Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, September 27, 2012

lunch at thai tom yam kung, presint 15

hari ni lunch kat thai tom yum kung presint 15. sapa lapor, nmpak org ramai kat dalam restoran ni dinasihatkan jangan datang ler..aku datang makan time lunch hour, 45 minit menunggu oo....air tinggal 1/2 cawan, makanan baru smpai. dah la makanan kat situ pedas2 belaka, kena oder extra minuman lagi nanti..
makanan yang aku & the gang oder tadi, semua sedap2 belaka. tapi, mak aii..podeh weh..


buku menu dia da...



minum laici kang dulu..


ini daging paprik, antara yang paling pedas dalam menu kami



ini plak, black pepper sizzling beef, yang ke2 pedas..



tom yum ada rasa santan sikit. tapi sedap dan udang dia fresh...




total rega kami makan tadi. harga ok la dan makanan memang sedap. cuma pedas2 ler..untuk aku yang penggemar makanan pedas memang syiok le makan..kesian kat jijah la, dia tu tak kuat pedas sangat. service lembap, tapi tak blh komen byk2 pasal service ni sebab kat kedai ni tak de service charge. boleh repeat lagi pas nih...

Wednesday, September 26, 2012

lunch semalam at pizza hut ajer..

semalam lunch berdua je sebab lagi sorang tu mc, sakit mata..simple lunch kat pizza hut alamanda ajor...

hari ini, chicken soup ler...


aku makan spagheti meatball dan kak min makan hawaiian chicken. sekian...



mulut adik kena ulser

baru2 ni, si adik demam. pas tu, lidah dan mulut adik kena serangan ulser yang banyak. air liur merembes2 keluar. adik tak nak makan, hanya minum susu je. berat badan pun dah turun 1kg lebih. mulut adik agak berbau sebab dia tak makan apa2 dan tak nak gosok gigi. aku dah bawa ke klinik kesihatan, takut kena penyakit kaki tangan dan mulut jer. kat tangan dan badan dia tak de la kuar bintik2 air merah2 tu. tapi, risau juga dibuatnya. lepas cek dan kena amik darah, result ok. adik cuma kena ulser yang teruk. doktor bagi ubat sapu, ubat demam, ubat tambah selera makan. tapi, ubat sapu kerajaan ni, agak slow sikit nak tggu baiknya. atas nasihat kawan opis yang anak dia pun baru baik dari kena ulser, aku beli ubat untuk ulser jenis spray kat farmasi. alhamdulillah, kesan yang cepat. mulut adik dan mula bertambah baik. pagi tadi, aku usaha gosok mulut dan lidah dia guna kain napkin + ubat gigi. teruskan menggosok juga walaupun adik meraung2 nangis. sebab mulut dia dah berbau...masa kena amik darah semalam, adik punya meraung....1 klinik boleh dengar...


muka pas kena amik darah..


sambil nangis, dia cakap..'cian adik..'



ala...kena amik darah sikit jer..



kalau ada sesapa yang kena ulser, terutamanya kanak2, aku syorkan gunakan ubat ni...
harga dia cuma RM22.50, cari farmasi biasa atau klinik. kat guardian tak de jual...ubat ni cepat berkesan dan ulser kat mulut adik cepat kecut. pagi tadi adik dah boleh breakfast roti canai sikit2.

pic: google

Monday, September 24, 2012

aktiviti kami sekuarga semalam

semalam kami sekuarga lepak kat rmh je pagi tu. petang baru keluar. dah lama sgt tak bawa anak2 bersiar-siar kat tempat sendiri, iaitu putrajaya. pas zohor, kami 4 beranak tido dan pas asar kuar jejalan. pergi tapau kuih muih kat area uniten dulu. pas tu pergi dataran putrajaya. cik asben ajak g taman botani. tapi, kat taman botani tu kalau nak jogging ok la. takat jalan2 je, tak ada apa yg seronok blh anak2 tengok.





pas tu, turun bawah jalan2 kat tasik dan bawa anak2 main kat playground kat situ. ibu dan ayah duduk smbil makan kuih. abang dan adik biarkan diaorg main kat situ.


gambar ni, abang yang amik. sebab tu nmpak kepala adik sikit jer..gambar lain tak de..



malam tu, si seksi kecik ni nak mengaji la plak...


cendawan masak lada hitam

cendawan masak lada hitam. resepi dari sepupu aku. kak ana gombak. sedap dan pedas. salah satu kelainan untuk masakan cendawan ni.


CENDAWAN MASAK LADA HITAM

cendawan tiram
bawang merah
bawang putih
cili padi
lada hitam - tumbuk
1 batang serai
sedikit serbuk kunyit
sedikit air
garam dan perasa

CARANYA:

- tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi. tumis dengan minyak smpai wangi
- masukkan serai yang telah diketuk, cendawan, lada hitam dan sedikit air
- masukkan sedikit serbuk kunyit dan perasakan

Thursday, September 20, 2012

cuti malaysia day..

cuti hari malaysia baru ni, kami balik ke jengka. x de apa2 aktiviti pun yang dibuat selain melepak dan makan2...nak tepek gambar anak2 masa kat kmpg jer..








makanan fav family. masak lemak cili padi telur itik bagan datok stail..



sebelum balik putrajaya, singgah beli ikan patin maak tempoyak kat bandar temerloh. kedai yang paling best, paling famous dan paling ramai org datang adalah gerai makan yang bersebelahan dengan kedai singer dan berhadapn dengan sungai pahang. 45 minit sepupu aku beratur semata2 nak beli ikan patin ni. dia borong smpai 6 bungkus dan harganya RM60.00. tapi, aku tak makan ikan patin ni. aku cuma amik kuah dia je. cik asben yang memang gilerkan masakan ni. kalau balik jengka, mesti dia akan tapau punya. tapau je sebab mak, abah dan diri aku sendiri tak makan ikan patin ni. nama je orang pahang aku ni..nanti aku update dan amik gambar restoran ni. untuk rujukan penggemar ikan patin masak tempoyak ni. kat sini, ikan tu biasanya dibelah kepada 2 bahagian saja. tgk saiz ikan kot...tapi, memang agak besar la saiznya.

minah racing & mkn pavlova mlm tadi..

si adik yang sibuk nak naik motor abg sepupunya...


pas tu, malam tadi kami semua makan pavlova lagi...fav sekuarga..


apa2 hal, ayah rasmikan dulu..



abang plak..


adik hanya nak yang ada buah strawiwi je..


seronok tgk anak2 makan. ibu tengok ajer..dah jemu la sebab selalu sgt buat utk oder..

Wednesday, September 19, 2012

ayam penyet AP, alamanda putrajaya

baru2 ni lunch kat ayam penyet AP. baru je dibuka kat alamanda ni. kira nak merasmikan la..tapi, tak boleh lawan 'wong solo' ma...


kitaorg duk seat kat luar, mengadap air pancut kat alamanda tu..



AP ayam penyet


tak de sos extra atas meja


terung penyet

jamuan hari raya bahagian penguatkuasa 2012

jamuan kementerian dah settle, skrg ni jamuan bahagian plak. diadakan pada 07.10.2012 baru ni. bahagian pun biasanya dijemput hadir. org makan sate, ketupat, lemang, laksa dan kuih muih. tapi aku hantam..

nasi putih, ayam goreng rempah, sambal belacan,


mee kari tu bukan aku punya, tu budak yang lapor giler tahap gaban. nasib baik saiz mangkuk tu kecik.


pintu masuk utama


konsep tahun ni, duk je la makan sambil bersila atas tikar tu. tak penat AJK nak mengemas nanti..



aku join pertandingan mengumpat..eh, anyam ketupat la..



korang tengok tu, semangat giler mak jemah potong daun kelapa tu. padehal, aku tak reti anyam ketupat pun. aku tolong mengemas ajor..team kami tak menang pun..tak pe, yang penting enjoy...




lunch semalam woo..

seperti biasa, masak siakap stim dan nak kata kerabu mangga, tak macam kerabu. nak kata sambal mangga pun, x macam sambal mangga. korang tafsirkan la sendiri...



siakap stim. dah berpuluh kali pernah buat sebelum ni..


resepi ni plak aku amik kat hasue. copy sini untuk rujukan sendiri..




Kerabu Mempelam Muda

Bahan2:-(tidak terhad)
  • 3-4 biji mempelam muda(saiz sederhana)-hasue guna mempelam hampir masak(lg best tau)
  • 1-2 tangkai cili merah + cili padi*(ikut tahap kepedasan masing2
  • 2 ulas bawang merah*
  • Segenggam ikan bilis* (dah kupas)
  • 1 sudu makan belacan *
  • Garam dan perasa/gula secukup rasa
Cara2:
  1. Mempelam di cincang dan dihiris halus.
  2. Tumbuk/kisar guna pengisar bahan kering bahan2 bertanda *
  3. Campurkan bahan2 kisar bersama mempelam yang sudah dicincang dan perasakan dengan garam juga perasa/gula secukup rasa.
  4. Gaul sebati. Sedia untuk dihidangkan


Monday, September 10, 2012

menu untuk tetamu datang beraya

citer lama, baru sempat nak update. adik bradik cik asben dtg rumah beraya. aku tak buat lauk pauk raya pun..aku masak lauk pauk biasa sbb lunch hour ma..


kari ayam, dah pernah buat sebelum ni kat sini. makan dengan keropok + ulam timun + sambal belacan



sambal udang petai



ayam goreng kunyit untuk bebudak...

mee suah

aku buat mee suah untuk breakfast sabtu baru ni. sedap makan dengan kicap dan cili potong. aku buat tak pedas supaya anak2 boleh join makan sekali..mee ni pas masak kena terus makan sebab dia akan mengembang dan menyerap kuah sup tu klau dibiarkan aje. tapi, klau aku nak makan lagi, aku akan tambahkan sikit air dan panaskan semula.




MEE SUAH

1 paket mee suah
2 ulas bawang putih - ketuk je
fish ball - belah dua (aku guna sotong ball)
air
sayur-sayuran yang disukai
1 ketul kiub pati ayam
serbuk lada putih

CARANYA
- panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi
- masukkan fish ball dan air. air tu untuk sup, ikut banyak mana kuah yang korang nak
- masukkan kiub pati ayam dan sayur
- masukkan mee suah, serbuk lada putih, garam dan perasa.
- tggu sehingga mee masak. nak pedas boleh masukkan cili padi ke dalamnya

Friday, September 7, 2012

dinner semalam dan budak demam

semalam punya dinner, cik asben masak ikan bakar ala portugis ler sangat...aku siapkan bahan2 dan bab membungkus memang kerja cik asben. dia punya bungkusan, tak de chance udara dalam bungkusan ikan tu nak keluar punya...


sebelum dibakar


ini tandanya, sudah masak. dia akan naik membusung..



ikan pari bakar for him


kembung bakar for me...guna paste macam sebelum ni jer..


hari tu, kami bergilir jaga irdina demam. tinggi suhu badan dia..

Tuesday, September 4, 2012

aktiviti on merdeka day..

31 ogos baru ni, jatuh hari jumaat. so, cuti 3 hari dari bekerja. tapi, kat rmh masih lagi kena buat kerja jugak..pagi2 lagi aku dah bangun. sembahyang subuh dan sibuk masak utk pot luck hari raya sedara mara belah aku kat rmh makcik di batang kali. aku buat baked macaroni dan mihun goreng jer.






pas tu, kami sambung beraya dengan family cik asben yang datang dari JB. dah settle, lepak dan mandi manda kat swimming pool sentosa court.

ayah bawa adik mandi kat swimming pool bebudak jer..yang kat belakang tu, sepupu sepapat irdina&irfan


aksi si abang ..


adik takut sebab ayah bawa dia ke kolam bahagian yang dalam...



waktu amalm, layan movie marvel avenger kat astro best..ntah betul ke tidak tajuk citer tu. ni gambar abang berposing dgn motor baru pakcik dia..



superman woo...