah.

irfan di tahun 1

Kebizian menguruskan anak2 sorang diri kat sini dan ditambah lagi dgn kemalasan nak update blog menyebabkan keberhabukan dan kesawangan di blog ini. Citer dah basi sesangat tpi still nak tepek utk anak2 baca bila diaorg dah besar nanti....Tahun 2014,si hero abg irfan dah di tahun 1.sekolah di putrajaya,sekolah dpn rmh ajer...Rutin hati2 aku bertambah sibuk. Si adik plak dah masuk taska play school. Abg masuk sekolah 7.30am-1.05pm,blik rmh pengasuh. Makan dan mandi,2.30pm akan ke sekolah semula utk KAFA atau sekolah agama smpai la pkul 6.00pm. Kat putrajaya ni,sekolah rendah dan KAFA bertempat di sekolah yg sama. Memudahkan kami parents2 yg bekerja.Sekolah rendah ada sesi pagi shj. Sesi ptg KAFA pula ambil alih. Masa persekolahan yg lama tu membuatkan sia abg ni,pkul 9.00 dah terkebil2 matanya dan 9.30 masuk bilik zzzzz....masa 1st day sekolah,abg tak de masalah apa pun sbb dah biasa sekolah sblm ni. layan gmbar2 1st day si abg ke sekolah..