Aku buat puding masa puasa ganti, isnin lepas. Alhamdulillah. dah selesai kubayar hutang pose ganti untuk tahun ni. puding ni memang sedap dan simple je cara nak membuatnya. aku amik resepi tu kat SINI.
muka memang buruk. 1st time buat, tak dapat nak budget kuantiti antara bahagian milo dan putih tu. rasa memang sedap. lebih2 lagi makan time tgh sejuk2 tu..
PUDING MILO OREO @ AGAR2 LAPIS OREO
1 paket agar2 atau 1 paket serbuk jelly
750mlm air (mineral water botol kecik 500ml + 1 cwn air)
1/2 cawan gula
3/4 cawan serbuk milo
1 tin susu cair
1 pkt oreo yg panjang tu (patah2kan)
CARANYA
- masak agar2 dengan air, smpai agar2 tu cair
- masukkan gula dan kacau smpai gula tu benar2 cair
- masukkan susu cair dan kacau smpai dia menggelegak
- tutup api, dan amik 2-3 cawan adunan tersebut. masukkan dlm periuk lain dan masukkan milo dlm periuk
tersebut. kacau smpai sebati
- masukkan 1/2 adunan milo dalam loyang saiz 9 dan tggu smpai dia agak sejuk. lebihan adunan milo yg
dalam periuk tu, sentiasa panaskan dgn api kecik supaya tak keras.
- masukkan kesemua adunan putih tadi dan oreo yang telah dipatahkan
- tggu adunan tersebut agak keras dan masih suam. masukkan lebihan adunan milo tadi. siap..
* jgn tggu agar2 sejuk keras utk masukkan lapisan yg lain, nanti dia tak melekat
* kalau dah keras, amik garpu dan lorek2 kan agar2 tu sblm masukkan lapisan yg seterusnya
cerita tentang aku, keluargaku, kawan2ku dan keadaan sekelilingku..untuk tatapan diri sendiri dan sebagai satu kenangan untukku..
Thursday, October 4, 2012
Wednesday, October 3, 2012
RADIX FC
tadi lunch kat bdr baru bangi. geng makan aku, kak min yang mengidam sangat nak makan ayam organik radix ni..
resoran ayam organik, RADIX FC
macam ayam goreng KFC, tapi aku still pilih KFC la..
cashier dia bersongkok tau. yang datang makan kat sini ramai orang yang alim dan bertudung labuh.
jijah oder mee rebus. rasa mee sedap. tapi banyak sgt udang kering..
geng makan2 aku. harga kat sini dah macam harga kat KFC. rasa, biasa2 jer..rasa ayam organik.......aku amik yang spicy pun, tak de la spicy sangat. masa aku datang, budak tu la cashier, budak tu jugak la waiter dan budak tu la yang kemas meja..sos cili dalam botol pun dah habis dan kat diaorg pun tak de stok. last2 budak lelaki tu bagi sos dalam paket utk take away punya la. dah kira ok la kan dan aku masih cool lagi. tapi, bila sos dalam paket tu tak de tempat nak koyak mcm sos lain, aku terus bangun dan pegi minta gunting kat staff tu. service masa tu memang slow, kecoh dan kelam kabut. macam kurang persediaan plak diaorg ni. tak pe la, yang penting produk makanan dan minuman dalam tu semuanya keluaran HPA dan comform halalnya.
yang ni plak, menu pilihan yang ada..
Monday, October 1, 2012
mee goreng basah
breakfast semalam, aku masak mee goreng basah. tak la basah sangat, lembap2 jer..
MEE GORENG BASAH
1 bungkus mee kuning
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 sudu makan cili kisar (ikut tahap pedas masing2)
fish ball
fish cake
isi ayam
sawi
sedikit tauge
kicap manis
sos cili
sos tomato
garam dan perasa
CARANYA
- tumiskan bahan kisar iaitu cili kering, bawang merah dan bawang putih sehingga terbit minyak
- masukkan isi ayam, fish cake, fish ball dan sedikit air
- masukkan kicap manis, sos cili, sos tomato dan garam
- masukkan mee dan gaul sebati. tmbah air klau nmpak kering
- masukkan sawi, tauge dan perasa. siap....
lunch kami pada hujung minggu
Alhamdulillah, adik dah sihat
entry sebelum ni, adik kena ulser dan gusi berdarah yang teruk. alhamdulillah, adik dah sihat..asyik makan tak berhenti jer..
my little strawberry girl. irdina sekarang peminat no.1 buah strawberry ni..barang2 tu semua, opah dan pakcik2 dia belikan masa diaorh ke cameron highlands baru2 ni..irdina sebut buah 'wiwi'. sayang selalu...
ulser + gusi berdarah
kat ENTRY sebelum ni, aku pernah citer pasal irdina kena ulser kan..pas ulser beransur elok, gusi irdina jadi sensitif dan cepat berdarah. kata orang antara kesan nak sembuh. gusi dina akan berdarah waktu tido malam. biasa sikit jer berdarahnya. tapi, pasal dia hisap puting dengan mulut yang akan sentiasa bertutup tu, pendarahan jadi banyak. nak2 lagi, puting yang agak keras tu kena kawasan mulut dan gusi. 1st day aku tengok mulut dia berdarah masa bangun pagi, terkejut aku dibuatnya. tapi boleh relax lagi coz tak banyak sangat. darah dah kering bila bercampur dengan air liur. hari ke2, masih ada darah, cuma still ok lagi. hari ke3..........jeng3...
terkejut tak kalau bangun pagi tgk mulut anak korang macam baru balik dari keja vampire???tapi, jangan panik. bila kejadian ni terjadi, dina tak rasa sakit. dia mcm darah yang kuar time kita gosok gigi. pas aku cuci dengan air suam, terus aku tak bagi dia hisap puting. sbb aktiviti menghisap tu akan menyebabkan darah akan kuar banyak bila ada gerakan kat gusi. kami memang plan nak bagi dia berhenti hisap puting memandangkan umur dina yang dah 2thn lebih. dah start slow2. tapi, bila ada kes macam ni, aku terus stopkan secara mendadak. 2-3 hari terpaksa pekakkan teling dengar dia menangis dan merengek nak puting. aku dan cik asben buat tak tau je. alhamdulillah, hari ni dah masuk hari ke5 hidup dina berpisah dengan putingnya. cukup seminggu, aku akan buang terus puting tu..mulut dian pun dah bertambah baik dan yang paling penting sekali, dah boleh gosok gigi..kalau tak, bau mulut dia memang asyik...
Thursday, September 27, 2012
lunch at thai tom yam kung, presint 15
hari ni lunch kat thai tom yum kung presint 15. sapa lapor, nmpak org ramai kat dalam restoran ni dinasihatkan jangan datang ler..aku datang makan time lunch hour, 45 minit menunggu oo....air tinggal 1/2 cawan, makanan baru smpai. dah la makanan kat situ pedas2 belaka, kena oder extra minuman lagi nanti..
makanan yang aku & the gang oder tadi, semua sedap2 belaka. tapi, mak aii..podeh weh..
total rega kami makan tadi. harga ok la dan makanan memang sedap. cuma pedas2 ler..untuk aku yang penggemar makanan pedas memang syiok le makan..kesian kat jijah la, dia tu tak kuat pedas sangat. service lembap, tapi tak blh komen byk2 pasal service ni sebab kat kedai ni tak de service charge. boleh repeat lagi pas nih...
makanan yang aku & the gang oder tadi, semua sedap2 belaka. tapi, mak aii..podeh weh..
buku menu dia da...
minum laici kang dulu..
ini daging paprik, antara yang paling pedas dalam menu kami
ini plak, black pepper sizzling beef, yang ke2 pedas..
tom yum ada rasa santan sikit. tapi sedap dan udang dia fresh...
Subscribe to:
Posts (Atom)



















