Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, November 29, 2016

Butterscoth n co., taman daya

Lunch kat sini semata nak mkn kuih keria butterscothnya. Shell out pun ada time2 lunch ni,murah dan sedap. RM30 utk 2-3 org punya mkn. Chicken rice ball pun sedap. Butter chicken wif rice lagi sedap..

Thursday, November 10, 2016

Boat noodle tmn sutera

Kita dah 4 hri mula bekerja. Sel2 otak dlm proses penyambungan stelah cuti 3 bln disamping menahan kerinduan dan kerisauan meninggalkan bb dgn pengasuh. Nak2 lagi mcm2 citer ttg bs kuar kat fb. So far, bs iman baik orangnya. Semoga bs dpt jaga iman dgn elok selamanya..kita ni bukan spesis fussy punya org. Yg penting anak kita tak mengalami cedera teruk bagai sudah la. Rate bs kat jb ni RM350 dan office hour. Sesekali lmbt tu, dia x kisah la..tpi,kita pun sebolehnya tak nak susahkan bs. Sharp pukul 5.00 ptg,terus balik. Biarla org nak kata apa pun..hi3...smalam lunch kat boat noodle,tpi mkn yg lain. Kita oder set lunch je. Tom yam dia, pedas giler..giler..giler..diaorg tumbuk cili padi bangla merah tu. Nak putus urat otak ni makan. Kita rasa2 je kwn punya sbb susukan iman, tak berani nak mkn pedas2 sgt..kerabu sotong dia memang la t'sgt sedap. Set lunch ni murah, RM8.90 + air..tpi,set tom yam kita lupa nak snap pic plak.

Thursday, November 3, 2016

Hari konvokesyen pra sekolah kakak

Smalam hari konvokesyen pra sekolah kakak di pulai spring resort. Si kakak terlibat dlm 2 acara,tarian dan nyanyian/tarian. Kakak juga dpt anugerah pelajar t'baik kokurikulum. Ibunya pun turut sibuk sama sbb kena tlg cikgu siap2kan anak masing2. Biarlah gmbar berbicara

Friday, October 28, 2016

Irfan, irdina & iman

Si abang dan si kakak yg teruja sgt dpt adik. Budak ber'2 ni dah besar, senang sikit la nak mnta2 tlg dan jagakan adik.

3rd ceaseran

08.08.16,aku slmt melahirkan bb boy di HSA JB. Hspital yg t'bakar baru2 ni..syukur alhamdulillah masa check in kat sana tak de apa b'laku. Kelahiran ke3 ni,pilih tarikh je sbb due to 2 previous scar. Bahasa senangnya pasal dah 2 kali operate sblm ni. Sblm2 ni,sakit constraction tpi last2 operate. Yg t'baru ni,masuk terus dewan bedah tanpa rasa sakit nak beranak. Bgi aku,normal atau operate...klau dah namanya branak tu,sakit jugak..cuma sakitnya b'lainan. Normal dlm 2 mggu dah ok, operate ni 6 mggu bru ok. Itu pun still x blh buat keja heavy2 sbb part dlm perut ni makan masa la nak sembuh. Kelayakan aku wad 2nd class,tpi shuben suruh amik 1st class sbb dia akan jaga aku spanjang 3hri 2mlm di hspital nanti. Lagipun HSA hspital lama,tak mcm di Hspital Ptrajaya. 3rd class pun t'amat la selesa lagi. Kena bayar depo RM800 dan kena tggu sorang patient discharged dulu. Pkul 9 mlm bru dpt masuk 1st class, 1 bilik seorang dgn rate RM80 pernite. Sementara tu, aku diletakkan kat wad 3rd class iaitu bilik dorm mcm kat asrama. Mcm2 perangai aku dpt tgk,tpi panasnya la. Kipas rosak, katil rapat2,bilik air jauh,tak de tirai dll. Ada yg b'tudung tu smpai buka tudung sbb kepanasan. Syukur sgt sbb tuhan permudahkan dri mula masuk wad, proses kelahiran hingga discharged dri hspital. Shuben kat hspital je 24 jam, dia on call. Kat dlm wad, x blh sesapa temankan. Tpi,nak masuk wad tu anytime nurse bagi klau nak htr brg. Sekali naik,shuben lepak la dlm bilik tu 1 ke 2 jam. Segala pergerkan aku,call je shuben. Nanti dia dtg la..yg x best b'salin operate kali ni pasal kena cucuk mcm org sakit kencing manis cucuk insulin. Sehari 2 kali, selama 10hri. Shuben aku la yg jadi doc masa kat rmh cucukkan ubat tu. Tujuannya tak nak bgi darah beku kesan dri bius sbb ada kes ibu meninggal. Benda ni baru diaorg suruh buat. Last aku branak thn 2010 dulu, tak de lagi prosedur ni. Seksa mak nyah....pagi peha kiri, ptg peha kanan. 1st time shuben cucuk,tak jumpa tune lagi...bengkak peha aku dibuatnya. Cth gmbar tgk kat bwh ni.....

Monday, October 24, 2016

Our 3rd bb - Muhammad Iman

Muhammad Iman Bin Ismail
Lahir: 08.08.16 @ ceaseran
Lokasi: HSA JB

1st day

Abg dan adik..suka sgt abgnya dpt adik boboy. Kita geng katanya

Nanti kita citer pasal ceaser hri tu ye

Friday, February 12, 2016

Coming soon...

Rezeki dari Allah...sedang mengandungi anak yg ke3. Insyaallah, bln 8 ni bersalin. Seronnak dpt new born sbb yg bongsu skrg dah 6 thn. Tapi...takut bila mengenangkan masa nak bersalin nanti. Anak2 kita semua lahir ceaser sbb poor progress..36w nanti kena refer pakar utk tetapkan tarikh ceaser. Tak blh nak try normal sbb risiko rahim pecah. Rasa down jugak. Tpi, cik asben ckp tak kisah mcm mana cara bersalin. Yg penting semua selamat. Sekurang2 nya Allah bagi kita peluang untuk ada anak sendiri..pikir2 balik,betul jugak tu. Dah lama tak dengar ayat2 berfaedah dari mulut laki aku ni..hahaha..actually, bersalin mcm mana pun..rasa sakit tetap ada. ceaser lagi lama nak menjaga lukanya. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menghadapi saat2 itu nanti. Permudahkan semuanya...skrg dah masuk 4 bln. Mabuk2 dah mula berkurangan, dia datang2 je...cuma, setiap pagi masih muntah2 lagi..semoga semuanya baik2 ajer hendaknya...gambar tu masa scan 3 bln

Thursday, January 14, 2016

Aktiviti di sekolah irdina

Irdina di sekolah pra. Sekolah skrg bukan mcm dulu dah program2 diaorg. Dah up to date. Utk januari, 2 program cikgu kelas dah buat. Program dgn klinik gigi dan memasak spagheti carbonara. Cikgu kelas diaorg ni aktif dan byk idea nak buat. Setiap kali program, parents diminta membuat sumbangan. Utk sesiapa yg setuju je la..mungkin sbb cikgu tak nak bebankan parents. Tak semua dari kita yg mampu kan...tpi,bila anak kita sorang je yg x join,kesian plak ke diaorg kan...herm, Insyaallah..ibu ayah akan sentiasa cuba berikan yg terbaik dan termampu utk anak2 kami..moga Allah murahkan rezeki kami semua....

Friday, January 1, 2016

24.12.2015

Tarikh atas tu, genap 9 thn usia perkahwinan aku dan dia...Alhamdulillah..ujian dri segi kestabilan ekonomi rumahtangga memang byk. Semua tu jadi pengalaman kpd kmi berdua dan sumber kekuatan sebenarnya.untuk ke arah kehidupan yg lebih baik. Syukur kepadamu Ya Allah..dan tarikh tu juga, ahkak terima khabar berita yg sgt2 baik. Didapati jadinya kejadian dan kehadiran insan baru. Insan ke3 dlm family kecil kami. Kiranya hadiah utk cik asben sempena anniversary yg ke9. Masa tak tau, ok je diri ini...bila dah tau,keadaan diri seumpama dilanda tsunami. Lembik liuk kata ko...Ya Allah, peliharalah rumah tanggaku, anak2 ku dan anak dlm kandunganku ini..pnjgkan umurnya, sihatkan tubuh badannya dan sempurnakan dirinya. Anak2 yg lain pun seronok bila dgr akan dpt adik baru. Ye la..si abg dah 9 thn dan adik pun 6 thn..dah lma jugak x preggy,penat rasanya. Alhamdulillah cik asben byk membantu. Semoga dipermudahkan segalanya...kepada yg masih menunggu, ahkak doakan agar korang juga akan memilikinya nanti. Doa, sabar, usaha dan tawal byk2 ye..ketetapan Allah itu pasti dan indah..