Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, May 27, 2013

Ikan Bakar Parameswara Umbai, Melaka

1st makan kat sini. Outstation ke Melaka dan singgah dinner. Dinner awal, pkul 5.30ptg utk mengelakkan kesesakan dek orang ramai yang datang makan kat sini



Sampai sana, kita pilih seafood dulu..Pilih dan bgtau nak masak apa. Tak tau nak masak apa, tanya je la kat budak yang jaga ikan tu. 


Peneman makan merangkap kengkawan opis aku



Pemandangan sebelah meja makan kami



Ada pilihan nasi lemak dan nasi putih, kami pilih nasi lemak. Oder 8 bungkus



1st menu yang sampai, pepahat masak sambal. Sedap betul sambalnya. Bukan macam sambal biasa cili kering tuh..



Menu kedua, lala masak sweet sour



Menu ketiga, ikan siakap bakar



Menu last, sotong celup tepung


Total kami makan semuanya termasuk minuman RM83.50. Service cepat masa tu mungkin sebab orang masih tak ramai.




Gift from Vietnam

Aku punya bos, indian lady. Baik hati, sporting dan tak lokek. Klau outstation, mesti tak lupa anak buah. Terbaru, kami semua dapat t-shirt...TQ bos..



Tuesday, May 14, 2013

Karipap Lori, Cyberjaya

Semalam tapau Chicken Kabshah kat Saba untuk berbuka. Terus pergi singgah beli karipap lori..




besar tau, saiz lori...saiz tapak tangan dewasa la...



Pilihan kentang daging atau ayam + telur rebus separuh kat dalam tu. Harag RM2.50 seketul



Lokasi kat Fruitti Tutti, Neocyber Cyberjaya.


Roti Canai De Bukit, Bangi

Breakfast kat sini ahad lepas. Tempat ni memang famous dan sentiasa ramai org. Ramai yang giler..Tapi pasal kepingin sangat nak try, menapak jauh sikit pun tak pe. Kami parking tepi jalan je. Sampai je, cik asben kat luar cari port. Aku plak survey yg kat dlm. Asal nampak org dah habis amkan, tersu amk jemah ni bertanya nak book meja. Terbegik org tu minum air cepat2. Klau tak buat mcm tu, menunggu la 15minit + 1/2 jam. Gambar ni aku cilok kat google. Sebab org ramai macam g makan kenduri, segan plak nak ambil gambar kedai guna enpon i ni..






Cik asben oder nasi lemak. Kat sini ada mee jawa, soto, roti canai dan ansi lemak. Itu je menu yg aku sempat tgk.



Aku oder roti canai. Sedap dan lembut. Kuah kari daging dia sedap. Nak tambah kuah dan sambal, kena self service sendiri. Ada tempat utk buat penambahan semua bagai tu.


Total makan, RM9.80 utk 2 nasi lemak telur + roti kosong + 3 jenis air.

Monday, May 13, 2013

Warung Bunian, Dengkil



Aku dan cik asben kan weekend husband and wife. Cik asben blik baru ni, kami breakfast kat warung bunian. Namanya warung tu agaknya sebab kedai ni  memang dalam kawasan kampung dan tersorok tempatnya. Owner orang panggil kak lang dan warung yang famous ni bertambah famous sejak masuk dlm JJCM TV3 hari tu..

Orang sentiasa ramai kat sini. Breakfast cuma ada nasi lemak telur dan roti canai je. Klau time lunch, kena booking dulu. Sbb dia makan stail hidang dan lauk pun dah tetap menunya ikut hari.



Nasi lemak telur mata, cik asben punya

Nasi lemak telur bungkus, ibu dan abg irfan punya. Nasi lemak tu dibungkus dgn telur. Macam nasi goreng pattaya tu.

Roti canai kosong, kami ber3 punya. Roti canai dia sedap dan lembut. Nasi lemak pun sedap, cuma smbal dia banyak bawang. Harga memang murah. RM 12.50 ajer cmpur air 4 gelas. Service, kalau masa org tgh ramai, memang agak lambat la. Kami smpai2 berdiri 15 minit, ttgu meja kosong.

Bonus link..

Aku tebus point bonus link cik asben dgn kupon KFC / Pizza Hut. Valid 6 bln dari tarikh penebusan. Dah guna RM50.00 sblm ni kat pizza hut. Yang lebih simpan kemudian. Tggu ayam KFC hot & spicy keluar semula sbb yang perisa korea tu tak sedap..


Kuih sagu

Kuih sagu aku panggil. Kuih yang paling senang nak buat.

KUIH SAGU
biji sagu
air secukupnya
daun pandan
perisa sirap ros
gula

CARANYA
- rebus je semua tu dalam periuk dans entiasa kacau smpai agak pekat.
- masuk dlm loyang dan sejukkan
- dah sejuk, letak dalam peti ais
- sblm makan, gaul dgn kelapa parut muda + garam sikit
- sukatan tak de, aku guna ikut rasa-rasa jer..

Balik kampung

Balik kampung kat Jengak amsa PRU hari tu. Balik dgn anak2 je sbb ayahnya mengundi di JB. Kawasan rumah amk aku ni memang penuh dgn pelbagai tanaman. Banyak bunga, pokok2 buah dan tanaman herba.

mahkota dewa

nenas ler...

cili api, banyak betul mak aku tanam pokok ni


bananana...


pokok buat nasi kerabu, bunga telang


model pokok bunga butang


limau kasturi. nak letak banyak lagi, esok pun tak habis...sekian..

PRU13

Citer dah lama, aku baru terhegeh2 nak masuk. Ini kali ke2 aku ablik mengundi. Balik asing2 dgn cik asben pasal kedua2 laki bini ni tak nak tukar tmpt mengundi. 1 undi penting o...utk kmpg halaman masing2.





Aku dtg awal, so bilik tmpt umur seangkatan dgn aku ni masih tak ramai. Tak beratur lama pun. Pas tu, terjumpa la member2 sekolah rendah dulu. Dah macam2 patern diaorg ni. Aku tak lepak lelama sbb kwn2 yang badan mcm aku masa sekarang dah bertukar menjadi bentuk badan masa aku sekolah dulu. Apa lagi, cabut la...mak ni kan membesar bagaikanjuara..segan aihh...

Cendol Haji Sharif, Seremban

Gambar kedai ni, aku amik dari google. Masa aku datang, panas terik sesangat. Sampai nak mendongak amik gambar kedai dari luar pun tak sanggup dibuatnya. Terletak kat tengah2 bandar Seremban.



Bos oderkan cendol pulut. Makan amik rojak ler..Bos aku org seremban, yang recommended kan kedai ni. Katanya dulu owner ni jual guna gerai tepi jalan je. Sekarang dah buka restoran. Tapi jual pelbagai jenis cendol dan rojak ajer. Mesti famous la kot...Letak dalam bekas ni, sejuk tahan smpai korang habis makan.


 Cendol dan rojak yang sedap...



Cara oder dan bayar, layan diri. Kena beratur...Sampai je kena cari meja dulu sebab orang ramai wo....


 

Wednesday, May 8, 2013

Happy 33rd birthday twins

Semalam 07.05.2013, birthday en.asben dan abg kembarnya. Diaorg ni beza 5 minit je. Tahun ni tak dapat celebrate sama sebab kami kan suami isteri hujung minggu. Jumaat ni cik asben balik, baru repeat semula sambut dengan anak2. Sedey wo...Happy birthday ayah..we love u so much...

my lovely cik asben


his twins

 
happy birthday to both of u.........


Friday, May 3, 2013

Alhamdulillah, abang dah pandai solat

Si abang ni berumur 6 tahun. Alhamdulillah, dah boleh baca ayat-ayat dalam solat. Cuma masih pelat2 sikit. Bacaan tahiyat akhir, abang masih terpusing2 ayat yang sama. Doa qunut, still learning. Ayat lain, dah ok. Sebelum ni, aku akan ajar dia solat. Aku baca dulu, dan abang akan ikut. Sekarang aku cuma tgk dan guide dia je. Dia akan solat sendiri. Abang paling suka solat subuh, sebab 2 rakaat. Solat zohor, asar, isyak selalu dia liat nak solat. Dia akan cakap, lama sangat la bu....Ada jugak masa2 tinggal sembahyang. Sebab kekadang mak dia ni pun malas nak suruh. Tapi, i'm still learning. Inspirasi dapat dari cara wardina mendidik anak solat.



Adik, biasa la..ikut abang. Pas abang solat, turn dia la plak..

 





Posing masa tunggu lif, nak pergi mengaji

Donut sedap

1st time buat donut. Alhamdulillah menjadi. Guna resepi yang memang senang giler dan memang best giler. Aku je yang tak jadi giler...Guna resepi Puan Puteri. Gambar yang plain salut gula, aku tak sempat amik. Guna sukatan kat bawah tu, dpt anggaran dalam 20  biji saiz sederhana. Just nice untuk kami 4 beranak makan.

BAHAN2NYA:

3 CAWAN TEPUNG GANDUM
3 SUDU BESAR GULA HALUS(CASTER SUGAR)
3 SUDU BESAR SHORTENING
3 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
200ML AIR SUAM
2 SUDU TEH INSTANT YEAST(YEAST DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR SUAM DARI 200ML TADI)

CARA2NYA:

SATUKAN BAHAN2 KERING DAN GAULKAN BERSAMA AIR SUAM BERSERTA YEAST TADI. ULI LEMBUT SEHINGGA DOH TIDAK MELEKAT. SEKIRANYA MELEKAT TAMBAHKAN SEDIKIT TEPUNG. SETELAH ITU CANAIKAN DOH DAN BOLE LAH DITERAP MENGGUNAKAN ACUAN DONUT. DONUT DIBIARKAN SELAMA 30 HINGGA 45 MINIT DAN BOLE LAH DIGORENG DENGAN API YANG KECIL. TOPPING IKUT SELERA ANDA APA NAK GUNAKAN.

SELAMAT MENCUBA!!!