Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Saturday, February 26, 2011

kek karemel lagi la...

hari ni aku buat kek karamel ni lgi...atas permintaan cik asben den ni ha...kek ni yg paling dia peberet sangat2. tak tau la tang mna yg dia suka. mungkin rasa kek tu yg tak brapa manis kot..tak pun rasa karamel tu..ntah la..bila aku tanya, dia ckp 'abg suka kek ni dri lain2 kek yg ayg pernah buat'..aku ikutkan jor la...dri mula2 aku buat kek ni duk tgk resepi jer...skrg ni dah blh ingt dlm kepala sbb duk asyik membuatnya jer...cuma kali ni wat marblenya lain wrna ckit la dri yg sblm ni..yg penting skali kaler pink tu mesti ada coz i loike...resepi dah tak mau tulis la..korang msuk cni je k...antara gmbr2 kek ni yg aku amik......
*
*
*
sebelum masuk oven ni...
*
*
fresh from oven
*
*

karamel yang melimpah ruah
*
*
1 slice dah kna potong utk cik asben den ni..
*
*

pic yg ni tak sempat msuk peti ais, cik asben dah sruh potong
*
*

rupa isi perut kek ni..kaler pink, plain & brown...dah tamat...
tpi, pas ni musti aku kn wat lgi punya...

Wednesday, February 23, 2011

mee rebus

sesapa yang pernah makan kat foodcourt teja di presint 9, putrajaya ni mesti dah mengakui kelazatan dan keenakan mee rebus ni..kepada penggemar mee rebus seperti abg ipar aku yg telah menghabiskan 2 pinggan mee rebus ni blh datang try makan kat gerai ni. gambar gerai aku tak ingat nak amik coz ramai org hri tu yg datang makan..lain kali aku taruk k...kuahnya yg pekat dan ada pilihan pelbagai mee rebus. tpi, kuahnya tetap sama. beza cuma ada yg taruk ayam, daging, tulang ataupun udang. harga mee rebus ni stakat 23.02.2011 adalah:-
mee rebus biasa = RM4.00
mee rebus daging, ayam dan udang = RM5.00
mee rebus tulang = RM9.00

mee rebus biasa
mee rebus daging




roti jala versi aku

aku ni b'semangat la nak buat roti jala petang semalam. adunan tepung dah disiapkan. dah bbuh kaler pink dan hijau coz kaler kuning tak de dlm koleksi simpanan aku...ada 1 lgi brg nak buat roti jala ni yg aku boleh tak perasan iaitu acuan dia la...nak kuar hujan lebat plak. cik abg aku g putra heights, tlg akak dia pindan barang2 dri opis lama ke opis baru. nak tggu dia blik ntah pkul brapa pun tak tau. aku pun masak je la wat rupa macam lempeng mak2 kita zaman dolu2 tu....dah gaya kuih ketayap pun ada...lantak ko la labu....
aku dah malas nak pikio panjang2...janji rasa sedap walaupun rupa dah tak macam roti jala..tak silap aku rasa roti jala tu semua sama jer..yg buat dia sedap atau tidak, kari yg dimakan bersama dengan kuih tu yg mesti sedap..baru la semuanya sedap di makan. resepi roti jala ni aku amik kat rumah kak liyana ni. tpi, kari daging tu aku wat ikut stail mak aku.

kira roti jala la ni...korang gelak la puas2..
tak per.....


bukan roti jala la..tpi, roti jalan da...

Resepinya:-
sumber : liyana sampol
bahan:
2 mug tepung gandum
2 1/3 mug air
sebiji telur
sedikit garam
sedikit pewarna kuning/serbuk kunyit

cara:
1. blend semua bahan kemudian tapis
2. panaskan non stick pan dan tebar gunakan acuan jala ataupun boleh gunakan jari jemari saje
3. bila masak, bater akan lekang dan tanpa gunakan spatula tuang aje atas pinggan
4. gulung/lipat ikut citarasa
* boleh dapat >20 biji roti jala

 kari ayam:
2 keping isi ayam-potong kecik
1 biji kentang russet- potong kecik
1/2 ulas bawan besar -mayang
sebiji bawang putih- slice
sehiris halia
2 sudu besar serbuk kari ayam
2 cawan air
1 cawan santan pekat
garam + aji secukup rasa

cara:
1. tumis ayam dgn bawang2 dan serbuk kari sampai naik bau
2. masukkan air dan kentang
3. dah boiled, masukkan santan dan kecikkan api
4. masukkan garam + aji secukup rasa. biarkan sehingga empuk

selain makan dgn kari ayam, dgn kurma ayam pon sedap...
bagi roti jala berinti pon sama caranya..bezanya inti tu mcm inti karipap

kari ayam versi mak aku:-
1/2 ekor ayam yg dipotong2
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci hali -  hiris
1 kuntum bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 pkt serbuk kari daging (bancuh dengan air)
1 sudu besar kerisik
santan secukupnya
1 sudu besar air asam jawa
garam dan bahan perasa
1 kiub pati ayam
kentang / carrot (optional)

cara2nya:-
panaskan minyak masak. masukkan bahan2 hiris, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan daun kari. tumis sehingga naik bau. masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. masak dan kacau sehingga pecah minyak dan naik bau. masukkan ayam dan santan. masukkan perahan air asam jawa, kerisik, garam, bahan perasa dan kiub pati ayam. masukkan kentang dan carrot. masak sehingga mendidih.

Sunday, February 20, 2011

terung berlado lagi...

aku masak terung berlado lagi utk lunch for sunday 2day. nak wat cam ner....dah laki suka makan, masak je la..kita para2 istri yg agak2 solehah ni kan mesti la nak masak masakan peberet laki kita kan....kan....kan....cuma kali ni kaler dia merah coz aku guna lada merah. lada hijau dah hbis dlm simpanan stok peti ais aku. guna je la apa yg ada sbb dah maleh nak turun g kedai. sesapa yg duduk rmh atas langit mcm aku ni akan faham perasaan aku kalau dah dduk dlm rmh memang maleh nak turun walaupun bukannya guna tangga, guna lif...resepi dah ada kat sini sebelum ni. so, maleh dah mak nak menulisnya lgi...korang cuma gantikan lada hijau tu dgn lada merah je..kang jdi la dia mcm kat pic bawah ni...

terung goreng berlado

Thursday, February 17, 2011

apam beras

mlm tdi aku buat apam beras. aku buat tak banyak, sesaja nak try skill. resepi aku amik kat rumah kak AM ni. seorang wanita bekerjaya yg aktif menjual pelbagai jenis kuih, tart dan kek di JB. walaupun tak secantik apam kak am ni, rasa dia memang sedap. itu cik asben dan my frenz la yg jadi tukang komen ni bgtau..gemuk montel diaorg yg jdi tukang rasa masakan2 aku ni..he3..aku guna acuan lompang je. dapat dlm 15 ketul je coz aku buat 1/2 dri adunan. bukan apa, takut banyak sgt plak, last2 tak cukup...korang layan je la pic kat bawah nie..

wajah2 sebelum di make up
sedap dimakan dengan kelapa parut ni...resepi aku copy kak am je..

RESEPI APAM BERAS
(cp : Hanamemories.blogspot.com)

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar - x letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(akak ltk 1½ cwn gula pasir)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja

Wednesday, February 16, 2011

sambal tumis terung pipit

sambal tumis terung pipit dgn ikan bilis ni dah lama jgak aku tak mkn. mak aku yg buat msa knduri cousin kat batang kali. sapa2 yg tak kenal terung pipit ni blh la tgk kat pic bwh ni erk. almaklumla, ada jgak org yg tak kenal spesis2 sayur kampung nih....


terung pipit, sumber dari google

sambal tumis terung pipit

Bahan2nya:-
terung pipit
ikan bilis
cili kering direbus
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
garam dan bahan perasa

Cara2nya:-
Kisar cili kering, bawang putih dan merah. panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar tadi sehingga pecah minyak dan benar2 masak. masukkan terung pipit dan ikan bilis, garam dan bahan perasa. masak sebentar. dah siap.

Monday, February 14, 2011

jering goreng ikan bilis

salam..nak citer ckit pasal sejenis spesis ulam-ulaman yg aku tak gemor sebenarnya, yakni ulam jering a.k.a jengkol (ntah betul ke tidak aku eja tu). tpi, bla dah di transformasikan kepada masakan ni, aduhh..sedap giler la plak..rasa pahit dan bau jering tu semasa mentah dah tak ada la...aku makan punya la banyak smpai esoknya aku ulang alik ke toilet sebanyak 4 kali menunaikan hajat besar. 1 tandas b'bau jering da..mak aku ckp, 'perut ko tak tahan..mkn la banyak2 lgi'...nak wat mcm mana??? dah sedap...aku prepared bahan2, nak masak je si kecik menangis. so, mak aku la yg sambung. alasan, dah malas la tu. kita layan pic kat bwh ni dulu....

jering goreng ikan bilis

close up punya gambar..

Resepinya:
10 keping jering tua dihiris nipis
ikan bilis secukupnya
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
cili padi (ikut tahap kepedasan masing2)
1/2 inci belacan
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam, gula dan bahan perasa
minyak untuk menumis

Cara2nya:-
goreng sekejap jering tu. angkat dan ketepikan dulu. kisar cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. tumis sampai pecah minyak. pas tu masukkan serbuk kunyit, ikan bilis, jering, garam, gula dan bahan perasa. gorengkan hingga masak. sedap dimakan dgn nasi putih dan kicap manis cap kipas udang. kicap kegemaran aku tu...