Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, June 22, 2012

anak2 nak kena tinggal..

25hb ni aku kena kursus kat semunji resort, kuantan sampai 28hb..means, kena tinggalkan ayah, abang dan adik selama 4 hari. yang paling tak best kena jauh2 dengan anak2..rindu weh..kang tak pegi kursus, tak cukup syarat untuk masukkan dalam LNPT. kena pegi jugak la..



sepanjang ibu berkursus, abang dan adik kena stay rumah atuk & opah kat jengka. jangan nakal2 tau. kesian atuk dengan opah nanti..ayah plak kena duk sorang2 kat putrajaya, sebab keja..aku memang minta kursus area pntai timur supaya boleh hantar anak2 kat rumah mak & abah. sekali jalan orang kata..suka baca kata2 kat bawah ni...



Tuesday, June 12, 2012

aktiviti bersama anak2 di hujung minggu

hujung minggu ni memang tak de keluar berjalan ke mana2..mggu lepas dah puas berjalan sana sini. mggu depan plak nak attend wedding cousin kat batang kali.so, minggu ni kami sekuarga lepak kat rumah ajer...tapi, masih ada aktiviti lagi untuk dibuat bersama anak2 tau..tak perlu asyik nak keluar rumah, baru nak buat aktiviti bersama anak2. kos tu....aku buat kelas membuat aiskrim goreng..dessert kesukaan sekuarga. tapi, anak2 lebih suka makan aiskrim dari rotinya..





 gelekkan roti bagi nipis dan letakkan aiskrim. aku siap taruk hershey's syrup chocolate lagi..


pas tu, tutup dengan selapis roti lagi. letak air sekeliling roti tu supaya dia melekat, macam gam..pas tu korang amik la apa2 yang bentuk bulat untuk dibuat pemotong. aku terap guna cawan kaca tu jer. terap dan tekan smpai putus dan jadi bentuk bulat cam gambar bawah ni..balut dengan plastik dan simpan dlm freezer dulu, bagi betul2 keras. aku buat lebih, untuk stok..lebihan tepi2 roti tu, lagi elok jgn dibuang, jgn membazir...buat puding roti pun sedap.......kalau tak nak buat time2 tu, simpan je dulu dlm peti ais. nanti2 boleh buat. tapi jgn la simpan berbulan2 plak..




aku buat pagi. so, petang tu dah boleh goreng. goreng dlm minyak yg betul2 panas dan api jgn kecik sgt. biar dia masak dan garing dgn cepat supaya aiskrim kat dlm tu tak mula mencair..make sure masa nak terap tu, sekeliling roti tertutup rapat. bila tak tutup rapat, masa nak goreng jadi mcm gambar kat bwh ni la....tapi, apa2 pun memang sedap. rasa rangup roti + rasa aiskrim memang walla....




tamat sudah kelas membuat aiskrim goreng hari ni..bila abang & adik dah besar sikit , kita wat kelas cup cake dan cookies pulak ye..








Wednesday, June 6, 2012

Pusat Sains Negara on 03.06.2012

02.06.12@sabtu, kami sekuarga pegi aquaria. esoknya pegi ke pusat sains negara, nak bawa anak2 dan anak2 sedara tengok pameran dinasour. tmpt ni buka dari 9.00pgi hingga 5.00 ptg. amoi 2 org kat bawah tu pengunjung macam aku jugak..tapi, dah diaorg melepak kat pintu tu, aku amik je la dgn gambar2 dioarg sekali. pameran ni tamat pada 31.07.2012 ni..




pesanan dari penaja klau nak dtg sini jgn  dtg masa hjung mggu cuti sekolah. ramai manusia sejagat wei...nak cari parking pun susah. si kembar 2 orang tu kena turun jln kaki cari & cop parking. masa nak beli tiket pun org beratur start dari luar smpai ke dalam. haish...beratur lagi. semalam pun beratur panjang juga kat aquaria. si kembar la yang kena beratur dulu kat luar yg panas terik tu, dah smpai kat dlm baru abg ipar aku amik alih plak..ha3..tak aci2...utk maklumat ttg harga tiket :

- pusat sains dewasa : RM6.00
                    kanak2 : RM3.00
            6 thn ke bwh : free ajer

- pusat sains + dinasour dewasa : RM15.00
                                     kanak2 : tak ingat ler, rasanya 1/2 hrga dari tiket dewasa
                         6 thn ke bawah : free ajer

* jgn lupa bawa air masak sendiri tau..kat dlm tak de jual. dah smpai luar baru ada 1 cafe kat situ.




jalan nak masuk ke dalam tmpt pameran  tu , ada terowong ikan ala2 mcm kat aquaria. cuma pendek je..



bagus bawa bebudak ke pameran dlm pusat sains ni, bamyak benda yang boleh diaorg explore dan belajar. barang2 dalam tu semuanya boleh pegang2, main2 dan usik2..tpi aku pergi masa hjung mggu cuti sekolah ni, duk tengok orang je la..pas tu tgk anak2 supaya tak hilang.



dah siap jejalan kat pameran sains, baru pegi kat area pameran dinasour plak..ada rangka T-rex..rasanya la T-rex. pas tu, banyak tempat permainan kanak2 mengikut tahap2 umur diaorg. sesapa yg nak berkampung kat situ smbil tgk anak2 main, bawa la makanan ringan2 sikit spt nugget dan sandwich. dlm tu tak ada kedai makan...bebudak ni kan dan mak ayah bebudak cepat lapar..jgn la bawa tikar dan nasi lauk pauk bagai..kang kena halau plak..itu bukannya tmpt picnic..



pas tu masuk kat tempat yg betul2 dinasour dipamerkan. siap bergerak2 dan b'bunyi dinasour tu. nak amsuk pun kena beratur lagi..tapi, masa kami semua on d way nak ke pintu utama tu, ada plak sorang security yg baik hati bagi masuk ikut pintu tgh, pintu utk emergency exit. aganya dia kesian tgk rombongan cik kiah ni ha dgn bebudak yg ramai, terus dia bukakan pintu tu. masukla kami dgn mudah, senang dan selamat.




antara spesis dinasour yang dipamerkan. patung je la..pas tu cer tengok gambar bawah ni. yang hero tengah2 tu anak aku yang paling excited nak tgk dinasour. tapi, sampai je kat dalam boleh menangis plak. nak patah jugak tulang pinggang ayah dia duk mendukung sepanjang jalan dalam pameran tu. si irfan tak nak berjalan sendiri, takut tgk kepala dinasour yang bergerak2 dgn bunyi2 dia semua ada. ingtkan anak aku sorang je yg berperangai mcm tu. rupanya ramai jugak bebudak yang menangis takut..
yang gegurl semua tu anak2 abg iparku..semuanya cun dan comel termasuk mamanya la..



dinasour lagi..




boleh bergambar dan pegang2 tau..tapi, rsa getah je la..si kecik irdina tido sepanajng masuk pameran sampai nak balik. bagus jugak dia tido sbb irdian ni spesis abg dia jugak. nanti takut2 dan nangis2, kecoh dibuatnya.

Monday, June 4, 2012

Aquaria on 02.06.2012

sabtu baru ni, bawa abg ipar dari JB sekuarga ke Aquaria KLCC. dah kali ke3 aku masuk sini dan semua yang ada kat dalam tu masih sama. tapi, kita jadi tourist guide ni mesti la masuk sekali bersama-sama orang yang dibawa kan....total kami masuk hari tu RM319.00 dah tolak diskaun untuk goverment staff. bawa je pas kerja korang tu. dia akan tolak dari total semua. tiket dewasa RM35. pas lunch, terus ke KLCC. datang sini hari sabtu, cuti umum Agong plus lagi cuti sekolah..amik ko, beratur dari lurus dan senget ke tepi sebab tak cukup space nak beratur lurus panjang. ikut ati nak balik ajor, tapi kesiankan anak2 sedara yang datang dari jauh ni.anak sedara yang paling besar ditugaskan utk beratur. dah nak dekat kaunter beli tiket, pakcik datang amik alih. yang lain plak tggu bersusun kat anak tangga.



dah masuk dalam, nak jalan pun susah weh..hilang nikmat untuk menikmati pemandangan dalam aquaria tu. duk mengawasi anak2 dan bebudak je. takut hilang nanti. lagi2 anak mak yang nama irfan tu. spesis nak jalan sendiri. pantang kita lalai sikit, terus dia hilang dari pandangan mata. nak ikat tali, nanti org ckp bawa kucing jalan2 ke kak????masyarakat kita masih tak blh nak menerima dan melihat parents yang mengikat tali kat badan anak2 ni. mak ni pun mcm tu jugak, tpi bila difikirkan dari sudut positif, baik anak tu terikat dengan kita dari dia hilang????pikir2kan la ye...ayah dan adik kat tempat ular sawa albino..



si kecik mak ni, smpai area yang lapang sikit baru blh bagi dia b'jalan sendiri. tgh ramai2 tak boleh dik..



akibat kepadatan manusia sejagat kat dalam terowong ikan ni, mesin automatik yang bergerak perlahan ala2 escalator tu dah tak bergerak dibuatnya. jalan kaki la ko smpai keluar dari situ.



yang ni spesis ikan pari apa pun aku tak tau la..


lepas kuar dari terowong ikan tu, penat weh..rehat la dulu. nak advice semua supaya bawa air mineral sekali tau. nanti terkeluar anak tekak dahaga yang amat sangat weh. kat dalam tu tak ada jual air.



dah nak balik ni, bergambar dulu kat gigi jerung.



Friday, June 1, 2012

testing baju raya

actually ini baju raya tahun lepas ler..pakaikan kat 2 beradik ni utk tengok ukuran baju. nak htr kat tailor utk jahit baju raya tahun ni. masih muat lagi, tapi kena besarkan semua bahagian ke 1 inci. budak2 kan cepat membesar..baju raya kami sekuarga tahun ni warna biru turquoise. ayah dan abang 1 kain dan ibu dan adik 1 kain. beli kat jakel je..minta tailor buatkan 2 pasang baju kurung tu dulu sebab nak jahit manik. jahit sendiri u..hentam je la..dah pakai baju tu, berposing la sekali..