Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, May 31, 2012

assistant baru, lipat kain

kalau ibu sedang lipat kain, si adik memang orang yang paling suka menolong.

memang sibuk si kecik ni lipat baju


rupa baju yang si kecik ni lipat


alamak, dia dah perasan la gambarnya diambil..tpi, biasanya sekejap je dia tolong lipat..
pas tu, dia akan cuba pakai mana2 baju la yg menarik hati dia..

cubaan memakai seluar secara berdiri gagal


duduk plak

dah dapat masuk sebelah kaki, dah kira ok la tu. abang plak aktiviti dia melayan kartun je la kat TV





udang masak sos

lunch hari tu aku huat udang masak sos. rasa pedas dan manis2 sos. cara sama macam nak masak udang sambal, cuma korang masukkan sos tiram, soso tomat dan sos cili.



yang bawah ni gambar 2 beradik sibuk berkaraoke. adik nyanyi ntah apa2 dan si abang main gitar...



Thursday, May 24, 2012

sotong percik

masak ni masa pose ganti hari tu. sesekali nak ubah selera masakan sotong ni. asyik masak sambal, masak kicap, masak hitam dan masak kari je..kali ni masak sotong percik. resepi amik kat kak ummi..mita izin copy kat sini ye kak...

sotong percik yang tak berapa nak memercik..

Bahan:-
8 ekor sotong yang besar
10 biji cili kering (*)
5 biji cili padi (*)
5 biji cili merah (*)
1 labu bawang besar (*)
2 inci halia (*)
2 inci lengkuas (*)
2 batang serai (*)
1 helai daun kunyit - hiris halus
4 helai daun limau purut - hiris halus
1 batang serai - dititik
1 sudu besar air asam jawa
garam dan perasa secukupnya.


Cara Memasak:-
  1. Bersihkan sotong dan potong (jangan putus) sejarak 1 1/2 inci (seperti gambar atas ni).
  2. Sapukan sedikit garam pada sotong dan bakar hingga masak. Kemudian susun dalam pinggan.
  3. Kisar bahan-bahan bertanda (*). Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  4. Masukkan serai yang telah dititik, daun kunyit, daun limau purut dan air asam serta garam dan perasa. Masak lagi hingga mendidih dan pekat sikit.
  5. Tuangkan ke atas sotong yang telah disusun di dalam pinggan tadi. (*Ummi letakkan sotong tadi ke dalam kuah dan gaulkan kuah dengan sotong 4 - 5 saat, tutup api)
* aku kurangkan kuantiti bahan sebab sotongnya tak banyak pun...

Tuesday, May 22, 2012

cheese powder

hari tu oder cheese powder kat member online..rasa sedap memang sebijik dan sedibik macam cheesy wedges KFC tu..cuma rupa kentang goreng aku dgn KFC je yg tak sama..pakai apa yg ada, kentang jugak rasanya..bancuh je ikut kepekatan yg korang suka. aku bancuh dengan air suam, kacau smpai tak berketul. boleh pakai banyak kali plak tu. time nak makan, bancuh sikit la dulu..sedap cheese powder ni..aku ke yang ketinggalan????tak kisah pun...anak2 dan cik asben pun suka. sampaikan tahap makan cheese tu jer..


Saturday, May 19, 2012

Program PUSPANITA ke Pusat Darah Negara, KL. Part 2

Ha..ni la part 2 story mory rombongan cik kiah ke Pusat Darah Negara. Akak dah cakap, entry ni panjang lebar..meh la akak terus bercerita. Gambar bawah ni la plasma..rupa dah mcm air pi pis plak..ni dalam darah kita tau, dah diasingka awal2 oleh mesin tu. Utk amik plasma ni kat Pusat Darah Negara je. Yang jenis kempen2 derma darah kat luar tu, dia blh amik darah merah atau whole blood sahaja.




Ni plak dah tentu la darah atau whole blood. ada plasma dan darah dlm 1 beg ni. Tak boleh pegang, pasal yang ni tak disaring lagi...Pusat Darah Negara akan buat 2 kali pemeriksaan oleh 2 bahagian yang berlainan utk memastikan darah2 ni comform selamat. Pasal sebelum saringan, diaorg tak dapat kesan spesis penyakit atau virus apa yg ada dlm darah ni. Ujian awal tu cuma nak tau tahap kesesuaian penderma dan bukannya jenis darah penderma atau apa yg ada dlm darah penderma tu.




Ada 3 komponen darah yang diambil oleh pusat darah ni. Setiap 3 tu mempunyai fungsi merawat penyakit yang berbeza2. Platelet tu sel darah dalam tali pusat bayi. Ada masa uri tu kuar. Sesapa nak derma blh sbb platelet tu akan diimport ke Australia untuk dijadikan vaksin mengubati penyakit berbahaya. Bukan hospital amik uri tu, cuma amik sel dalam darah kat tali pusat je. Yang part lain tu kita blh amik. Tapi ni benda baru, tak ramai orang yang tau dan yang boleh terima lagi benda ni. Platelet ni hanya boleh derma kat 4 hospital kerajaan je dlm negara ni. Platelet tak blh simpan, once hospital dah dapat tali pusat tu kena proses platelet terus. Antara hospital yg akak ingt kat Hospital Serdang, Sultanah Bahiyah dan HKL. Lagi satu hospital dah lupa ler...



Tempat utk menyimpan platelet yg dah siap di proses. Tak boleh masuk sebab sejuk giler. Bawah 32 darjah celcius. 



Ni tempat untuk simpan darah merah atau whole blood. Boleh tahan simpan sampai ke 45hari. Tapi diaorg ckp tak pernah simpan selama tu pun. Darah yang dapat terus je keluar ke hospital swasta dan kerajaan di lembah Klang. Ni suhu bilik jer..




Ini plak, tempat penyimpanan plasma. Sejuk weh..dah gaya macam simpan frozen food.



Darah dan plasma yang dah siap disaring. Menuggu org2 hospital datang amik je ni. Hospital Serdang je, dalam seminggu perlukan 600 lbh beg stok darah. Darah2 ni paling laku masa cuti2 sekolah...apa sebab???lu pikirlah sendiri..




Ini area utk hospital2 amik stok darah dan plasma. Pusat Darah Negara tak buat delivery service tau..Untk hospital kerajaan, percuma jer darah2 ni. Hospital swasta kena beli RM20 utk 1 beg..pas tu deme charge patient sampai RM200 utk 1 beg termasuk kos jarum dan kapas...kuang3...Hospital swasta ni klau ada kes2 emergency giler deme akan pas kat hospital kerajaan. Sebab deme kalau blh tak nak ada berlaku kematian kat hospital deme tu. Nanti, jatuhla saham..Korang nak ke pegi hospital yg bayar kemain mahal, tetapi history hospital tu banyak sgt kematian berlaku??baik korang pergi hospital lain kan??apa2 pun, ajal maut di tangan Tuhan...



Pas selesai program lawatan tu, kami makan la..Lapor weh..berpinar dah mata ni duk tgk darah..akak ni la dah la spesis nak pitam tgk darah banyak2 ni..



menu on the day..makan mengalahkan org yang derma plak..

Friday, May 18, 2012

Program PUSPANITA ke Pusat Darah Negara, KL. Part 1

Hari ni jaga bilik gerakan utk krisis minyak masak. Kena jaga mula dari pkul 8.00 pagi smpai pukul 6 petang. Duduk la ko kat dlm bilik gerakan tu tggu call dan call cawangan, pemborong dan kilang2 suruh hantar laporan stok minyak diaorg, So, dari duk sorang2 macam kayu sbb partner & penyelia yg bertugas hari tu tak datang, baik aku update blog ni. Nak story mory tentang lawatan ke Pusat Darah Negara. Entry ni akan jadi panjang lebar dan ada dua part. Ye la, tak semua org berpeluang utk masuk sampai ke ceruk dapur dalam tempat ni. Tempat yang sensitif u...Sekadar untuk berkongsi pengalaman semasa program lawatan rombongan cik kiah dari Puspanita KPDNKK. Wakil pegawai dari Pusat Darah Negara, Puan Octavia yang meminta kami semua utk sebarkan perkara ni kepada semua org di luar sana. Sebagai menyambut seruan tersebut, terpost la entry ni..he3..16hb baru ni aku sebagai ahli Puspanita yang berdedikasi dan menurut perintah (sshhh..yuran tahun ni tak bayar lagi) telah mengikuti program lawatan tersebut. Program lawatan & menderma darah ke Pusat Darah Negara, KL.U olls nak tau tak, kami semua hari tu kena pakai pkaian seragam Puspanita, baju pink atau purple bagi yg tak ada pakaian seragam. Ramai la yg pakai baju pink. Pas tu, pakcik guard tu ingat kami ni dari persatuan puteri UMNO da....jom, kita masuk dalam tempat ni. nak bgi panduan untuk sesapa yg berminat untuk menderma dara darah.




Makluman buat u olls kat luar tu..Pusat Darah Negara dibuka pada hari Ahad juga. Sebelum ni, buka dari Isnin sampai Sabtu jer..Sekarang hari Ahad pun dah dibuka bagi menyedut & mengambil darah2 korang..




Sampai dalam, pegi kaunter & ambil borang. Isi borang tu & tggu nombor korang kena panggil k. Macam bini orang kat bawah ni, memang asyik mengisi form. Macam nak isi form interview kerja je..




Bila dah smpai turn, diaorg akan buat pemeriksaan awal. Cek tekanan darah, berat dan BMI. diaorg akan amik darah sikit kat hujung jari tu. Tggu jap dan result akan kuar. Ada 7 orang yg nak menderma darah masa tu, tpi 5 org je yg lepas masa pemeriksaan awal. Lagi 2 org tu, tekanan darah dia rendah. Aku tak blh nak derma darah hari tu sbb baru 3 hari period. Wanita period, hari yg kelima baru blh derma darah. Agaknya hari pertama smpai hari keempat, kita dah derma banyak sgt kot time period tu.





Bila dah lulus pemeriksaan awal, kena tggu utk sesi kaunseling pula k..Ni la bilik kaunseling yg memang PNC sebab dlm ni pegawai tu akan tanya aktiviti kita luar dan dalam. Sampai ke tahap hubungan tut...Sesapa yg amik dadah secara p'kongsian jarum, hubungan seks bebas walaupun pasangan tu kita kenal, ada HIV positif dan penyakit sifilis tak boleh derma darah tau. no..no..no..dalam sesi ni kita kena berlaku jujur bila ditanya apa jua soalan sbb derma darah tu tujuannya adalah utk menolong org & menyelamatkan nyawa. so, fikir2kan la..sesapa yg menipu ttg perkara atas tu, dan bila cek darah dia ada benda2 mcm kat atas tu, pihak Pusat Darah Negara boleh dakwa kita balik di mahkamah. Waran tangkap akan dikeluarkan. Kalau yang tak tau tak pe, yg tau tapi buat2 tak tau..kena la nanti..





Pas sesi kaunseling luar & dlm selesai, masuk la ke tmpt menderma ni. Kat sini tmpt dia amat selesa. Sapa yg dah derma darah tu, digalakkan utk menderma sebanyak 3 bulan sekali. Ni kawasan dan mesin utk mengambil whole blood atau darah merah tu..kat sini la darah korang nanti akan disedut mengikut berat badan masing2. Proses cuma 15-20 minit jer.





Mesin ni pula utk mengambil plasma. plasma tu dalam darah jugak la, tpi dia x amik darah merah tu.Dia amik bahan yg ada dlm darah kita. Proses lama sikit, dalam 40-55 minit. 




Lepas derma semua tu, kita makan la. Makan dia sedap2 tau, hari2 menu bertukar.Free je utk para penderma. Untuk refreshment semula badan tu..






Tuesday, May 15, 2012

gaya abang & adik di pagi hari

tiap2 pagi, ibu akan hantar abang dan adik. abang ke taska dan adik ke rumah BS a.k.a umi
rmh umi satu blok je, abang plak taska dia kat opis ibu


hari selasa, abang kena pakai baju sukan. dalam lif nak hantar adik



adik plak, mesti nak pakai aksut yang ada bunga tu. sandal biasa dia dah tak nak pakai. ikat rambut dan pegang beg. ikut ibu dia yg bawa handbag nak pegi keja


Monday, May 14, 2012

mother's day

ada kenyataan cakap tak baik sambut hari ibu. aku bukannya nak sambut bagai pun..cuma bila orang2 tersayang wishkan ucapan selamat hari ibu tu, terasa macam dihargai dan diingati selalu.
SELAMAT HARI IBU BUAT EMAK DAN MIL TERSAYANG..
dah wish semalam, tpi hari ni baru dpt update kat sini..

mak dan abah kesayangan..


mak mertuaku..


sambung citer plak. masa mother's day tu cik asben bawa jejalan kat The Mines. sambil jejalan tu, cik asben belanja la sepasang..pas tu kami makan kat subway je sebab masih kenyang makan kerapu sweet sour dan sup tom yam putih. aku masak lunch hari ni. kami kuar g The Mines dah petang..aku post sekali gambar lunch kami sekuarga sebelum keluar berjalan2. kami kuar jejalan lewat sikit sebab dari pagi sampai tghari, cik asben menjalankan tugas dia utk berkhidmat kepada rumahnya. tugasan tetap cik asben yang tetap dan berpencen adalah cuci toilet, cuci kipas angin dan cuci aquarium.

kerapu sweet sour


sup tom yam putih



kat The Mines, pas dapat sepasang tu kitaorg makan kat Subway. murah jer, guna kupon buy 1 free 1

amik kat dalam paper metro jer..

sedap dan fresh sandwich subway ni. aku punya chicken & turkey slice. harag RM11.50 dapat 2 ketul. yg satu lagi aku amik perisa chicken teriyaki, utk cik asben. thanks to my lovely asben. kalau macam ni, nak mother's day hari2 boleh???he3..





aktiviti hari sabtu @ 12.05.2012

Hari ni ada family day suka2 unit aku. Kat opis aku, ada banyak unit. Unit seramai 12 org yg terdiri dari gred 44 dan ke bawah. kami buat family day sekali lagi kat Sg. Congkak. Tempat ni jadi pilihan sebab kawasan dia cantik, bersih, selamat utk anak2 mandi dan dekat utk kami semua datang ke sini. Kalau buat jauh2, susah orang nak datang. Macam2 alasan yang keluar nanti. Gambar tak banyak aku amik sebab sibuk melayan anak dara sorang ni..

si kecik yang kesejukan. sejuk air dia wo..


kengakwan yang sibuk ber BBQ

kawasan dia cantik dan ok la..ada tempat nak berlindung dari panas dan hujan. sebab petang tu hujan lebat weh...nasib baik dah petang masa tu..

kali ni, cik asben ikut...dia la yang jaga anak2 masa mandi..pas hujan lebat, kami balik terus ..tak boleh nak tggu ikut kengakwan lain. smpai rmh, mandi dan terus semua lepak keletihan. bangun tido, kuar dan tapau pizza hut kat belakang rumah. kat presnt 15. guna hot tiket jer..2 keping hot tiket RM15, boleh beli 1 pizza personal pan dengan harga RM1.00. aku ada 4 keping hot tiket, dapat la beli 2 pizza. cukup la utk kami sekuarga. anak2 bukan makan sangat. utk diaorg aku belikan nasi ayam.





Wednesday, May 9, 2012

genting highlands strawberry park

sambung n3 lepas pasal citer kat genting highlands. pas check out, kami semua pergi ke genting strawberry park. dia kat bawah je, tak perlu naik ke puncak. masuk ke semua tempat dalam tu, free ajer..ada 1 tempat je kalau nak masuk kena bayar, kebun sayuran gergasi, tpi, hari tu kebun ditutup. agaknya nak tggu sayur2 tu berbuah kot...

welcome...tmpt ni ok la. dari nak ke cameron highlands yang jauh tu. boleh la lepas gian dgn dtg kat sini jer..
harga buah dan sayur mahal sikit berbanding cameron highlands sbb tempat yg terhad.

posing dulu sebelum masuk dalam kebun strawberry

mak dan abah yang sedang asyik memetik strawberry. bakul sewa RM3 dan harga buah pula RM6 utk 1 gram. so,jangan petik banyak2 buah tu. kang, terbuntang mata nak membayarnya nanti.

dekat honey B..

kat tempat tanaman cendawan

buah markisa @ passion fruit..geram aku tgk. blh self pick up. bayaran RM12 utk sekilogram.

nasib baik amik gambar cepat, kalau tak dah dipetiknya buah tu

taman sayuran gergasi

jom borong salad..