Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, January 21, 2013

Family kecik aku

Gambar ni sesaja ambil masa tgh tggu oder makan sampai........





Suka sangat makan kuey teow kungfu kat restoran ni. Mewah dengan segala isi perutnya..

..



Abang di kelas taekwondo

Gambar ni aku ambil masa kelas keduanya. Bersungguh betul aku tengok abang buat apa yg diajar oleh sir masa dalam kelas. Tapi, ada kekadang tu dia main2 juga masa belajar. Dah nama pun budak...







Citer yang kat bawah ni tak de kena mengena dengan tajuk. Saja nak menyelit. 1st time beli tempe dapat yang rupa macam ni..........


Tempe ni masih tak jadi lagi...Bila buka, berderai kacang2 tu kuar...

Thursday, January 17, 2013

Aksi my little awan nano..

Si adik mempunyai rambut kerinting bawah dan lurus kat atas. Tapi bila time dah berserabut tu, dah tak nampak corak kerintingnya tu..Dah macam awan nano yang cute...







aktiviti abang lepas sekolah

Sejak Irfan mula bersekolah, aku dengan cik asben memang dah plan utk menambah aktiviti luarannya. So, balik sekolah pukul 12 tghari, abang akan dihantar transit kat taska lama dia. Balik sekolah tengok TV dan bersiap mandi. Lepas sembahyang maghrib, aku akan hantar abang pergi mengaji. Tiap2 malam sepanjang waktu persekolahan, macam tu la jadual dia.


Dah siap2 nak pegi mengaji


Hari jumaat, sabtu dan ahad abang kena pegi kelas taekwando. Yuran tahunan RM50 setahun dan bulanan RM40. Uniform RM85 dan masih tak dapat lagi sebab baru bayar. Saja kami masukkan abang ke kelas ni. Tujuannya adalah:

Sekarang dalam perancangan nak masukkan abnag ke kelas renang sebab sebelum ni dah 2 kali abang hampir lemas dalam kolam mandi. Yuran untuk kelas renang 4 sesi adalah RM100 dan 1 sesi makan masa 1 jam setiap hari sabtu. Kami laki bini nak jejalan hujung minggu pun dah agak terbatas. Kena settlekan kelas2 ni semua dulu baru boleh pegi jejalan. Dah bayar weh...rugi tak pegi nanti.

Tuesday, January 15, 2013

Monday, January 14, 2013

bilik tidur abang


Kami dah start deco bilik irfan sebab tahun ni abang dah berumur 6 tahun. Dah kena asingkan tido dengan ibu, ayah dan adik. Sebelum ni abang tido sebilik dgn kami, cuma dia tido kat bawah guna tilam bujang. Skrg abang tido dalam bilik sendiri dan adik tido kat bawah plak dalam bilik ibu, replace tempat tido abang dulu. Sticker dah beli lama, cuma baru nak tampal. Dah macam tak sesuai dgn umur abang. Tak pe la, pakai je apa yang dah ada kan....
















malam tadi, dengan rasminya abang telah tido dalam bilik sendiri. itu pun dia tertido depan TV dan ayah angkat letakkan dia dalam bilik. kesian tengok abang tido sorang2, tapi aku kena hadapinya jugak. banyak kali juga aku jenguk si abang ni dalam bilik sebelum masuk tido. bangun tido pukul 5.30 pagi, tengok abang dah ada terbaring atas katil ibu. ntah bila dia masuk pun tak perasan. kami memang sengaja tido tak kunci pintu dan buka lampu luar sebab dah tahu, kalau si abang terjaga dari tido, dia mesti cari ubu dan ayah kat dalam bilik punya...dah besar anak ibu ni...

aktiviti semalam..sunday..

Semalam, kami semua memang tak keluar mana2. Sebab aktiviti mengemas stor telah bermula. Stor aku kat rmh memang dah terlalu penuh dan serabut. Sebelum susun jumpa barang tu, bila dah nak amik guna, mula la tak jumpa dah. Cik asben beli rak ni kat kepong, harga RM160 je selepas mensycho aso kedai tu. Rak ni jenis buka pasang sendiri.






Aku pun tak tau, barang apa yang banyak sangat dalam stor tu. Itupun dah banyak barang yang di let go. Tong gas tu, tong spare tau..




Ini budak kecik nak mearsa jugak duk atas rak tu. Rak ni memang ngam2 boleh masuk dalam stor.




Barulah tersusun dan senang nak amik barang pas ni. Sebelum ni, kalau ada gajah duk dalam tu pun aku boleh tak perasan.