Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, October 10, 2011

lunch on 09.10.11..

menu lunch ni pada tarikh 091011..
baru aku perasan, cantik tarikhnya..
mesti ramai yg pilih tarikh ni utk tunang atau nikah..
abg ipar aku request kari ayam + sambal belacan + ulam timun + keropok keping goreng..
pas tu aku try masak ikan keping masak sos..
cik asben cakap sedap dan dia terus suruh aku masak lgi..
dia blh plak makan mcm kudapan depan tv..
tak sempat nak makan dengan nasi..
xceli, aku lupa nama sebenar spesis ikan ni..
kang di n3 lain aku post gambar ikan tu sekali k..
*
kari ayam
*
*
*
bahan2 utk masak kari ayam

KARI AYAM

1/2 ekor ayam -  bersihkan dan potong
1 pkt serbuk kari ayam - bancuh dgn air
1 btg kulit kayu manis
2 ulas cengkih
1 ketul buah pelaga
1 ketul bunga lawang
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 helai daun kari
2 pkt santan harga RM1.00
2 sudu besar kerisik
1 biji kentang
sedikit air asam jawa
bahan perasa

CARANYA:
- aku suka goreng sekejap ayam tu
- panaskan minyak dalam periuk, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan cengkih
- masukkan bawang merah bawang putih, halia yang telah ditumbuk dan daun kari. tumis hingga wangi
- masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dan sedikit air, tumis sehingga wangi dan benar2 masak
- masukkan kentang ayam dan air asam jawa
- masukkan santan dan kerisik. pas tu taruk garam dan bahan perasa
*
*
*
ikan..............masak sos
sebab aku lupa la nama sebenar spesis ikan bilis ni..
kang aku siasat balik nama dia k..
sedap makan mcm tu je depan TV..

IKAN...........MASAK SOS

1 paket ikan .........(aku beli kat mydin)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 ulas bawang putih - pecahkan
perasa

CARANYA:
- gorengkan ikan.............dan angkat
- campurkan ketiga2 sos tu dalam mangkuk
- tumis bawang putih dan masukkan sos tadi..
- taruk garam dan perasa, pas tu masukkan ikan tadi
- gaul rata sampai pekat
- dah sejuk simpan dalam tupperware supaya kerangupannya kekal

1 comment:

  1. Asal masuk sini je mesti tertelan liur.. Nyummy2!!!! ;)

    ReplyDelete