Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, October 31, 2012

apa yang jadi bila bawa anak ke opis???

Minggu raya haji hari tu,pengasuh irdina cuti awal. Balik kelantan..so, aku kena bawa irdina untuk sehari ke opis la jawabnya. nak apply cuti, cuti dah tak banyak..sedey...bulan 11 dan bulan 12 nanti nak apply cuti lagi. itu yang berjimat cermat sangat dalam bab2 pengambilan cuti ni. bawa anak ke opis memang tak jadi keja la..nasib baik bos i sporting morting sesangat. Thanks bos...

siap bawa mcm2 stok makanan kat opis supaya dia boleh duk diam sekejap



dian nak duduk atas meja la plak. tak bagi, kang si kecik ni menangis..




restoran home town yong tow foo

Hari tu dinner kat restoran home town yong tow foo kat ampang. Dekat dengan area ampang point. Jauh tu, JJCM dari putrajaya ke ampang. sbb adik ipar belanja..ha3..

ada tulisan cina, tapi restoran ni halal.

muka budak lapar..


kami oder yong tow foo, kailan goreng tiram, ayam goreng, nasi putih 2 pinggan je utk bebudak. yong tow foo yang paling sedap, yang mcm bentuk karipap ni. rendam dulu dalam sup, pas tu cicah sos dan makan..

bukti bahawa makanan kat sini memang sedap.

siap ada persembahan orang menyanyi sambil main gitar.

Tuesday, October 30, 2012

makan-makan di sushi king

Raya korban baru ni, balik rumah MIL kat JB. Pegi jejalan kat jusco dan singgah makan petang di sushi king.

duduk makan kat meja yang berpusing-pusing sambil tgk org buat sushi

aku amik spesis ni. nama dah tak tau da..atas tu sotong yg dipotong nipis2 kot...kenyal2 je rasanya..


madam kecik ni, aku dah siap2 belikan dia aiskrim

yang ni bagi aku, paling sedap. kulit tauhu, dalam tu letak beras sushi, ada isi tuna dan hirisan timun. sedap o...4 piring  kami amik. dalam setiap piring tu, ada 2 ketul je. harga sushi ikut wrna piring2 yang berpusing tu. hrga yang sama mengikut wrna2 piring tu. tanda harga mengikut warna piring diaorg letk kat cashier caunter. paling mahal RM6.00 sepiring, wrna ungu. so, boleh budget2 ler.. nak makan ala carte pun ada..



Wednesday, October 24, 2012

KFC DOUBLE DOWN

Express lunch semalam, KFC double down..



hrga RM8.60 + gox tax. aku amik alacarte je



sedap jugak sbb isi ayam garing + cheese + isi2 yang lain je. roti tak de

Tuesday, October 23, 2012

subang adik hilang sebelah


aku baru perasan, subang adik dah hilang sebelah. ntah kat mana la tercicirnya. dah la subang tu pak ngah dia yang hadiahkan. klau pakcik tu tau, kecoh nanti..nak gantikan sebelah, kedai jual sepasang. alamatnya, tggu ada wet nanti baru ibu belikan yang baru la ye..aku kena cari lidi halus untuk cucuk lubang telinga adik supaya tak tertutup.


mencik betul la. MAMPU dah block blogspot nih..kat opis memang dia suruh buat kerja je la. kalau tak, semua staff duk asyik melayan blogspot mcm aku ni..

lunch at muhammad chan abdullah again

aku & geng makan2 lunch kat muhammad chan abdullah, bandar baru bangi. lunch sini sebab nak beli barang kat yummies bakery.

barli suam, kak min dan jijah punya. RM1.80


Aku punya, limau asam boi. sedap seh...RM3.50


Chicken dim sum pun sedap. RM3.80 utk 3 ketui ni..


Kantonis kuey teow, RM6.50. Kak min punya, sedap dan cukup rasa



Nasi goreng thai RM6.50, jijah punya. memang cukup rasa dan bahan2 thainya. nampak je mcm ni




Aku punya, nasi masak kong boh ayam. rasanya pun sedap dan harga RM6.50 juga..

Monday, October 22, 2012

menu recycle, macaroni sardin

aku namakan menu recycle sbb guna bahan recycle. macaroni, aku guna lebihan dari buat oder baked macaroni. aku rebus terlebih, so smpan dlm fridge. sardin plak dari lebihan sambal sardin breakfast nasi lemak semalam. lauk yang tak habis, kalau boleh simpan. kita simpan la. takkan nak buang plak. klau dah memang tinggal sikit je, tak pe la if nak let go. nak simpan pun, jangan ler simpan berhari2 plak ye..aku buat masak breakfast pagi tadi

MACARONI SARDIN

macaroni atau apa2 yang seangkatan dgnnya (rebus dulu)
1 ulas bawang putih - ketuk
cili padi - ketuk
sambal sardin (sardin yang dah siap dimasak)

CARANYA

- tumiskan bawang putih dan cili padi smpai layu
- masukkan sambal sardin dan kacau sebenta
- masukkan macaroni, perasakan dan siap.


tak de kerja, cari kerja...

tajuk citer ni tak de kena mengena dengan kerja pun..actually, semalam kmi sekuarga g KL. pas tu parking kat Hang Tuah dan naik monorail ke Bukit Bintang. tak de kerja, cari kerja la tu namanya..saja bawa anak2 naik monorail. aku sendiri pun dah berpuluh tahun tak naik. jadi blurr sekejap bila nak cari platform yang mana..

muka budak 1st time naik monorail. sepanjang pergi dan balik, org lelaki kaum cina yang offer aku duduk kat tmpt diaorg sbb aku dukung irdina. agaknya org melayu kita tak perasan kot..............aku masuk monorail sambil dukung anak. aku tak harapkan ihsan macam tu, tapi terharu atas keperihatinan bangsa lain. anyway, kita kan 1 malaysia ma...



siap amik gambar wat kenangan naik monorail..he3..


sebenarnya, kitaorg nak ke plaza low yat. repair tablet irfan. install semula software yang dah dia delete. pas tu beli chrger baru yang si abang ni dah rosakkan..nasib baik masih dlm waranti. beli brand malaysia je, cititech. harga baru RM399, kalau beli ipad atau smsung galaxy tab pengsan mak..dah la nak bagi anak main jer..bebudak sekarang, zaman gadjet. kalau tak beli, kesian plak tgk dia menyendeng2 dgn anak2 org lain nak main tablet. pas tu mengadu, ibu...dia tak bagi abg main jap..memang la anak oi..itukan org punya..last2 mengalah juga belikan dia satu. tapi, beli guna duit raya dia baru ni..smpaikan masa dpt duit raya dan org tanya nak buat apa dgn duit raya ni??irfan akan ckp nak beli ipad..




budak kepenatan, seharian berjalan.

resepi baked macaroni


baked macaroni, aku buat beef sbb tak berapa sukakan ayam..aku berpuas hati ikut resepi reena. 1st time buat untuk amkan sendiri, sekarang dah ada orang oder. thanks to tuan empunya resepi. aku share kat sini plak untuk rujukan sendiri dan kengakwan yang lain.

BAKED MACARONI

Bahan-bahan (untuk 6-8 orang)


500 gram pasta (pilih pasta yang pendek - macam i, i gunakan pasta macaroni)
300 gram daging cincang (pilihan samada ayam atau lembu - i pilih lembu)
1 ulas bawang putih – dicincang halus
1 labu bawang besar – dicincang halus
1 tin tomato puri saiz sederhana
1 tin cendawan butang - dihiris
1 biji lada benggala (capsicum) - didadu
1 kiub stok ayam atau lembu (ikut jenis daging yang digunakan - i gunakan perencah tumix, letak satu sudu besar)
1 batang lobak – didadu
1 batang celery / seleri – didadu (i tak letak pun)
1 sudu teh herba Oregano kering (i guna jenama McCormick)
1 helai Bay leaf kering (kalau taknak beli boleh juga gantikan 2 helai daun salam / serai kayu segar - i tak letak pun)
Parutan keju samada Cheddar / Mozzarela / Romano atau Parmesan
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan Sos Putih


2 sudu besar mentega
5 sudu besar tepung gandum
2 kotak kecil susu segar (i gunakan 2 ½ cawan susu segar full cream Dutch Lady)
Secubit lada hitam dan garam

Cara-cara :


1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan pasta. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

2. Buat inti daging. Goreng bawang besar dan bawang putih. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga daging keperangan.Masukkan lobak, cendawan, lada benggala (capsicum) dan seleri. Kacau sebati.Masukkan tomato puri. Jika nampak terlampau kering masukkan sedikit air. Jangan sampai berkuah pula.Masukkan kiub ayam / lembu (hancurkan dan tabur, jangan masuk seketul), oregano kering dan bay leaf. Biar mendidih dan naik bau.Masukkan gula dan garam secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab stok dah masin. Bila nampak pekat dan agak kering, tutup api dan ketepikan.

3. Buat sos putih. Masak mentega atas api kecil (jangan sampai perang). Bila semua mentega dah cair dan berbuih, taburkan tepung gandum, kacau cepat-cepat dengan senduk kayu. Kacau dalam 3-4 minit, kemudian masukkan susu segar.Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau hingga nampak sos sudah bersalut di belakang senduk kayu (agak pekat). Tutup api.

4. Cara melapis : Dalam bekas tahan panas (tuan punya resepi gunakan Pyrex. Macam i, i gunakan bekas kaca Ikea yang saiz 20cm x 30cm. Kalau korang nak pakai loyang kek pun boleh, cuma kalau pakai bekas kaca boleh terus angkat dan hidang), mulakan dengan lapisan pasta, tabur rata. Lepas tu lapisan inti daging, kemudian ratakan sos putih.Teruskan melapis dan akhiri dengan taburan parutan keju di lapisan paling atas.Bakar dalam oven pada suhu 190ºC selama 30 minit atau sehingga keju cair dan keperangan.
 

pas ni korang boleh la try. cara senang, cuma penggunaan bahan yang banyak dan agak mahal..kalau malas nak buat, oder je kat sini...

Friday, October 19, 2012

mari mengaji

lunch di rstoran saba' cyberjaya

semalam ada kerja luar, area cyberjaya. dah alang2 smpai sana, aku and the opis gang lunch kat saba' cyberjaya. smpai pukul 12 tgh, org dah mula ramai der..kami menuggu lebih kurang 1/2 jam utk mknan smpai. air pun dah cair ais batunya.


air favourite yg mesti aku oder kalau datng sini. lemon juice..


air ni bebudak lelaki suka la minum...

aku punya, chicken kabsyah RM10.00. ayam dia ada dalam nasi tu ha...bebudak lain, oder lamb kabsyah dan harga dia RM15.00


bukti betapa sedapnya nasi arab kat sini. kenyang giler weh..jgn tak sangka, aku boleh habiskan nasi arab ni. saiz half tu...

Thursday, October 18, 2012

kenny rogers, alamanda

semalam lunch kat kenny rogers dgn geng makan2..kat alamanda je, nak ke mana lagi kalau lunch dlm putrajaya ni..alamanda, port org2 kerajaan time lunch. lagi semak kalau on friday..



muffin dia yang sedap dan gebus..


yang ni ahkak punya..set yang berharga RM17.50



muka senyum pasal makanan dia dah smpai..


baik minta ayam bahagian peha jer. klau part isi ni, nak pengsan menghabiskannya..



yang ni muka amsam pasal makanan dia tak sampai2..he3..total kami makan semalam RM73.60 plus gov tax.


Wednesday, October 17, 2012

wordless wednesday...

kurangkan menulis, tepek gambar ajer..

ibu dan ayah, bercintan cintun...



abang tido, kes penat sangat..


garang sangat budak yang tengah mengaji ni...

Tuesday, October 16, 2012

sapa paling cun????

pertandingan body sapa paling cun???


adik ni, akan ikut abang..kalau abg dia buka baju, adik pun sibuk nak buka baju..



malam hari tu, MIL datang rumah denagn siap bawa dinner sekali..sedap o...pas tu, panggil la adik bradik asben yang ada kat KL ni datang rumah makan...


kupang sambal



udang masak cili api berapi...

Monday, October 8, 2012

biskut makmur opah

semalam mak datang, so aku ajak mak buat biskut makmur. raya pose baru ni tak dpt makan, so balas dendam buat semalam. biskut makmur mak memang sedap dan lain dari yang lain. try la buat, memang  sedap. kalau malas nak buat, oder je dengan aku. tapi masa raya je la..aku bagi nama biskut makmur opah sebab cucu2 mak aku panggil opah. mak orang perak la katakan...



BISKUT MAKMUR OPAH

1kg tepung gandum
400gm minyak sapi - cairkan
1 biji putih telur
1 sdu teh baking powder
1 sdu kecil esen vanila
kacang tanah - goreng tanpa minyak
1biji buah pelaga
sedikit garam dan gula
gula - kisar jadi gula aising

CARANYA

- untuk inti. goreng kacang tanpa minyak smpai garing dan buang kulit
- tumbuk buah pelaga smpai hancur dan tumbuk kacang. tumbuk kasar je
- gaulkan kacang dengan sedikit garam halus dan gula

- goreng tepung tanpa minyak smpai ringan, sentiasa kacau smpai agak sejuk
- bila tepung dah sejuk, letak dalam bekas dan masukkan baking pwder
- masukkan putih telur yg telah dipukul sebentar guna garfu je
- masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan uli smpai tak melekat dan jadi doh
- masukkan esen vanila dan uli lagi
- uli bulat2 sebesar saiz guli dan masukkan kacang tadi sebagai inti
- bakar suhu 150c dan bakar selama 20-25 minit
- bila dah suam2, gaulkan dgn gula aising






apa yang aku buat masa tgh boring dgr taklimat..

apa yang aku buat??ni ha...





ini la hasilnya, edit gmbar dgn picsArt guna handphone..baru la tak mengantuk dengar taklimat...

kailan goreng pedas

sebenarnay nak buat kailan goreng ikan masin, tapi last minit tgh masak ikan masin tenggiri tak de la.


KAILAN GORENG PEDAS

sayur kailan
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
cili padi - aku suka pedas lebih
ikan bilis
garam dan perasa

CARANYA

- tumis bahan tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan cili padi
- biasa aku buat, cili padi tu aku akan tumbul last coz nak bgi dia pecah je
- dah tumis smpai agak garing, masukkan sayur kailan dan sedikit air
- perasakan dan siap..