Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, December 28, 2012

ayah nak bagi ibu dan anak2 gumuks...

ayah nak bagi ibu dan anak2 gumuks, sebab dia bawa balik dari kerja.......




J Co bb donuts..manis dan berkrim di dalam setiap bb donuts ni..actually, bos ayah yang belanja..TQ..tak habis makan pun, bagi pada anak2 pengasuh.



gambar abang dan adik ni masa kat the mines, ada show watak Barbie kat sana. ada la hiasan baju2 mengikut setiap watak Barbie dalam movie tuh..

Monday, December 24, 2012

24.12.2006

tajuk entry atas tu, adalah tarikh wedding anniversary aku dan cik asben yang ke 6. alhamdulillah, syukur ke hadrat mu Ya Allah di atas segala nikmat dan kurniaanmu sepanjang tempoh perkahwinan kami. semoga nikmat dan rahmat darimu terus berterusan sehingga akhir hayat kami berdua. abg, diriku mungkin bukan yang terbaik untukmu tetapi sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik buatmu..luv u so much...

24 disember 2006


muhammad irfan, 14 november 2007


nur irdina, 09 julai 2010

Wednesday, December 19, 2012

balik kampung lagi..

mggu hari tu, dah balik kampung dan tinggalkan anak2 kat sana. mggu lepas pun balik kampung jugak sebab nak amik anak2 semula la..rindu weh..rasa kosong je rumah masa anak2 tak de. balik kampung musim buah, apa lagi..menuai hasil2 buahan untuk bawa balik ke KL.

manggis, 1st trip


manggis. 2nd trip


kali ni, rambutan merah plak. pas tu, pegi tongkiat dan beli durian. kebun ayah aku, durian tak dok...cik asben dan ayah aku paling suka makan nasi + santan + garam + durian. orang perak la katanya..aku tak suka, rasa tak ngam nasi digandingkan dengan durian. kalau tempoyak tu ok lagi..


*
*
*
*
*

sebelum balik rumah, makan dulu kat Ramai seafood yang always ramai tu..


Monday, December 17, 2012

abang dapat hadiah

abang a.k.a muhammad irfan, memang dah lama merengek minta dibelikan permainan control car. akhirnya, si ayah kalah juga dengan permintaan anak bujangnya tu..ayah balik keja, terus singgah 1 kedai permainan kat PJ dan belikan anak bujangnya control car. siap balut bagai...

muka happy sesangat sebab dapat apa yg dia nakkan...


lamborghini tu..






 anak main control car, ibu dan ayah makan ice cream snickers..

Friday, December 14, 2012

gerai laksa best

semalam pas hbis keja, aku and the gang office singgah makan kat gerai berhadapan dengan kilang sony di bandar baru bangi. gerai tu sempi je dan betul2 tepi jalan. cuma ada jual laksa penang, mee rebus dan cendol. mee rebus dan laksa dia memang sedap dan kaww.....

laksa penang...



aku punya, cendol pulut..

Tuesday, December 11, 2012

udang goreng cili


UDANG GORENG BERCILI
resepi asal : MIL

Bahan2:
udang saiz besar
lada merah
lada hijau
cili padi - ikut pedas
bawang putih
bawang besar
garam, gula dan perasa

Caranya:
- panaskan minyak dan gorengkan udang seketika sehingga kulit kemerah-merahan
- kisar lada merah, lada hijau, cili padi, bawang besar dan bawang putih. sukatan bahan mengikut banyak
   mana udang yang digunakan.
- tumis bahan kisar tersebut sehingga garing menggunakan lebihan minyak goreng udang tadi 
- setelah bahan tumisan benar2 masak dan garing, masukkan gula, garam, perasa dan udang. siap..

food craving..

hari tu pegi rumah abg ipar, wife dia buatkan cucur jagung yang sedap ni..resepi tak de sebab bukan aku yang masak..aku makan ajer..





pas tu, kat food court RASA Alamandaa ada kedai hot plate yang mee sizzlingnya memang best dan terbaik. lunch hour, cmform kena beratur la..nasib baik akak tu teror dan pantas menyediakan mee sizzling ni. aku suka mee kuning berbanding yee mee dan harga RM6.00. rasa memang sedap dan puas hati..

lunch at sweet chat

jumaat lepas lunch di sweet chat, the mines. meraikan farewell jijah yang akan bertukar ke alor setar 17hb ni..sweet chat ni terkenal dengan lempeng durian atau durian crepe. tapi kami tak oder pun sebab aku pun jual durian crepe..he3...

nama dessert ni aku dah tak ingt. tapi rasa sedap macam pengat keledek pun ada..


dessert kat atas tu, datang dari set black pepper chicken spagheti ni termasuk ice lemon tea. kak min punya dan rasanya sedap. rasa lada hitam la..harga RM17.90

yang aku punya spicy beef smoked pasta dan harganya RM15.90. rasa macam makan masak lemak cili api plak. tapi rasanya memang sedap dan pedas gilos..


aku oder air mango passion. memang sedap dan kena la sebab spagheti aku tu podeh...harga RM7.50


yang ni jijah punya, spagheti bolognese dan harganya RM12.90. yang ni rasa kureng sikit sebab sos ciput


durian cendol, RM7.50 dan sedap..atas tu isi fresh durian


rindu datang lagi

rindu datang lagi............sebab........aku tinggalkan anak2 kat kampung. tinggalkan seminggu je dan this week akan ambil semula. opah dan atuk nak main dengan cucu. mak aku cakap, bagi la pinjam anak2 ko sekejap nak buat main..anak2 aku memang rapat dengan atuk dan opahnya. dah kena tinggal 2 hari, masih ok lagi dan tak menangis. tapi, aku ibunya yang duk teringat2. balik keja, sunyi je rasanya..tak dengar suara abang dan adik yang bercakap tak henti2 dan kekadang bergaduh rebutkan sesuatu. terpinga2 jugak aku dan cik asben dibuatnya.










Monday, December 10, 2012

balik kampung..

Hujung  minggu baru ni, kami sekuarga pulang ke kampung aku kat jengka. musim buah kan...rumah mak aku banyak sekali pokok rambutan dan pokok manggis. pokok durian, tak berapa nak menjadi buahnya. asyik kena makan dek tupai jer..sampai je kat kampung, rehat2 jap. anak aku irdina terus amik penyapu spesis pencakar tu...abang sibuk tengok ayah nak bakar daun2 kering.




sambil lepak petang2 kat kerusi batu depan rumah, kami makan2 la buah2 yang dah tersedia ada..buah manggis dan rambutan gading.



sebelum balik putrajaya, kami mengutip sikit buah2 yang ada untuk dibawa balik. yang kami bawa ni baru sikit je tau..tak larat nak amik sebab kat kebun banyak nyamuk...pokok manggis plak, banyak kerengga dan semut gigit2.



hasil tuaian yang telah diedar2kan kepada sedara mara, jiran dan kengkawan







yang ini jambu botol atau pun jambu keling..jangan salah sangka k. bukan nak hina mana2 kaum. tapi dah ini nama buahnya. maaf kalau ada sesapa yang baca terasa hati ye. buah ni antara spesis terancam dan hampir pupus tau. satu lagi spesis yang susah nak cari, jambu susu. buah jambu ni makan dgn kuah rohak atau sambal colek, sedap o....rasa masam2 dan sedikit berair.

Thursday, December 6, 2012

Cameron Highlands 2012 Day 2

nak sambung semula citer trip ke cameron highlands hari tu. ah berkurun baru sempat nak update..bizi weh hujung2 tahun2 ni.hari kedua, kami check in kat brinchang di crown imperial court apartment. betul2 belakang petronas dekat area pasar malam brinchang. boleh jalan kaki je nak ke pasar malam tu. rate dia RM360.00 pernight. pasar malam ni hari biasa, buka jumaat dan sabtu sahaja. kalau cuti sekolah, tiap2 malam ada pasar malam. malas nak taip citer panjang2, layankan gambar2 ni je la...


lagi best duk kat sini dari apartment sebelum ni. ada 3 bilik dan semua bilik katil queen. kami amik bilik yang ada 2 katil queen kat dalam tu.



beli jambu warna warni kat pasar malam


kat cactus valley









si kecik ni, sejuk2 pun dia boleh habiskan aiskrim strawberry. sedap sebab fresh starwberry kisar yang dijadikan aiskrim. RM1.00 utk sebatang.


dah on d way balik putrajaya masa ni. si kecik ni, dia masukkan sebesar2 strawberry kering tu dalam mulut dia.





Monday, December 3, 2012

Cameron Highlands 2012, day 1

percutianyang dah lama basi, tapi baru sempat nak update...biasa la, hujung2 tahun ni banyak sangat family dan office program. pergi masa birthday irfan hari tu. jejalan bersama adik beradik cik asben. pergi musim hujan, tak dapat la nak membuat aktiviti bagai. nak wat mcm mana..cuti sekolah hujung tahun di musim tengkujuh. nasib baik amsa on d way nak naik ke cameron highlands tu cuma hujan renyai2 sekejap.


irdina dan sepupunya kat ladang teh. tempat yang mesti dilawati dan disinggahi sebelum naik ke atas


minum teh apa nama pun tak tau. yang ada letak bunga kat dalam teko tu


sandwich ni memang sedap atau sedap pasal makan kat sini??tapi, memang sedap..


hari pertama, check in kat tanah rata. RM380 pernight. apartment yang berupa 2 tingkat. semua ada kecuali tong gas dan iron.


nama apartment ni, desa anthrium tanah rata

view dari apartment tu ler..

malam tu, dinner kat restoran ferm nyonya. kat belakang maybank di tanah rata. gambar makanan tak ingt nak amik sebab dah lapor. so, amik gambar tisu je la. sedap makanan kat situ. ada pilihan stemboat dan ala carte. masakan nyonya style yang sedap dan fresh. harga reasonable.


 pas dinner, g cari strawberry dan makan strawberry celup coklat. makan kat apartment ni je. aku la yang siap bawa bahan2 dari putrajaya sebelum ke sini. beli kat luar tu mahal. 3 pcs RM2.00 utk saiz yg comel2 je. yang saiz besar tu, 2 pcs RM2.00. buat sendiri, makan smpai tak ingt..