Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, March 28, 2012

gelagat anak2ku di waktu pagi

setiap anak mesti ada ragam masing2, terutamanya bila nak kejut bangun pagi
setiap pagi, aku akan kejutkan irdina pukul 6.30 pagi. aku akan mandikan irdina sebelum hantar ke rumah babysitter yang bergelar umi..satu blok dgn aku jer..
umi boleh je mandikan, tapi aku lagi suka mandikan sendiri. termasuk irfan dulu. tapi, kalau tak sempat hantar macam tu je la..setakat ni tiap2 pagi aku akan mandikan irdina. supaya smpai rmh uni nanti, dia blh makan dan tidur. masa amik, umi mandikan. tapi, biasa la..bila mandikan awal, dah bermacam2 bau la yg terbit kat badan anak aku tu..masa dia kecik dulu, senang nak kejut mandi. sekarang mesti menjerit dan mengamuk bagai, baru dia nak bangun mandi.

budak mengamuk, 'anak mandi bu'.........katanya..
yang si abang plak, bangun pagi mesti dia tengok TV dulu..dia cakap ' abang nak rehat dulu'

yang ni pun, time mandi kalau tak tunjukkan rotan, memang tak bergerak la..

ibu sayang kamu..

gambar terkini anak2ku..


Monday, March 26, 2012

gerai jualan sempena AGM puspanita

23hb baru ni, aku dan business partnerku iaitu kak nurul bekerjasama membuka gerai jualan produk bakery kami..kak nurul yang ajak cuba berniaga. kalau ikutkan aku, tak berani ler..
gerai jualan ni sempena mesyuarat agung puspanita KPDNKK. sewa tapak untuk kami yang ahli ni cuma RM20.00 sahaja..selepas gerai dah comform, kami pun berbincang la apa yang nak dibuat..
tengok gambar2 kat bawah ni apa yang kami dah buat..

gerai no. 11, bunga dan bakul2 kami tak jual ye..

macam2 ada..

semuanya kami buat saiz mini..kira macam menjual sampel ler..

ni la my business partner a.k.a supermom bakery..

antara produk yang dijual..

yang pun kami jual dan semuanya homemade by 2 of us..

mini pavlova, selling fast yang ni..

Alhamdulillah, jualan pada hari tu semuanya habis...
sesapa yang berminat nak oder blh la jenguk2 kat cikyanie bakery dan supermom bakery





Thursday, March 22, 2012

peria goreng tepung

permintaan dari cik asben, nak makan peria goreng tepung macam kat kedai mamak tu..
aku pun google resepi sana sini dan balik rumah terus singgah kedai cari peria..
rasanya, memang sedap dan rangup la..

peris goreng tepung, makan dengan kari ikan dan sambal belacan...sedap weh..hancuss diet aku..
resepi aku memang amik dlm internet, tapi tgk kat banyak blog. bahan2 yang aku gunakan semua sukat pakai agak2 jer..rasa rangup tepung dan pahit2 peria tu mamang sedap ler..

PERIA GORENG TEPUNG
peria
tepung jagung*
serbuk kari*
garam*
serbuk lada putih*
1 biji telur*

CARA-CARANYA:

- buang biji peria, hiris halus dan rendam dalam air garam
- lepas tu, bancuhkan kesemua bahan2 tersebut dalam mangkuk
- kalau nak bancuhan tepung tu pekat, kurangkan la air
- goreng dalam minyak panas. sedap di makan masa lepas goreng sebab kerangupannya tu masih ada

JANGAN LUPA SINGGAH cikyaniebakery k..

Monday, March 19, 2012

kuih lopes 7 keturunan

cuti sekolah hujung mggu baru ni, kami sekuarga pulang ke kampung di jengka, darul makmur...
yg dari tgganu, kota damansara, batang kali dan setapak balik ke kampung
seperti biasa, kalau dah semua ada, request kuih lopes 7 keturunan la..
nak tau kenapa aku panggil kuih lopes 7 keturunan???tgk la gambar kat bawah tu..

pasal cara pembungkusan kuih ni lain dari yang ada..yang sekarang ni semua orang suka masak dalam plastik dan rebus je. pas tu guna pewarna hijau.

kuih mak dan ayah aku buat ni, guna air pandan sepenuhnya dan balut dengan daun pisang..ayah aku pakar buat sarungnya dan pulutnya, mak aku yang buat..bab2 merebus, abang2 la kena buat..
mak mesti buat lebih untuk makan kat rumah dan take away sorang setongkol nanti..

cika asben aku yang dah tak sabar nak makan, sampai mesin kelapa sendiri walaupun jam telah menunjukkan pukul 11.00 malam..nasib baik kat kampung, kalau kat bandar tengah2 malam ko mesin kelapa, memang pintu rumah kena ketuk la jawabnya..

kuah untuk kuih lopes ni mesti pekat2 sikit supaya dia melekat kat kuih2 tu..sedap weh..
aku bawa balik 2 tongkol, untuk rumah dan opis. yang gambar ni plak, untuk makan2 dalam keta masa perjalanan balik..tamak ko ni weh..
jangan lupa singgah LITTLE BAKERY aku ni..

Wednesday, March 14, 2012

ikan siakap tiga rasa

dah bersawang rumah aku yang satu ni sebab kebizian kat kedai bakery ...jenguk2 la ye..
salah satu minat aku yang sekarang dah menjadi bisnes kecik2..
dinner semalam, asyik masak ikan siakap stim jer..dah jemu aku dibuatnya. so, kali ni masak ikan siakap sweet sour plak. hanya menggunakan stok2 bahan yang ada dlm fridge.

resepi, dah pernah wat sebelum ni dalam label ikan..

Tuesday, March 6, 2012

nasi goreng pattaya

semalan pose ganti, dah sampai rumah petang tu teringin plak nak makan nasi goreng pattaya buatan sendiri.
aku pun buat la. nasib baik ada lebihan nasi malam tadi. muka nasi goreng dah sama macam kat kedai, rasa nasi dia lain la..kita wat sendiri, suka hati la nak taruk apa pun. nasi goreng dalam tu, aku buat nasi goreng cina sebab nak bagi anak2 makan sekali. kalau untuk aku jer, memang dah taruk cili api. pas tu, dadar telur 2 biji dan goreng selebar-lebar yang boleh dalam kuali tu. pas tu, masukkan nasi goreng dan lipatkan tepi2 tu sikit. amik pinggan, telangkupkan je nasi tu. dah siap..

pulau langkawi - day 3

last day kat langkawi, check out dan ambil balik deposit RM100.00, pas tu pegi pekan kuah shopping coklat kat kedai haji ismail.

kawasan persekitaran hotel

balik dulu..bye2 langkawi. cik asben ajak repeat lagi sekali coz tak puas jalan. tempat yang patut dilawati kami tak pegi. so, sekarang tengah survey tiket flight murah2. cuma rasanya dah tak dapat harga murah macam ni dan naik MAS lagi tu..

Monday, March 5, 2012

pulau langkawi - day 2

hari kedua kami kat langkawi..
bangun pagi, breakfast kat area pantai chenang dan merayau-rayau dengan berpandukan peta..
kononnya nak melawat tempat2 yg best kat langkawi..
dengan pembaca peta yg pro macam aku..
berpusing-pusing dibuatnya..duk jumpa tempat yang sama jer..
sampai kat area kabel car, tapi tak ready nak naik..aku gayat ler..
pusing punya pusing, jumpa taman buaya. masuk jer la..
tiket dewasa RM15.00 seorang dan separuh harga utk kanak2..nasib baik irdina free..
showtime main dengan buaya adalah pukul 11.15 pagi dan 11.45 pagi masa utk bagi buaya2 tu makan..
cik asben cakap, buat apa la kita masuk kat tempat yang kat KL pun boleh tengok..
nak wat macam mana? dah masuk pun..

gambar2 kat taman buaya
pas tu kami pegi cari wildlife birdpark..
tiket dewasa RM12.00 sahaja..
best masuk sini, semua binatang kita blh pegang kecuali ular..berani dengan tak berani jer nak pegangnya...
pas g wildlife birdpark, pergi pekan kuah cai makan kat pasaraya yang ada aircond..
panas betul cuaca kat luar. dah la cermin kereta tu macam akuarium. tak bertinted..

kat wildlife birdpark

main dengan burung2..


pas tu g dataran lang
dah settle bergambar2 kat tempat yang panas terik ni, terus balik hotel. tido jap, pas tu g mandi pantai lagi kat belakang hotel..pas mandi, siap2 untuk cari makan. cari makan kat area pantani chenag jer..

muka2 yang menunggu makanan sampai..oder agak lambat sampai kerana tempat ni memang penuh dengan pelanggan. pelancong mat saleh pun ramai..
irfan dah tak larat nak makan sebab dia mengantuk sesangat..penat dengan aktiviti yang penuh dan tak tido siang. org tengah makan, dia sibuk ajak balik..

makan kat restoran haji ramli, kat pantai chenang..harga berpatutan dan makanan yang kami oder semua sedap malam tu..tom yam dia memang kaw, ayam goreng kunyit portionnya banyak, sotong goreng tepung best dan telur bungkus thai pun sedap.total kami makan termasuk air hanya RM31.40 sahaja..
pas makan jejalan sekejap dan terus balik hotel, tidur..

Thursday, March 1, 2012

Percutian ke Pulau Langkawi - Day 1

Baru sempat nak post  citer pasal ke langkawi hari tu..seperti yang dah dipost sebelum ni, kami sekuarga bercuti ke Langkawi pada 24-26 Februari hari tu..percutian pertama untuk tahun ini dan juga percutian pertmama kami berempat..sebelum ni berdua, pas tu bertiga dan sekarang berempat la..pagi sebelum bertolak, aku kerah semua bangun pukul 5 pagi sebab flight pukul 8.30 pagi. lepas solat subuh, kuar rumah dan parking kereta kat putrajaya sentral. naik KLIA Ekspress terus menuju ke KLIA. tiket dewasa cuma RM5.20 sahaja. lagi jimat dari naik kereta untuk ke KLIA. pengalaman pertama irfan naik spesis keretapi ni.
punya la seronok dia dan duduk tegak tepi tingkap tengok pemandangan luar. sampai airport pkul  7.40 pagi dan terus bergegas check in. kaunter banyak sangat, kelam kabut jugak dibuatnya. dah la pintu boarding kami jauh, sampai nama kena paging supaya masuk flight. masa masuk flight, memang tak nampak la rupa kapal terbang tu..seperti biasa, irfan la yang paling excited. duduk tepi tingkap dan senyum sampai telinga sebab impian dia nak naik kapal terbang akhirnya dah tercapai...irfan siap minta jus oren kat akak pramugari tu 2 kali..perjalanan dekat, kami diberi kacang dan pilihan jus atau minuman panas. irdina plak, time kapal terbang tu nak naik, terus tertidur sampai kat airport langkawi. penerbangan 55 minit ajer..

muka seronok irfan masa dalam flight
sampai airport dalam pukul 9 lebih, cari kereta sewa. cik asben tawar2 dapat la kami sewa kereta wira aeroback dengan bayaran RM160.00 untuk 3 hari. murah sebab bukan cuti sekolah. singgah lunch makan kat restoran 'Atta Shoru', berdekatan dengan bulatan kat airport tu. restoran ni  aku memang syorkan untuk sesapa yang datang sini. makanan sedap dan harga murah. kami makan sekuarga total cuma RM13.00 sahaja.

cik asben punya makanan, tak sempat amik sebab dah lapor..
sedap makan gulai rebung campur sayur2 lain ni..
dah selesai makan, pergi jejalan ronda2 kawasan sebelum nak check in hotel

sementara nak tggu bilik siap, bawa anak2 main kat indoor playground yang ada kat hotel ni..
dah check in, masuk hotel dan tidur sebab kepenatan bangun awal2 pagi..

duduk federal villa tau, bukan holiday villa

ada 1 lagi single bed dalam bilik ni..
ok sangat untuk rate RM50.00 semalam..

yang paling best, hotel tu dekat betul dengan pantai tengah dan pantai chenang
kuar bilik siap pakai baju nak mandi dan tak perlu pakai selipar
pas siap mandi, terus balik hotel jer..

irfan kena timbus dengan pasir
dah siap mandi, balik hotel dan rehat2. lepas magrib kuar cari makan..
pusing2 nak cari restoran gulai kalut, tapi tak jumpa..
last2 makan kat restoran patani area padang mat sirat..
service lambat dan makanan kureng..
pasal dah lapar, habis jugak la makan..
sup dia rasa manis ler...tak pergi dah pas ni..
balik hotel, terus tidur kepenatan...
nanti sambung trip day-2 plak ye..