Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, February 27, 2015

Balik kmpg...

Kitakan 1 malaysia...so,raya cina hari tu pukul cuti habis balik kmpgku di negeri pahang darul makmur..sejak duduk jdt ni,tggu cuti pnjang sikit baru blh blik pahang.klau dulu masa di putrajaya, hjung mggu je blh balik..sbb skrg perjalanan dah makin jauh...ikut jln kmpg,sehari je dah makan masa perjalanan...apa pun,mak dan abah..akan ku cuba balik selalu..balik kmpg, mcm2 makan yg direquest dri mak.makan pajeri nenas, mee kari, kuih keria, masak lemak telur itik, pecal, kerabu dan mcm2...memang tak jaga makan langsung masa tu.rugi o.....kat kmpg ada cousin berpantang kat rmh mak.anaknya kecil dan cute sesangat. Smpai takut nak pegang bb tu. Umur dah 2 mggu, berat 1.5 je....pramatang..Alhamdulillah, b tak de masalah apa2.cuma saiz kecil je...layan kan je la gmbar2 bawah ni ye..

Tuesday, February 17, 2015

Ayam Penyet Zona

Kat jb ni memang sangat mudah nak cari ayam penyet. Pagi, siang dan mlm senang nak cari. Kat gerai atau restoran ada disediakan. Pilih je yg mana sedap. Semalam try makan kat Zona Ayam Penyet di Taman Pelangi. Kedai betul2 sebelah plaza pelangi. Lot kedai tu belah atas, so kena naik tangga..Kat sini cuma jual yg penyet2 je..Aku oder ayam penyet. Sedap, cuma masih tak blh lawan Wong Solo kat bangi tu....rindunya nak makan Wong Solo. Sila la buka branch kat jb ni. Makanan sedap, cuma enviroment kurang memuaskan. Sila jgn guna tandasnya ok...he3...

Monday, February 16, 2015

Sambal kentang ikan bilis

Lauk favourite suami dan anak2...makan dgn nasi putih + kicap manis kipas udang...itu pun dah cukup.

Bahan:
Ikan bilis
Kentang
Bawang putih
Bawang merah
Cili kering

Caranya:
Goreng kentang. Ikut suka nak potong mcm mana. Ada yg suka hiris bulat. Asben aku suka potong segitiga. Pas tu, goreng plak ikan bilis dan ketepikan. Kisar bawang merah, bawang putih dan cili kering. Panaskan minyak dan tumis. Biar smpai cili tu betul2 masak. Lepas tu perasakan dgn garam, gula sikit dan perasa. Dah siap, masukkan kentang dan ikan bilis. Stail aku, smbal masak lebih, lepas tu aku akan asingkan siki dlm bekas lain. Biar ngam2 je dgn kuantiti kentang tu. Aku akan gaul kentang dulu dgn smbal. Masa nak mkn nanti baru tabur ikan bilis atas smbal kentang tu supaya kerangupan ikan bilis tu masih kekal...baru bunyi krap krup krap..

Lotus Desaru Beach Resort

Entry ni bukan pasal cuti2 malaysia pun. Sebenarnya kursus team building, kat desaru. Kursus yg santai dan enjoy. 3 hari 2 mlm berkampung disana. Kat sini lebih mcm apartment. Ada byk blok. Hri tu duduk blok B, agak jauh dri lobi tapi betul2 menghadap water theme park. Bila nak ke lobi, kami naik buggy car yg disediakan start 7.00 am hingga 11.00 pm..Theme park dia tak la besar sgt pun, cuma utk budak2 diaorg memang suka habis la. Kat sini sesuai bawa family bercuti. Banyak aktiviti yg disediakan...Layankan je la gmbar2 ni ye..n

Masak lemak daging salai dan rebung

Hari tu oder daging salai dgn member. Pos dari cameron highlands tu...siap hiris dah.. teringin nak makan masak lemak cili padi daging salai dan rebung...

Daging salai
Rebung
Cili padi
Kunyit hidup
Serai

Caranya:
Tumbuk cili dgn kunyit hidup. Masukkan dlm santan cair. Masukkan serai yg diketuk. Masuk daging dan rebung. Sentiasa kacau supaya tak pecah minyak. Dah menggelegak, masukkan santan pekat dan kacau lagi. Perasakan...aku masak memang podeh la...lepas tu buat sup sayur untuk anak2....

Suhun goreng

Breakfast lepas dah bosan tak tau nak makan apa lor...so,try masak suhun goreng. Rasa kenyal dan sedap jugak la..blh layan makan dgn cili potong. Caranya:

Suhun-rendam
Telur-goreng hancur dan gaul rata dgn
           suhun, ketepikan

Bawang putih-ketuk
Cili kisar
Isi ayam/fishball
Lobak merah-hiris memanjang
Kicap manis
Tomato sos

Tumis bawang putih dan cili kering. Dah garing masukkan ayam,fishball dan tggu smpai masak. Masukkan sos,kicap manis,sedikit air dan lobak merah. Lepas tu masukkan garam dan perasa. Last sekali masukkan suhun tadi...siap..

Friday, February 6, 2015

ABCD

ABCD yg dimaksudkan tu adalah sejenis dessert..ABC, tpi aku yg tmbah D. Lokasi kat food court larkin bomba..kat situ yg ada jual kacang pool..gerai yg jual ABC ni gerai hujung yg memang jual minuman je..yg sedap ABC special...yg best jugak selain tu ais jagung kisar special...i loike...

Kerepek ngaku

Kepek ngaku...buah yg mudah didapati semasa musim raya cina. Rasanya sedap dan lemak2 manis. Tak perlu campur apa2 dah...beli mahal,baik buat sendiri..cuma bercinta la nak buatnya..pasal buah tu kecil je. Cara nak buat, buang kulit tpi tangkai atas jgn buang.itu sebagai pemegang masa kita nak sagat nanti. Dah buang kulit, rendam jap dlm air bergaram. Pas tu,tos dan sagat direct dalam minyak yg panas tu. Sblm tu,letak garam sikit dlm minyak tu ye...dah nmpak garing,angkat dan toskan. Pas tu, blh la makan..makan smpai tak hengat, dah tinggal separuh balang je...

Thursday, February 5, 2015

Murtabak cheese

Breakfast pagi tadi murtabak cheese daging. Lokasi di gerai makan stesen bas larkin. Hrga RM10 sekeping,ada pilihan daging,ayam dan sardin...bila makan panas2 memang best, cheese tertarik2 mcm mkn pizza..sedap o....

Sarapan di johor bahru

Banyak dah sarapan yg aku try kat sini, tapi  byk yg tak amik gmbarnya...semalam breakfast roti arab. Klau kedai mamak panggil roti puri. Kedai ni pasal org melayu yg buat,di panggilnya roti arab. Lokasi......will update later pasal tak hingat dah...area2 bandar je. Byk lagi menu lain, tpi aku suka yg ni...

Putu bambu juriah

Putu bambu juriah memang famous kat johor dan kawasan sekitarnya. Lokasi dekat je dgn tol ayer hitam..klau lalu area situ, kmi seluarga mesti singgah tapau punya...walaupun dah sejuk gedik,putu bambunya masih sedap.inti pun tak kedekut.diaorg isi  atas bawah. So,bila gigit 2 kali tu,masih terasa intinya...tak kosong mcm yg lain..klau time2 peak hour tu memang beratur la...tgh2 panas pun ramai yg sanggup beratur termasuk la aku. Nasib baik servis tak lmbt sgt..panas weh beratur...

Wednesday, February 4, 2015

Reward for my self

Hadiah utk diri sendiri...sapa setuju??aku memang setuju sgt2...aku ni bukan la golongan yg kaya pun...bak kat org,miskin bandar...he3....gigih simpan duit sikit2 untuk beli hadiah diri sendiri.penat koje setahun weh....so,beli sesuatu utk hadiahkan kepada diri sendiri...hadiah sbg seorang isteri,seorang pekerja dan seorng ibu..penat tu...bukan la beli setiap thn pun...tahun ni beli hadiah beg.. actually, 2 last year pun beli handbag jugak..yg mampu pun, brand biasa2 jek...