Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, October 4, 2011

mrs pavlova

hari ni aku buat pavlova..
dessert yang paling popular di new zealand & australia..(cik goggle yg bgtau)
dek kerana tergoda dgn si nano nor ni la..
maka, masa lunch tadi aku g cold storage alamanda cari bahan2 ni..
yg ku mampu rembat hanya buah stroberi n kiwi jer..
fresh blueberry n rasberry mahal nok...
kotak kecik je dah cecah RM26.99...
mak usha dari jauh je la..
seperti kata si na @ nano nor ni, memang sedak giler..
*
*
pavlova..
ada sedikit kesilapan teknikal yg aku buat..
tpi, masih tak menjejaskan rasanya..
cuma muka dia lain..
aku terputar whipping cream tu over sangat..
sampai bertukar wrna kuning dan tak gebu..
sepatutnya putar sekejap sampai gebu dan berlemak jer..
tak pe, len kali buat betui2..
*
*
rupa isi perut dia..
*
*
lepas d sejukkan, dah tggl separuh d kerjakan dek aku dgn anak2..
anak2 nak lg, tpi aku simpankan utk cik asben yg x dpt join kami mlm ni coz dia kena OT..
resepi blh korek kat rumah nano nor ni k..
siap ada step by step lagi..
aku minta izin copy paste utk taruk kat sini ye...

PAVLOVA


3 biji putih telur
3-4 titik cuka makan
3-4 titik esen vanila
1/2 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula halus yang telah dikisar


CARANYA:


- pukul putih telr + gula sampai meringue
- campur esen vanila, cuka makan dan tepung jagung, gaulkan sebati
- panaskan oven ke suhu 150c
- alas loyang dgn kertas minyak dan tuangkan adunan meringue ke atas kertas tersebut
- bakar selama 1 jam 10 minit atau sehingga garing


TOPPING:


1 kotak kecik whipping cream @ 250gm
buah-buahan segar - ikut suka la


- pukul whipping cream sehingga pekat dan berlemak
- tggu adunan tadi sejuk dan tuangkan cream tersebut atas adunan
- taburkan dengan buah-buahan segar
- letak dalam peti sejuk, pas tu boleh makan
- sedap weh..




3 comments:

  1. Mabeles!!!!x tahan gk strawberry tu!!

    ReplyDelete
  2. Best pavlova ni.. Belum ada chance lagi nak try buat sendiri..

    ReplyDelete
  3. wow!!! bestnyer nampakkk...sedap jer rasa..terliur pulak....thanks kasik info n resepi sekali..leh nak cuba:)

    follow sini kembali...thanks follow my blog:-) salam kenai..:)

    ReplyDelete