Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, February 13, 2012

kerepek ngaku

cuti hujung minggu baru ni, aku buat kerepek ngaku..
buah ngaku ni, cc min yang bagi..
dek kerana aku menjelajah 3 supermarket untuk cari buah ni..
masa tak nak beli, bersepah org jual..
masa nak beli, tak de la plak..
buah ngaku banyak dijual masa tahun baru cina jer..
pas tu, susah la sikit nak mencarinya
sedap rasa kerepek ngaku ni..
rasa lemak2nya memang menyelerekan..
aku suka kalau taruk garam sikit kat kerepek tu..
pas tu, goncang2kan balang kerepek tu..
sedap weh...
dah ramai blogger yang buat kerepek ni..
sapa tak kenal buah ngaku ni, tengok la gambar kat bawah..

sumber : cik google la

kerek ngaku yang aku mengaku rasanya memang sedap..
cara nak masak, buang kulit, sagat nipis dan goreng dalam minyak yang banyak..
siap..

Thursday, February 9, 2012

majlis pertunangan faezah

05 Februari hari tu, kami sekuarga pergi ke majlis pertunangan adik kepada kakak iparku, di damansara
hantar cheese tart dan kek karamel sekali ke sana..
majlis berjalan dengan lancar..
aku suka tengok gubahan hantaran pihak perempuan dan bunga pegang dia..
tema merah dan fresh...
gambar hantaran, nanti aku upload k..
penggubahnya merupakan kakak sulung kepada si perempuan tu sendiri..
dia memang kreatif..
sesapa yang berminat nak tempah apa2 jenis gubahan, boleh jenguk blog zura ni..

bunga pegang yang dihasilkannya..
terliur aku tgk buah stroberi nih..

selamat bertunag faeza dan paan..

Wednesday, February 8, 2012

ayam masak kicap best & sempoi

dah lama tak update blog yg satu ni..
sekarang ni bzee dengan  kedai bakery baru..
he3...kedai la sangat...
hasil minat yang agak lebih dalam pembuatan produk bakery..
maka terhasillah blog baru tu...
sudi2 la menjenguknya ye..
tak la pandai sangat membuatnya..
bolehla, sikit2...
hari ni nak upate resepi masakan kegemaran family aku yang terkini..
senang nak membuatnya dan sekuarga boleh makan..
tak payah nak masak asing2 utk mak, ayah dan anak2
mak dan ayah nak masakan pedas..
anak2 tentu tak mau yang pedas..
irdina yang bb tu pun suka makan weh..
kalau nak cepat dan sedap, korang try resepi yang aku dapat dari MIL aku ni..
mungkin orang lain dah lama tau, tapi aku plak baru je dapat..
aku namakan ayam masak kicap best & sempoi...

punya la malas..
amik gambar dalam kuali jer...

RESEPINYA:

1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih)
sos tomato
kicap manis
3-4 biji cili padi (potong separuh tangkainya)
garam, gula dan bahan perasa

CARANYA:

- gaul ayam dengan serbuk kunyit, garam dan gorengkan separuh masak. angkat dan asingkan
- guna lebihan minyak goreng ayam tadi, tumiskan bahan hiris bersama 4 sekawan
- dah agak garing dan berbau wangi, masukkan kicap manis dan sedikit air
- masukkan sos tomato, ayam dan tambahkan air untuk kuah. nak banyak kuah, masukkan lebih air
- untuk sukatan kicap dan sos, korang agak2 la sendiri. biarkan ada rasa masam manisnya
- masukkan garam, gula dan perasa
- pas dah siap, tutup api dan masukkan cili padi yang bertangkai tadi
- kuahnya memang tak akan pedas walaupun dah masukkan cili padi. anak2 memang boleh makan. mak ayah yang nakkan pedas, ambil kuah bersama cili padi tu dan picit2kan la cili tu dalam pinggan nasi sendiri ye..kalau picit dalam kuah tu, pedas ler kesemuanya.

Tuesday, January 31, 2012

Desa Water Park

semalam kami sekuarga bersama2 dgn family adik bradik cik asben g desa water park
plan sebenarnya nak bawa anak2 joging dan breakfast kat taman botani, putrajaya jer..
dah siap2 masak dan nak kuar..
cik asbeh blh tukar plan dan ajak pergi desa water park plak..
org nak belanja, pergi je la..
sebelum pergi, kitaorg calling2 yang sama waktu dengannya utk ajak join sekali pergi mandi kat sana..
dengan satu kuarga tak mandi pagi..
kotaorg terus menuju ke desa water park..
kira, mandi terus kat situ je la..
sampai kat parking, twins cik asben pun sampai..
masa tu pakcik guard bgtau makanan luar tak boleh bawa masuk..
tahun lepas boleh jer..
katanya dah tukar managment baru..
kitaorg pun makan dulu la kat area parking kereta sebelum masuk situ..
selit2kan jugak sikit makanan dalam beg baju..
masa nak amsuk, ada security akan cek beg kita..
dia tak buka la, cuma raba2 dan pegang2 je beg tu..
sapa yg bawa makanan dlm tupperware, kantoi la tak blh bawa masuk..
nasihat aku, kalau nak bawa makanan luar..
isi bungkus2 dalam plastik je..
pas tu sorok2 sikit dalam beg baju..
lepasla...
tiket dewasa sorang RM24.00 dan boleh kuar masuk kalau nak amik barang kat kereta..
kanak2 plak, RM17.00..
kalau ketinggian anak kurang dari 2.5 kaki, masuk adalah percuma..
tempat lagi best dan lagi puas hati dari Sunway Lagoon..
harga tiket pun tak mahal sangat..
kawasan kanak2 mandi, org dewasa pun boleh ikut mandi..
maknanya, air tak dalam la..
kawasan nak mandi banyak pilihan..
so, orang tak crowded dan tak bertumpu kat satu tempat jer..
makanan kat dalam ntah apa2 dan mahal..
antara gambar yang sempat aku amik..

ayah dan anak

tempat mandi kanak2 dan dewasa pun boleh join..
yang atas warna hijau tu terowong air yang terpanjang di asia..
nak main ni, ada time je dia beroperasi..
masa dia buka jer, punya ramai org beratur termasuk aku..
kena cepat beratur sebab nanti dia akan tutup balik..

terowong yang 2 ni pun best..satu terbuka, satu lagi tertutup..
cuma tak panjang sangat mcm yg satu lagi tu..

anak buah aku sibuk main
two sexy little girl

muka irfan yang ketakutan lepas turun gelongsor

pas ni kena pergi lagi...


Tuesday, January 10, 2012

cuti2 malaysia

24-26 feb ni kami sekuarga akan pergi bercuti..
tak jauh pun..
dalam negeri je, kat pulau langkawi
percaya tak????
dah 29 tahun aku hidup, ni la kali pertaman nak menjejakkan kaki ke bumi langkawi..
sedey weh..
kali ni memang nak g bercuti je, bukan bershopping..(boleh caya ker???)
motif utama nak ke langkawi ni ada 3:

- nak bawa irfan naik flight, setiap kali nampak kapal terbang lalu je mesti dia merengek ajak naik
- aku tak pernah sampai ke sini lagi
- pertama kali nak pergi bercuti berempat, sebelum ni bertiga jer..

kami pergi naik MAS..
ada cerita disebalik MAS nih..
sebenarnya aku booking tiket Firefly bulan 6 tahun lepas..
masa promotion hari tu, diaorg nak buat penerbangan Firefly dari KLIA ke Langkawi.
kami berempat tambang cuma RM154.00 pergi dan balik..
murah giler kan..
cer korang kira klau kos naik kereta..mesti lebih dari tu,
pas tu dalam bulan 12, dapat call dari pihak Firefly yg memaklumkan bahawa penerbangan Firefly dari KLIA - Langkawi telah ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan nanti..
so, tarikh yang aku nak pergi tu nanti flightnya tak ada..
pihak Firefly bagi 3 pilihan kat aku:-

(1) duit RM154.00 akan dikembalikan
(2) kalau nak naik Firefly jugak, kena naik dari Subang Airport
(3) klau nak naik dari KLIA, kena naik MAS

kalau korang nak pilih apa???
mesti la amik pilihan ketiga..bukan senang nak naik MAS dengan harga RM154.00 pergi dan pulang..
nak refund duit pun, bukan banyak sgt kan??
aku duk putrajaya, buat apa nak naik dari Subang Airport plak..
baik amik dari KLIA..
naik KLIA Ekspress dari Putrajaya.

tiket flight dah comform

hotel pun dah booking
kami amik Langkawi Holiday Villa jer..
rumah persekutuan kerajaan..
murah dan selesa mcm kat hotel jugak rasanya...
kawan aku la yang ckp sebab dia pernah stay kat sini..
transport dan penginapan dah settle. kena sediakan kos sewa kereta kat sana, makan dan shopping sikit2
pas settle percutian yang ni, nak kena survey tiket murah2 ke Sabah plak..
ini la yang dinamakan percutian berkualiti, budget pun rendah..he3...
kita sambung cerita bab ni bulan februari nanti k..

Monday, January 9, 2012

DARC - denai alam

mestia ramai nak tahu apa bendanya DARC tu..
DARC tu nama pendek..
nama panjangnya Kelab Rekreasi Dan Berkuda Denai Alam, Selangor
kami sekuarga pergi ke sini sabtu lepas
xceli, ikut kakak iparku yg membawa anak2nya belajar menunggang kuda
yuran setahun untuk sekeluarga cuma RM180.00 setahun
banyak aktiviti yang disediakan dan ianya percuma kepada ahli
tambahan bayran sebanyak RM120.00 seorang akan dikenakan sekiranya nak belajar menunggang kuda
klau takat nak naik biasa tu, free je la utk ahli
utk yg tak ahli, RM5.00 dikenakan klau nak tunggang kuda ni

naik mcm ni kena bayar RM5.00 utk bukan ahli
kalau ahli, free ajer..

yang ni belajar menunggang
kena bayar RM120.00 utk 4 sesi
banyak aktiviti yang disediakan kat sini
kemudahan seperti surau pun ada..
nak tgk aktiviti dan kemudahannya g tengok kat website diaorg ni
antara gambar yg aku sempat amik, tgk kat bwh ni k..

pelajar kena bersihkan dan mandikan kuda tu sendiri selepas latihan selesai

ayah dan kembarnya

kami 3 beranak ler..

tempat bebudak main lompat2

kat sebelah tu ada gym

3 budak yang menari lagu justin bieber..
sesapa nak karaoke pun blh..

Tuesday, January 3, 2012

Lunch di The Garden Lifestyle Store & Cafe, Alamanda

hari ni lunch di The Garden, Alamanda Putrajaya
memenuhi keinginan mak buyong dan nak try makan kat sini..
kira 1st time la kitaorg terjah ke sini utk pembuka tirai tahun 2012

the garden

iced lemon tea dan orange juice

chef's mushroom soup

clay pot fried loh see fun

garden black pepper chicken

fried mee siam

makanan dan minuman semuanya best..
sedap..
enviroment restoran ni memang cantik dan penuh dengan bunga2 english

ada piano lagi weh...

posing dulu sebelum makan

bil kami berempat makan..
rasa kesedapan dan keenakan makanan yg kami oder ni memang berbaloi dengan harganya..
memang sedap dan terasa2 weh..