Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, January 10, 2011

daging masak sambal kicap

lauk ni antara favourite hubby dgn fmily dia.aku dapat resepi ni from my MIL.sebagai istri yang agak2 solehah ni mesti la kita wat risikan dgn MIL apa yg dia suka mkn...mesti la masakan mak dia kan...
ni la rupa masakan daging ni.resepi sumbangan my MIL.dgn bantuan biras aku a.k.a uni,aku dah bole di katakan pro la masak lauk ni..ala senang jer..resepi kat bwh ni k..

DAGING MASAK SAMBAL KICAP
1/2 kilo daging batang pinang @ daging lembut
cili kering (ikut tahap kepedasan masing2 k)
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
air asam jawa
kicap manis kipas udang
garam dan bahan perasa

Cara-caranya:-
hiris daging nipis2 dan dipotong sederhana besar.rebus cili kering dan blendar bersama dengan bawang besar,bawang putih dan halia.panaskan minyak,masukkan daging dan biarkan sebentar.selepas itu masukkan bahan2 yang telah diblendar tadi.masak sampai daging tu empuk dan tak liat.boleh tmbah air untuk bagi daging tu lembut.bila sambal dah agak pekat,masukkan air asam jawa.kicap manis,garam dan bahan perasa.masak sebentar sehingga agak pekat..pas tu,dah siap dan bole mkn..ni menu wajib utk hubby aku paling kurang pun skali dlm sebulan..

Tips:-
Bapa mertua aku ckp,klau nak daging tu cepat empuk,masukkan biji kurma masa masak daging tu..dah siap masak,jgn korang lupa plak nak buang biji kurma tu..kang ada yg tercekik plak..selamat mencuba..walla....

No comments:

Post a Comment