Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, February 17, 2011

apam beras

mlm tdi aku buat apam beras. aku buat tak banyak, sesaja nak try skill. resepi aku amik kat rumah kak AM ni. seorang wanita bekerjaya yg aktif menjual pelbagai jenis kuih, tart dan kek di JB. walaupun tak secantik apam kak am ni, rasa dia memang sedap. itu cik asben dan my frenz la yg jadi tukang komen ni bgtau..gemuk montel diaorg yg jdi tukang rasa masakan2 aku ni..he3..aku guna acuan lompang je. dapat dlm 15 ketul je coz aku buat 1/2 dri adunan. bukan apa, takut banyak sgt plak, last2 tak cukup...korang layan je la pic kat bawah nie..

wajah2 sebelum di make up
sedap dimakan dengan kelapa parut ni...resepi aku copy kak am je..

RESEPI APAM BERAS
(cp : Hanamemories.blogspot.com)

Bahan-bahan
2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar - x letak
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
(akak ltk 1½ cwn gula pasir)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam
Cara-cara
Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
Perap selama 3 jam.
Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja

No comments:

Post a Comment