Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, October 31, 2011

family day & majlis perpisahan..

family day merangkap majlis perpisahan unit aku ni diadakan pada 29.10.2011 @ sg. congkak..
semua pegawai dan ex pegawai hadir..
kecuali sorang je pegawai unit yg tak hadir sbb kena kursus..
biasa la, hujung thn ni semua pakat pulun kursus utk penuhkan syarat wajib berkursus la..
cik asben aku tak dapat pegi sbb kena kojer..
pasal apa tak dpt cuti???
pasal mggu seterunya, dia nak amik cuti utk balik raya haji nanti...
sambutan family day ni dibuat sekali dgn majlis perpisahan 2 org bos unit aku..
sorang pindah branch KL dan soranglg  naik pangkat, kena pindah kementerian lain..
korang layan je la gambar2 yg diambil oleh cik bakal puan nawal ni..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
bos aku yg baju hitam dan yang belah kanan tu org yg dirai..
*
*

pegawai unit PPK 5 dan ex unit 

Friday, October 28, 2011

kek gula hangus

smalam cuti deepaveli, aku buat kek gula hangus..
aku amik resepi kat mama noor..
sedap dan senang buat kek ni..
*
*
*
pandangan atas..
*
*
sedap..
mama, minta izin copy kat sini plak k..
kalau mak tgk yg ada gambar step by step, tengok kat mama nor


KEK GULA HANGUS
sumber : mama nor
Guna loyang 7X7.
Untk gula hangus (karamel):-

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 s/b marjerin/Mentega
Cara2:-
Gula digoreng dgn api sederhana.Bila gula dah cair,tutup /perlahankan api dan masukkan air panas sedikit2(perlu berhati2,nanti air gula merecik).
Masukkan mentega,biarkan mentega cair.sejukkan.
Bhn2 lain2:-

4 biji telur
1 cawan susu pekat manis ( boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan tepung gandum} ayak bersama.
2 s/t soda bikarbonat} ayak bersama.
1 s/t vanila.

Cara;-

Pukul telur sampai pekat & gebu
Masukkan susu pekat manis.
Masukkan tepung (yg telah diayak dgn soda) dan vanila
Masukkah air gula hangus tadi.Siap.
Perap adunan 3-4 jam
Tuang kedalam loyang yg digris dgn butter dan di tabur sedikit tepung.
(TANPA di kacau atau digodek adunan tersebut)
Bakar selama 1 jam 30 minit.
Guna api bawah sahaja 1 jam & last 30 minit api atas & bawah. (160 C-170C)

Thursday, October 27, 2011

puspanita 'Arabian Hi Tea'

nak story pasal majlis ni..
aku ni ahli puspanita...
diaorg buat majlis ni dgn harga tiket RM15.00..
x de plan pun nak g..
tpi, ada plak bos nak sponsor, dan memandangkan majlis ni berlangsung start pukul 4 ptg - 6 ptg..
aku pun pegi la..
tak ganggu masa aku nak amik anak2..
aku pakai jubah jer..
last minit punya plan, pakai je la baju apa yg ada..
yg bestnya, semua jemputan adalah kaum wanita..
dah nama pun persatuan puspanita..
nak buat apa pun masa majlis tu pun x de masalah..
ladies day...no man...
aku tepek beberapa pic yg aku amik k..
jurugambar tak bertauliah..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Wednesday, October 26, 2011

roti telur inti melt cheese

hepi deepavali...
hari ni cuti....
x de apa aktiviti yg nak d buat lg hari ni..
breakfast pagi ni aku buat roti telur inti melt cheese..
tergoda nak try bila tgk kat rumah cik doctor rai ni..
seorang bakal doctor yg kuat semangatnya..
*
*
*
roti telur inti melt cheese
*
*
 cheese yg melt kat dlm roti tu yg tak tahan nak nengok..
sedap...
minta izin copy kat sini plak k..

ROTI TELUR INTI MELT CHEESE
sumber : cik rai

8 keping roti
4 keping slice cheese
3 biji telur (dipukul dan bubuh sket garam)
sedikit butter (untuk menggoreng)

CARANYA:

- potong bahagian tepi roti
- letakkan sekeping slice cheese atas roti tersebut dan tutup dengan sekeping roti lagi
- potong 4 bahagian
- cairkan sedikit butter dalam frying pan
- celupkan roti tersebut dalam telur yang telur dipukul tadi
- jgn celup lama sangat, kang lembik tak sedap
- dah siap dan sedap di makan time panas2 coz masa tu cheese tgh melt..







Tuesday, October 25, 2011

pucuk paku goreng belacan

berbuka puasa hari ni aku cuma masak pucuk paku goreng belacan dan ikan goreng..
tak larat la nak masak macam2 hari ni..
rasa penat la plak dan mmmmm....
sebenarnya nak masak sayur leek goreng belacan..
resepi dari cousin aku..
duk pusing2 kat pasar tadi x de la plak org jual sayur tu..
last2, gantikan dgn pucuk paku je la..
*
*
*
pucuk paku goreng belacan

RESEPINYA:

1 ikat pucuk paku
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
cili padi
ikan bilis @ udang kering
sedikit udang basah - optional
garam dan bahan perasa

CARANYA:

- tumis bahan2 tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan udang kering
- selepas itu, masukkan udang
- masukkan sedikit air dan pucuk paku
- perasakan dengan garam dan bahan perasa

Monday, October 24, 2011

lunch kat setapak @ 23 oct 2011

semalam kami sekuarga lunch kat setapak..
rumah adik aku..
cik asben aku ni teringin nak makan ikan patin masak tempoyak..
aku tak reti dan x terbuka hati utk belajar lagi masakan ni..
sebab..aku tak makan ikan patin..
kawan2 aku selalu cakap aku ni org pahang lupa daratan..
ye la..korang semua tau yg pahang trade mark dia kan ikan patin..
tpi, aku tak blh nak makan ler..
xceli parents aku org perak..
berhijrah ke pahang setelah permohonan utk menjadi warga felda di terima..
so, dari kecik mak tak pernah masak ikan patin..
 sampai ke besor la anak2 tak makan..
adik beradik yg lain makan ikan patin ni setelah kuar merantau dan kawin dgn pasangan yg makan ikan patin, diaorg pun makan la..
adik bradik aku, ada 6 orang..
kesemuanya lelaki kecuali aku..
adik ipar aku ni, pure original org pahang..
so, dia memang teror la masak masakan ni..
*
*
*
ikan patin masak tempoyak
*
*
*
ikan keli goreng berlada..
dia masakkan aku lauk ni sbb aku sorang je yg tak makan ikan patin time tu..
resepi x de coz bukan aku yg masak..
ni kira n3 nak menayang je la..

apam dot2

oder apam dot2 dari cik sakinah..
kawan 1 opis..
50pcs apam dot filling strawberi dan coklat..
*
*
*
thanks to cik sakinah

Sunday, October 23, 2011

kek lapis cheese persona

hari ni wat kek lapis cheese persona..
rasa kek ni memang persona mcm namanya..
dah ramai yg buat, aku baru je nak try..
muka kek aku ni huduh cikit berbanding orang lain..
nak tgk design yg cantik kat kak nor, kak husmynakak azlita dan ramai lgi la..
cari je kat cik google..
tpi, rasanya memang sedap..
aku buat 1/2 adunan jer..
pasal nak try dulu rasanya mcm mana..
sedap..rugi plak wat cikit jer..
*
*
pandangan atas..
wat2 tak nampak je la yg huduh2 tu..
*
*
kek lapis cheese persona..
walaupun rupamu tak persona seperti namamu..
yg penting rasamu memang mempersona..
ha3...
aku amik resepi ni kat brother ryo
minta izin share kat sini plak k..


KEK LAPIS CHEESE PERSONA

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) - aku guna cap ping pong
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus
CARANYA:
  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong

Saturday, October 22, 2011

detox foot patch

hari ni nak packing detox utk oder customer..
so, isnin blh la terus pos..
*
*
*
detox foot patch..
1 bungkus ada 10pcs, RM10.00 sahaja..
utk postage ..
+ RM6 utk semenanjung
+ RM9 utk sabah dan sarawak
blh sms@call 0126167476 (ismail aminuddin)
*
*
*
lepas penat memacking..
kami makan homemade aiskrim goreng..
perisa rasberry..
*
*
sedap3....

nasi lemak sambal telur

pagi ni breakfast heavy...
nasi lemak sambal telur..
hari cuti je pun dapat masak menu mcm ni..
hari kerja, beli tunjuk kat kedai je la..
*
*
*
nasi lemak sambal telur
*
*
sambal telur

RESEPINYA:

telur - rebus
cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
garam, gula dan perasa

CARANYA:

- sediakan telur rebus dulu
- pas tu kiasar cili kering, bawang besar dan bawang putih dan tumiskan sehingga agak garing
- masukkan garam, gula, perasa dan telur
- siap..

Friday, October 21, 2011

ketam masak lomak cili padi

xceli aku plan nak masak ayam..
tetiba plak, cik asben call nak makan ketam masak lemak cili padi..
cuma dia minta jgn pedas sgt..
kang nak menyedut isi perut ketam tu kepedasan plak.
aku beli 2 ketui je coz aku kureng mkn ketam nih..
gatal dan membongkak mulut den ni kalau makan ketam..
tpi, time mkn ml tu aku rasa gak cikit..
rasa 1/2 jer..
tu pun dah rasa gatal anak tekak aku ni..
nak rasa jugak..takkan nak tgk kenikmatan cik asben aku sorang meratah ketam tu..
*
*
*
ketam masak lemak cili api

RESEPINYA

2 ekor ketam - bersihkan dan belah 2
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
cili padi - ikut tahap kepedasan
daun kunyit - optional
1 batang serai
santan secukupnya
asam keping - 1
garam dan perasa

CARANYA:

- ketuk2 sikit smpai pecah cengkerang kat kaki tangan ketam tu, kang senang nak makan
- tumbuk @ kisar bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup
- tumis dulu dgn sedikit minyak
- dah agak naik baunya, masukkan santan, asam keping, serai dan daun kunyit
- kacau jgn sampai pecah minyak
- dah agak santan tu nak menggelegak, masukkan ketam dan kacau lagi
- pas tu masukkan garam dan perasa, dah siap..


Tuesday, October 18, 2011

bubur nasi

dinner mlm ni makan bubur nasi jer..
dah lama tak makan..
sesekali nak kena pekena jugak..
*
*
*
bubur nasi + kangkung goeng belacan + telur masin + ikan masin gelama goreng wif cili n bawang
*
*
kangkung goreng belacan

RESEPINYA:

1 ikat kangkung
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
ikan bilis
cili padi
garam dan perasa

CARANYA:

- bersihkan dan potong kangkung
- tumbuk bawang merah, bawang putih, belacan, ikan bilis dan tumiskan
- masukkan cili padi yg telah diketuk dan tumis smpai agak garing
- masukkan sayur kangkung dan sedikit air
- masukkan garam dan bahan perasa
*
*
ikan masin gelama

RESEPINYA:

1 ekor ikan gelama jeruk
1 labu bawang besar
cili padi

CARANYA:

- gorengkan ikan masin dahulu ketepikan tepi kuali
- masukkan bawang besar dan cili padi yang telah dihiris, goreng smpai masak
- campurkan sekali dgn ikan tadi dan siap

sambal sardin 1 malaysia

pernah dengar pasal kedai 1 Malaysia kan??
mesti ramai yg tak pernah beli produk dari kedai 1 Malaysia kan??
aku pernah beli sbb kedai tu kat bawah opis aku jer..
dulu, kiosk puspanita..
skrg dah tukar kepada kedai 1 Malaysia..
sebabnya kedai ni di bawah kementerian aku..
KPDNKK la...
kwn aku ckp, ada setengah barang2 dia memang ok..
harga memang murah giler dari produk2 yg ada brand la..
kedai ni diuruskan oleh Mydin..
barang2 dia semua pihak Mydin yg supply..
hari tu, aku try beli sardin..
susu pekat dah try beli, cuma cair sikit berbanding susu F&N..
tapi..berbaloi la dgn harganya..
susu pekat 1 Malaysia, baru harga RM2..
*
*
*
harga rasanya RM5.++
*
*
isi dalam tin tu.
saiz ikan besar2 jugak..
korang ada nmpak perbezaan b'banding sardin jenama lain tak??
aku nmpak mcm sama je coz aku x selalu makan sardin..
*
*
sambal sardin goreng 1 Malaysia

RESEPINYA:

1 tin sardin
cili kering secukupnya
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 biji limau kasturi @ air asam jawa.
garam dan perasa

CARANYA

- asingkan isi ikan sardin dari sosnya
- goreng isi ikan sardin dahulu. pelan2 tau coz dia akan melotup2 tau. kang abis muka y licin tu kena percikan minyak panas
- angkat dan asingkan  setelah ikan tersebut garing
- kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan tumiskan menggunakan lebihan minyak goreng ikan tadi
- setelah cili benar2 masak. masukkan ikan sardin yg telah digoreng
- masukkan garam, perasa dan perahkan limau. dah siap..


Monday, October 17, 2011

irdina dan ekzema

masa aku belek2 folder gambar2 yg pernah aku amik..
terjumpa gambar c gegurl aku masa mula2 kena ekzima..
aku pernah bgtau citer ttg ekzima irdina sblm ni..
sampai skrg irdina masih pakai produk2 tersebut..
high maintenance girl..
tak pe la..yg penting adik sihat..
wet blh ibu cari..
adik dan abang je harta ibu yang paling bernilai, yang ibu ada..
masa mula kena penyakit ni, aku tak tau yg penyakit ni namanya ekzema..
memang tak familiar langsung la dengar nama ni..
kira 1st time aku tau dan aku hadapinya sendiri..
aku lambat kesan penyakit ni..
ingatkan ruam2 biasa..
smpai jadi macam ni kaki anak aku.....
*
*
*
habis kuku adik semua tercabut sendiri masa tu..
*
*
tempat kegemaran ekzima ni tumbuh di abhagian kakinya sahaja..
*
*
gambar ni masa irdina umur 4-5 bulan..
*
*
doc bgtau, bahagian yg ekzima kuar ni dah kena jangkitan kuman..
that's why jadi macam tu..
menangis aku tgk keadaan dia masa tu..
yang bagusnya, adik tak menangis kesakitan pun..
cuma dia akan melagakan dan menggosok2 kedua belah kaki tanda gatal..
aku smpai import mak hmpir sebulan dan htr irdina ke kmpung bagi mak jaga smpai betul2 baik..
ALHAMDULILLAH..
setelah penat mencari ubat ke sana sini, ekzima adik dah berkurangan..
sekarang kaki adik dah ok..
adik dah mula berjalan sendiri 2-3 langkah..
happy sgt tgk adik dah mula nak berjalan, setelah..
1 tahun 3 bulan dan 5 hari ibu menunggu..
*
*
*
gambar irdina yang terkini..
pas tu jumpa gambar abang masa umur dia setahun lbh..
tak sure masa umur berapa..
*
*
ada gaya macam muka adik tak???

aiskrim goreng

hari ni makan dessert aiskrim goreng..
kat luar mahai diaorg jual, smpai RM3.50 satu..
buat sendiri, boleh dapat banyak..
boleh simpan kat frozen, buat stok..
nak makan, amik dan goreng jer..
*
*
selepas di goreng..
*
*
rupa dalam dia...
sedap...
kalau tuang hershey's syrup yg perisa coklat atau strawberry tu lgi sedap..
tpi, makan mcm ni pun dah ok..
rangup di luar, ada aiskrim plak kat dlm tu..
nak try resepi ada kat bawah ni..
kalau malas, tpi nak rasa..
oder je dgn aku..he3..
aku amik resepi kat dzana
siap ada step by step tau...

AISKRIM GORENG
sumber : dzana

10 keping roti putih
5 scope aiskrim (apa2 perisa)
Plastik wrap ( untuk balut roti)
Minyak

Cara-cara:
- Lembabkan roti dengan air /saya gelek jer roti tu..
- Skopkan aiskrim ke atas roti.
- Tutupkan aiskrim dgn sekeping roti lagi.
- Tekan acuan telur yang bulat tu (hana guna acuan spt di atas) supaya roti terputus (Pastikan roti bercantum supaya aiskrim tidak meleleh keluar)./saya guna cawan plastik .. idea dari catlina..
- Balut dengan plastik pembalut dan simpan dalam frezeer selama 3jam atau semalaman - hana simpan semalaman
- Keluarkan dari tempat pembeku dan goreng dalam minyak yang panas hingga kuning keemasan. Jangan lama, paling kurang 1-2min sahaja tp pastikan minyak sudah betol2 panas

Saturday, October 15, 2011

blueberry, strawberry & chocolate banana cheese tart

teringin plak nak mkn cheese tart ni masa BW blogger masakan lain..
dah pernah buat sblm ni...
hari ni repair balik skill dulu..
aku buat saiz medium..
puas ckit time makan tu..
tak blh makan selalu coz akan menaikkan segala lemak dan kalori kat perut nanti..
buat sendiri je coz mahal o....kalau beli kat luar..
saiz medium ni je hmpir mencecah RM2 seketui..
seperti biasa aku guna resepi dan tips dari kak azita, tokey cheese tart ni..
*
*
tart shell ni aku dah buat awal2..
*
*
sendiri nak makan,taruk la filling tu lebeh ckit..
*
*
3 flavour, yg coklat tu aku suka hati je buat..
nak try je dulu rasanya mcm mana..
*
*
sedap weh...
rasa cheese yg lemak digabungkan dgn rasa masam blueberry dan strawberry..
*
*
yang flavour chocolate banana ni pun sedap..
rasa coklat dan pisang, memang gabungan yg amat serasi bersama..
copy balik resepi kat sini k..

BLUEBERRY CHEESE TART
sumber: kak azita

Tart Crust / Shell
Bahan-bahan :

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.

Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.



Cream Cheese Filling
Bahan-bahan :
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll


Friday, October 14, 2011

ikan bawal masak sos

lunch n dinner hari ni buat ikan bawal masak sos..
*
*
ikan bawal masak sos

RESEPINYA:

2 ekor ikan bawal - bersihkan
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
cili kering secukupnya
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
daun sup
garam dan perasa

CARANYA:

- goreng ikan bawal dan ketepikan
- tumiskan bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering. tumis smpai garing
- masukkan kesemua sos diatas bersama sedikit air
- masukkan garam, bahan perasa dan ikan
- angkat dan taburkan dengan daun sup




Thursday, October 13, 2011

sayur kacang buncis goreng

sayur kacang buncis goreng..
biasanya aku tak taruk capsicum tu, cuma ada lebihan buat spaghetti olio semalam..
aku taruk je la dlm nih..


RESEPINYA:

kacang buncis - buang urat dan hiris panjang
hati ayam dan pedal - amik dari lebihan beli ayam seekor
1/2 biji capsicum merah - optional
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
cili padi - hiris
sedikit serbuk perisa ayam
garam

CARANYA

- potong hati ayam dan pedal, pas tu gaulkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam
- tumiskan bawang merah dan  bawang putih yg telah dihiris
- setelah agak layu, masukkan pedal dan hati ayam dan biarkan ia masak sebentar
- masukkan cili padi dan capsicum
- masukkan serbuk ayam dan garam serta sedikit air. siap..

Wednesday, October 12, 2011

spaghetti olio

dinner hari ni nak makan ala2 western la..
so, aku masak spaghetti olio..
resepi masak spagheti ni aku survey2 dan cedok2 dari beberapa blogger masakna lain..
pas tu, aku cmpur2 dan tolak2 apa yg patut..
buat mana yg ada stok kat rmh jer..
sumber inspirasi nak buat spaghetti ini dari kak iparku di damansara..
*
*
spaghetti olio

SPAGHETTI OLIO

1/2 paket spagheti
1/2 biji red capsicum
1 pkt sosej
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
sedikit serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk perasa ayam
daun parsley @ parsley flakes
perasa dan garam
minyak zaitun

CARANYA:

- rebus spaghetti dalam air panas yang telah dimasukkan dgn sedikit minya, supaya tak melekat
- angkat dan toskan sambil bilas dgn air biasa, ketepikan
- panaskan minyak zaitun dalam kuali, tumiskan bawang putih dan bawang merah yang telah didadu kecil
- masukkan lada capsicum yg juga telah didadu kecil. nak pedas blh tambahkan cili padi ketuk
- masukkan sosej yg telah dihiris serong dan serbuk perasa ayam. masukkan sedikit air rebusan spaghetti tadi.
- masukkan spaghetti, garam dan perasa. taburkan daun parsley yang telah dihiris beserta lada hitam. siap..


 

paru goreng cili padi

aku belajar makan paru ni dengan biras aku..
sedap rupanya paru ni...
sejenis anggota dalaman lembu, yang boleh dimakan selain dagingnya..
sedap digoreng rangup, buat rendang atau pun sambal..
hari ni aku masak paru dengan cili padi..
cara nak hiris paru ni, bila beli balik rebus dahulu..
rebus bersama asam keping utk hilangkan bau hanyir..
pas tu dah sejuk, baru boleh potong ikut suka hati..
*
*
paru goreng cili padi

PARU GORENG CILI PADI

paru lembu secukupnya
cili padi - ikut pedas
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 biji tomato
sedikit belacan
1 asam keping
garam, gula dan perasa

CARANYA:

- goreng paru yang telah dihiris nipis sampai garing dan rangup
- kisar cili padi, bawang besar, bawang putih, tomato dan belacan
- tumiskan di dalam kuali dan pastikan sambal cili tersebut benar2 masak
- masukkan asam keping, gula , garam, perasa dan paru. dah siap

ikan tongkol masak sambal

semalam punya dinner..
aku masak ikan tongkol sambal jer...
pas tu sup sayur utk anak2..
hari bekerja punya menu beb..
*
*
ikan tongkol goreng sambal

IKAN TONGKOL GORENG SAMBA

1 ekor ikan tongkol
cili kering - rebus
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
sedikit belacan - optional
sedikit air asam jawa
garam, gula dan perasa

CARANYA:

- goreng ikan tongkol, jangan garing sangat. kang keras
- kisar cili kering, belacan, bawang besar dan bawang putih
- panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar tadi
- pastikan cili benar2 masak, masukkan sedikit air asam jawa
- masukkan gula, garam, perasa dan ikan. siap...