Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder
Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

Sunday, December 15, 2013

Roti manis dan butterscotch sos

Semalam dah tak de keja, i try buat la resepi yg memang dah lama sgt nak buat. Roti manis dan dimakan bersama sos butterscoth. Sedap...tak tipu tau. Rotinya pun lembut walaupun aku uli guna tangan je. Bestnya klau ada bread maker kan...layan picture dulu, baru tepek resepi


BUTTERSCOTH SAUCE:
Sumber:goggle

1/2 cwn gula perang
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn air
1/2 cwn mentega
1 sdu kecil esen vanila

CARANYA:
-masukkan gula perang, gula pasir dan air. 
-masak smpai gula cair dan kacau sebati
-masukkan mentega dan esen vanila
-kacau dan bila agak pekat, tutup api dan siap...
*aku tak suka pekat sgt sbb bila letak dlm fridge dia akan pekat sendiri mcm kaya. sos ni memang mabeles ah...
BUTTERSCO

ROTI MANIS
sumber internet:

500gm tepung protein@tepung gandum
2 sdu besar susu tepung
3/4 cwn gula kastor 
1 sdu besar shortening
1/2 cwn mentega
*1 bji telur
*2 sdu besar susu pekat
*1 paket yis
*300ml air

CARANYA:
- campur tepung, gula kastor dan susu tepung. gaul sebati
- campurkan bahan bertanda* dan jadikan sebanyak 300 mlm
-uli sebati smpai tak melekit
- masukkan shortening dan mentega. Uli smpai tak melekat lagi. Ni kena uli lama2 smpai agak2 kuar mussle kan lengan tu.
- biarkan selama 1 jam 1/2, biar dia naik seganda
- pas tu tumbuk2 kan adunan tu utk kuarkan angin. bayangkan rupa org yg korang memang nak tumbuk2kan sgt..hehehe
- sapu loyang dgn mentega, amik adunan roti tu dan bulat2kan ikut agak2 sendiri je. Jarakkan ruang ye sbb nanti akan naik mengembung. Biarkan lbh kurang 1 jam atau naik seganda. 
- panaskan oven 180cc, sapu atas roti dgn telur. Aku tabur bijan dan cheddar cheese sikit. Bakar selama 20minit.


Monday, May 13, 2013

Kuih sagu

Kuih sagu aku panggil. Kuih yang paling senang nak buat.

KUIH SAGU
biji sagu
air secukupnya
daun pandan
perisa sirap ros
gula

CARANYA
- rebus je semua tu dalam periuk dans entiasa kacau smpai agak pekat.
- masuk dlm loyang dan sejukkan
- dah sejuk, letak dalam peti ais
- sblm makan, gaul dgn kelapa parut muda + garam sikit
- sukatan tak de, aku guna ikut rasa-rasa jer..

Friday, May 3, 2013

Donut sedap

1st time buat donut. Alhamdulillah menjadi. Guna resepi yang memang senang giler dan memang best giler. Aku je yang tak jadi giler...Guna resepi Puan Puteri. Gambar yang plain salut gula, aku tak sempat amik. Guna sukatan kat bawah tu, dpt anggaran dalam 20  biji saiz sederhana. Just nice untuk kami 4 beranak makan.

BAHAN2NYA:

3 CAWAN TEPUNG GANDUM
3 SUDU BESAR GULA HALUS(CASTER SUGAR)
3 SUDU BESAR SHORTENING
3 SUDU BESAR SUSU TEPUNG
200ML AIR SUAM
2 SUDU TEH INSTANT YEAST(YEAST DIBANCUH DENGAN SEDIKIT AIR SUAM DARI 200ML TADI)

CARA2NYA:

SATUKAN BAHAN2 KERING DAN GAULKAN BERSAMA AIR SUAM BERSERTA YEAST TADI. ULI LEMBUT SEHINGGA DOH TIDAK MELEKAT. SEKIRANYA MELEKAT TAMBAHKAN SEDIKIT TEPUNG. SETELAH ITU CANAIKAN DOH DAN BOLE LAH DITERAP MENGGUNAKAN ACUAN DONUT. DONUT DIBIARKAN SELAMA 30 HINGGA 45 MINIT DAN BOLE LAH DIGORENG DENGAN API YANG KECIL. TOPPING IKUT SELERA ANDA APA NAK GUNAKAN.

SELAMAT MENCUBA!!!


Monday, March 19, 2012

kuih lopes 7 keturunan

cuti sekolah hujung mggu baru ni, kami sekuarga pulang ke kampung di jengka, darul makmur...
yg dari tgganu, kota damansara, batang kali dan setapak balik ke kampung
seperti biasa, kalau dah semua ada, request kuih lopes 7 keturunan la..
nak tau kenapa aku panggil kuih lopes 7 keturunan???tgk la gambar kat bawah tu..

pasal cara pembungkusan kuih ni lain dari yang ada..yang sekarang ni semua orang suka masak dalam plastik dan rebus je. pas tu guna pewarna hijau.

kuih mak dan ayah aku buat ni, guna air pandan sepenuhnya dan balut dengan daun pisang..ayah aku pakar buat sarungnya dan pulutnya, mak aku yang buat..bab2 merebus, abang2 la kena buat..
mak mesti buat lebih untuk makan kat rumah dan take away sorang setongkol nanti..

cika asben aku yang dah tak sabar nak makan, sampai mesin kelapa sendiri walaupun jam telah menunjukkan pukul 11.00 malam..nasib baik kat kampung, kalau kat bandar tengah2 malam ko mesin kelapa, memang pintu rumah kena ketuk la jawabnya..

kuah untuk kuih lopes ni mesti pekat2 sikit supaya dia melekat kat kuih2 tu..sedap weh..
aku bawa balik 2 tongkol, untuk rumah dan opis. yang gambar ni plak, untuk makan2 dalam keta masa perjalanan balik..tamak ko ni weh..
jangan lupa singgah LITTLE BAKERY aku ni..

Saturday, November 19, 2011

apam beras lagi..

breakfast pagi ni makan apam beras...
dah buat petang semalam..
pagi ni kukus balik utk rasa yg sedap lagi..
irdina suka makan apam ni..
sesuai la dgn dirinya yg mempunyai gigi 3 batang sahaja..
*
*
warna warni apam aku..
*
*
makan dengan kelapa parut k..
dah pernah buat apam beras ni..
resepi klik kat n3 lepas..

Thursday, September 8, 2011

kuih lopes

actually ni citer bulan pose hri tu..
tpi baru berkesemapatan nak ditepekkan kan sini..
kuih lopes ni favourite family aku...
klau semua balik berkumpul mesti minta mak dan abah buatkan kuih ni..
pasal yg pulutnya tu abah buat dan kuah gula melakanya, mak yang buat..
abah aku masih menggunakan dan mengekalkan cara tradisional dalam pembuatan kuih ni..
itu yang sodap..
hanya abang aku yg sulung je mewarisi kepakaran dan kemahiran dalam membuat kelongsong kuih ni..
orang sekarang suka buat dalam plastik atau tekan dalam talam je..
abah aku siap buat sarung atau kelongsong kuih ni guna daun pisang..
masa nak potong kuih tu pulak, gunakan benang supaya tak melekat..
cer tengok...
*
*
tgh masak ni..
*
*
setelah siap di masak...
gambar yg dah potong tak sempat nak amik coz keterujaan untuk makan kuih ni masa berbuka..
sampai tak ingat nak amik gambar..
tpi, dia lebih kurang macam ni la bila nak makan..
*
*
credit to cik google..
copy n paste je gambar ni..
resepi sama macam dlm blog masakan yang ada..
cuma cara membuat kuih ni je yang lain..


Tuesday, August 9, 2011

onde-onde a.k.a buah melaka

post ni sambungan dari n3 lepas..
aku buat masa utk berbuka pose semalam, hari ke-8..
saja nak asingkan post kat dlm nih..
aku buat kuih buah melaka trafic light..
trafic light sbb aku buat warna warni ma...
ni kes jenguk rumah shida la..
dah aku teringin dan kepingin nak makan..
bab kata shida, kat kedai mana ada jual buah melaka yg warna warni mcm ni..
*
*
buah melaka a.k.a onde-onde
*
*
kalau dah timbul2 tu, boleh la angkatnya..
ilham warna-warni ni aku dapat dari shida
shida, kita copy resepi dari awak k..
malas la nak taip..
awak punya da sukatan..
kita punya plak main agak2 jer...

Bahan2:-
2 cawan tepung pulut
air secukupnya- lebih kurang 1/2 cawan
1 keping gula melaka- hiris / dadukan kecil2
2 helai daun pandan
pewarna secukupnya
kelapa parut- ambik yg putih je- gaul ngan garam skit

cara:

- masukkan air skit2 dlm tepung- jgn tuang semua
- uli sampai jd doh..
- kiranya di pegang, adunan x melekit di jari dan x pulak seroi...
mcm main plastesin tu..huhuhu
- pastu letak la pewarna2- titik, uli blk bg kaler tu rata
- kalo nk senang, titiskan je pewarna dlm air sblm bancuh- tp utk 1 kaler je leh la guna cara ni..
- pastu didihkan air dlm periuk- penuhkan periuk 3/4
- simpulkan 2 helai daun pandan masuk dlm piuk gak
- bila air mendidih, leh la mula buat
ambil adunan besar guli..bulat2kan dan penyekkan tgh2..isi ngan gula
- kalau potong gula agak besar, besarkan la skit guli tu ye!
- pastu cantumkan dan bulatkan blk
-l empar dlm air
- masa ni kecilkan api
- bila dh dpt dlm 10 biji, baru besarkan blk api
- tunggu sampai semua timbul..
- dh timbul tandanya dh masak
- cedok guna penapis
- masukkan trus dlm kelapa parut...golek2kan

Tuesday, July 26, 2011

oder dari cik norehan

cik norehan oder 200 pcs apam polka dot assorted filling....
utk pot luck majlis sambutan bacaan yassin..
sempena menyambut kedatangan bulan ramadhan..
majlis buat kat opis je..
*
*
merah ~ strawberi filling
purple hijau ~ blueberi
*
*
yg ni plak filling kaya n coklat
*
*
 
200 pcs apam polka dot
*
*

 nasib baik la aku ada assisstant yg sukarela nak nolong aku mlm tu..
sibuk sangat dia tanya, 'ibu, irfan nak tolong boleh??'
'kita nak wat kek kan???'
so, aku bgi la tugasan mengelap acuan bekas lompang tu kat dia..
pas tu puji2 ckit..
bertambah ligat dia menggosok bekas tu...
yg part ni je la dia blh tlg..
part lain tak boleh lgi la..
tima kasih ye sayang coz tlg ibu...
nanti dpt wet wat kuih ni kta mkn mcdonald's k..
upah tuk abg...





Sunday, July 24, 2011

oder apam polka dot lagi...

oder dari geng makan aku utk besday anak dia, dania balqis..
k/min nak masukkan apam ni dlm goodies bag besday anak dia..
untuk diberi kepada kwn2 taska dania..
150 pcs apam polka dot..
*
*
kaya n strawberi filling inside..
*
*
50pcs ~ RM15.00
*
*
filling coklat..
*
*
ready to pick up...


Friday, July 15, 2011

oder

oder ni mggu lepas punya..
bru sempat nak upload.
oder dari kwn opis untuk mkn2 anak2nya ke family day..
kak nuruk oder apam polka dot assorted flavour sebanyak 50pcs..
*
*
filling kaya n strawberi
*
*

filling coklat
*
*

design lady bird
1st time wat design ni, tak brapa nak nmpak mcm ladu bird da..
*
*

filling coklat..
*
*

 ready to delivery..
mekacih kak..

Monday, June 13, 2011

apam polka dot utk door gift

akhirnya setelah aku settlekan oder dri kengkawan...
siap juga apam polka dot utk door gift naik buai anak aku irdina n cousinnya, nurfatin aina..
sebenarnya, irdina dah buat mjlis berendoi ni masa lepas lahir dulu,
tpi, atas permintaan pak ngahnya yg nak buat lgi sekali bersama anak daranya yg baru lahir tu..
aku buaikan sekali lgi irdina nanti..
majlis pada ahad ni, 12.06.2011...
tema warna  majlis tu nanti pink & white..
mak aku plak nak pkai kain batik utk dibuat buaian tu nanti..
katanya ikut adat orang perak...
ikutkan je la..janji diaorg happy..
*
*

apam polka dot assorted filling..
tema pink n white..
*
*

utk door gift tetamu yang hadir..
*
*

dah siap di packing...

Wednesday, April 27, 2011

sagu gula melaka

25.04.11 @  isnin, aku pose hari tu.......teringin plak nak makan sejenis spesis kuih tradisional nih.......sagu gula melaka..dah lama rasanya tak makan. aku ikut resepi cikmin.
sedapnya.............
sejuk je rasa anak tekak yang kekeringan setelah sehari b'puasa...
nyam2...
*
*
*
aku buat warna hijau...
*
*
*

sagu gula melaka..resepi aku copy dari cikmin je la...mekacih..........

sagu gula melaka
sumber : cikmin
Resepi Sago Gula Melaka
300 gram biji sagu
1 biji gula melaka
250 mlm santan kotak –tambah air dengan sukatan yang sama.
secubit garam
2 Daun pandan
Air
Putih telur

Cara-caranya:
Rebus biji sagu dalam air yang banyak sampai kembang dan jernih.Tuang kedalam penapis dan cuci dengan air bersih.
Dalam mangkuk,pukul putih telur sehingga kembang,campurkan dengan sagu tadi kacau sedikit dan tuang sagu kedalam acuan dan sejukkan didalam peti ais dalam sejam.
Masakkan gula melaka dengan gula putih.Tapis dan ketepikan.
Masakkan santan tadi bersama dengan secubit garam dan daun pandan.Masak sehingga agak pekat.

*penggunaan putih telur tu cikmin tengok demo di web minah salleh..dah cari balik tak jumpa pulak link nya.




Monday, March 7, 2011

puding karamel a.k.a puding gula hangus

mggu lepas dpt oder dri puan romisuhayu. dia nakkan puding karamel. katanya utk mkn fmily je. so, dia nak saiz yg 3 orang punya mkn. dah lama pun aku tak buat puding karamel ni. slalu buat dengan kek. tpi, puan ayu ni nakkan karamel dia jer..

ada yg panggil puding karamel atau puding gula hangus. sori puan ayu, ada sopak ckit kat hujung kek tu. sibuk kita nak buat puding ni, lg sibuk c hero aku tu nak nolong buatnya jugak...ha....ni la hasilnya..sori banyak2 ye puan. saja aku limpah2kan air gula dia tu...


dah selamat dihantar ke empunya diri. aku jual RM10.00 jer...harap puas hati k...kalau ada kekurangan minta di halalkan ye puan coz saya budak baru belajar...
HE...HE...HE...

Resepinya:-
sumber:alia (My Resepi)- utk saiz 16cm

400cc(400ml) susu segar/susu cair (1 tin)
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila

 [ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Wednesday, February 23, 2011

roti jala versi aku

aku ni b'semangat la nak buat roti jala petang semalam. adunan tepung dah disiapkan. dah bbuh kaler pink dan hijau coz kaler kuning tak de dlm koleksi simpanan aku...ada 1 lgi brg nak buat roti jala ni yg aku boleh tak perasan iaitu acuan dia la...nak kuar hujan lebat plak. cik abg aku g putra heights, tlg akak dia pindan barang2 dri opis lama ke opis baru. nak tggu dia blik ntah pkul brapa pun tak tau. aku pun masak je la wat rupa macam lempeng mak2 kita zaman dolu2 tu....dah gaya kuih ketayap pun ada...lantak ko la labu....
aku dah malas nak pikio panjang2...janji rasa sedap walaupun rupa dah tak macam roti jala..tak silap aku rasa roti jala tu semua sama jer..yg buat dia sedap atau tidak, kari yg dimakan bersama dengan kuih tu yg mesti sedap..baru la semuanya sedap di makan. resepi roti jala ni aku amik kat rumah kak liyana ni. tpi, kari daging tu aku wat ikut stail mak aku.

kira roti jala la ni...korang gelak la puas2..
tak per.....


bukan roti jala la..tpi, roti jalan da...

Resepinya:-
sumber : liyana sampol
bahan:
2 mug tepung gandum
2 1/3 mug air
sebiji telur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit

cara:
1. blend semua bahan kemudian tapis
2. panaskan non stick pan dan tebar gunakan acuan jala ataupun boleh gunakan jari jemari saje
3. bila masak, bater akan lekang dan tanpa gunakan spatula tuang aje atas pinggan
4. gulung/lipat ikut citarasa
* boleh dapat >20 biji roti jala

 kari ayam:
2 keping isi ayam-potong kecik
1 biji kentang russet- potong kecik
1/2 ulas bawan besar -mayang
sebiji bawang putih- slice
sehiris halia
2 sudu besar serbuk kari ayam
2 cawan air
1 cawan santan pekat
garam + aji secukup rasa

cara:
1. tumis ayam dgn bawang2 dan serbuk kari sampai naik bau
2. masukkan air dan kentang
3. dah boiled, masukkan santan dan kecikkan api
4. masukkan garam + aji secukup rasa. biarkan sehingga empuk

selain makan dgn kari ayam, dgn kurma ayam pon sedap...
bagi roti jala berinti pon sama caranya..bezanya inti tu mcm inti karipap

kari ayam versi mak aku:-
1/2 ekor ayam yg dipotong2
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci hali -  hiris
1 kuntum bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 pkt serbuk kari daging (bancuh dengan air)
1 sudu besar kerisik
santan secukupnya
1 sudu besar air asam jawa
garam dan bahan perasa
1 kiub pati ayam
kentang / carrot (optional)

cara2nya:-
panaskan minyak masak. masukkan bahan2 hiris, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari. tumis sehingga naik bau. masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. masak dan kacau sehingga pecah minyak dan naik bau. masukkan ayam dan santan. masukkan perahan air asam jawa, kerisik, garam, bahan perasa dan kiub pati ayam. masukkan kentang dan carrot. masak sehingga mendidih.

Thursday, February 17, 2011

apam beras

mlm tdi aku buat apam beras. aku buat tak banyak, sesaja nak try skill. resepi aku amik kat rumah kak AM ni. seorang wanita bekerjaya yg aktif menjual pelbagai jenis kuih, tart dan kek di JB. walaupun tak secantik apam kak am ni, rasa dia memang sedap. itu cik asben dan my frenz la yg jadi tukang komen ni bgtau..gemuk montel diaorg yg jdi tukang rasa masakan2 aku ni..he3..aku guna acuan lompang je. dapat dlm 15 ketul je coz aku buat 1/2 dri adunan. bukan apa, takut banyak sgt plak, last2 tak cukup...korang layan je la pic kat bawah nie..

wajah2 sebelum di make up
sedap dimakan dengan kelapa parut ni...resepi aku copy kak am je..

RESEPI APAM BERAS
(cp : Hanamemories.blogspot.com)

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar - x letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(akak ltk 1½ cwn gula pasir)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja

Thursday, February 10, 2011

buah melaka

masa blik JB hari tu, ada la tetamu nak dtg rmh MIL. so kmi semua kna buat kuih muih utk dijamukan kpd tetamu2 tu nanti. so, kuih yg paling senang nak buat kuih buah melaka ni la. kebetulan bapa mertua aku t'ingin tetiba nak makan kuih ni..so, buat la terus..chef utama, uni la..yg lain tolong menggentel kuih ni je..



kuih buah melaka
Bahan2nya:-
3 cawan tepung pulut
jus pandan (daun pandan yg dikisar dgn air)
gula melaka secukupnya (potong kecil)
pewarna hijau
kelapa parut (putih sahaja)
sedikit garam halus

Cara2nya:-
bancuh tepung pulut bersama air pandan sikit demi sikit dan sedikit pewarna hijau sehingga adunan boleh digentel. ambil sedikit adunan tepung tdi tu dan gentel bulat2 atas tapak tangan. tekan sikit dan masukkan gula melaka sbg inti ke dlm adunan tepung tdi dan bulat2kan semula. aku suka masukkan lebih gula melaka tu. rebus air dalam periuk dan setelah air mendidih masukkan buah melaka ke dlm air rebusan t'sebut. setelah buah melaka tu timbul di permukaan air, maknanya dah masak ler kuih tu...masukkan kuih tdi tu ke dlm pinggan yang berisi kelapa parut dan garam. gaul2 kan...dah siap.

*kalau nak guna pewarna lain pun blh, tpi bancuh tepung tu dgn air biasa la, bukan air pandan.

Tuesday, December 28, 2010

apam dot-dot

hri tu aku buat apam dot2 atau apam polka dot...antara spesis kuih apam yg t'laris & t'hangat di FB.yg ni 1st time buat utk mkn2 besday anak lelaki aku...resepi asal aku pun dah tak ingat owner ..tpi aku amik dari FB (Kongsi Resepi).yg ni aku wat filling coklat & strawberry.

yang ni plak aku wat utk mkn sendiri2...filling blueberry & coklat..resepinyer aku CNP dari http://www.facebook.com/home.php#!/topic.php?uid=113696645313805&topic=894.
kalau maleh nak buka link ni,tgk la resepi kat bwh ni yer..

apam polka dot :

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima 6-8 minit sampai kembang..
2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
4. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
5.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
6. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...