Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Friday, May 18, 2012

Program PUSPANITA ke Pusat Darah Negara, KL. Part 1

Hari ni jaga bilik gerakan utk krisis minyak masak. Kena jaga mula dari pkul 8.00 pagi smpai pukul 6 petang. Duduk la ko kat dlm bilik gerakan tu tggu call dan call cawangan, pemborong dan kilang2 suruh hantar laporan stok minyak diaorg, So, dari duk sorang2 macam kayu sbb partner & penyelia yg bertugas hari tu tak datang, baik aku update blog ni. Nak story mory tentang lawatan ke Pusat Darah Negara. Entry ni akan jadi panjang lebar dan ada dua part. Ye la, tak semua org berpeluang utk masuk sampai ke ceruk dapur dalam tempat ni. Tempat yang sensitif u...Sekadar untuk berkongsi pengalaman semasa program lawatan rombongan cik kiah dari Puspanita KPDNKK. Wakil pegawai dari Pusat Darah Negara, Puan Octavia yang meminta kami semua utk sebarkan perkara ni kepada semua org di luar sana. Sebagai menyambut seruan tersebut, terpost la entry ni..he3..16hb baru ni aku sebagai ahli Puspanita yang berdedikasi dan menurut perintah (sshhh..yuran tahun ni tak bayar lagi) telah mengikuti program lawatan tersebut. Program lawatan & menderma darah ke Pusat Darah Negara, KL.U olls nak tau tak, kami semua hari tu kena pakai pkaian seragam Puspanita, baju pink atau purple bagi yg tak ada pakaian seragam. Ramai la yg pakai baju pink. Pas tu, pakcik guard tu ingat kami ni dari persatuan puteri UMNO da....jom, kita masuk dalam tempat ni. nak bgi panduan untuk sesapa yg berminat untuk menderma dara darah.




Makluman buat u olls kat luar tu..Pusat Darah Negara dibuka pada hari Ahad juga. Sebelum ni, buka dari Isnin sampai Sabtu jer..Sekarang hari Ahad pun dah dibuka bagi menyedut & mengambil darah2 korang..




Sampai dalam, pegi kaunter & ambil borang. Isi borang tu & tggu nombor korang kena panggil k. Macam bini orang kat bawah ni, memang asyik mengisi form. Macam nak isi form interview kerja je..




Bila dah smpai turn, diaorg akan buat pemeriksaan awal. Cek tekanan darah, berat dan BMI. diaorg akan amik darah sikit kat hujung jari tu. Tggu jap dan result akan kuar. Ada 7 orang yg nak menderma darah masa tu, tpi 5 org je yg lepas masa pemeriksaan awal. Lagi 2 org tu, tekanan darah dia rendah. Aku tak blh nak derma darah hari tu sbb baru 3 hari period. Wanita period, hari yg kelima baru blh derma darah. Agaknya hari pertama smpai hari keempat, kita dah derma banyak sgt kot time period tu.





Bila dah lulus pemeriksaan awal, kena tggu utk sesi kaunseling pula k..Ni la bilik kaunseling yg memang PNC sebab dlm ni pegawai tu akan tanya aktiviti kita luar dan dalam. Sampai ke tahap hubungan tut...Sesapa yg amik dadah secara p'kongsian jarum, hubungan seks bebas walaupun pasangan tu kita kenal, ada HIV positif dan penyakit sifilis tak boleh derma darah tau. no..no..no..dalam sesi ni kita kena berlaku jujur bila ditanya apa jua soalan sbb derma darah tu tujuannya adalah utk menolong org & menyelamatkan nyawa. so, fikir2kan la..sesapa yg menipu ttg perkara atas tu, dan bila cek darah dia ada benda2 mcm kat atas tu, pihak Pusat Darah Negara boleh dakwa kita balik di mahkamah. Waran tangkap akan dikeluarkan. Kalau yang tak tau tak pe, yg tau tapi buat2 tak tau..kena la nanti..





Pas sesi kaunseling luar & dlm selesai, masuk la ke tmpt menderma ni. Kat sini tmpt dia amat selesa. Sapa yg dah derma darah tu, digalakkan utk menderma sebanyak 3 bulan sekali. Ni kawasan dan mesin utk mengambil whole blood atau darah merah tu..kat sini la darah korang nanti akan disedut mengikut berat badan masing2. Proses cuma 15-20 minit jer.





Mesin ni pula utk mengambil plasma. plasma tu dalam darah jugak la, tpi dia x amik darah merah tu.Dia amik bahan yg ada dlm darah kita. Proses lama sikit, dalam 40-55 minit. 




Lepas derma semua tu, kita makan la. Makan dia sedap2 tau, hari2 menu bertukar.Free je utk para penderma. Untuk refreshment semula badan tu..






No comments:

Post a Comment