Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, March 24, 2014

Demam korea...

Mungkin aku antara org yg lmbat terjebak dgn cerita korea ni...bru perasan nyah..rupa2nya kat channel KBSW, 393 tu best2 dramanya...itu hri layan lee min ho kat the inheritors...skrg layan kim soo hyun kat my love from the star...siap rakam bagai. Nasib baik kat rmh ada pvr. Cik asben siap merungut lagi. Bila time dia blik kena hri selasa atau rabu, memang melayan la aku dpn tv ngadap citer korea start 8.50pm-10.00 pm...sori la ye syg...tak blh tak tgk, nanti teringat2...heroin2 pun cun..

Saturday, March 15, 2014

Genting strawberry park again

Hari tu blik ke pahang dan on d way blik putrajaya kami sekuarga singgah genting...pegi genting strwberry park dan naik sky way ke genting theme park,mkn KFC,jln2 sikit dan terus turun blik...saja bawa anak2 naik sky way. lagipun kat atas tu outdoor theme park tgh renovation dan menyebabkan indoor sesak dan semak...dah lama tak naik sky way, gayat plak rasanya. nak2 bila dia berhenti tgh2 laluan tu coz angin.berayun2 mak jemah sekuarga atas tu..selawat je la bebanyak. nasib diri kat tangan tuhan je masa tu...berbalik le genting strwberry park plak,kali ni ada taman laveder,cuma pokok bunganya tak tinggi lagi. pas tu eskrim malaysia perisa strwberry tu mahal dah,RM2.50 sebatang...
tepek kat sini sikit2 gmbar kami semua

Buku sekolah abg

Rutin harian setiap mlm, cek beg anak. tgk ada keja sekolah ke tak dan susun buku utk esok. aku terbelek buku aktiviti bahasa melayu yg dibuatnya kat sekolah. Nama ayah dia nak tulis pakcik is,panggilan dri anak2 buah pda ayahya. nama atok dan nenek, dia selalu dgr kmi panggil abah dan mak, itu la yg ditulisnya.nama kucing dinda tu plak, kucing atoknya. si abg ni takutkan kucing sebenarnya. bru skrg tgh beranikan diri utk dekat dgn kucing

Sunday, March 2, 2014

kacang pool lagi??

Last week blik jb sbb FIL operation jantung, buat by pass di HSA. Alhamdulillah, keadaan beliau dah semakin stabil. Ada 1 malam tu, lepas blik dri htr brg ke HSA...kami beras2 sedunia (actually biras) singgah mkn kacang pool dan ABC sedap di medan selera sebelah balai bomba larkin. Kami bermukim di kampung kastam,rmh BIL coz situ yg paling dekat dgn HSA utk kmi semua berulang alik. For info, adik beradik cik asben i ada 11 org kesemuanya. 7 dah kawin dan i ada 7 org biras. Tapi, kmi semua buat gelaran beras mengikut jenis beras yg masing2 masak kat rmh..i ada 4 biras perempuan dan 2 biras lelaki yg sekepala semuanya...bln jun ni,Insyaaallah one more biras lelaki will come to our club coz adik ipar nak kawin. Back to our story, lepak makan kacang pool dan ABC mlm minggu hari tu. Aku bukan lah penggemar tegar kacang pool itew...sbb kuah dia tu rasa mcm berempah sgt..apa2 pun layankan je la gmbar2 ni..

Tuesday, February 18, 2014

Sambungan story abg irfan di tahun 1

Smbung sikit lagi dri entry lepas. Antara yg best kat sekolah anak aku ini ada kemudahan loker dgn bayaran RM5 setahun. Bagi aku loker patut diberi kpd pelajar supaya tak perlu nak bawa buku yg byk tiap2 hari ke sekolah. Loker utk tahun 2 diletakkan dlm kelas,utk tahun lain semuanya diluar kelas. Masa rehat dan masa blik pelajar pun diasingkan mengikut tahap masing2. So,kes2 buli dpt dielakkan. Anak lelaki la katakan, awal persekolahan je songkok dah hilang,botol air hilang dan alat tulis tak payah ckp la. Duit belanja hari2 bgi mesti habis sbb si abg ni masih tak pndai berbelanja. Bawa bekal pun tak dimakannya sbb excited ada duit sendiri. Semuanya nak dibelinya. Makanan kat kantin skrg pun dah mahal..herm...bab kata org tu " klau tak suka makan kat kantin sini,pegi beli kat kantin lain".....kikiki...layankan je la gmbar2 si abg ni masa hari orientasi dan hari 1st day sekolah.

irfan di tahun 1

Kebizian menguruskan anak2 sorang diri kat sini dan ditambah lagi dgn kemalasan nak update blog menyebabkan keberhabukan dan kesawangan di blog ini. Citer dah basi sesangat tpi still nak tepek utk anak2 baca bila diaorg dah besar nanti....Tahun 2014,si hero abg irfan dah di tahun 1.sekolah di putrajaya,sekolah dpn rmh ajer...Rutin hati2 aku bertambah sibuk. Si adik plak dah masuk taska play school. Abg masuk sekolah 7.30am-1.05pm,blik rmh pengasuh. Makan dan mandi,2.30pm akan ke sekolah semula utk KAFA atau sekolah agama smpai la pkul 6.00pm. Kat putrajaya ni,sekolah rendah dan KAFA bertempat di sekolah yg sama. Memudahkan kami parents2 yg bekerja.Sekolah rendah ada sesi pagi shj. Sesi ptg KAFA pula ambil alih. Masa persekolahan yg lama tu membuatkan sia abg ni,pkul 9.00 dah terkebil2 matanya dan 9.30 masuk bilik zzzzz....masa 1st day sekolah,abg tak de masalah apa pun sbb dah biasa sekolah sblm ni. layan gmbar2 1st day si abg ke sekolah..

Sunday, December 15, 2013

Roti manis dan butterscotch sos

Semalam dah tak de keja, i try buat la resepi yg memang dah lama sgt nak buat. Roti manis dan dimakan bersama sos butterscoth. Sedap...tak tipu tau. Rotinya pun lembut walaupun aku uli guna tangan je. Bestnya klau ada bread maker kan...layan picture dulu, baru tepek resepi


BUTTERSCOTH SAUCE:
Sumber:goggle

1/2 cwn gula perang
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn air
1/2 cwn mentega
1 sdu kecil esen vanila

CARANYA:
-masukkan gula perang, gula pasir dan air. 
-masak smpai gula cair dan kacau sebati
-masukkan mentega dan esen vanila
-kacau dan bila agak pekat, tutup api dan siap...
*aku tak suka pekat sgt sbb bila letak dlm fridge dia akan pekat sendiri mcm kaya. sos ni memang mabeles ah...
BUTTERSCO

ROTI MANIS
sumber internet:

500gm tepung protein@tepung gandum
2 sdu besar susu tepung
3/4 cwn gula kastor 
1 sdu besar shortening
1/2 cwn mentega
*1 bji telur
*2 sdu besar susu pekat
*1 paket yis
*300ml air

CARANYA:
- campur tepung, gula kastor dan susu tepung. gaul sebati
- campurkan bahan bertanda* dan jadikan sebanyak 300 mlm
-uli sebati smpai tak melekit
- masukkan shortening dan mentega. Uli smpai tak melekat lagi. Ni kena uli lama2 smpai agak2 kuar mussle kan lengan tu.
- biarkan selama 1 jam 1/2, biar dia naik seganda
- pas tu tumbuk2 kan adunan tu utk kuarkan angin. bayangkan rupa org yg korang memang nak tumbuk2kan sgt..hehehe
- sapu loyang dgn mentega, amik adunan roti tu dan bulat2kan ikut agak2 sendiri je. Jarakkan ruang ye sbb nanti akan naik mengembung. Biarkan lbh kurang 1 jam atau naik seganda. 
- panaskan oven 180cc, sapu atas roti dgn telur. Aku tabur bijan dan cheddar cheese sikit. Bakar selama 20minit.