Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, April 30, 2013

Last day di Penang

Sambungan citer yang tak habis2 lagi ni. So, aku buat overall je la...Jom masuk pulau...

Berkampung di Rainbow Paradise Hotel untuk kursus..


Hotel yang cantik, tepi pantai kat Batu Ferenggi

Sebelum balik, singgah pekena nasi kandaq la..mai jauh2 mesti cari punya..


Aku 1st time makan, oder ikut kengkawan. Kuah campur, pas tu bila makan pening sendiri..


Pas amkan, benda yang wajib beli kat penang ni jeruk la..Padehal aku bukannya makan pun. Kedai jeruk pak ali tutup, so kami pergi kat Bazaar Chowrastar


Sebelum makan, rendam dengan air panas dulu tau. Buang dia punya rasa yang tajam2 dan boleh buat batuk masa makan.





Monday, April 29, 2013

Bukit Bendera, Penang

1st time ke sini mak jemah oii...Smpai penang awal, nak check in hotel pukul 1 ptg , so singgah ke Bukit Bendera.


 harga tiket nak naik train tu murah jer utk warganegara. tapi kena tunjuk mykad. sorang kwn aku ni, blh tertinggal mykad dia. nasib baik ada bawa pass keja dan muka dia tak de mix warga bangladesh. kalau tak, ko tinggal la sesorang kat bwh ye..kami semua nak naik.


Kami dah mula mendaki....paling best kalau duduk hujung la..blh tgk atas bwh.


Akak sorang ni nak bergambar la wat kenang-kenangan


Pemandangan dari atas Bukit Bendera. blh tengok penang


bersama geng2 opis yang best...korang semua memang best. amik gambar kenangan, mana tau nanti ada antara kita yang kena transfer.......



Kami pahatkan nama unit. PPK5, was here..........padehal vandalisme..


Tmpt2 yang menarik untuk dilawati kat atas bukit. Kalau korang larat nak berjalan kaki ke atas la..Nasihat, bawa la air mineral sebotol masa nak ke sana ye..Kalau tidak, telan je la air liur tu smpai kering


Ada temple kat ats tu. Non muslim ramai  yang masuk berdoa kat dalam. Aku amik gambar ajor..


Tangga nak turun dari area temple tu. Pengsan mak oii.

Friday, April 26, 2013

Trip to kedah & penang part 2

Entry sambung menyambung citer lepas. Hari ke 2, aku tido kat Hotel De Palma, Butterworth. RM73.15 per night + breakfast.




Check out, buat kerja dan lunch kat Bandar Perda.




Gambar sebelum makan




Keadaan rupa meja selepas makan. Memang tip top dan sedap betul makanan ni. Datang dalam bentuk set. Ikan bawal goreng + nasi putih + kuah kari + sambal bawang cili kicap, mcm acar kot + smbal belacan + ulam. Masing2 pder 2 ekor ikan bawal setiap sorang dan 2 pinggan nasi putih setiap sorang. Kami semua ada 6 orang. Kedarah tak hengat punya. Aku tak pernah makan, oder ikut member2 je. Yang paling best, sebab ikan tu dihidangkan panas2 dan garing. Sepanajng masa kat sini, aku buang kelaut diet aku. Rugi woo..kalau tak menikmati makanan kat tmpt org ni. Bukan datang selalu weh..Masa bayar, budak cashier tu siap cakap lagi kat member aku. 'Huii..makan puas betul ye bang??nak cover line, member cakap..kami semua dtg dari jauh, putrajaya...total untuk naga2 semua ni makan RM85.++



Late dinner kami, pukul 1 pagi kat Bukit Mertajam. Char kuey teow penang la...Bersebelahan dengan pejabat pos Bukit Mertajam. Char kuey teow + laici kang, terbaik...........


Wednesday, April 24, 2013

Trip to kedah & penang part 1

Dah lama tak update blog, terus masuk entry jejalan. Sebenarnya tak la jejalan sangat, pergi ke sana atas urusan kerja, outstation smbil mkn angin. Kami bergerak dari putrajaya 13 april, tuju ke Kedah dan sekitar waktu dengannya. Buat kerja dulu dan check in kat T-Hotel, Alor Setar. Aku sorang je pompuan dlm trip tu, aku amik single room yang berharga RM69.00 pernite. Not bad la bilik dia. Cuma tak de tingkap dan tak de breakfast. Aku duk sorang2, tak de tingkap pun x pe. Aku ni kalau tido sorang2 dlm bilik hotel, alamatnya terang benderang lampu bilik dan TV on sampai aku check out ler jawabnya.



Pagi tu, kuar cari breakfast. Jumpa la nasi lemak 60sen.


Pas check out, pergi ke Jabi. Amik kawan opis yang tido rmh mak dia. Aku yang anak jati buah kelapa sawit ni teramatla teruja bila melihat kehijauan sawah padi smpai sengal jadinya. Ada ke rumput pun aku sangka padi. Makan boras je hari2, tapi tak kenal rupanya. Layan jap view kampung kawan aku nih..

Jeng3..1st time aku masuk kawasan mcm ni. Laluan nak menuju ke rumah kawan aku ni la. Tapi best, sebab memang tak de bau asap kereta langsung.


Abaikan si debab yang duduk atas menatang tu. Tengok gambar bajak sawah tanah zaman tradisional dulu. 1st time tu naik. lihat, pegang dan tengok. Kau hado???


Aku tak tau yang ni dia tilik apa???


Kenal tak apa ke bondo ni?? Ini la perangkap burung tradisional. Tak jual kat kedai, family kawan aku ni buat sendiri.

Friday, April 12, 2013

Patin masak tempoyak

Patin masak tempoyak, untuk dinner lepas. Ikan ni hasil pemberian geng makan2, kak min. Aku masak dan separuhnya aku bagi pda kak min. Walaupun aku orang pahang, aku tak makan ikan patin ni. Aku cuma makan kuahnya ajer..Cik asben yang orang johor suka makan masakan ni.

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK

ikan patin
kunyit hidup
cili padi
tempoyak
bunga kantan - optional
daun kesum
garam dan perasa

CARANYA

- bersihkan ikan patin
- tumbuk cili padi dan kunyit. aku kisar je..tak de kunyit hidup, yang serbuk pun bole..
- masukkan bahan kisar, tempoyak, daun kesum, bunga kantan dan air ke dalam periuk, kacau sebati.
- aku suka pekat sikit kuahnya, so aku lebihkan tempoyak dan pedas
- dah kacau sebati dan mendidih, masukkan ikan. kacau sopan santun supaya ikan tu tak hancur
- masukkan garam dan perasa. aku masukkan asam keping sebab tempoyak aku ni tempoyak baru dan tak rasa masam sangat.




Tuan tanah akan bercuti dari  berblogging seminggu. Pegi kursus kat..





Friday, April 5, 2013

G.I JOE RETALIATION 3D

Layan citer ni masa cuti sekolah seminggu hari tu. Anak2 kan diexport ke kampung. So, tinggal berdua-duaan, pegi layan movie la. Dah berkurun dan bergurun lamanya tak tengok wayang ni. Aku beli masa 1st day citer tayang kat GSC Alamanda. Tayangan untuk 3D, awal sehari dari tarikh tayangan biasa. Maknanya, hari rabu la..beli online dan memang nak try tengok movie 3D ni. harga mahal sikit la, RM38 untuk 2 orang. Sebelum masuk, diberi cermin mata 3D. pecah kena ganti RM200 woo....citer memang best, cuma hero handsome tu mati awal da...bila aksi terbang sana sini kat gunung bersalji tu, rasa macam betul2 orang tu nak menghala pada kita. Cuma aku rasa pening sikit sebab mak jemah ni tak rabun. Bila pkai cermin mata, berpinar2 jugak rasanya. Buka juga sekejap untuk rehatkan mata. Tapi citer ni kalau tak pakai cermin mata, memang tak boleh tengok. Subtitle akan keluar berdouble2. Sapa nak tengok 3D, dinasihatkan duk la kerusi yang atas2 tu ye. Kalau tak, memang tak best gilos..aku yang seat tengah ni pun rasa macam tak puas nontonnya...

Irdina yang suka bergaya..

Bulan 7 ni, cukup umur adik 3 tahun. suka sangat memilih baju, bermake up dan bergaya bagai. Koleksi beg, kalah mak dibuatnya...

ini gambar sebelum nak g wedding member opis, siap amik wrislet aku dan pakai mcm handbeg. sampaikan penyambut tetamu kat majlis tu berbunyi, hamboi....siap bawa handbag...




suka buka beg ibu dan amik bedak serta lip gloss. lip gloss aku dah 3 kali patah dibuatnya.


bila ajak mandi, dia akan pilih baju sendiri. warna kesukaan pink gelap


aksi bila dah jumpa baju kesukaan. kekadang boleh layan, kekadang tak boleh layan bila baju jalan nak pakai untuk tido..


muka seronok dan boleh duk diam tanpa bergerak selama 1/2 jam bila dimake upkan oleh mak ndaknya.


cinta hati ibu, abang dan adik..

Buah asam katak

Tak sangka, masih wujud lagi pokok buah ni kat rmh pakcik aku di Kuantan. Dulu masa kecik2, memang biasa makan sebab rumah opah banyak tanam pokok ni. Buahnya rasa masamnyer.............








ni rupa close up. amik kat google

Dinner di Mali's Corner

makan2 dgn adik beradik cik asben yang ada kat area KL, sempena cik asben dapat job baru. dinner kat Mali's Corner yang famous dengan char kuey teow dan nasi lemak ayam.


memang terbaik........

Thursday, April 4, 2013

Lunch lagi di Tom Yam Kung

minum laici kang sejuk yang memang best dan banyak harta benda dalamnya


 
kuey teow goreng yang sedap ni..



kuey teow kung fu. restoran di presint 15, putrajaya.  bersebelahan dengan bank muamalat

Wednesday, April 3, 2013

Sambal sardin


SAMBAL SARDIN

sardin - aku guna cap ayam brand
bawang besar
bawang putih
kentang
cili padi
cili kering
limau kasturi
garam
perasa

CARANYA

- hiris kentang dan goreng
- asingkan isi ikan sardin dan sosnya. goreng isi ikan sardin. kena hati2 sebab minyak akan merecik gilos
   masa ni
- tumis bahan kisar iaitu bawang besar, bawang putih dan cili kering
- dah garing, masukkan sos ikan sardin dan perahan limau kastur
- masukkan isi iakn sardin, kentang yang telah digorenga, garam dan perasa. ssiiiaaapppp....

Berita gembira ke????

Tak tau la berita ni gembira atau tidak??? Nak tau kenapa??Cik asben kena lapor diri keja baru sebagai pemandu di KDRM JB 15 april ni........that's why tak tau nak klasifisikan berita gembira atau tak. Kebaikannya, keja gomen la dan tetap.
Keburukannya dan kekurengannya, gaji kecik dan kena duk berjauhan sementara waktu.
Haishhh...tak biasa PJJ ni. dulu PJJ sekejap je, dalam masa setahun. tapi, masa tu baru kawin dan still tak de anak. masa aku kena posting ke Kuching, Sarawak. masa dapat keja gomen dulu2. cik asben plak kat KL. Boleh ke aku melaluinya untuk uruskan anak2 tanpa suami disisi??semoga Allah permudahkan segala urusan kami. Sepanjang cik asben tak de nanti, mak dan abah dari jengka akan stay dgn aku. Mak dan abah akan balik ke kampung semula setiap santu dan ahad. Nasib baik la mak dan abah ada. Sayang mak dan abah...




pic masa nak g interview hari tu..g saja je...tak sangka dapat...to my lovely cik asben..bermulalah episod dugaan dan cabaran hebat dalam rumahtangga kita. pesanan diriku untuk dirimu dan diri sendiri:

- solat jangan tinggal sebab solat merupakan pendinding diri dari melakukan sesuatu yang tak elok
- ingat family tak kira dimana kita berada
- jangan disebabkan keseronokan yang singkat boleh merosakkan kebahagiaan yang ada