Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, November 30, 2011

dinner on 29th dec 2011

dah hari2 memasak sampai tak tau nak masak apa kan???
antara dilema ibu2..
bukan alasan nak ajak makan luar tau..
aku masak asam pedas melaka ikan merah dan sayur sampur..
*
*
asam pedas melaka..
resepi aku tulis semula kat sini..
rajin la pulok....

ASAM PEDAS MELAKA
sumber : kak ipar aku

ikan merah - gaul dgn garam dan serbuk kunyit
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia *
cili kering *
1/2 inci belacan * - optional
2 sudu besar serbuk kari ikan
sedikit lada hitam - tumbuk
air asam jawa
daun kesum
daun limau purut
bunga kantan - optional
tauhu kosong - optional
garam dan perasa

CARANYA:

- kisar bahan2 yang bertanda * dan tumiskan sehingga pecah minyak
- masukkan lada hitam, serbuk kari ikan, daun kesum, daun limau purut dan sedikit air
- masukkan ikan dan biarkan sebentar
- masukkan air asam jawa, garam dan perasa
- masukkan tauhu kosong dan biarkan ia sedikit pekat. siap..

*
*
sayur goreng campur..
resepi, belek la entry lepas..
sama jer..

Tuesday, November 29, 2011

Golden Delicious Giveway

mana tau kot2 ada rezeki..
meh le reramai kita cuba..

nak join klik banner atau sini

Friday, November 25, 2011

latihan menembak 2011

keja aku sbg penguatkuasa mewajibkan aku utk mengikuti asas kemahiran menembak
last aku pegang pistol bulan 6 tahun 2007..
dah lama weh..
bila nak pegang balik, aku menggeletar satu badan..
pistol betul tau..
bukan pistol mainan..
latihan menembak diadakan di lapang sasar mantin, n9..
dah selalu nama aku naik utk latihan ni..
tpi x pernah pegi coz diaorg buat hari cuti sabtu dan ahad..
memandangkan kali ni dibuat masa hari keja, iaitu hari ni..
aku pun pegi la..
senang, tak kacau time aku nak amik anak2 nanti..
6 kali jugak la aku menembak..
2 kali dengan 10 butir peluru dan 4 kali dengan 5 butir peluru jer..
tapi, sebutir pun tak kena sasaran..
yang aku tau menembak dan terus menembak supaya peluru cepat habis..
antara gambar2 yang aku dan rakanku sempat amik..
*
*
barisan sedia..
*
*
 yang ni gambar aku la dari belakang..
cuak beb..
ada gaya profesional tak????
*
*
mommies...
yang kiri sekali tu sharp shooter tau..
jgn memain..
*
*
urusetia tengah mengira markah..
aku punya kertas tanda tu licin....
boleh pakai balik semula utk tembakan yg seterusnya..
aku pun tak tau pegi mana peluru2 yg aku tembak tu..
*
*
*
*
pada hari tu group aku menang walaupun kehadiran aku dlm tu hanya hiasan saja..
aku cuma tolong ngabiskan peluru jer..
tembak piring pun tak jatuh..
tak pe la..
yg penting aku mencuba dan dah merasa memegang senjata api
dan menembaknya..

Thursday, November 24, 2011

repeat semula sate kambing

dah lama tak makan sate kambing ni
bukan malay style, tapi jawa garuda style..
he3...
kali ni dibelanja dan ditapau oleh budak opis aku yg dapat APC baru2 ni..
terima kasih bebanyak..
pas tu sambil mkn, kitaorg buat sekali dgn mjlis perpisahan bos..
dia naik pangkat, kena tukar la..
tpi, masih kat putrajaya lagi..
sate kambing ni aku dah pernah tunju kat entry sebelm ni..
watchaa....pedas giler..
sos dia yg sedap..
pedas2 + ada kacang + ada hirisan bawang
gerai ni setakat yg aku tau..
satu2nya ada kat puchong..
belah2 dalam kawasan perumahan dan agak sukar utk menjumpainya..
*
*
sate kambing jawa style..
*
*
sedap........
gerainya kat kawasan puchong perdana

Wednesday, November 23, 2011

simple menu dinner mlm tadi..

antara menu simple yg aku masak mlm tadi..
menu yg dimasak sempena apa yg ada dlm peti ais tuh..
kira nak ngabiskan stok2 yg ada..
coz hujung minggu ni cuti 3 hari..
plan awal nak blik kmpung..
aku masak ikan berlada dan masak lemak sayur campur..
*
*
ikan masak sambal..
cuma kali ni aku guna lada besar tu..
lada merah hidup..

IKAN GORENG SAMBAL

ikan kembung
lada merah
1 biji bawang besar *
1 uals bawang putih *
sedikit belacan *
1/2 biji limau kasturi
garam dan perasa

CARANYA:

- goreng iakn dahulu dan ketepikan
- kisar bahan2 bertanda * dan tumiskan sehingga benar2 masak
- perahkan limau, masukkan garam, gula dan perasa
- pas tu, masukkan ikan dan siap..

gandingan kepada lauk ni, aku buat masak lemak sayur campur..
bukan sayur campur frozen punya tu..
sayur tauge + sawi..
memang nak menghabiskan stok yang ada..
*
*
untuk anak2..
resepi yang ni tak payah tulis la..
sama je macam masak lemak sayur tu..
cuma aku taruk serbuk kunyit sikit bagi nampak kaler kuning..




Tuesday, November 22, 2011

dinner sempena bola sepak final

aku masak simple je mlm ni sbb nak cepat..
nak cepat siapkan masak, nak cepat siapkan anak2, nak cepat prepare baju dan brg2 utk esok keja..
semua nak cepat..
gara2 nak layan bola pukul 8 kat TV..
dinner pun depan TV..
nasib baik Malaysia menang..
suka.....
*
*
daging goreng kunyit
super hot punya..
dlm proses nak menghabiskan stok daging korban..

DAGING GORENG KUNYIT

daging - hiris
1 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia *
cili padi * - ikut tahap pedas yg diingini
serbuk kunyit
garam dan perasa

CARANYA:

- hiris semua bahan yang bertanda * dan tumiskan kecuali bawang besar
- dah layu dan wangi, masukkan daging dan serbuk kunyit
- masukkan air dan masak sehingga daging tu lembut
- daging dah lembut, masukkan bawang besar, garam dan perasa
- tunggu sehingga air tu agak kering dan dah siap..

*antara petua yg blh digunakan untuk melembutkan daging ialah masa rebus daging tu masukkan sudu sekali atau sebiji panadol atau akar daun pandan. aku biasa guna cara 1. rebus sambil masukkan sudu camca dlm periuk rebusan tu..
*
*
bayam goreng utk anak2..
aku guna spesis bayam daun bulat..

BAYAM GORENG

1 ikat sayur bayam
1 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
1 biji lada merah *- buang biji
ikan bilis

CARANYA:

- hiriskan bahan2 yang bertanda * dan tumis
- dah agak garing, masukkan sayur bayam tadi dengan sedikit air
- masukkan garam dan dah siap





Saturday, November 19, 2011

apam beras lagi..

breakfast pagi ni makan apam beras...
dah buat petang semalam..
pagi ni kukus balik utk rasa yg sedap lagi..
irdina suka makan apam ni..
sesuai la dgn dirinya yg mempunyai gigi 3 batang sahaja..
*
*
warna warni apam aku..
*
*
makan dengan kelapa parut k..
dah pernah buat apam beras ni..
resepi klik kat n3 lepas..