Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder
Showing posts with label masakan daging. Show all posts
Showing posts with label masakan daging. Show all posts

Monday, February 16, 2015

Masak lemak daging salai dan rebung

Hari tu oder daging salai dgn member. Pos dari cameron highlands tu...siap hiris dah.. teringin nak makan masak lemak cili padi daging salai dan rebung...

Daging salai
Rebung
Cili padi
Kunyit hidup
Serai

Caranya:
Tumbuk cili dgn kunyit hidup. Masukkan dlm santan cair. Masukkan serai yg diketuk. Masuk daging dan rebung. Sentiasa kacau supaya tak pecah minyak. Dah menggelegak, masukkan santan pekat dan kacau lagi. Perasakan...aku masak memang podeh la...lepas tu buat sup sayur untuk anak2....

Tuesday, November 22, 2011

dinner sempena bola sepak final

aku masak simple je mlm ni sbb nak cepat..
nak cepat siapkan masak, nak cepat siapkan anak2, nak cepat prepare baju dan brg2 utk esok keja..
semua nak cepat..
gara2 nak layan bola pukul 8 kat TV..
dinner pun depan TV..
nasib baik Malaysia menang..
suka.....
*
*
daging goreng kunyit
super hot punya..
dlm proses nak menghabiskan stok daging korban..

DAGING GORENG KUNYIT

daging - hiris
1 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia *
cili padi * - ikut tahap pedas yg diingini
serbuk kunyit
garam dan perasa

CARANYA:

- hiris semua bahan yang bertanda * dan tumiskan kecuali bawang besar
- dah layu dan wangi, masukkan daging dan serbuk kunyit
- masukkan air dan masak sehingga daging tu lembut
- daging dah lembut, masukkan bawang besar, garam dan perasa
- tunggu sehingga air tu agak kering dan dah siap..

*antara petua yg blh digunakan untuk melembutkan daging ialah masa rebus daging tu masukkan sudu sekali atau sebiji panadol atau akar daun pandan. aku biasa guna cara 1. rebus sambil masukkan sudu camca dlm periuk rebusan tu..
*
*
bayam goreng utk anak2..
aku guna spesis bayam daun bulat..

BAYAM GORENG

1 ikat sayur bayam
1 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
1 biji lada merah *- buang biji
ikan bilis

CARANYA:

- hiriskan bahan2 yang bertanda * dan tumis
- dah agak garing, masukkan sayur bayam tadi dengan sedikit air
- masukkan garam dan dah siap





Thursday, November 3, 2011

kari tulang

dinner mlm tadi aku masak kari tulang..
guna tulang lembu la..
tpi, aku campurkan jugak daging sikit kat dlm tu..
ye la, dah nama pun tulang..
tentu isinya pun kurang..
*
*
kari tulang...
sedap makan dgn roti, selain nasi..

KARI TULANG

tulang lembu secukupnya - rebus dahulu
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga)
daun kari
1 pkt serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk lada
1 biji kentang
1 btg lobak merah
santan
air asam jawa
garam dan perasa

CARANYA:

- tumiskan bahan hiris iaitu bawang merah, bawang putih dan halia bersama rempah 4 sekawan dan daun kari
- setelah naik bau, masukkan serbuk kari daging yang telah dibancuh dengan air + serbuk lada
- setelah bahan tersebut agak garing, masukkan tulang bersama air asam jawa
- dah empuk daging kat tulang2 tu, masukkan kentang dan lobak merah yg telah dipotong
- bila kentang dan lobak dah agak lembut, masukkan santan + garam + perasa
- siap...wat pekat2 sikit, sedap mkn dgn roti potong, roti jala, roti canai dan yg sewaktu dengannya..

Wednesday, October 12, 2011

paru goreng cili padi

aku belajar makan paru ni dengan biras aku..
sedap rupanya paru ni...
sejenis anggota dalaman lembu, yang boleh dimakan selain dagingnya..
sedap digoreng rangup, buat rendang atau pun sambal..
hari ni aku masak paru dengan cili padi..
cara nak hiris paru ni, bila beli balik rebus dahulu..
rebus bersama asam keping utk hilangkan bau hanyir..
pas tu dah sejuk, baru boleh potong ikut suka hati..
*
*
paru goreng cili padi

PARU GORENG CILI PADI

paru lembu secukupnya
cili padi - ikut pedas
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 biji tomato
sedikit belacan
1 asam keping
garam, gula dan perasa

CARANYA:

- goreng paru yang telah dihiris nipis sampai garing dan rangup
- kisar cili padi, bawang besar, bawang putih, tomato dan belacan
- tumiskan di dalam kuali dan pastikan sambal cili tersebut benar2 masak
- masukkan asam keping, gula , garam, perasa dan paru. dah siap

Thursday, August 18, 2011

menu ramadhan hari ke ~ 17

dah hari yg ke ~ 17..
sekejap je masa berlalu..
sedar tak sedar seminggu je lgi nak raya..
jumaat depan, 26hb aku balik pahang..
wah...tak sabar rasanya..
kuih raya dah siap...
duit raya pun dah siap..
baju anak2 dan cik asben pun dah siap..
tggu masanya tiba dan start enjin keta nak balik kampung jer ni...
hri ni aku masak lauk simple jer coz cik asben tapau KFC..
ala...tukar KFC guna hot tiket dia la..
free ajer..
aku cuma masak sayur goreng dan paru goreng sambal..
pas tu ada kawan bagi bubur lambuk..
*
*
bubur lambuk dari masjid...lupa la plak masjid mana??
tpi kan????sedap betul bubur lambuk ni..
testimoni dari pengasuh anak aku dan cik asben telah emmaklumkan bahawa bubur ni memang sedap..
bila aku makan, memang sedap la.....
kak, nak lagi boleh????
terima kasih...he3...
*
*
*
paru goreng sambal...

Resepinya:-
paru lembu
cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
gula dan garam

Caranya:-
- rebus dulu paru bersama asam keping
- dah masak, angkat. tunggu sejuk dulu pas tu hiris nipis2 dan gorengkan garing2
- kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih
- tumis sehingga masak dan masukkan air asam jawa, gula, garam dan perasa
- pas tu, masukkan paru yang telah digoreng tadi..dah siap..

Monday, January 10, 2011

daging masak sambal kicap

lauk ni antara favourite hubby dgn fmily dia.aku dapat resepi ni from my MIL.sebagai istri yang agak2 solehah ni mesti la kita wat risikan dgn MIL apa yg dia suka mkn...mesti la masakan mak dia kan...
ni la rupa masakan daging ni.resepi sumbangan my MIL.dgn bantuan biras aku a.k.a uni,aku dah bole di katakan pro la masak lauk ni..ala senang jer..resepi kat bwh ni k..

DAGING MASAK SAMBAL KICAP
1/2 kilo daging batang pinang @ daging lembut
cili kering (ikut tahap kepedasan masing2 k)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
air asam jawa
kicap manis kipas udang
garam dan bahan perasa

Cara-caranya:-
hiris daging nipis2 dan dipotong sederhana besar.rebus cili kering dan blendar bersama dengan bawang besar,bawang putih dan halia.panaskan minyak,masukkan daging dan biarkan sebentar.selepas itu masukkan bahan2 yang telah diblendar tadi.masak sampai daging tu empuk dan tak liat.boleh tmbah air untuk bagi daging tu lembut.bila sambal dah agak pekat,masukkan air asam jawa.kicap manis,garam dan bahan perasa.masak sebentar sehingga agak pekat..pas tu,dah siap dan bole mkn..ni menu wajib utk hubby aku paling kurang pun skali dlm sebulan..

Tips:-
Bapa mertua aku ckp,klau nak daging tu cepat empuk,masukkan biji kurma masa masak daging tu..dah siap masak,jgn korang lupa plak nak buang biji kurma tu..kang ada yg tercekik plak..selamat mencuba..walla....