Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, June 6, 2012

Pusat Sains Negara on 03.06.2012

02.06.12@sabtu, kami sekuarga pegi aquaria. esoknya pegi ke pusat sains negara, nak bawa anak2 dan anak2 sedara tengok pameran dinasour. tmpt ni buka dari 9.00pgi hingga 5.00 ptg. amoi 2 org kat bawah tu pengunjung macam aku jugak..tapi, dah diaorg melepak kat pintu tu, aku amik je la dgn gambar2 dioarg sekali. pameran ni tamat pada 31.07.2012 ni..




pesanan dari penaja klau nak dtg sini jgn  dtg masa hjung mggu cuti sekolah. ramai manusia sejagat wei...nak cari parking pun susah. si kembar 2 orang tu kena turun jln kaki cari & cop parking. masa nak beli tiket pun org beratur start dari luar smpai ke dalam. haish...beratur lagi. semalam pun beratur panjang juga kat aquaria. si kembar la yang kena beratur dulu kat luar yg panas terik tu, dah smpai kat dlm baru abg ipar aku amik alih plak..ha3..tak aci2...utk maklumat ttg harga tiket :

- pusat sains dewasa : RM6.00
                    kanak2 : RM3.00
            6 thn ke bwh : free ajer

- pusat sains + dinasour dewasa : RM15.00
                                     kanak2 : tak ingat ler, rasanya 1/2 hrga dari tiket dewasa
                         6 thn ke bawah : free ajer

* jgn lupa bawa air masak sendiri tau..kat dlm tak de jual. dah smpai luar baru ada 1 cafe kat situ.




jalan nak masuk ke dalam tmpt pameran  tu , ada terowong ikan ala2 mcm kat aquaria. cuma pendek je..



bagus bawa bebudak ke pameran dlm pusat sains ni, bamyak benda yang boleh diaorg explore dan belajar. barang2 dalam tu semuanya boleh pegang2, main2 dan usik2..tpi aku pergi masa hjung mggu cuti sekolah ni, duk tengok orang je la..pas tu tgk anak2 supaya tak hilang.



dah siap jejalan kat pameran sains, baru pegi kat area pameran dinasour plak..ada rangka T-rex..rasanya la T-rex. pas tu, banyak tempat permainan kanak2 mengikut tahap2 umur diaorg. sesapa yg nak berkampung kat situ smbil tgk anak2 main, bawa la makanan ringan2 sikit spt nugget dan sandwich. dlm tu tak ada kedai makan...bebudak ni kan dan mak ayah bebudak cepat lapar..jgn la bawa tikar dan nasi lauk pauk bagai..kang kena halau plak..itu bukannya tmpt picnic..



pas tu masuk kat tempat yg betul2 dinasour dipamerkan. siap bergerak2 dan b'bunyi dinasour tu. nak amsuk pun kena beratur lagi..tapi, masa kami semua on d way nak ke pintu utama tu, ada plak sorang security yg baik hati bagi masuk ikut pintu tgh, pintu utk emergency exit. aganya dia kesian tgk rombongan cik kiah ni ha dgn bebudak yg ramai, terus dia bukakan pintu tu. masukla kami dgn mudah, senang dan selamat.




antara spesis dinasour yang dipamerkan. patung je la..pas tu cer tengok gambar bawah ni. yang hero tengah2 tu anak aku yang paling excited nak tgk dinasour. tapi, sampai je kat dalam boleh menangis plak. nak patah jugak tulang pinggang ayah dia duk mendukung sepanjang jalan dalam pameran tu. si irfan tak nak berjalan sendiri, takut tgk kepala dinasour yang bergerak2 dgn bunyi2 dia semua ada. ingtkan anak aku sorang je yg berperangai mcm tu. rupanya ramai jugak bebudak yang menangis takut..
yang gegurl semua tu anak2 abg iparku..semuanya cun dan comel termasuk mamanya la..



dinasour lagi..




boleh bergambar dan pegang2 tau..tapi, rsa getah je la..si kecik irdina tido sepanajng masuk pameran sampai nak balik. bagus jugak dia tido sbb irdian ni spesis abg dia jugak. nanti takut2 dan nangis2, kecoh dibuatnya.

3 comments:

  1. owh seronoknye!
    nak bawa anak2 ke sane la..dulu pegi time bujang2..hehehe..now, nk bw anak2 merasai dunia sains yg sebenar..tiket mmg xde jual online ye?kena beli kt kaunter jugak la kan..huhu :D

    ReplyDelete
  2. wahh bestnya jenjalan, tingin nak gi aquaria lagik, tp cuti skola ni ramai kan, tapi seronok!!

    ReplyDelete
  3. adik ajak pegi esok..tp nk bwk hero 2 org ni umur 4 & 2 thn...agak2 ok tak hahaha..kang 2-2 lak nangis jenuh dukung uwaa

    ReplyDelete