Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, August 7, 2012

juadah iftar on 06.08.2012

hari ni, dah masuk 19 ramadhan. cepat betul masa berlalu, rasa sekejap sangat...ku bersyukur Ya Allah, atas segala nikmat yang telah kau berikan kepadaku, keluargaku serta sahabat2ku...semalam buat ikan bakar, teringin plak nak makan. buat sendiri je la..boleh letak sesuka hati apa bahan yang kita nak letak..


ikan pari bakar, ala2 portugis la sangat...aku guna perencah instant ajor.....



sedap jugak, beli kat pasar presint 8. harga RM7.00 je..



yang ni plak, kailan goreng belacan. sebenarnya nak buat kailan ikan masin, ikan masin x de. so, ubah kepada kailan goreng belacan. resepi sama macam kangkung goreng belacan, cuma tukarkan sayur kailan. boleh tengok semula kat sini. pas tu cik asben beli murtabak kat uniten. murtabak ni memang famous walaupun bukan semasa bulan pose. bagusnya kali ni, dia dah siap masak awal2. tak payah nak beratur panjang menunggu org tgh nak masak murtabak. smpai azan magrib pun org boleh beratur lagi. harga pun murah, RM5.00 sekeping. tebal dengan isi dan memang sedap. kalau lewat smpai sini, alamatnya habis ler...


berbuka di the chicken rice shop, alamanda

kelmarin berbuka kat chicken rice shop, alamanda. kami pergi pas sembahyang magrib dan berbuka kurma kat rmh. so, tak perlu tergesa2 nak pergi. smpai sana, banyak meja yang dah kosong. gambar makana memang tak de la sebab dah kebulur weh laki bini ni..yg ada gambar anak2 jer...


budak kuat makan...



yang ni plak, kalau nak makan mesti kena paksa..











2 jenis kuih raya dah siap

2 jenis kuih raya aku dah settle. buatkan juga extra utk mak dan MIL.


dah pernah buat kat sini





frambozen kenari. resepi tgk kat kak zu

 

Monday, August 6, 2012

jahitan manik kat baju adik

jahitan manik kat leher baju adik dah siap. jahit sendiri tau, nak terbuntang mata melihat manik2 yang kecik tu..tak boleh jahit kat lenagn baju dia, kang dia hisap2nya plak manik tu. pas ni, projek jahit manik kat lengan baju aku plak.  



berbuka puasa semalam

berbuka puasa semalam, aku buat ikan kembung masak tempoyak. gantikan dengan ikan patin sbb aku tak amkan ikan patin. tapi, kuah dia aku makan. nama je org pahang, tapi ikan patin memang tak blh masuk tekak. cik asben plak, org johor. tapi, cukup suka makan ikan patin masak tempoyak. terbalik pulak erk...resepi amik kat dapurkakjee.


GULAI TEMPOYAK IKAN KEMBUNG
* aku kurangkan kuantiti bahan
6 ekor ikan kembung
1½ senduk nasi tempoyak
cili api (ikut suka)
3 batang cili hidup (ikut suka)
sedikit kunyit hidup
bendi (optional)
2 asam keping (kalau tempoyak dah masam tak payah bubuh)
daun kunyit/daun kesom
2 batang serai

CARA:

Ikan disiang dan dibersihkan. Tumbuk cili api, cili merah dan kunyit hidup. Masukkan ke dalam periuk dan bubuhlah air ikut suka banyak mana nak kuahnya. Apabila mendidih, masukkan tempoyak dan kacau jangan bagi tempoyak bergentel. Apabila mendidih, masukkan daun kesom dan daun kunyit (dicarik2) serta ikan kembung. Masukkan juga bendi, garam dan kalau kurang masak, masukkan asam keping.





untuk dessert, aku buat puding roti dengan sos kastard vanila. resepi tgk kat sini.



PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD VANILA

sos puding .
  • 1 cawan susu sejat
  • 1 sudu esen vanilla
  • 1 sudu tepung kastard
  • 1½ sudu gula pasir
*campurkan semua bahan dalam periuk dan panaskan menggunakan api paling kecil, tambah air kalau kering.
roti puding
  • 10 keping roti gardenia
  • 4 biji telur *
  • 1 cawan gula pasir *
  • 1 sudu esen vanilla *
  • 500g susu UHT fresh milk *
  • whipping cream (ikut rasa) *
panaskan oven 160° . bahan bahan bertanda * perlu dibancuh terlebih dahulu di mangkuk yang lain, manakala 10keping roti yang di sapu marjerin perlu di potong 4 segi dan disusun di atas loyang yang telah disapu marjerin . selepas susun roti roti tersebut baru lah curahkan bancuhan tadi dan dibiarkan 15minit bagi dia kembang dan sebati dan bersatu . kemudian bakar dalam masa 30minit













 



juadah berbuka puasa hari ke 13

untuk berbuka hari yang ke 13 ni, aku masak soto je. si abang ni nak makan mee. dia ckp asyik makan nasi jer...ao, aku buat soto. ada mee dan nasi impit. complete...

dah pernah buat kat sini sini. guna rempah soto kegemaran aku la....



senang, mudah dan sedap. nak masak utk sup biasa pun blh..

juadah berbuka puasa hari ke 12

minggu lepas yang busy. 2 hari kena mengangkut si kecik masuk opis sekali sbb BS balik kmpg, datuknya meninggal. cuti yg ada nak standby utk raya dan hujung thn. so, kena bawa la si kecik ni sekali bekerja. nasib baik bos aku ni sporting giler..terima kasih bos....gambar ni dah ku peram bagai jeruk dalam pc aku..masak berbuka pose hari tu....


kali ni buat kelainan sikit, aku masak siakap tomyam..gambar tak menunjukkan ikan siakap langsung..ha3...

SIAKAP TOMYAM
1 ekor ikan siakap
2 uals bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 ketul kiub tom yam
2 sudu makan cili kisar
cili padi ketuk - ikut pedas
serai - ketuk je
daun limau purut

CARANYA:
- bersihkan ikan, gaul dgn garam dan kunyit. selepas itu, gaulkan dgn tepung jagung dan goreng. angkat dan ketepikan.
- tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk. masukkan cili kisar, serai dan daun limau purut.
- masukkam sedikit air, cili padi dan kiub tom yam. perasakan dan masak sehingga kuah agak pekat. aku masukkan tepung jagung sikit nak bagi pekat.
- bila nak dekat waktu berbuka, baru tuang kuah atas ikan.





tauhu kukus. resepi aku refer dayang jack

TAUHU KUKUS
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
Bahan-bahan :
  • 1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
  • 1-2 sudu makan sos tiram
  • 1-2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu kecil madu - optional -tak letak
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
  • sedikit minyak bijan atau minyak masak
  • 1 sudu makan kacang tanah kisar - tak letak
  • sedikit daun bawang
  • sedikit air
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
  2. Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan