Salah satu service food delivery yg menyenangkan diri ini serta kengakwan lain dibulan ramadhan ini. Harga amatlah berpatutan. Kalau g PARAM pun, blh habis berpuluh ringgit. Nak oder, sblm pkul 12 tghri. Lepas dari masa tu, ikut2 la nasib badan klau still blh oder. Testimoni kengkawan memaklumkan makanannya blh tahan sedap. Aku masih belum try sbb nak tggu menu lauk daging salai masak lemak. Menu dah ditetapkan dan akan repeat semula menu yg sama. Free delivery area putrajaya, dengkil dan kajang.
cerita tentang aku, keluargaku, kawan2ku dan keadaan sekelilingku..untuk tatapan diri sendiri dan sebagai satu kenangan untukku..
Wednesday, July 24, 2013
Muffin class
Hri tu before puasa wat muffin class. Utk anak2 je. Buat muffin utk pot luck sekolah abg. Salah satu aktiviti dgn bebudak 2 org ni..
Thursday, July 18, 2013
Krunch karamel almond
Kuih raya tahun ni, harus la ikut trend kuih terkini...ha3...padehal kuih ni semudah ABC je, tu yg menjadi idaman hati i. Cuma barang mahal la. Nak2 tepung tu skrg dah naik rega dek menjadi rebutan org ramai. Sumber kat kak ita masam manis. Resepinya:
Krispy karamel almond
200gm tepung florenta yg cuma ada jual kat kedai bakery je
200gm almond slice
100 gm kuaci hijau
20gm bijan hitam
Baking paper-sila guna yg wrna putih betul tu ye
Caranya:
-panas oven suhu 160 dan bakar almond slice serta kuaci hijau 10m.
- campurkan je semua bahan tu dlm bekas besar dan gaul rata.
-alas loyang dgn baking paper, tuang adunan dan ratakan nipis2.oven aku x muat loyang saiz 14, so aku guna loyang saiz 10 dan loyang kecik.ratakan agak2 sendiri je.
-bakar suhu yg sama selama 10m.pas siap bakar, keluarkan dan terus potong.klau lmbt potong walaupun 2-3 minit, dia akan keras.klau dah keras, patah2kan je la...aku potong guna pisau kat dapur tu je
Wednesday, July 17, 2013
Pengalaman mengajar anak berpuasa
Tuesday, July 16, 2013
Percik ikan ala kelantan
Update blog sambil tggu anak mengaji.Lauk utama berbuka hri ni, 7 ramadhan. Teringin plak nak mkn ikan percik. Biasa la, masa lunch hour mak2 org ni berdating dgn en.google utk mencari resepi masakan berbuka puasa. Resepi aku survey dri pelbagai blog masakan. Dah tak tau blog mana aku amik sbb bahan asas utk buat kuah percik ni sama je. Resepinya:
Ikan percik ala kelantan.
Ikan kembung
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Santan pekat
1/2 inci halia
Cili kering 3-4 tangkai
Asam keping
Garam & gula
Caranya:
-lumur ikan dgn kunyit&garam, pas tu bakar.aku guna pemanggang ajaib je.
-kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering.masukkan dlm periuk dan cmpurkan santan.aku derhaka sikit, aku letak serbuk lada hitam.
-masak smpai menggelegak dan masukkan asam keping, garam dan gula.
-masak smpai pekat.agak2 dah cair sgt, cmpurkan je dgn tepung beras.elok la pekat tu nanti.siram kuah sikit atas ikan dan panggang sebentar.pas tu buat sebelah ikan tu plak.
-dah siap, angkat ikan dan curahkan lagi kuah tu.aku buat kuah lbh dan simpan bila2 nanti rasa nak mkn ayam percik plak.
Sambal maut
Ngeri dgr nama masakan ni. Family aku yg gelarkan masakan ni smbal maut sebab pedas gilos. Sebenarnya ikan bilis smbal cili api. Harus disediakan sbg stok utk bersahur. Bagi aku yg malas tahap gaban ni, masa panaskan nasi utk sahur tu letak je tupperware yg aku isi smbal tu dlm periuk nasi. Nanti dia akan panas la sekali. Tak payah kuar kuali bagai nak panaskan semula. Yang ada microwave lagi senang, panaskan je guna benda alah tu. Dah siap mkn, smpan blik dalam fridge. Sedap di makan bersama nasi putih + kicap manis kipas udang + telur dadar@ikan goreng. Makan sahur bertambah mcm makan masa berbuka weh....Atas permintaan kwn2, aku siap jual lagi sebekas RM5 hinggit. Smbal ni tahan lama lagi2 letak dlm peti ais.
Resepinya: Sambal ikan bilis
Ikan bilis
Bawang besar
Bawang putih dlm 3 ulas
Cili padi ikut pedas sendiri
Belacan -optional
Asam keping
Gula
Garam
Caranya:
- kisar bawang putih, cili padi dan belacan.
- panaskan minyak dan goreng dulu ikan bilis.angkat dan ketepikan
- masukkan bawang besar yang dihiris dan masak smpai layu.masukkan bahan kisar dan asm keping.goreng smpai masak dan garing.masukkan ikan bilis, gula dan garam.siap...
Blog berhabuk
Dah lama x update blog atas kemalasan yang amat sgt.maklum la, weekend wifey..sehari sblm ramadhan hari tu on 09.07 2013 birthday anak dara kita yang ke3. Just belikan slice kek kat SR je. Happy 3rd birthday anak ibu yg amat ibu sayang....