Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, November 23, 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2







lunch hour tadi tengok citer ni..best o....tak rugi rengok..tak mau citer kat sini, korang pegi la tengok sendiri k..memang best. ending yang aku memang puas hati walaupun di tengah2 citer tu ada buat suspend kat penonton2 semua..

Clean Pro

korang pernah dengar nama clean pro???dobi layan diri, 24 jam dibuka. senang dan mudah kan???pergi ke sini pasal tido rumah abg ipar dan tak bawa baju spare. pas bangun pagi, terus g clean pro dan basuh baju pas tu keringkan. balik rumah, mandi dan terus pakai.

harga dia dah tertera kat mesin tu, beza ikut kg dan blh guna duit 50sen baru saja. jangan risau, kat dalam tu ada mesin tukar syiling dan mesin sabun  serta softner.

budak kecik 2 orang ni pun boleh juga kalau nak dimasukkan...


ini mesin layan diri. tutorial cara penggunaan ada tertulis kat mesin tu. yang belah atas adalah mesin pengering.

basu, cuci, keringkan dan balik boleh trus lipat. kalau yang kain tebal2 seperti jeans tu kekadang masih ada rasa lembap2 lagi..

Reward for myself

Entry ni bukan nak tayang atau nak berlagak2. Tapi kalau ada yang rasa aku macam tu, ada aku kisah?? kau ada?? Dah anma pun blog untuk kenangan dan tatapan di hari lain nanti. So, tak salah rasanya nak citer pasal ni..


my 1st ever coach, F19205. 30 tahun sekali nyah....


sebelum ni handbag duk bawah meja kat opis. yg ni kena duk atas meja dan dalam laci.. kelas kau nyah..beli dengan sepupu aku. walaupun bayar 2 kali, jenuh aku berpikir nak amik ke tak??belum sampai nak sembahyang istikarah je. menggigil jugak nak mengeluarkan deposit pertama. ye la, aku ni bukan spesis dari golongan yang senang nak memiliki barang2 seoriginal ni. semua ni hasil dari kedai bakery kecik aku dan rezeki dari Allah Taala. Syukur Alhamdulillah, semuanya bertambah baik sekarang..misi seterunya, nak coach wrislet plak.


seperkara lagi yang paling best, kereta dah habis bayar. dah dapat geran pun. Alhamdulillah..buat masa terdekat ni tak de plan nak beli kereta lain pun. Sebabnya adalah:

- nak rasa hidup tanpa hutang kereta. start dari keja dulu asyik bayar duit keta je..
- wira sedan kami tu muat lagi dan teramat selesa untuk 4 beranak ni duduk dalam tu
- keta banyak jasa wo...
- condition dan body keta masih elok dan tip top
- last sekali, ukur baju kat badan sendiri. dalam erti kata, masih sedar diri lagi





Tuesday, November 20, 2012

Frame yang dioder dah sampai


Sangat cantik dan berpuas hati. aku grab masa promo raya haji hari tu. Disebabkan berpuas hati dengan hasil kerja kak ayu ni, aku oder lagi. Tapi saiz yang besar untuk letak gambar sekuarga. Sesapa yang berminat boleh tengok kat FB beliau, Airis Wall Deca atau klik kat http://www.facebook.com/airiswall.deco







pic bawah ni sekadar hiasan je, saja nak letak gambar anak-anak






Monday, November 19, 2012

Persiapan birthday irfan yang ke-5, Part 2

Entry ni kesinambungan yang lepas. Tak de buat birthday party bagai pun...cuma buatkan kek simple mimple dan buatkan goodies bag untuk kawan2 sekolah dia je. Tarikh birthday irfan kali ni tersepit tengah antara 2 cuti umum. 13hb cuti deepavali, 14hb birthday irfan dan 15hb cuti awal muharam. So, kami sekeluarga pun amik cuti dan terus bercuti ke cameron highlands. Sambut terus birthday irfan kat sana dengan sepupu sepapat belah cik asben.

Devil's food chocolate cake untuk birthday irfan. Fresh from air tangan ibu sendiri yang membuatnya...


Goodies untuk sepupu dan kawan2 sekolah irfan

Goodies bag tu, aku pakai glad rainbow bags ajer. sandwich bag, tapi berwarna warni dan siap ada fancy sticker. RM4.90 utk 30pcs bag.


Lepas tu, gambar irfan dgn ultraman siap frame tu, aku edit guna handphone je. Bawa g kedai printing, print bewarna atas kertas sticker. Aku suruh dia print gambar tu jadikan 100pcs saiz kecik dan kos dalam RM32.00. Balik rumah, aku gunting dan tampal sendiri atas plastic bag tu.


Dalam bag tu ada jelly, mini loli pop, swiss roll, topeng dan chocolate oroe dengan gambar irfan. chocolate tu aku buat sendiri dan yang lain tu aku beli kat kedai jual makanan ringan borong kat PJ.

gambar baru siap beli barang kat kedai pemborong makanan ringan kat PJ


14.11.2012 yang lalu, birthday abang yang ke-5. Part 1

Baru dapat update atas sebab kebizian yang ntah apa2. 14 hb baru ni adalah birthday irfan yang ke 5. Tahun ni tak buat birthday party kat tadika macam tahun lepas, cuma edarkan goodies bag utk kawan2 sekolah je.
Selamat hari jadi anak ibu yang tersayang.Ibu minta maaf sebab selalu marah2 abang. Orang kata, biasa anak sulung ni akan kerap kena marah, nak2 bila dah beradik. Ibu marah sebab ibu sayangkan abang, ibu nak abang jadi insan yang berakhlak mulia dan insan yang berguna. Abang harapan ayah dan ibu sebab abang anak sulung dan lelaki plak tu..sekejap sangan masa berlalu. Tahun depan abang dah masuk pra sekolah dan 2014 nanti dah darjah 1. Cepat betul semuanya berlalu..

 hari pertama abang lahir ke dunia. hilang rasa sakit operation bila pertama kali tengok wajah abang. nama diberi muhammad irfan. maksud nama abang :

muhammad - sempena nama nabi, yang terpuji
irfan - kesyukuran, kebijaksanaan dan pengetahuan


gambar ni, masa abang baru pandai duduk sendiri.

pic ni, dah tak ingt masa umur berapa. masa ni rasanya, abang belum pandai berjalan sendiri lagi

abang dan ayah

abang dengan patung kesayangan yang dipanggil bibi..patung bear mr. bean tu dah tak de pun..


sambut birthday baru ni kat cameron highlands.



Monday, November 12, 2012

Nasyrah graduation day 2012

Majlis ni diadakan pada 10.11.2012 di auditorium JPA, parcel C. Graduation untuk umur 6 tahun. Irfan masuk persembahan wakilkan taska cawangan KPDNKK.

majlis perasmian


persembahan okestra..hati ibu boleh sayu dan sedey tgk anak buat persembahan. macam tak percaya, cepat jer masa berlalu. abang dah semakin besar.

abang mencari ibu dan adik masa ni..


amik hadiah kat pentas, sebab exam baru ni dapat nombor 5 dalam kelas. ok ler tu sayang..pelan2 ye..tahun depan dapatkan nombor 1,2 atau 3 plak ye..

adik sibuk menangis nak pegi kat abang di belakang pentas



14.11.2012, genap umur abang 5 tahun..tahun ni tak celebrate kat taska macam tahun lepas. bagi goodies bag je sbb kami akan sambut kat cameron highlands nanti. ibu dan ayah sayang sangat2 kat abang..


Wednesday, November 7, 2012

Farewell lunch at secret recipe, alamanda

Farewell lunch coz geng2 makan2 aku kena pindah. adat la kerja dengan kerajaan ni. dah sign aku janji S.Y.M.P kan..i follow je la. aku dulu pun posting keja kat kuching, sarawak. pas tu tukar ke putrajaya sampai ler sekarang. lambat laun, turn aku akan sampai nanti. perpindahan ni jadi cepat berlaku sebab kitaorg keja dalam bahagian penguatkuasa.mana2 pegawai yang dah stay kat satu tempat tu lebih dari 5 tahun, klau minta tukar biasanya akan senang dapat. kalau duduk lama2 kat satu2 tempat tu nanti, pihak atasan takut akan jadi mesra peniaga plak..untuk mengelakkan tohmahan dan kemingkinan berlakunya hal2 yang tak diingini terutamanya bab2 kes SPRM nih..


tuan tanah, bergambar kenangan dgn kak min. kak min ditukarkan ke BKPK. tapi masih dalam satu kementerian dengan aku. cuma aku tingkat 2, dia akan pindah ke tingkat 6. sekarang masih dalam sesi penangguhan sealma 2 bulan. orang kuat bos la katakan..he3..


tuan tanah dengan jijah. jijah minta tukar ke alor setar dan permohonan kali ke 3nya diluluskan. jijah ni asben dia keja dgn kerajaan negeri kedah, so asben dia memang tak boleh ditukarkan ke mana2 la.

sementara menuggu oder yang lain sampai, kami dihidangkan dengan keropok. ni free ajer..


oder pertama sampai. chocolate lava yang memang sedap gilos..diaorg ni panaskan lama sgt smpai runtuh chocolate lava aku tu. tapi, masih ok lagi la. dalam kek tu ada melt chocolate dan topping aiskrim..pergh, sedap weh..


kak min punya. sos black pepper tu memang rasa macam makan sebiji2 black pepper


aku punya, nasi goreng seafood + tom yum sup yang sedap + sambal belacan gila pedas..


jijah punya, fish & chips yang sedap juga..total makan RM75.25 termasuk service dan gov tax. services tax yang mahal, membuatkan aku asyik2 panggil je staff kat SR tu minta itu dan ini.

gaya adik, hari tanpa kata..








Friday, November 2, 2012

durian crepe fever..

aku buat durian crepe ni sebab tak puas amkan masa beli hari tu. sedap weh..nak makan banyak, kena la buat sendiri sebab daiz dia ni 2 kali geget je. gmbar memang la nmpak besar sebab zoom..klau tak zoom, mana nak nmpak rupa durian crepe tu secara dekat. aku beli hari tu, 5 biji RM10.00

aku buat utk makan sendiri, tapi ada member jugak nak oder. so, buatkan la sekali..agak susah nak cari durian time ni. klau ada pun, harga boleh tahan mahalnya..nanti aku update gambar isi perut durian crepe ni. aku guna resepi ana. ada macam2 stail dan cara, korang cari je la dalam google tu..aku copy paste kat sini plak, untuk rujukans endiri. ana siap letak tutorial bergambar sekali. kalau rajin, buat sendiri. kalau tak rajin, oder je la dengan aku kat SINI






SUMBER RESEPI : ana
BAHAN2 :

Watak utama ialah : Durian.. ambik isi dia je.. biji dia buang.. kecualilah korang nak crepe tu inti dia biji durian.. kahkahkah..

Aku beli durian yg dah di pack siap2 kat giant tu je.. malas nak beli sebiji.. tu pun masa bawak balik umah aku sorok dlm peti ais pastu tindih atasnya dgn mcm2 brg sbb takmo encik suami dgn anak aku si ica dan ain nampak.. apis tak heran sgt..

Kang kalau diorang nampak durian ni mau di beduknya sampai abis, kalau abis camne aku nak buat crepe durian.. hahhaha.. buruk betul perangai .. kahkahkah..


50 gram tepung gandum..


1 penutup esen vanilla..
pewarna kuning ( ni terpulang kat korang nak warna apapun )
 1 sudu besar tepung ubi kayu
sebiji telor.. basuh dulu..


3 sudu teh/kecil butter.. kemudian cairkan.. aku cairkan guna mikrowave..


160 ml air
40 ml susu cair.. aku guna susu fresh milk je


2 sudu besar gula halus..

Aku guna gula kastor je.. sbbnya masa aku carik gula halus tak jumpa lak.. aku lempang gak gula ni kang, time nak guna time tulah ko nak menghilangkan diri..

Tu je bahan2nya.. mudah kan..?? okey, meh kita tengok cara penyediaannya.. baca dan pahamkan betul2.. tak paham pun sila buat2 paham..


CARA MEMBUATNYA :

Dalam bekas, campurkan tepung gandum dgn tepung ubi ( di ayak kedua2nya terlebih dahulu ).. masukkan sekali gula halus atau gula kastor td..


Kemudian.. tuang susu cair keatasnya.. jgn tuang kat mulut korang lak.. hahahha


Kacau sebati dgn menggunakan whisker..


Selepas itu, masukkan pula telor yg dah di kacau menggunakan garfu terlebih dahulu.. telor tu just kacau2 gitu je tau, bkn pukul sampai kembang.. lepas masukkan telor tu sila kacau sebati..


Seterusnya, masukkan esen vanilla.. kacau lagi..


Masukkan pula air.. kacau lagi..


Pastu lak, masukkan butter cair.. kacau..


Masukkan lak pewarna.. sukati korang le nak taruk kaler apa..


Adunan yg dah sebati..


Last step, sila tapiskan adunan tersebut..

Adunan ni nampak macam sikit, tapi sebenarnya ia mampu menghasilkan 13 - 14 keping crepe tau.. tapi bergantung kepada saiz yg korang buat la.. kalau buat saiz besar2 sgt opkos la dapat sikit je..


JOM BELAJAR CARA MASAK CREPE :

Memula, sediakan kuali anti lekat ( non stick pan ).. panaskan dgn guna api yg kecil.. api jgn besar2 tau, kang cepat hangus lak crepe korang..


Kemudian, ambik sesenduk kecik adunan..

Tuang dgn lemah lembut.. bentukkan adunan menjadi bulat dgn menggunakan bontot senduk tu aje.. adunan tersebut jgn tebal sgt atau nipis sgt.. just nice org kata..


Masak sampai bahagian bawah adunan tu mcm nak kering.. kering tau, bkn hangit.. adunan ni JANGAN di terbalikkan masa proses memasak..


Bila dah masak, korang lekangkan keliling crepe tu dgn sudip atau sudu, pastu pindahkan ke atas bekas dgn cara terbalikkan macam gambar di atas ..

Tu cara aku la kan.. aku tak berani angkat guna sudip sbb takut koyak.. aku just angkat kuali tu, telangkupkan atas pinggan.. siapp..


Hasilnya, permukaan crepe yg kering di bahagian atas, yg licin di bahagian bawah.. Pi sambung masak lagi sampai adunan abis..


Ohye, di sebabkan aku risau crepe yg dah di masak tu melekat satu sama lain kalau di susun berlapis2, makanya aku buat mcm di atas.. setiap yg dah di masak aku letak dlm bekas/pinggan yg berlainan..

Hambik kauuuu.. banyak la yg nak di basuh pastu.. huhuhu.. tapi takpe, cara mcm ni lebih selamat sebenarnya tau.. biarkan la diorang seketika.. meh kita buat inti dia lak..


BAHAN INTI :

Resepi asal menggunakan 150 ml fresh cream..

Tapi di sebabkan fresh cream aku takde, makanya aku gantikan whipping krim mcm dlm gmbr di atas.. whipping krim ni dah manis tau, so takyah nak tambah gula bagai..


Putar whipping krim/fresh cream sampai kental.. siappp..


CARA MENGGULUNG CREPE :

Memula, letak sesudu kecil krim, isi durian..


Lapiskan semula dgn krim.. takyah banyak2, kang pyh nak balut..


Pastu tarik kulit kiri dan kanan dgn berhati2.. kulit crepe tau bkn kulit korang..


Pastu tarik kulit crepe bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas.. paham kan..?? jgn tekan2 inti tu tau.. tampo kang tgn tu


Kemudian terbalikkan.. dan ni hasilnya.. hehehehe..


Ni antara yg berjaya di siapkan..


Ni lak bahagian keratan rentas selepas di potong dua.. keratan rentas la sangatkan kannn.. ekekekeke..


Nak lagi comel korang masukkan dlm papercup size besar.. dah siap sila sejukkan dlm peti ais.. bkn pembeku tau.. sejukkan semalam.. baru sedap di makan.. phewitttt..

Harap korang paham tutorial yg aku ajar ni.. tak paham sila tanya.. kalau ada kesalahan harap di maafkan sbb aku tak belajar dgn mana2 sifu pun.. sob sob sob..

Ohye.. selain durian, korang boleh jugak gantikan dgn cempedak atau mangga.. atau nak letak inti pastry cream pun boleh.. kat bwh ni aku copy balik resepi pastry krim dari fanpage Jom Masak..



Pastry Cream :

 2 cwn susu segar@cair
1/2 cwn gula-boleh kurgkan..
4 biji kuning telur saiz A
2 sdt serbuk vanila
secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

 Cara2 :

 -masukkan susu 1/4 dulu dan gula..
-msak dlm api yg kecil hingga sebati..
-masuk telur kacau lagi..
-masukkn vaninlla dan garam..kacau sebati..
-msukkn tpg jgung sesudu dulu..
-kacau masukkn bki susu dan tpg jgung semuanya..
dan masukkan butter..
-kacau sebati hingga mendidih..
-tukar ke dalm mangkuk..tutup mngkuk dgn plastik pembungkus..
-simpan dlm peti selama 3 jam @ semalman
-nak guna gaul seketika..