Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, December 15, 2015

Latihan menembak KPDNKK 2015

15&16hb baru ni ada latihan menembak anjuran opis, utk semua cawangan negeri. Ahkak kena tadi,kat lapang sasar di kota tinggi. Latihan ni 2 atau 1 thn sekali akan diadakan. Walaupun dah pernah menembak sblm2 ni...setiap kali latihan, mesti penyakit gigil tu hadir dlm diri ini..mind set bgtau pistol ni bahaya...itu agaknya yg setiap kali latihan je gigil dtg. Peluru betul tu..klau jadi apa2,x kan blh ganti dah dik non...sorang 2 sesi, setiap sesi diberi 10 bji peluru. Tembak la kertas bulat yg ditampal kat papan menembak tu..as always, ahkak punya memang kat dlm bulatan tu licin la..blh recycle utk sesi seterusnya. Kena bahan dgn kwn2 pun satu hal jugak. Tpi, x pe...anda tidak akan berkesorangan. Ramai lagi geng2 ahkak yg tangan pengkor org2 tua kata..sharp shooter kat opis ahkak ni, ladies hokey..mak org lagi. 5 org markah paling tggi, akan dtg lagi keesokannya utk fight dgn 5 org markah tertinggi utk group 1 lagi..sapa menang, dpt hadiah dan kepopularan la..hahaha...ahkak menang gaya ajer...masa latihan, akan ada polis dan urusetia unit senjata kementerian ada bersama kita masa sesi latihan tu nanti. Masukkan peluru, letak dlm pistol dan cara2 menembak semua akan di ajar. Pegang kuat2, tetapi dgn lembut sebab bila peluru dilepaskan pistol akan sentap naik ke atas. Mana ahkak ni tak cuak..tak ne nak aim2 bagai masa menembak tu, janji cepat siap. Utk keselamatan, buat ikut arahan je...done

Monday, December 14, 2015

Masuk JAWI

Org dolu2 kata, masuk jawi...maknanya bersunat la. 1st day cuti sekolah baru ni bermula, irfan hero sulungku bersunat. Umur abg masa ni,8 thn...tak plan nak sunat pun. Tpi, pasal nak join sepupu sepapat dia.. itu yg disunatkan. Haru...haru sesangat..hadoiii la...dri start kmi semua relax, bersabar, hilang sabar, naik darah dan kelakar pun ada. 1st pegi klinik,dia x nak kena cucuk..menangis2 tak nak. Balik rmh, ditenangkan oleh ayahnya dan pegi semula klinik. Nasib baik la doctor tu kwn atok dia..so,dtg balik pun doctor still blh sunatkan. Klinik ni cuma ada sunat cara clamp dan laser tak de. Harga RM150 dan clamp ni tak jahit mcm bebudak zaman dolu2..dia masuk sarung je kat tmpt potong tu. Datang kali ke2 ke klinik, irfan mcm dah blh terima kenyataan...kmi ajar dia baca al fatihah tanpa henti. Akibatnya, kmi semua sama2 ikut baca...kecoh klinik tu dibuatnya. Nasib baik x de budak lain yg tggu turn. Klau tak, rugi doctor sbb bebudak tu lari...hari ke6 lepas sunat,pergi klinik semula utk buka clamp. Doctor klinik ni x buka pun, cuma potong kabel tepi yg ikat tu je..sarung tu kata doctor nanti tercabut sendiri. Klau kita paksa cabut, takut luka dan berdarah...hari ke3 lepas potong kabel clamp yu, baru sarungnya tercabut sendiri..masa sunat, makan kena pantang ye...bgi je makanan mcm kita berpantang lepas bersalin tu...ahkak siap sediakan tempurung, buat cantik2 utk dia ketuk kepala lutut bila birdnya angry...masa tu diaorg akan rasa sakit sebab luka tu menegang...sekian la, pnjg cerita ni...layan gmbar plak...

Mee wantan sedap

Pagi tadi breakfast mee wantan di senandung uda, bandar baru uda,jb..ada mcm2 jenis mee wantan. Mee wantan kering, wantan sup, wantan thailanddan ada lagi..ahkak lupa..ahkak oder mee wantan kering dan ahbang oder mee kari. Mee kari dia kuah cair, tapi rasa ok la...mee wantan plak memang superbeb sedap..lokasi dekat dengan petronas bandar baru uda. Berhadapan deretan kedai2. Kedai makan ni sebijik dia je..macam2 menu yg ada selain mee wantan ni, roti jala, ubi kayu rebus, nasi lemak,mee goreng dan byk lagi la...

Tuesday, July 21, 2015

Salam aidilfitri

Salam aidilfitri 2015 dri ahkak sekuarga...

Breakfast sedap2 di johor

Lama menyepikan....sejak menjak GST ni memang bizi sgt. Walaupun tak terlibat pun, hahaha...mencipta alasan. Mulakan dgn story makan2....ahkak memang suka bab makan2 ni. Semenjak jadi org jb ni, dah tau la port2 makan best. Antaranya...
Murtabak cheese di larkin. Org kata yg famous di kmpg melayu. Tpi,bgi ahkak kat sini yg best. Dtg masa breakfast tau sbb org yg buat murtabak shift pagi,bila letak cheese tak bersukat. Amik dan tabur...byk oii...shift ptg punya org tabur cheese sukat ikut piawaian yg ditetapkan. Kureng lor...ada yg biasa,cheese dan special..harga start RM7 utk yg ada cheese...

Bukit tinggi, indonesia

Hari tu ke padang,indonesia..very short and unplanning vacation. Biarlah gmbar berbicara...ahkak shopping kain pasang tenun bukit tinggi la. Utk raya u olls...memang murah2 giler...makanan plak lebih kurang mcm kita la. Cuma ada tmbahan bahan lain. Spt lontong kuah dimakan dgn kuah lemak nangka dan ada bahan2 lain dlm tu. Soto mee plak diaorg pkai mee suhun,letak paru goreng dll. Ada teh o ais botol, apam balik kat sana panggil murtabak coklat. Atas bukit tinggi ada makcik jual nasi kapau..sedap gilos dan berbaloi ahkak berjln jauh ke dlm kawasan tu utk mkn nasi kapau. Mcm nasi cmpur,tpi lauk2 nya yg best. Nak ke bukit tinggi tu nmpak gunung merapi. Masih aktif kata ko....

Friday, February 27, 2015

Balik kmpg...

Kitakan 1 malaysia...so,raya cina hari tu pukul cuti habis balik kmpgku di negeri pahang darul makmur..sejak duduk jdt ni,tggu cuti pnjang sikit baru blh blik pahang.klau dulu masa di putrajaya, hjung mggu je blh balik..sbb skrg perjalanan dah makin jauh...ikut jln kmpg,sehari je dah makan masa perjalanan...apa pun,mak dan abah..akan ku cuba balik selalu..balik kmpg, mcm2 makan yg direquest dri mak.makan pajeri nenas, mee kari, kuih keria, masak lemak telur itik, pecal, kerabu dan mcm2...memang tak jaga makan langsung masa tu.rugi o.....kat kmpg ada cousin berpantang kat rmh mak.anaknya kecil dan cute sesangat. Smpai takut nak pegang bb tu. Umur dah 2 mggu, berat 1.5 je....pramatang..Alhamdulillah, b tak de masalah apa2.cuma saiz kecil je...layan kan je la gmbar2 bawah ni ye..

Tuesday, February 17, 2015

Ayam Penyet Zona

Kat jb ni memang sangat mudah nak cari ayam penyet. Pagi, siang dan mlm senang nak cari. Kat gerai atau restoran ada disediakan. Pilih je yg mana sedap. Semalam try makan kat Zona Ayam Penyet di Taman Pelangi. Kedai betul2 sebelah plaza pelangi. Lot kedai tu belah atas, so kena naik tangga..Kat sini cuma jual yg penyet2 je..Aku oder ayam penyet. Sedap, cuma masih tak blh lawan Wong Solo kat bangi tu....rindunya nak makan Wong Solo. Sila la buka branch kat jb ni. Makanan sedap, cuma enviroment kurang memuaskan. Sila jgn guna tandasnya ok...he3...

Monday, February 16, 2015

Sambal kentang ikan bilis

Lauk favourite suami dan anak2...makan dgn nasi putih + kicap manis kipas udang...itu pun dah cukup.

Bahan:
Ikan bilis
Kentang
Bawang putih
Bawang merah
Cili kering

Caranya:
Goreng kentang. Ikut suka nak potong mcm mana. Ada yg suka hiris bulat. Asben aku suka potong segitiga. Pas tu, goreng plak ikan bilis dan ketepikan. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering. Panaskan minyak dan tumis. Biar smpai cili tu betul2 masak. Lepas tu perasakan dgn garam, gula sikit dan perasa. Dah siap, masukkan kentang dan ikan bilis. Stail aku, smbal masak lebih, lepas tu aku akan asingkan siki dlm bekas lain. Biar ngam2 je dgn kuantiti kentang tu. Aku akan gaul kentang dulu dgn smbal. Masa nak mkn nanti baru tabur ikan bilis atas smbal kentang tu supaya kerangupan ikan bilis tu masih kekal...baru bunyi krap krup krap..

Lotus Desaru Beach Resort

Entry ni bukan pasal cuti2 malaysia pun. Sebenarnya kursus team building, kat desaru. Kursus yg santai dan enjoy. 3 hari 2 mlm berkampung disana. Kat sini lebih mcm apartment. Ada byk blok. Hri tu duduk blok B, agak jauh dri lobi tapi betul2 menghadap water theme park. Bila nak ke lobi, kami naik buggy car yg disediakan start 7.00 am hingga 11.00 pm..Theme park dia tak la besar sgt pun, cuma utk budak2 diaorg memang suka habis la. Kat sini sesuai bawa family bercuti. Banyak aktiviti yg disediakan...Layankan je la gmbar2 ni ye..n

Masak lemak daging salai dan rebung

Hari tu oder daging salai dgn member. Pos dari cameron highlands tu...siap hiris dah.. teringin nak makan masak lemak cili padi daging salai dan rebung...

Daging salai
Rebung
Cili padi
Kunyit hidup
Serai

Caranya:
Tumbuk cili dgn kunyit hidup. Masukkan dlm santan cair. Masukkan serai yg diketuk. Masuk daging dan rebung. Sentiasa kacau supaya tak pecah minyak. Dah menggelegak, masukkan santan pekat dan kacau lagi. Perasakan...aku masak memang podeh la...lepas tu buat sup sayur untuk anak2....

Suhun goreng

Breakfast lepas dah bosan tak tau nak makan apa lor...so,try masak suhun goreng. Rasa kenyal dan sedap jugak la..blh layan makan dgn cili potong. Caranya:

Suhun-rendam
Telur-goreng hancur dan gaul rata dgn
           suhun, ketepikan

Bawang putih-ketuk
Cili kisar
Isi ayam/fishball
Lobak merah-hiris memanjang
Kicap manis
Tomato sos

Tumis bawang putih dan cili kering. Dah garing masukkan ayam,fishball dan tggu smpai masak. Masukkan sos,kicap manis,sedikit air dan lobak merah. Lepas tu masukkan garam dan perasa. Last sekali masukkan suhun tadi...siap..