Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder
Showing posts with label makan-makan. Show all posts
Showing posts with label makan-makan. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Farewell lunch at secret recipe, alamanda

Farewell lunch coz geng2 makan2 aku kena pindah. adat la kerja dengan kerajaan ni. dah sign aku janji S.Y.M.P kan..i follow je la. aku dulu pun posting keja kat kuching, sarawak. pas tu tukar ke putrajaya sampai ler sekarang. lambat laun, turn aku akan sampai nanti. perpindahan ni jadi cepat berlaku sebab kitaorg keja dalam bahagian penguatkuasa.mana2 pegawai yang dah stay kat satu tempat tu lebih dari 5 tahun, klau minta tukar biasanya akan senang dapat. kalau duduk lama2 kat satu2 tempat tu nanti, pihak atasan takut akan jadi mesra peniaga plak..untuk mengelakkan tohmahan dan kemingkinan berlakunya hal2 yang tak diingini terutamanya bab2 kes SPRM nih..


tuan tanah, bergambar kenangan dgn kak min. kak min ditukarkan ke BKPK. tapi masih dalam satu kementerian dengan aku. cuma aku tingkat 2, dia akan pindah ke tingkat 6. sekarang masih dalam sesi penangguhan sealma 2 bulan. orang kuat bos la katakan..he3..


tuan tanah dengan jijah. jijah minta tukar ke alor setar dan permohonan kali ke 3nya diluluskan. jijah ni asben dia keja dgn kerajaan negeri kedah, so asben dia memang tak boleh ditukarkan ke mana2 la.

sementara menuggu oder yang lain sampai, kami dihidangkan dengan keropok. ni free ajer..


oder pertama sampai. chocolate lava yang memang sedap gilos..diaorg ni panaskan lama sgt smpai runtuh chocolate lava aku tu. tapi, masih ok lagi la. dalam kek tu ada melt chocolate dan topping aiskrim..pergh, sedap weh..


kak min punya. sos black pepper tu memang rasa macam makan sebiji2 black pepper


aku punya, nasi goreng seafood + tom yum sup yang sedap + sambal belacan gila pedas..


jijah punya, fish & chips yang sedap juga..total makan RM75.25 termasuk service dan gov tax. services tax yang mahal, membuatkan aku asyik2 panggil je staff kat SR tu minta itu dan ini.

Thursday, November 1, 2012

lunch aiskrim ajer

Ini bukan sesi nak berdiet, tapi dah makan awal2 kat opis tadi. So, nak makan yang heavy dah tak boleh masuk. Makan aiskrim je la..kami makan kat..

makan aiskrim cream and fudge, kat alamnda..


posing sambil pilih flavour ice cream..yang bestnya, diaorg ada bagi tester dulu. so, senang nak tau flavour mana yang best..



yang ini jijah punya. rasberry flavour satu scoop RM7.90 + RM1.50 utk topping walnut dan RM1.00 utk cone


yang ini kak min punya. flavour karamel satu scoop RM7.90 + topping almond nibs RM1.50 + cone wafel yang ada coklat tepi tu RM1.50



yang ini aku punya. french vanilla flavour 1 scoop RM7.90 + almond nibs RM1.50 + plain wafel cone RM1.00. yang best part aku punya aiskrim ni, aku suruh budak tu campurkan almond nibs dalam aiskrim tu. so, bila makan memang terasa la kacang2nya sekali. utk topping pun dia taruk kacang sikit. sedap, kami makan kat situ dan ada disediakan plain water free untuk mencuci tekak yang melekat lepas makan aiskrim.

Wednesday, October 31, 2012

restoran home town yong tow foo

Hari tu dinner kat restoran home town yong tow foo kat ampang. Dekat dengan area ampang point. Jauh tu, JJCM dari putrajaya ke ampang. sbb adik ipar belanja..ha3..

ada tulisan cina, tapi restoran ni halal.

muka budak lapar..


kami oder yong tow foo, kailan goreng tiram, ayam goreng, nasi putih 2 pinggan je utk bebudak. yong tow foo yang paling sedap, yang mcm bentuk karipap ni. rendam dulu dalam sup, pas tu cicah sos dan makan..

bukti bahawa makanan kat sini memang sedap.

siap ada persembahan orang menyanyi sambil main gitar.

Tuesday, October 30, 2012

makan-makan di sushi king

Raya korban baru ni, balik rumah MIL kat JB. Pegi jejalan kat jusco dan singgah makan petang di sushi king.

duduk makan kat meja yang berpusing-pusing sambil tgk org buat sushi

aku amik spesis ni. nama dah tak tau da..atas tu sotong yg dipotong nipis2 kot...kenyal2 je rasanya..


madam kecik ni, aku dah siap2 belikan dia aiskrim

yang ni bagi aku, paling sedap. kulit tauhu, dalam tu letak beras sushi, ada isi tuna dan hirisan timun. sedap o...4 piring  kami amik. dalam setiap piring tu, ada 2 ketul je. harga sushi ikut wrna piring2 yang berpusing tu. hrga yang sama mengikut wrna2 piring tu. tanda harga mengikut warna piring diaorg letk kat cashier caunter. paling mahal RM6.00 sepiring, wrna ungu. so, boleh budget2 ler.. nak makan ala carte pun ada..



Wednesday, October 24, 2012

KFC DOUBLE DOWN

Express lunch semalam, KFC double down..



hrga RM8.60 + gox tax. aku amik alacarte je



sedap jugak sbb isi ayam garing + cheese + isi2 yang lain je. roti tak de

Tuesday, October 23, 2012

lunch at muhammad chan abdullah again

aku & geng makan2 lunch kat muhammad chan abdullah, bandar baru bangi. lunch sini sebab nak beli barang kat yummies bakery.

barli suam, kak min dan jijah punya. RM1.80


Aku punya, limau asam boi. sedap seh...RM3.50


Chicken dim sum pun sedap. RM3.80 utk 3 ketui ni..


Kantonis kuey teow, RM6.50. Kak min punya, sedap dan cukup rasa



Nasi goreng thai RM6.50, jijah punya. memang cukup rasa dan bahan2 thainya. nampak je mcm ni




Aku punya, nasi masak kong boh ayam. rasanya pun sedap dan harga RM6.50 juga..

Friday, October 19, 2012

lunch di rstoran saba' cyberjaya

semalam ada kerja luar, area cyberjaya. dah alang2 smpai sana, aku and the opis gang lunch kat saba' cyberjaya. smpai pukul 12 tgh, org dah mula ramai der..kami menuggu lebih kurang 1/2 jam utk mknan smpai. air pun dah cair ais batunya.


air favourite yg mesti aku oder kalau datng sini. lemon juice..


air ni bebudak lelaki suka la minum...

aku punya, chicken kabsyah RM10.00. ayam dia ada dalam nasi tu ha...bebudak lain, oder lamb kabsyah dan harga dia RM15.00


bukti betapa sedapnya nasi arab kat sini. kenyang giler weh..jgn tak sangka, aku boleh habiskan nasi arab ni. saiz half tu...

Thursday, October 18, 2012

kenny rogers, alamanda

semalam lunch kat kenny rogers dgn geng makan2..kat alamanda je, nak ke mana lagi kalau lunch dlm putrajaya ni..alamanda, port org2 kerajaan time lunch. lagi semak kalau on friday..



muffin dia yang sedap dan gebus..


yang ni ahkak punya..set yang berharga RM17.50



muka senyum pasal makanan dia dah smpai..


baik minta ayam bahagian peha jer. klau part isi ni, nak pengsan menghabiskannya..



yang ni muka amsam pasal makanan dia tak sampai2..he3..total kami makan semalam RM73.60 plus gov tax.


Wednesday, October 3, 2012

RADIX FC

tadi lunch kat bdr baru bangi. geng makan aku, kak min yang mengidam sangat nak makan ayam organik radix ni..


resoran ayam organik, RADIX FC



macam ayam goreng KFC, tapi aku still pilih KFC la..



cashier dia bersongkok tau. yang datang makan kat sini ramai orang yang alim dan bertudung labuh.



jijah oder mee rebus. rasa mee sedap. tapi banyak sgt udang kering..


geng makan2 aku. harga kat sini dah macam harga kat KFC. rasa, biasa2 jer..rasa ayam organik.......aku amik yang spicy pun, tak de la spicy sangat. masa aku datang, budak tu la cashier, budak tu jugak la waiter dan budak tu la yang kemas meja..sos cili dalam botol pun dah habis dan kat diaorg pun tak de stok. last2 budak lelaki tu bagi sos dalam paket utk take away punya la. dah kira ok la kan dan aku masih cool lagi. tapi, bila sos dalam paket tu tak de tempat nak koyak mcm sos lain, aku terus bangun dan pegi minta gunting kat staff tu. service masa tu memang slow, kecoh dan kelam kabut. macam kurang persediaan plak diaorg ni. tak pe la, yang penting produk makanan dan minuman dalam tu semuanya keluaran HPA dan comform halalnya.


 yang ni plak, menu pilihan yang ada..

Thursday, September 27, 2012

lunch at thai tom yam kung, presint 15

hari ni lunch kat thai tom yum kung presint 15. sapa lapor, nmpak org ramai kat dalam restoran ni dinasihatkan jangan datang ler..aku datang makan time lunch hour, 45 minit menunggu oo....air tinggal 1/2 cawan, makanan baru smpai. dah la makanan kat situ pedas2 belaka, kena oder extra minuman lagi nanti..
makanan yang aku & the gang oder tadi, semua sedap2 belaka. tapi, mak aii..podeh weh..


buku menu dia da...



minum laici kang dulu..


ini daging paprik, antara yang paling pedas dalam menu kami



ini plak, black pepper sizzling beef, yang ke2 pedas..



tom yum ada rasa santan sikit. tapi sedap dan udang dia fresh...




total rega kami makan tadi. harga ok la dan makanan memang sedap. cuma pedas2 ler..untuk aku yang penggemar makanan pedas memang syiok le makan..kesian kat jijah la, dia tu tak kuat pedas sangat. service lembap, tapi tak blh komen byk2 pasal service ni sebab kat kedai ni tak de service charge. boleh repeat lagi pas nih...