Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Wednesday, November 2, 2011

kacang botol goreng belacan

dinner mlm tadi aku masak kacang botol goreng belacan
kacang botol yg aku beli tu banyak yg tua2 plak dari yg mudanya..
yg tua2 ni, x sedap nak wat ulam.. dah koreh..
so, aku goreng je la...
*
*
*



kacang botol goreng belacan..
sesapa yg tak kenal rupa kacang ni...
aku tepek je la erk..
*
*
sumber : cik google

KACANG BOTOL GORENG BELACAN
kacang botol - dihiris
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
sedikit ikan bilis
6 biji cili padi
garam dan perasa

CARANYA:
- tumis bawang merah, bawang putih, ikan bilis, belacan dan cili padi yang telah ditumbuk bersama
- dah agak garing, masukkan kacang botol dan sedikit air
- masukkan perasa dan garam
- jangan goreng lama2 sgt, nanti lembik tak sedap..biar dia rasa kruk krak masa mengunyahnya..

Tuesday, November 1, 2011

GiveAway 2nd Anniversary by MamaRayyan

jom join contest mama rayyan ni..
untuk mama rayyan
 selamat ulangtahun perkahwinan yang ke2,
semoga perhubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat
dan semoga kebahagiaan terus bersama mama sekuarga...
tarikh tutup : 30 nov 2011
nak tag
*
*

Monday, October 31, 2011

family day & majlis perpisahan..

family day merangkap majlis perpisahan unit aku ni diadakan pada 29.10.2011 @ sg. congkak..
semua pegawai dan ex pegawai hadir..
kecuali sorang je pegawai unit yg tak hadir sbb kena kursus..
biasa la, hujung thn ni semua pakat pulun kursus utk penuhkan syarat wajib berkursus la..
cik asben aku tak dapat pegi sbb kena kojer..
pasal apa tak dpt cuti???
pasal mggu seterunya, dia nak amik cuti utk balik raya haji nanti...
sambutan family day ni dibuat sekali dgn majlis perpisahan 2 org bos unit aku..
sorang pindah branch KL dan soranglg  naik pangkat, kena pindah kementerian lain..
korang layan je la gambar2 yg diambil oleh cik bakal puan nawal ni..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
bos aku yg baju hitam dan yang belah kanan tu org yg dirai..
*
*

pegawai unit PPK 5 dan ex unit 

Friday, October 28, 2011

kek gula hangus

smalam cuti deepaveli, aku buat kek gula hangus..
aku amik resepi kat mama noor..
sedap dan senang buat kek ni..
*
*
*
pandangan atas..
*
*
sedap..
mama, minta izin copy kat sini plak k..
kalau mak tgk yg ada gambar step by step, tengok kat mama nor


KEK GULA HANGUS
sumber : mama nor
Guna loyang 7X7.
Untk gula hangus (karamel):-

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 s/b marjerin/Mentega
Cara2:-
Gula digoreng dgn api sederhana.Bila gula dah cair,tutup /perlahankan api dan masukkan air panas sedikit2(perlu berhati2,nanti air gula merecik).
Masukkan mentega,biarkan mentega cair.sejukkan.
Bhn2 lain2:-

4 biji telur
1 cawan susu pekat manis ( boleh kurangkan jika tak suka manis)
1 cawan tepung gandum} ayak bersama.
2 s/t soda bikarbonat} ayak bersama.
1 s/t vanila.

Cara;-

Pukul telur sampai pekat & gebu
Masukkan susu pekat manis.
Masukkan tepung (yg telah diayak dgn soda) dan vanila
Masukkah air gula hangus tadi.Siap.
Perap adunan 3-4 jam
Tuang kedalam loyang yg digris dgn butter dan di tabur sedikit tepung.
(TANPA di kacau atau digodek adunan tersebut)
Bakar selama 1 jam 30 minit.
Guna api bawah sahaja 1 jam & last 30 minit api atas & bawah. (160 C-170C)

Thursday, October 27, 2011

puspanita 'Arabian Hi Tea'

nak story pasal majlis ni..
aku ni ahli puspanita...
diaorg buat majlis ni dgn harga tiket RM15.00..
x de plan pun nak g..
tpi, ada plak bos nak sponsor, dan memandangkan majlis ni berlangsung start pukul 4 ptg - 6 ptg..
aku pun pegi la..
tak ganggu masa aku nak amik anak2..
aku pakai jubah jer..
last minit punya plan, pakai je la baju apa yg ada..
yg bestnya, semua jemputan adalah kaum wanita..
dah nama pun persatuan puspanita..
nak buat apa pun masa majlis tu pun x de masalah..
ladies day...no man...
aku tepek beberapa pic yg aku amik k..
jurugambar tak bertauliah..
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Wednesday, October 26, 2011

roti telur inti melt cheese

hepi deepavali...
hari ni cuti....
x de apa aktiviti yg nak d buat lg hari ni..
breakfast pagi ni aku buat roti telur inti melt cheese..
tergoda nak try bila tgk kat rumah cik doctor rai ni..
seorang bakal doctor yg kuat semangatnya..
*
*
*
roti telur inti melt cheese
*
*
 cheese yg melt kat dlm roti tu yg tak tahan nak nengok..
sedap...
minta izin copy kat sini plak k..

ROTI TELUR INTI MELT CHEESE
sumber : cik rai

8 keping roti
4 keping slice cheese
3 biji telur (dipukul dan bubuh sket garam)
sedikit butter (untuk menggoreng)

CARANYA:

- potong bahagian tepi roti
- letakkan sekeping slice cheese atas roti tersebut dan tutup dengan sekeping roti lagi
- potong 4 bahagian
- cairkan sedikit butter dalam frying pan
- celupkan roti tersebut dalam telur yang telur dipukul tadi
- jgn celup lama sangat, kang lembik tak sedap
- dah siap dan sedap di makan time panas2 coz masa tu cheese tgh melt..







Tuesday, October 25, 2011

pucuk paku goreng belacan

berbuka puasa hari ni aku cuma masak pucuk paku goreng belacan dan ikan goreng..
tak larat la nak masak macam2 hari ni..
rasa penat la plak dan mmmmm....
sebenarnya nak masak sayur leek goreng belacan..
resepi dari cousin aku..
duk pusing2 kat pasar tadi x de la plak org jual sayur tu..
last2, gantikan dgn pucuk paku je la..
*
*
*
pucuk paku goreng belacan

RESEPINYA:

1 ikat pucuk paku
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
cili padi
ikan bilis @ udang kering
sedikit udang basah - optional
garam dan bahan perasa

CARANYA:

- tumis bahan2 tumbuk iaitu bawang merah, bawang putih, cili padi, belacan dan udang kering
- selepas itu, masukkan udang
- masukkan sedikit air dan pucuk paku
- perasakan dengan garam dan bahan perasa