hari ni wat kek lapis cheese persona..
rasa kek ni memang persona mcm namanya..
dah ramai yg buat, aku baru je nak try..
muka kek aku ni huduh cikit berbanding orang lain..
nak tgk design yg cantik kat kak nor, kak husmyna, kak azlita dan ramai lgi la..
cari je kat cik google..
nak tgk design yg cantik kat kak nor, kak husmyna, kak azlita dan ramai lgi la..
cari je kat cik google..
tpi, rasanya memang sedap..
aku buat 1/2 adunan jer..
pasal nak try dulu rasanya mcm mana..
sedap..rugi plak wat cikit jer..
*
*
pandangan atas..
wat2 tak nampak je la yg huduh2 tu..
*
*
kek lapis cheese persona..
walaupun rupamu tak persona seperti namamu..
yg penting rasamu memang mempersona..
ha3...
aku amik resepi ni kat brother ryo
minta izin share kat sini plak k..
KEK LAPIS CHEESE PERSONA
sumber:brother ryo
Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
A:
- 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE) - aku guna cap ping pong
- 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
- 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
- 10 ml susu segar
- 1/2 cawan gula halus
CARANYA:
- Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
- Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
- Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
- Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
- Panaskan susu segar,padamkan api.
- Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
- Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
- Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
- Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
- Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
- Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong
Memang pesona terpesona...cuma tak berani nak mkn byk2...he he...
ReplyDelete