Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, January 6, 2011

marble cheese brownies

ni antara brownies peberet hubby aku..1st time wat, cheese kat atas brownies tu dah nak hangit,tp blum tahap hangit lgi la..tpi,rasanya memang SEDAPPP...ni muka dia msa bru kuar oven..
ni plak dah ptong..tpi nmpk lain dri yg atas coz ni kali ke2 buat..ypi,t;bakar lgi atas dia...

ni plak time dah potong.resepi brownies yg mebeles ni aku amik dari cni..http://rinnchan.fotopages.com/?entry=1836374. kak rinn ni siap tunjuk step by step cara nak buat brownies yg mebeles ni..sapa2 yg amatur mcm aku ni,1st try wat comform jadik punya..kak rinn,mintak izin CNP resepi erk..tpi, sapa2 nak tgk step by step, terjah la link kak rinn tu yerk...

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment