Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder
Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

Saturday, December 14, 2013

Lunch n breakfast 2day...

Breakfast hari ni masak mee goreng kicap utk anak2. Resepi simple ajer.

MEE GORENG KICAP:
mee kuning
bawang putih-ketuk
isi ayam-potong kecik
fish ball
sos tiram
sedikit cili kering kisar
kicap manis
kicap pekat
sos tiram
kiub pati ayam
sedikit minyak bijan
garam

CARANYA:
- tumis bawang putih, cili kisar
-masukkan ayam dan fish ball
-masukkan sos tiram, kiub pati ayam dan renjiskan dgn minyak bijan
-masukkan kicap pekat, kicap manis dan sedikit air.
-masukkan mee dan perasakan, siap.



Disebabkan mee goreng kicap ni tak pedas, aku masak la sambal sotong power. 

SAMBAL SOTONG
sotong
cili kisar+bawang besar+bawang putih
air asam jawa
gula, garam dan perasa

CARANYA:
-panaskan minyak dan tumis bahan kisar smpai pecah minyak dan masak.
-masukkan sotong, air asam jawa, garam, gula dan perasa. siap....


Monday, September 10, 2012

menu untuk tetamu datang beraya

citer lama, baru sempat nak update. adik bradik cik asben dtg rumah beraya. aku tak buat lauk pauk raya pun..aku masak lauk pauk biasa sbb lunch hour ma..


kari ayam, dah pernah buat sebelum ni kat sini. makan dengan keropok + ulam timun + sambal belacan



sambal udang petai



ayam goreng kunyit untuk bebudak...

Thursday, July 26, 2012

menu berbuka pose semalam, day 5

tak bersemangat sgt nak update sebab kamera masih belum ada pengganti, dlm proses..tpi, x beli la DSLR tu..yg biasa2 jer..janji gambar cantik. aku masak simple2 jer, nak cepat. smpai rumah dah pukul 5.30ptg. kena masak cepat2 sebab pas tu nak uruskan anak2 plak..



pernah buat kat sini sebelum ni. tengok kat ayam goreng kunyit



pernah juga buat sebelum ni kat sambal sotong kembang. buat juga sup tom yam putih utk anak2, tapi gambar lupa nak snap..


jus carrot susu, cik asben yang buat. bahan2nya, cik asben ikut suka hati dia jer..

Thursday, April 26, 2012

masak ni jer..

kalau sesapa perasan, entry lepas aku ada masak gulai kepala ikan merah minang style..minang la sangat..
pas tu, ada baki kuahnya. nak buang sayang la plak..
so, aku modified sikit. lebihkan cili padi biar pedas dan pekatkan santan. pas tu, aku masuk udang.
jadi la pulak, udang masak lemak cili api..
menu recycle, tapi dengan rasa yang berbeza..

masak lemak cili padi udang dan kacang panjang
pas tu, untuk lauk tambahan aku masak ayam goreng berlado

ayam goreng berlado

RESEPINYA:
ayam
lada merah
cili padi
bawang besar
bawang putih
tomato
limau nipis
garam
gula
bahan perasa

* sukatannya, aku main agak2 jer..

CARANYA:
- goreng ayam separuh masak
- tumiskan bahan kisar iaitu lada merah, cili padi, bawang besar, bawang putih dan tomato sehingga masak
- perahkan limau, masukkan ayam. gaulkan rata dan masukkan garam, gula dan perasa. siap..







untuk anak2, aku buatkan sup ayam. tpi bukan nak letak gambar sup ayam. nak letak gambar budak yang makan sup ayam tu..memang sedap sup ayam yang aku buat tu. tak percaya, tengok gambar bawah ni ye..

my lovely little awan nano tgh makan nasi dan sup ayam

bukti betapa sedapnya masakan aku ni..
si kecik ni kalau ada kuah dalam pinggan nasi dia, mesti dia cakap..
bu..hiyup..

Monday, October 3, 2011

menu on 1st october 2011

hari ni plan nak bawa MIL dan FIL g mandi hot spring kat batang kali..
tido rmh makcik aku kat ligamas..
aku masak lauk cikit utk bawa ke sna coz x nak susahkan makcik aku yg tak berapa sihat tu..
dah tido rmh dia tu, kira ok la..
aku masak udang tempoyak, ikan tongkol masak singgang, sayur ulam dan sambal belacan.
utk dessert, aku buat kek kukus coklat moist..
*
*
*
udang tempoyak..
favourite 7 keturunan family MIL aku..

UDANG MASAK TEMPOYAK

udang secukupnya - bersihkan dan buang la apa yg patut
tempoyak secukupnya
1 helai daun kunyit
sedikit air
cili padi - ikut tahap pedas yang dikehendaki
bahan perasa

CARANYA:

- kisar cili padi, aku suka pedas
- masukkan tempoyak, daun kunyit dan cili padi, masak sebentar
- tambahkan air ikut kepekatan yg disukai
- masukkan udang dan perasakan
*
*
*
ikan masak singgang terengganu
makan dgn ulam dan sambal belacan...
sedap weh..

IKAN MASAK SINGGANG TERENGGANU

ikan tongkol - bersihkan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
sedikit lengkuas
1 helai daun kunyit
asam keping
tomato
kacang bendi
cili padi

CARANYA:

- hiriskan bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup dan lengkuas
- masukkan ke dalam periuk yang berisi air
- masukkan asam keping, daun kunyit, kacang bendi, ikan dan masakkan sebentar
- masukkan tomato dan perasakan
*
*
*
my favourite kek coklat moist kukus.
dah pernah buat, resepi refer sini k

Monday, August 22, 2011

menu berbuka puasa hari ke ~ 21

dua tiga hari ni x de n3 baru kan???
ini disebabkan mak gantung kuali...
dapat jemputan berbuka puasa sana sini...
tak masak ler...
hari ni masak simple jer coz aku g belajar jahit manik pagi tu..
kelas habis pukul 3.30 ptg..
nak masak lebeh2 pun dah penat...
aku buat udang masak sos...
*
*
udang masak sos

Resepinya:-
udang secukupnya
cili kering*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
*kisar
sos tiram
sos tomato
sos cili
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - belah enam

Caranya:-
- tumis bahan kisar sehingga masak dan wangi
- masukkan sos coli, sos tomato dan soso tiram
- masukkan udang dan perasakan
- setelah udang agak masak , masukkan bawang besar dan tomato
*
*
*
pagi tu aku belajar kelas jahitan amnik kat presint 8..
belajar dengan ejan..
aku belajar jenis 3D dan crumble..
bila dah pukul 2.30 petang tu...
kecik je mata aku dibuat dek manik2 yg halus..
namun ku gagahi jugak demi kerana baju raya ku...
ni lah manik yg aku belajar jahit..
*
*
yang bentuk daun tu jenis 3D
*
*
design crumble
*
*
yang ni 3D..
*
*
ni contoh cikgu punya...
geram aku tgk..
cantik tul..
*
*
ni contoh jahitan manik asas..
ni cikgu yg buat...
aku tertarik, terpikat dan tergugat nak amik kelas manik ni coz nak jahit sendiri kat baju raya..
nak htr tempah, org tak nak amik dah...
pas tu upah dia mahal..
setakat hantar sehelai baju blh la..
yg lain2 tu, tak terlarat la plak nak membayar kos upahnya..
setelah aku belajar menjahit manik ni, baru la ku tau ngape upahnya mahal..
we.........................org yg mata celik blh jadi rabun woo kalau duk menjahit manik ni..
harap2 aku aku dapat mempraktikan la apa yg aku dah belajar ni..
doa ku utk diriku sendiri, supaya dapat merealisasikan jahitan manik tu kat baju aku..
minggu terakhir pose ni akan ku pulun menjahit manik kat opis time lunch hour..
ye lah tu......
kena jahit tang lengan baju dulu..
kalau kat leher baju, tak sempat siap blh tutup dgn pakai tudung..
kalau lengan baju tak siap.
alamatnya..nanti aku pakai sebelah lengan ada manik, sebelah lagi tak de...
wish me good luck k..
ceh....macam nak g berperang plak..
adoyaiiiiiiii........







Tuesday, August 16, 2011

menu ramadhan ke ~ 15

lunch hour smalam g pasar presint 8...
pas tu nmpak yong tau foo..
datang la angin meroyan nak mkn benda tu plak..
so, smalam aku berbuka dgn yong tau foo..
separuh ready made dan separuh home made...
maksudnya............
sos manis, sos pedas dan sup dia tu aku beli yg dah siap..
cuma kena masakkan sikit la dgn cara tambah air dan tepung jagung..
utk sup plak, campurkan je dgn air..
ikut la banyak mana sup yg kita nak..
bahan2 yong tau foo tu, beli dan balik rumah celurkan jer..
aku guna spesis sos ni..
*
*
boleh guna banyak kali..
rasanya pun memang mcm yg jual kat pasar malam tu..
*
*
ni untuk cik asben..
tu yg deko semacam jer...
*
*
yg ni ni aku punya la...
aku ada masak lauk utk makan dgn nasi jugak...
cik asben aku berbuka dgn yong tau foo dulu..
lepas balik terawih, dia makan nasi plak..
aku cuma masak ikan bawal masam manis jer..
*
*
ikan bawal masam manis
resepi aku amik kat shida..
shida pakai ikan siakap, aku plak guna ikan bawal...
mana2 pun boleh..
aku copy paste kat sini jugak la ye...minta izin ye shida..

Resepinya:-
Sumber:-shida
1 ekor ikan siakap - digoreng dan letak dlm pinggan
1 biji bwg besar- hiris
sedikit halia- hiris
2 ulas bwg putih-hiris
1 btg serai- ketuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato- cincang
2 helai daun limau purut
2 urat daun bwg
1 biji cili merah / hijau
sedikit gula dan garam
cara:
- tumis bahan2 hiris sampai naik bau
- masukkan semua sos + tomato
- sebatikan dan masukkan air skit
- masukkan semua bahan lain kecuali ikan dan daun bwg
- perasakan dengan gula dan garam
- (seimbangkan rasa manis, masam dan masin)
- akhir sekali masukkan daun bwg dan terus tutup api
- curahkan ke atas ikan yg telah digoreng



Monday, July 11, 2011

menu lunch @ 09.07.2011

menu lunch aku utk hri sabtu...
tarikh senang nak ingt coz tarikh perhimpunan BERSIH yg tak jadi tuh..
aku masak simple2 ajor coz cik asben keja 1/2 day hri sabtu..
biasanya lepas dia blik keja, kami sekuarga akan kuar bwa anak2 jejalan..
klau tak bawa hri sabtu, hri ahad mesti kna bwa..
coz c abg tu dah pandai bertanya nak pergi mana hri ni???
kena bawa juga anak2 kuar jln walaupun ke taman bawah rmh jer...
*
*

menu lunch, simple ajer..
*
*

udang masak lemak cili api dgn kacang panjang
lauk utk ibu dan ayah..

Resepinya:-
2 ulas bawang merah
kunyit hidup - serbuk pun blh
cili padi - ikut suka nak pedas mana
1/2 inci halia
daun kunyit
1 keping asam keping
kacang panjang - patahkan jer
udang - aku buang semua kulit sbb cik asben yg suruh
garam dan bahan perasa

Caranya:-
- kisarkan bawang merah, cili padi dan kunyit hidup
- tumiskan dahulu dgn sedikit minyak dan masukkan air
- masukkan kacang panjang, asam keping, halia dan daun kunyit. daun kunyit ni tak buh pun tak pe
- masukkan santan dan setelah santan agak masak, masukkan udang
- sentiasa kacau supaya tak pecah minyak
- masukkan garam dan bahan perasa
*
*

sayur tauge, udang dan tauhu masak hentam jer...
lauk utk abang

Resepinya:-
1 keping tauhu
sayurtauge
udang
1 uals bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 batang lada merah - buang biji
sedikit ikan bilis
kicap manis
garam

Caranya:-
- hiris bawang putih, bawang merah dan lada merah
- tumiskan bahan2 hiris bersama dengan ikan bilis
- masukkan udang, tauhu dan sayur tauge
- masukkan sedikit air dan kicap
- masukkan garam dan siap dah..

Saturday, May 21, 2011

sambal sotong petai

tetiba jer teringin nak mkn sotong sambal petai..
aku pun bergegas ke pasar mencari sotong dan petai...
blik je keja ptg tu, terus terjun dapur memasak...
nikmatnya rasa...lebih2 lgi makan dgn nasi putih...
sapa tak makan petai....rugi woo................
*
*
*
sambal sotong petai...

Resepinya:
sotong
petai
cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
air asam jawa
garam
gula dan bahan perasa

Caranya:
Sotong dibersihkan dan dipotong sederhana besar. ambil isi petai dan rendam sementara untuk memudahkan lapisan kulit putih isi petai tu tertanggal. kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. tumiskan bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan masukkan petai. kacau sebentar dan masukkan sotong. jgn masak lama sgt sotong tu nanti kecut...masukkan air asam jawa, gula , garam dan bahan perasa. dah siap...

Sunday, February 27, 2011

sambal sotong kembang

hri ni lunch aku masak awal coz pkul 10 kang nak kna g opis jap, ada kojer ckit yang perlu disiapkan..2day cik abg aku la yg kna jadi bb sitter..biar la bgi dia rasa ckit pengalaman menjaga kedua2 org anaknya di hari minggu ni..jgn marah ye lalink...i lap u...antara menu lunch yang aku masak ialah sambal sotong kembang ni la...sotong spesis ni banyak sangat nickname nya..aku panggil sotong kembang, tpi ada yg panggil sotong kering..nama sebenar sotong ni aku tak tau la plak..korang panggil nama apa plak kat sotong bawah ni....
*
*
sumber dri cik google
*
*

sambal sotong kembang
*
*


Bahan2nya:-
cili kering kisar secukupnya
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
2 ketul sotong kembang (di potong2)
3 sudu besar santan kelapa
garam dan bahan perasa

Cara2nya:-
panaskan minyak dan masukkan cili kering yang telah dikisar bersama bawang besar dan bawang putih. tumis sehingga pecah minyak. masukkan sotong kembang dan santan. masakkan sebentar dan masukkan garam dan perasa. dah siap, senang jer ni..


Saturday, January 15, 2011

masak tempoyak dan udang

salam..nak tunjuk antara masakan feberet hubby&fmily dia...klau dpt lauk ni,kna larikan dulu ckit..klau tak,msing2 hentam smpai jgn pandang blakang...masakan yg paling simple,sedap dan menyelerakan...itu yg bgi golongan yg sukakan spesis tempoyak a.k.a durian.resepi aku korek dari my MIL dan skill di asah lgi dgn bantuan chef trisia agoes..biras aku da...nengok pic dulu la erk...tpi,kebanyakan pic dlm ni tak clear sesangat coz kamera henfon jer...aku tgh menabung sehari seposen la ni utk beli kamera yg blh zoom sna cni tu...


Bahan nak masak lauk ni:-

tempoyak secukupnya
udang (buang kpala & ekor)
cili padi ikut la tahap kepedasan masing2
kunyit hidup ckit
garam
gula

Cara nak memasak plak:-

blendar je cili padi tu dgn kunyit idup a.k.a kunyit basah.masukkan tempoyak dalam periuk kecil.msukkan bahan yg dah d blendar tdi..agak2 pekat sgt,tambahkan je air..msukkan udang,garam dan gula.masakkan je la semua bahan2 tu..tahap kepekatan dan kecairan masakan ni t'pulang la pd selera masing2.aku suka cair ckit...sedang2 ajer..mkn dgn nsi putih je pun dah ckup menyelerakan...