Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, January 21, 2011

kek coklat moist versi 2

aku letak nama kek coklat moist versi 2 ni coz resepi kek coklat ni kan pelbagai-bagai..yg n3 sebelum ni lain resepinyer..yg ni plak lain ckit..tpi,rsa lebih kurang sma je rasanya kot????cuma moist atau tak jer...aku buat smalam.hubby tanya,wat sempena thaipusam ker???hem..byk la dia tu...wat utk mkn2 sendiri ma...kasi ini badan tambah naik lgi...WAAA................jgn!!!!!!takut aku bab2 naik bdn ni...tpi....still baking jugak...nak wat mcm mna???dah minat....biar minat memasak..jgn minat benda lain plak kan???

kek yg telah siap di deko dengan menggunakan bhn2 yg ada jer...

posing ckit rupa isi perut kek ni..

yg dah dipotong..bila dibiarkan semalaman baru mkn,terasa kelembutan tekstur kek ni..sedap..thumbs up!!!!!

Resepinya:-
sumber : trisia agoes

1 ketul buttercup
1 1/2 cawan gula halus
6 biji telur (asingkan putih & kuningnya)
1 camca teh esen vanila
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu tes baking powder

Cara2nya:-
A pukul buttercup dan gula halus sehingga nampak putih.
    masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, ketepikan.
B dalam periuk kecil, masukkan gula pasir, air dan serbuk koko.
    masak atas api sederhana dan kacau sehingga sebati.
C dalam bekas lain, pukul 6 biji putih telur sampai meringue/keras (bila angkat mixer, adunan tu tak jatuh).
    dan masukkan esen vanila.
D ayak tepung bersama baking powder.
-masukkan C adunan putih telur tu ke dalam adunan A buttercup yg telah dipukul sebelum ini.
 kacau hingga sebati. masukkan selang seli adunan B serbuk koko yang telah dimasak dan adunan D ke dalam adunan A+C tdi. adunan buttercup dan putih telur tdi tu. kacau sehingga benar2 sebati.
masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan planta dan sedikit tepung.
bakar dengan suhu 200 drja celcius atau b'gantung kpd oven masing2. bakar sehingga masak.
nak tau masak ke tidak, cucuk kek tu dgn lidi bersih. kalau tak melekat, maknanya dah masak la tu..
untuk 1/2 jam pertama masa membakar kek ni, jangan buka pintu oven k..

 

No comments:

Post a Comment