Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, February 14, 2011

bubur kacang hijau

MIL yg buat bubur kacang ni masa kami semua balik b'cuti di JB raya cina hri tu..gmbr ni aku amik time bubur ni masih dalam periuk. antara dessert feberet hubby aku.

bubur kacang hijau

Bahan2nya:-
kacang hijau secukupnya (rendam seketika)
santan kelapa
gula merah @ gula melaka
gula pasir biasa
daun pandan
sedikit garam

Cara2nya:-
rebus kacang hijau sampai lembut. masukkan santan kelapa, daun pandan. kemudian masukkan gula merah dan gula putih. ikut tahap kemanisan yg korang suka la. kemudian masukkan sedikit garam. kacau seketika dan dah siap la pas tu. klau nak buat bubur perasa durian, cuma masukkan isi durian ke dalam bubur tu. pas tu, dah siap dan dah boleh mkn...

Thursday, February 10, 2011

buah melaka

masa blik JB hari tu, ada la tetamu nak dtg rmh MIL. so kmi semua kna buat kuih muih utk dijamukan kpd tetamu2 tu nanti. so, kuih yg paling senang nak buat kuih buah melaka ni la. kebetulan bapa mertua aku t'ingin tetiba nak makan kuih ni..so, buat la terus..chef utama, uni la..yg lain tolong menggentel kuih ni je..



kuih buah melaka
Bahan2nya:-
3 cawan tepung pulut
jus pandan (daun pandan yg dikisar dgn air)
gula melaka secukupnya (potong kecil)
pewarna hijau
kelapa parut (putih sahaja)
sedikit garam halus

Cara2nya:-
bancuh tepung pulut bersama air pandan sikit demi sikit dan sedikit pewarna hijau sehingga adunan boleh digentel. ambil sedikit adunan tepung tdi tu dan gentel bulat2 atas tapak tangan. tekan sikit dan masukkan gula melaka sbg inti ke dlm adunan tepung tdi dan bulat2kan semula. aku suka masukkan lebih gula melaka tu. rebus air dalam periuk dan setelah air mendidih masukkan buah melaka ke dlm air rebusan t'sebut. setelah buah melaka tu timbul di permukaan air, maknanya dah masak ler kuih tu...masukkan kuih tdi tu ke dlm pinggan yang berisi kelapa parut dan garam. gaul2 kan...dah siap.

*kalau nak guna pewarna lain pun blh, tpi bancuh tepung tu dgn air biasa la, bukan air pandan.

Tuesday, February 8, 2011

mee rebus pekan francais, JB

blik JB hari tu teringin nak pekena mee rebus. nak g kat stulang jauh sgt. so,mkn la kat gerai di pekan francais ni atas rekomen org2. tp, tak kaw mcm mee rebus yg mkn kat stulang tu......kuah dia dah gaya mee kari je...tak caya tgk pic kat bwh ni...

tak gaya mee rebus pun kan???rasa dia pun bolehlah.....

ni la kedai tu...mcm lbh kurang area food court. dari 5 star.......aku bg 2 1/2 star..lgi 1, jgn tanya aku BURASAK tu apa coz aku pun tak tau....he3...

kek karamel yg ntah brapa kali aku buat

ni citer time aku msih kat JB lg. shari sblm balik KL aku, uni& MIL buat kek sorang sebijik. MIL nak kek coklat, uni nak kek karamel dan aku plak nak kek coklat. dah boring ngadap kek karamel 4 hari b'turut2. kek2 ni utk ditapau oleh kmi semua. aku dgn uni selepas masak lunch, kmi menggode 3 jenis kek ni plak dgn dibantu oleh MIL. mula2, kmi buat kek coklat utk MIL. ni ha keknya...

kek coklat moist utk MIL

kek coklat moist utk aku bwa blik KL

ni rupa sebelum kek pic bwh tu dibakar

kek karamel utk uni plak. tpi, tak ada pic yg dah dipotong coz uni nak bwa blik KL. duk kat JB gemuk gedempul aku duk mkn kek jer.... 

Monday, February 7, 2011

kek karamel lagi dan lagi

n3 ni kesinambungan yg sebelum ni...disebabkan kurang kepuasan utk semua merasai kenikmatan kek ni, aku pun buat lg 2 biji dgn krjasama ipar duai aku yg lain. kmi buat kat rmh MIL. kira pakej sekali dgn pembelajaran secara tutorial cara2 nak buat kek ni..kami buat dlm loyang bulat dan 4 segi..nengok hasilnya kat pic bwh ni k....

pic kek pertama yg belum dimasukkan ke dlm oven

pic yang dah diterlangkupkan..don't worry, adunan kek yg bwh tu tak manis pun. sbb tu ada karamel kat atasnya.....
tgk la kek yg telah dimarbelkan ni...sedap dan cantik...perasan ko ni...

yg ni adunan kek yg ke-2, tggu Q nak masuk dlm oven..

dah siap2 nak masuk ice box

yg dah siap dipotong..tpi, wrna tak brapa menarik la yg ni..wrna dia agak2 suram. tpi, rasa tetap sama, sedap..dah sejuk kek ni, tak smpai 2 hari pun kek 2 biji ni kna kenduri. klau korang malas nak buat, oder je la dgn aku...he3... 

kek karamel lagi

sempena cuti raya cina (bukan raya melayu), kmi skuarga balik JB rmh fmily asben aku. 2-3 hari sblm nak blik tu dpt message dri akak ipar pasir gudang yg mengidam nak makan kek ni. tak sampai ati plak nak tolak permintaan org lbh2 lgi akak ipar sendiri, aku gode la kek ni sehari sblm nak gerak balik JB. bla kek tu dah siap dan dah masuk ice box, ada plak tetamu2 dtg rmh aku..ada yg b'tanya ttg kek tu, tpi aku ckp 'sori la, tak blh nak potong& mkn coz ada org jauh yg mengodernya'....nak buat lg sebijik dah tak smpat coz mlm kang dah nak blik JB. aku dah malas sebenarnya. tpi, tuk para tetamu, aku buatkan nasi ayam jer...layan pic kek sedap ni dulu erk....

rupa atas kek yg dah siap dibakar..tggu sejuk sekejap baru blh telangkupkan kek ni

kek yg telah ditelangkupkan/diterbalikkan atas bekas yg lain. yg adunan atas tu akan jadi yg bawah plak.karamel yg pd mulanya di bahagian bwh akan jadi yg atas. sbb tu kek ni dipanggil kek karamel. pic sblm dimasukkan dlm ice box. enak dimakan time sejuk2..

rupa kek ni yg telah selamat dipotong dan selamat smpai di JB..nak resepi tgk kat n3 sblm ni k..malas dah nak tulis balik. esok my MIL minta buat lgi 2 biji coz tak cukup....

Wednesday, February 2, 2011

puding triffle

hri jumaat lepas masa metting, 2nd bos aku bawa puding triffle ke opis utk menjamu anak2 buahnya yg memang kaki melantak kat opis ni..wife dia yang buat, bkn aku yg buat tau..aku makan jer...sedap dan lemak b'krim disukai ramai..puding tu diletakkan atas meja time metting b'jln. byk mata2 yg memandang ke arah puding triffle ini coz kna tggu metting habis bru blh ngap.....bos letakkan atas meja aku supaya bg semua mkn. tpi, aku dah sentap awal2 utk merasanya dahulu sblm di jamu kpd semua. bukan apa, mak kna rasa dulu sblm bgi korang semua mkn supaya mak ni dpt berkongsi cerita ttg rasa dan struktur puding ni tau....aku dah minta izin bos utk masukkan dln n3 kali ni...


pic semasa masih di dalam bekasnya lgi ni...

pemandangan dari luar bekas

puding triffle yang dah selamat b'ada dalam piring aku...sedap la..tp, resepi tak de coz bukan aku yg buat puding triffle ni..aku makan jer...ni last n3 dlm mggu ni coz tuan rmh nak balik rmh MIL kat JB. ye la, balik sempena cuti raya kaum cina, bukan cuti raya kaum melayu..kat sna nanti, tak kan aku nak m'update blog plak erk...kang, ada yg t'jegil biji mata memandang aku...kira cuti rehat utk tuan rmh la...