Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Saturday, August 6, 2011

juadah berbuka puasa 5th day

hri ni masak simple jer..
ikan keli goreng berlada dan masak lemak sayur kubis je..
pas tu utk sahur, buat sup sayur..
time sahur2 klau makan kuah yg lemak2 ni, cik asben aku failed ckit..
so, dia request sup sayur utk sahur..
tpi, gmbar sup sayur x de la..
aku masak pkul 4.30 pagi weh..
dah tak ingat nak snap gambar apa pun..
mata plak tgh tiong miong time tu..
*
*
ikan keli goreng berlada

Resepinya:-
ikan keli - cuci dan rendam dgn limau kasturi/nipis
cili padi- ikut pedas
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 biji tomato
sedikit belacan - optional
1 ulas bawang besar - hiris bulat

Caranya :-
- goreng ikan keli sehingga agak garing
- tumiskan bahan kisar iaitu cili padi, bawang putih, bawang merah, belacan dan tomato
- setelah masak dan pecah minyak, masukkan bawang besar dan bahan perasa
- masukkan ikan yg telah digoreng tadi
*
*
masak lemak kubis dan tauhu

Resepinya:-
kubis
1 ketul tauhu
1 ulas bawang merah
sedikit ikan bilis
santan

Caranya:-
- tumbukkan bawang merah bersama ikan bilis
- masukkan dalam santan dan kacau dengan api perlahan, kang pecah minyak
- pas tu masukkan sayur kubis dan kacau lagi
- last sekali masukkan tauhu dan perasakan
*
*
jus limau asam boi..
ha..amik kau..
dgn jug2 dia skali aku interframekan..
utk juadah berbuka puasa hari ke-6 dan ke-7 ni takkan ada dlm blog aku..
coz aku blik berbuka di JB, rumah my MIL..
gantung kuali la 2 hri ni..
selamat meneruskan b'puasa kengkawan semua..
balik kampung.........

aiskrim oreo

aku buat aiskrim ni utk b'buka masa 2nd day pose..
tpi, disebabkan aiskrim ni kena simpan kat tmpt sejuk beku dlm masa 24 jam..
so, aku x dpt nak memasukkan n3 ni ke dlm n3 sebelum nih..
coz, aiskrim sejuk beku tu x beku2 lgi...
herm..puas hati dpt buat aiskrim sendiri..
suka hati jugak la nak taruk apa kat dlm tu...
kita yg buat...
janji ada bahan2nya...
irfan dan irdina mkn bertambah2...
aku ikut aiskrim stail kak mina lgi nih...
bukan apa, senang, simple dan mudah ajor...
rasanya pun memang sedap..
ada setengah resepi aiskrim ni nak kena guna telur dan ovalatte..
pas tu nak kena mixer...
stail tu aku blh cuba time hri cuti la.
kalau dah blik keja ni, ku suka yg simple mimple jer...
*
*
aiskrim strawberi oreo in the making..
*
*

taburkan biskut oreo kat atas aiskrim sebelum masuk fridge
*
*
pesal tetiba dah bertukar menjadi wrna coklat ni..
sebabnya, aku terlupa nak follow step dia..
cenggini, lepas blendar kali pertama, masukkan dlm bekas dan simpan kat tmpt frozen slama 24 jam..
pas tu, esoknya kuarkan semula dan tggu hingga agak lembut dan cair..
pas tu blendarkan sekali lg..
ulang step ni sebanyak 3 kali..
kali yg ke 3, baru taburkan biskut oreo kat atas dan simpan selama 24 jam..
esoknya dah blh mkn..
kes aku ni pasal dah kisarkan sekali biskut oreo tu..
dah la aku taruk banyak biskut..
kekononnya nak ada rasa2 crunch la..
last2, dah jadi coklat plak rasanya..
rasa strawberi terus hilang..
x pe, next time dah tau la mcm mana nak membuatnya..
*
*
pas tu, suka ati la nak taruk apa atas aiskrim tu sblm makan..
kat rmh chocolate rice je yg ada..
hentam la labu..
janji sedap...

Friday, August 5, 2011

juadah berbuka puasa 4th day

hri ni plak aku masak rendang kupang...
sebenarnya, seumur hidup aku ni la kali pertama aku masak rendang..
bukan rendang kupang je, apa2 rendang la..
ikutkan kupang ni nak wat sambal je..
cik asben suruh wat rendang coz dia ckp x pernah try rendang kupang nih..
selama ni aku memang tau serba sedikit cara nak wat rendang..
tengok2 orang memasak la...
cuma tak pernah try wat sendiri..
ntah la, lmbat tul seru nak masak rendang ni datang kat aku..
dah umur 29 thn ni bru dia mai..he3..
selalu tlg2 masak jer..
hri ni kena wat sendiri, aku jumpa la cik google dulu sblm blik rumah..
duk la mencari resepi rendang kupang ni..
jumpa la kat teratak issnita...
mekasih le bebanyak kat tuan tanah...
lawannya cuma wat ikan selar goreng dan sayur bayam goreng..
ye la, kena jgak ingat kat anak bujang den sorang tu..
dia kan x makan pedas...
rendang ni stail 'nogori', so ada pedas2 ckit..
tpi..i loike..
utk dessert plak. aku wat agar2 buah..
*
*
rendang kupang..
*
*
Resepinya:-
sumber :- issnita
500gm kupang yang siap dibuang kulit
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
10 biji lada kering
15 biji lada padi
1 biji kelapa jadikan santan
daun kunyit
daun limau
kerisik
asam keping
minyak masak

CARA
-blender semua bahan kecuali daun limau,kunyit,asam keping dan kerisik.
-tumis bahan yang diblender tadi sehingga naik bau.
-masukan kupang dan juga santan.
-biarkan masak sebentar.
-masukan daun limau dan daun kunyit.
-tambahkan perasa dan asam keping.
-masukan kerisik dan biarkan ia masak pekat.

*
*
sayur bayam goreng telur..
aku buat berkuah cikit supaya irfan dpt makan kuahnya tu..
biasanya aku keringkan..
anyway, ikut la citarasa sendiri..

Resepinya:-
1 ikat daun bayam
1 ulas bawang putih*
1 ulas bawang merah*
sedikit ikan bilis*
*tumbukkan semua
1 biji telur
bahan perasa

Caranya:-
- tumiskan bahan tumbuk sehingga agak garing
- masukkan daun bayam dan sedikit air
- pecahkan telur dan masukkan bahan perasa
- masak sehingga bayam agak layu

*
*
agar2 fruit koktail
sebenarnya, aku nak buat jelly coz rasanya lgi sedap dri agar2 biasa..
tpi, aku cek stok kat rmh, ada serbuk agar2 biasa jer..
so, aku buat je la apa yg ada..
nasib baik ada tukang menghabiskannya..
irfan la..
siap bawa g sekolah lgi..
budak2 kan memang suka mkn benda2 cenggini..

Resepinya:-
1 paket serbuka agar2
air
gula
buahan dlm tin

Caranya:-
- masak serbuk agar2 dengan air
- pas tu masukkan gula ikut tahap kemanisan korang la
- dah agak2 mendidih tu, tutup la api
- sediakan acuan dan masukkan buah cocktail tu dlm acuan
- pas tu, tuang agar2 tdi dlm acuan
- dah agak sejuk, masukkan dlm peti ais, siap..

 

Thursday, August 4, 2011

juadah berbuka 3rd day

untuk berbuka hri ni, aku cuma buat tom yam campur je...
senang, mudah, simple dan sedap..
aku bubuh sayur banyak2......
yg lain tu cuma taruk ayam cikit, sutun cikit dan crab stik cikit..
makan bersama ayam goreng KFC yg telah ditebus secara percuma oleh cik asben..
guna maxis hot tiket ler...
*
*
tom yam campur..
pas tu cik asben aku tepon teringin plak nak makan apple pie..
ala..yg mcm mc'donalds punya tu..
tpi, dia nak home made punya la..
aku pun turutkan la keinginan org yg berpose ni kan..
tpi, beli pastry instant mcm kat bwh ni jer..
*
*
ni la dia rupanya..
aku beli kat Carrefour jer..
*
*
guna epal n tuna utk fillingnya..
*
*
epal tu potong kecik2 cenggini..
tuna tu, buka je tutup tin dan blh guna dah..
*
*
masukkan je gula perang, sedikit mentega dan kulit kayu manis
*
*
masak smpai rupa cenggini...
time hmpir2 nak kering airnya tu, masukkan tepung jagung utk pekatkan lgi..
aku dah lupa nak taruk masa ni..
pas tu korang bubuh la kacang2 atau kismis ke..
aku guna apa yg ada je..
lgpun aku kurang menggemari kismis kalau taruk dlm masakan..
*
*
amik pastry tu, guna bersama dgn tepung coz nanti melekat..
canaikan leper ckit dan taruk epal..
pas tu suka hati la bentuk mcm mna korang nak buat..
utk resepi yg penuh dan details refer n3 lepas..
*
*

ni la rupanya setelah masak..
walaupun mukanya huduh..
tpi, cik asben aku cakap.......sedap...
kulit pastry ni walaupun painya dah sejuk...
tetap crunch...
dan....
selitkan gambar dua beradik ni jap..
*
*
geng berbuka pose ibu dan ayah...







Wednesday, August 3, 2011

juadah berbuka puasa 2nd day

hri ni aku masak ikan siakap stim limau..
aku dah selalu masak ikan siakap stim ni..
so, hri ni aku try ikut resepi kak mina ni..
lawan sayurnya, aku masak kailan ikan masin..
*
*
rupa sebelum di kukus..
*
*
dah siap masak nih...
nyam3..
*
*
kailan ikan masin...

Resepinya:-
sayur kailan - potong2
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 ulas bawang putih - ketukkan je
4 ulas cili padi - pecahkan je
1 ketul ikan tenggiri jeruk - hancurkan
1 susu makan sos tiram

Caranya:-
- panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang besar dan cili padi
- masukkan ikan tenggiri jeruk dan batang sayur kailan
- masukkan sedikit air dan sos tiram
- masukkan daun sayur kailan dan perasakan
- jgn letak garam terlalu banyak kerana ikan tenggiri tu dah masin


Tuesday, August 2, 2011

juadah berbuka 1st day..

juadah berbuka pertama kmi sekuarga di bulan ramdahan ini..
tetiba tekak ni teringin plak nak mkn ikan cencaru a.k.a ikan jaket sumbat..
klau dah buat ikan tu, lawannya mesti kuah yg berlemak..
so, aku buat masak lemak putih kentang dan suhun..
digandingkan plak dengan sambal belacan..
berselera kmi laki bini mkn..
kuih plak g tunjuk je kat pasar ramadhan prsnt 15..
air plak, aku buat limau asam boi..
*
*
ikan cencaru sumbat goreng..
ni bukan hangit tau..
aku suka goreng garing2...
bila  mkn tu, ada rasa krak kruk..he3...
resepi refer kak mina k..
*
*

 masak lemak putih kentang dan suhun dan pucuk
irfan suka sgt mkn masakan nih..
sampai menghirup kuah guna pinggan je lepas mkn..
aku suka tgk anak2 mkn hasil air tangan sendiri..
resepi x pyah la kot..
semua org tentu dah tau...
*
*
 sambal belacan..
aku punya stail, tumbukkan cili padi, belacan yg dah dibakar dan sedikit gula..
pas dah lumat semua, perahkan limau nipis..
dah siap..
*
*

nak selitkan gambar hantu duduyan...
baru je smpai rmh, tak sempat nak duduk rehat, dah dipaksanya ayah buka terus durian tu..
irfan paling suka mkn durian..
tak kira la apa spesis durian tuh..
irfan panggil, DUDUYAN...
anak aku ni pelat ckit walaupun dah 4 thn umurnya..
tp, tak pe..
dah besar sok, ok la tu..

Friday, July 29, 2011

marble n blueberi cheese brownies

aku buat ni utk pot luck jamuan mjlis baca yassin unit aku..
majlis sempena sambutan menyambut bulan ramadhan isnin ni...
brownies yg sedap, simple dan mudah dibuat..
*
*
aku buat dalam 1 loyang, tpi 2 flavour..
aku suka masak cheese ni biar garing2 ckit..
*
*
yg ni aku buat marble jer..
*
*
 yg ni plak perisa blueberi..
*
*
aku lgi suka blueberi ni coz ada rasa asam2 ckit..
*
*
tergoda tak?????
resepi refer sini...