Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, October 7, 2011

nasi ayam spesel

hari ni @ 07 oct 2011, aku menjadi suri rumah sepenuh masa...
hari ni je la..
bukan apa, pengasuh irdina minta cuti...
aku pun terpaksa cuti la..
nasib baik annual leave aku masih banyak lagi..
ala..10 hari je pun yg tggal..mana ada banyak nyer...
aku buat nasi ayam ni utk kengkawan semakan aku..
plan nak dtg time lunch la..
tpi, x jadi coz anak cc min cir bir plak..
jadi la rezeki abang aku sekuarga yg tetiba je dah smpai sini..
diaorg sekuarga htr pekerja ke LCCT..
aku hallo la, suruh singgah sini..
aku masak nasi ayam ikut resepi junjs11-myresepi..
simple dan sedap la...
*
*
nasi ayam spesel
*
*

Untuk nasi

5cwn beras
3 sudu besar butter
1cm halia- ditumbuk
4 ulas bawang putih -ditumbuk
air rebusan ayam tadi secukupnya
sedikit garam.

Caranya
Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
*
*

     Untuk rebus

1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
2 ulas bawang putih
2sm halia yg diketuk
     Untuk perap

1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1cm halia
2 ulas bawang putih
sedikit kicap cair

Caranya
- Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang   putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk .

- Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
*
*

Bahan sos
5biji cili merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
1 sudu teh cuka, garam, gula
1/2 cawan air

Untuk sup
lebihan air rebusan ayam
1 biji bawang besar kisar
rempah sup
garam
daun sup yg dihiris.

Caranya
- Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)

- Untuk sup, air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

1 comment:

  1. perghhhhh nasi ayam plak dah.. memang memukau sggh le..

    ReplyDelete