Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, August 23, 2011

pengikat langsir

aku beli pengikat langsir ni dari kawan 1 opis..
orangnya memang kreatif dan inovatif...
aku panggil kak nurul...
aku beli yg ni..
*
*
*
corak bunga daisy...
harga dia, RM10.00 utk 1 unit...
kalau 2 unit, RM18.00..
aku amik 2 unit, kira 1 set la..
utk langsir sliding door rumah aku...
ada lagi design2 lain, tpi dah x banyak coz ada org dah amik..
tpi, akak ni sentiasa buat pengikat langsir ni...
nak request warna atau patern pun blh.....
*
*
bunga ros oren
*
*
contoh di langsir
*
*
roses putih
*
*
cantikkan.....
kalau berminat blh inbox yanie atau email pd tuannya, kak nurul di izzsuffi@gmail.com..
harga tak termasuk kos penghantaran k

irdina

hari ni aku bgi anak daro testing tudung raya...
ala...bukannya nak pakaikan dia tudung lgi coz baru 1 thn lebeh ma...
just nak bergambar 1 family raya nanti..
itu pun susahnya nak biarkan tudung tu lama atas kepala dia..
di tariknya sana sini..
*
*
pakai tudung
*
*
pakai kopiah plak.....
*
*
dah siap jahitan manik kat leher baju irdina..
pas ni memprojek manik kat baju ibu plak..
harap2 sempat la siap..

Monday, August 22, 2011

menu berbuka puasa hari ke ~ 21

dua tiga hari ni x de n3 baru kan???
ini disebabkan mak gantung kuali...
dapat jemputan berbuka puasa sana sini...
tak masak ler...
hari ni masak simple jer coz aku g belajar jahit manik pagi tu..
kelas habis pukul 3.30 ptg..
nak masak lebeh2 pun dah penat...
aku buat udang masak sos...
*
*
udang masak sos

Resepinya:-
udang secukupnya
cili kering*
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
*kisar
sos tiram
sos tomato
sos cili
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji tomato - belah enam

Caranya:-
- tumis bahan kisar sehingga masak dan wangi
- masukkan sos coli, sos tomato dan soso tiram
- masukkan udang dan perasakan
- setelah udang agak masak , masukkan bawang besar dan tomato
*
*
*
pagi tu aku belajar kelas jahitan amnik kat presint 8..
belajar dengan ejan..
aku belajar jenis 3D dan crumble..
bila dah pukul 2.30 petang tu...
kecik je mata aku dibuat dek manik2 yg halus..
namun ku gagahi jugak demi kerana baju raya ku...
ni lah manik yg aku belajar jahit..
*
*
yang bentuk daun tu jenis 3D
*
*
design crumble
*
*
yang ni 3D..
*
*
ni contoh cikgu punya...
geram aku tgk..
cantik tul..
*
*
ni contoh jahitan manik asas..
ni cikgu yg buat...
aku tertarik, terpikat dan tergugat nak amik kelas manik ni coz nak jahit sendiri kat baju raya..
nak htr tempah, org tak nak amik dah...
pas tu upah dia mahal..
setakat hantar sehelai baju blh la..
yg lain2 tu, tak terlarat la plak nak membayar kos upahnya..
setelah aku belajar menjahit manik ni, baru la ku tau ngape upahnya mahal..
we.........................org yg mata celik blh jadi rabun woo kalau duk menjahit manik ni..
harap2 aku aku dapat mempraktikan la apa yg aku dah belajar ni..
doa ku utk diriku sendiri, supaya dapat merealisasikan jahitan manik tu kat baju aku..
minggu terakhir pose ni akan ku pulun menjahit manik kat opis time lunch hour..
ye lah tu......
kena jahit tang lengan baju dulu..
kalau kat leher baju, tak sempat siap blh tutup dgn pakai tudung..
kalau lengan baju tak siap.
alamatnya..nanti aku pakai sebelah lengan ada manik, sebelah lagi tak de...
wish me good luck k..
ceh....macam nak g berperang plak..
adoyaiiiiiiii........







Thursday, August 18, 2011

menu ramadhan hari ke ~ 17

dah hari yg ke ~ 17..
sekejap je masa berlalu..
sedar tak sedar seminggu je lgi nak raya..
jumaat depan, 26hb aku balik pahang..
wah...tak sabar rasanya..
kuih raya dah siap...
duit raya pun dah siap..
baju anak2 dan cik asben pun dah siap..
tggu masanya tiba dan start enjin keta nak balik kampung jer ni...
hri ni aku masak lauk simple jer coz cik asben tapau KFC..
ala...tukar KFC guna hot tiket dia la..
free ajer..
aku cuma masak sayur goreng dan paru goreng sambal..
pas tu ada kawan bagi bubur lambuk..
*
*
bubur lambuk dari masjid...lupa la plak masjid mana??
tpi kan????sedap betul bubur lambuk ni..
testimoni dari pengasuh anak aku dan cik asben telah emmaklumkan bahawa bubur ni memang sedap..
bila aku makan, memang sedap la.....
kak, nak lagi boleh????
terima kasih...he3...
*
*
*
paru goreng sambal...

Resepinya:-
paru lembu
cili kering
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
gula dan garam

Caranya:-
- rebus dulu paru bersama asam keping
- dah masak, angkat. tunggu sejuk dulu pas tu hiris nipis2 dan gorengkan garing2
- kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih
- tumis sehingga masak dan masukkan air asam jawa, gula, garam dan perasa
- pas tu, masukkan paru yang telah digoreng tadi..dah siap..

Wednesday, August 17, 2011

kad raya pertamaku..

cer korang ingat, bila kali terakhir korang dapat kad raya???
aku plak dah bertahun lamanya tak pernah dapat kad raya semenjak memiliki handphone nih..
zaman skrg kan sms dan mms jer..
lebih2 lagi dgn adanya laman sengsawang ni...
kad raya makin dilupakan....
semalam aku terima kad raya...
mula2 tgk excited mak dibuatya..
sapa la yg bagi aku kad raya ni..
hati berkembang koncop di buatnya...
sampaikan mak nak tayang kad raya yg mak dapat ni kat belog mak aih..
cer tengok ~ cer tengok..
*
*
*
*
yea..yea..gumbiranya rasa hati ini dapat kad raya tahun ni...
tu ayat dan perasaan sblm ku tahu siapa pengirimnya...
he3...
setelah ku buka kad raya ni..
adoyai...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
rupa2nya.............
TOMEI yang bagi..ceh...
*
*
pasal aku beli gelang utk anak aku baru2 nih...
alahai.................
TOMEI pun TOMEI la...
janji ada..
nak selit gambar irfan kat taska masa minggu sains..
*
*
*
tadika nasyrah


menu ramadhan hari yang ke ~ 16

hari ni aku buat masakan yang memang simple giler......
tpi.........
ianya merupakan favourite cik asben aku..
aku masak ikan singgang, ikan goreng dan sambal kacang ikan bilis...
simplekan????
kekadang, menu yang biasa2 ni membuatkan selera kita bertambah2 tau.......
masak mcm ni, bebudak paling suka makan..
*
*
ikan singgang

Resepinya:-
ikan kembung / tongkol
2 ulas bawang merah*
1 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup*
sedikit lengkuas* - optional
*hiriskan semua
daun kunyit
cili padi

Caranya:-
- masukkan semua bahan di atas dalam periuk yang berisi air
- kalau nak bagi budak2 mkn, tak perlu letak cili
- masukkan perasa dan dah siap
*
*
sambal kacang ikan bilis
caran nak buat, goreng dulu kacang dan ikan blis..
pas tu wat sambal kosong..
time nak makan baru gaulkan dgn sambal supaya kerangupan ikan bilis tu masih ada...
*
*
yg ni plak sambal goreng...
tapi bukan aku yg masak..
geng mkn2 aku yang bagi...
sedap la...
pas ni nak kena minta resepi dan try wat sendiri..
mkn time2 sahur sungguh menyelerakan....




Tuesday, August 16, 2011

mee siput muar

aku beli mee siput ni kat pasar presint 8..
aku beli coz ternampak kat FB cousin aku...
nak try jugak..
nampak mukanya mcm sedap jer..
harga cuma RM1.50 je..
ni memang 1st time aku nak cuba..
sampai rumah, aku tunjuk kat cik asben..
kekononnya nak tunjuk la spesis mee yg pelik la bagi aku..
herm....rupa2nya dia ckp 'abg slalu makan dulu', coz masa dia bujang belia, dia pernah stay kat muar...
cik asben la yang menghidangkan mee tu..
cik asben cakap sedap, cuma mee yg aku beli ni dah masuk angin cikit...
so, kerangupannya dah kureng...
cuma aku tak dapat feel lgi makan mee ni..
ini kerana mee tu dah amsuk angin cikit...
pas tu sos dia tak banyak..
*
*
mee siput muar
*
*
cik asben ckp, cara nak makan pegang mee tu dan terus ngapp..
tak perlu patah2kan...


menu ramadhan ke ~ 15

lunch hour smalam g pasar presint 8...
pas tu nmpak yong tau foo..
datang la angin meroyan nak mkn benda tu plak..
so, smalam aku berbuka dgn yong tau foo..
separuh ready made dan separuh home made...
maksudnya............
sos manis, sos pedas dan sup dia tu aku beli yg dah siap..
cuma kena masakkan sikit la dgn cara tambah air dan tepung jagung..
utk sup plak, campurkan je dgn air..
ikut la banyak mana sup yg kita nak..
bahan2 yong tau foo tu, beli dan balik rumah celurkan jer..
aku guna spesis sos ni..
*
*
boleh guna banyak kali..
rasanya pun memang mcm yg jual kat pasar malam tu..
*
*
ni untuk cik asben..
tu yg deko semacam jer...
*
*
yg ni ni aku punya la...
aku ada masak lauk utk makan dgn nasi jugak...
cik asben aku berbuka dgn yong tau foo dulu..
lepas balik terawih, dia makan nasi plak..
aku cuma masak ikan bawal masam manis jer..
*
*
ikan bawal masam manis
resepi aku amik kat shida..
shida pakai ikan siakap, aku plak guna ikan bawal...
mana2 pun boleh..
aku copy paste kat sini jugak la ye...minta izin ye shida..

Resepinya:-
Sumber:-shida
1 ekor ikan siakap - digoreng dan letak dlm pinggan
1 biji bwg besar- hiris
sedikit halia- hiris
2 ulas bwg putih-hiris
1 btg serai- ketuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato
1 biji tomato- cincang
2 helai daun limau purut
2 urat daun bwg
1 biji cili merah / hijau
sedikit gula dan garam
cara:
- tumis bahan2 hiris sampai naik bau
- masukkan semua sos + tomato
- sebatikan dan masukkan air skit
- masukkan semua bahan lain kecuali ikan dan daun bwg
- perasakan dengan gula dan garam
- (seimbangkan rasa manis, masam dan masin)
- akhir sekali masukkan daun bwg dan terus tutup api
- curahkan ke atas ikan yg telah digoreng



Monday, August 15, 2011

menu ramadhan ke ~ 14

hari ni berbuka western style....
tetiba cik asben nak makan spagheti..
last2, aku buat spagheti ringkas jer...
aku pakai jenis fettucini sbb yg biasa tu x de stok kat rmh.....
dah malas la plak nak kuar membelinya..
cik asben dan anak bujang tido..
cuma aku dgn anak dara je yg memasak kat dapur..
anak dara tu hbis periuk dan kabinet dapur aku dijadikan bahan kajiannya..
stok lauk plak dah habis dlm peti ais aku..
tu yg tak makan nasi hri ni..he3..
pas masak, pukul 5.30 ptg terus g memborong kat pasar borong sri kembangan..
masak spagheti pun cuma guna bahan yg ada kat rmh jer..
cendawan butang pun x der weh..
nasib baik bahan utamanya, daging kisar dan spagheti sos tu ada..
maka terhasillah..
*
*
spagheti / fettucini


Resepinya:-
fettucini / spagheti
1 labu bawang besar - dadu
1 ulas bawang putih - ketuk
daging kisar secukupnya
sos spagheti original
3 ketul sosej
cendawan butang - aku tak letak pasal tak der..
lada hitam - tumbuk

Caranya:-
- rebus spagheti dalam air panas yang diisikan dengan minyak masak, pas tu  angkat dan terus basuh dgn air biasa
- tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi
- masukkam daging kisar dan tggu sehingga agak masak
- masukkan pula sos spagheti, sosej yang telah dihiris, lada hitam dan bahan perasa






biskut raya ~ 2

home made kuih raya aku yg ke 2, ialah popia nestum..
wah..raya sakan dengan kuih  tahun ni weh...
resepi aku amik kat rumah kak norma
2 paket kulit popia blh dapat banyak...
*
*
popia nestum
*
*
1 balang dah tinggal separuh cik asben makan smbil tgk TV..
yg lain, aku sorok la..
kang tak sempat tggu raya..

juadah berbuka puasa hari ke ~13

hari ni pun aku masak biasa2 je..
tak ada yg luar biasa pun...
aku buat ikan kembung sambal, masak lemak sayur pucuk manis dgn labu dan goreng mee + mihun ckit..
mee dan mihun tu pasal ada lebih masa buat mee soto hari tu..
drpd simpan je dlm perti ais, baik aku gorengkannya..
*
*
mee + mihun goreng suka hati aku..
wah...............
*
*
ikan kembung goreng sambal .. *
*
masak lemak pucuk manis n labu resepi tgk sini

Saturday, August 13, 2011

biskut raya ~ 1

wah........
akhirnya siap jugak sekut raya aku yg pertama..
raya tahun ni memang dah plan nak wat sekut sendiri...
tpi, aku cari yg senang2 jer..
aku buat sekut kegemaran cik asben aku..
chocolate chips cookies..
tpi, aku campurkan dgn almon nibs ckit..
baru rasa lgi best..
ada kacang2 ckit..
*
*
biskut coklat cip
resei tgk sini k, coz dah pernah buat sebelum ni..
*
*
yg balang tinggi t aku punya la..
yg tecik2 tu, utk mak aku, MIL dan mak angkat aku kat miri



Friday, August 12, 2011

kisah benar dan meruntun jiwa

aku dapat email tentang citer ni dari email opis aku pada 09.08.11..
terpanggil nak share kat cni bila terbaca kat blog mama shifa ni
aku ingatkan cerita  rekaan...
rupanya cerita BENAR SEBENAR BENARNYA...
MasyaAllah, besar betul ujian yang diterima oleh pasangan suami isteri ni..
aku copy paste balik dri email kat cni k..
aku baca cerita ni, menangis seh..
nasib baik ada 1 kotak tisu kat meja aku time tu..
sedihnya...
*
*
arwah adik iqbal fahreen..
nak baca kisah yg ibu arwah tulis boleh baca kat axa87
*
*
permintaan terakhir arwah...
*
*
ada lagi kek berbentuk lori yang dihantar kepada arwah..
*
*
iqbal fahreen masa umur 7 bulan..
bila baca kat blog  marjan ibrahim, lagi sakan aku menangis..
tak boleh nak bayangkan kalau aku berada di tempat Puan Jamilah, ibu iqbal
*
*
arwah pergi pada 04.042.2011
buat ibu-ibu yang sering memukul anak-anak termasuk la aku ni...
jadikan kisah ini sebagai iktibar untuk kita semua.
sekurang-kurangnya kita masih memiliki anak-anak kita walaupun kekadang perangai mereka tu memeningkan dan menyerabutkan kepala otak kita..
aku tak faham, macam mana seorang ibu tergamak melempar anak dia yg berusia 2 tahun ke dinding sehingga patah tangan kerana marahkan si ayah..
semoga, pekara sebegitu tak berlaku ke atas aku dan anak-anakku...
*
*
ibu sayang abang dan adik...








juadah berbuka puasa hari ke~10

start awak pose asyik berbuka dgn NASI je..
so, hri ni aku buat mee soto..
tpi..makan dgn NASI impit jugak..
tu bukan NASI ke puan yanie oiii.....he3...
aku memang lama dah terpikat, tergoda dan tertarik selera perut dgn pes mee soto ni..
bukan aku saja, fmily belah cik asben dan mak aku pun menggunakan pes ni..
senang, mudah dan yg paling penting sedap......
kalau nak buat utk raya memang ok le sesangat..
nak jadikan dia sebagai mee / mihun sup pun blh...
tahun ni raya rmh mak aku, nak buat mee soto ni la..
aku gunakan perencah ni..
cara nak guna, cuma bancuhkan pes ni dgn sedikit air..
pas tu masukkan dlm periuk...
tambahkan ayam dan air..
kuantiti air dan perencah sup ni ikut masing2 la ye..
klau utk mkn sikit, amik je la pes tu dlm 2-3 sudu..
agak2 sendiri la..
*
*
utk hidangan 10-15 orang...
kalau berminat nak try email k..
kita rekomenkan pes ni..
dia bukan pes kering punya, yg basah..
*
*
mee soto tak cukup sifat..
ini kerana, tak ada kacang goreng, suhun goreng dan daun sup..
tak kesah la...
yg penting sekali, rasanya mesti mau sedap k...
nak makan mcm mihun sup pun boleh...
*
*
begedel...
yg ni aku beli yg frozen punya kat K4...
malas nak membuatnya, lgpun nak kejar masa nak berbuka..
tpi, klau aku buat begedel, aku guna acara ni..

Resepinya:-
ubi kentang secukupnya
daging kisar @ isi udang
1 labu bawang besar - potong dadu
daun sup dan daun bawang - hiris
serbuk lada putih
garam
telur
bawang goreng

Caranya:-
- hiris bulat dan gorengkan kentang dahulu, angkat dan tumbukkan / lenyek
- masukkan semua bahan2 yg lain kecuali telur
- dah gaul sebati, bulat2kan dan bgi leper
- panaskan minyak masak, celupkan dalam telur dan goreng sehingga masak
*
*
ayam yg telah direbus bersama pes tu tdi, angkat dan carik2 la...
pas tu, tulang dia tu masukkan dlm sup kuah soto tdi k..












Wednesday, August 10, 2011

juadah berbuka puasa hari ke-9

buka puasa hri ni aku masak 1 jenis lauk jer..
coz, hri ni kmi sekuarag akan b'buka di rmh kak ipar aku kat putra heights..
disebabkan kak ipar aku tu bekerja, so masing2 bawa lauk dri rumah & mkn kat sna..
aku bawa asam pedas ikan pari melaka style, sambal belacan dan ulam2an..
biras aku kat jln klang lama, bawa home made sushi dan sambal kentang yg rangup bersama ikan bilis..
biras aku kat shah alam lewat smpai, coz hubby dia kena OT plak..
so, lauk sup sayur campur yg dimasaknya telah dibuat berbuka kat rumah dia la..
sementara menantikan cik hubby dia pulang..
*
*
asam pedas ikan pari melaka style..
resepi refer n3 lepas k..
coz dah pernah buat sebelum nih...

Tuesday, August 9, 2011

onde-onde a.k.a buah melaka

post ni sambungan dari n3 lepas..
aku buat masa utk berbuka pose semalam, hari ke-8..
saja nak asingkan post kat dlm nih..
aku buat kuih buah melaka trafic light..
trafic light sbb aku buat warna warni ma...
ni kes jenguk rumah shida la..
dah aku teringin dan kepingin nak makan..
bab kata shida, kat kedai mana ada jual buah melaka yg warna warni mcm ni..
*
*
buah melaka a.k.a onde-onde
*
*
kalau dah timbul2 tu, boleh la angkatnya..
ilham warna-warni ni aku dapat dari shida
shida, kita copy resepi dari awak k..
malas la nak taip..
awak punya da sukatan..
kita punya plak main agak2 jer...

Bahan2:-
2 cawan tepung pulut
air secukupnya- lebih kurang 1/2 cawan
1 keping gula melaka- hiris / dadukan kecil2
2 helai daun pandan
pewarna secukupnya
kelapa parut- ambik yg putih je- gaul ngan garam skit

cara:

- masukkan air skit2 dlm tepung- jgn tuang semua
- uli sampai jd doh..
- kiranya di pegang, adunan x melekit di jari dan x pulak seroi...
mcm main plastesin tu..huhuhu
- pastu letak la pewarna2- titik, uli blk bg kaler tu rata
- kalo nk senang, titiskan je pewarna dlm air sblm bancuh- tp utk 1 kaler je leh la guna cara ni..
- pastu didihkan air dlm periuk- penuhkan periuk 3/4
- simpulkan 2 helai daun pandan masuk dlm piuk gak
- bila air mendidih, leh la mula buat
ambil adunan besar guli..bulat2kan dan penyekkan tgh2..isi ngan gula
- kalau potong gula agak besar, besarkan la skit guli tu ye!
- pastu cantumkan dan bulatkan blk
-l empar dlm air
- masa ni kecilkan api
- bila dh dpt dlm 10 biji, baru besarkan blk api
- tunggu sampai semua timbul..
- dh timbul tandanya dh masak
- cedok guna penapis
- masukkan trus dlm kelapa parut...golek2kan

juadah berbuka puasa hari ke-8

setelah 2 hari menyepi coz tuan tanah balik JB, hri ni baru nak bersiaran kembali..
buka pose utk hari ke- 8 nih, aku buat ayam masak paprik, sup sayur & sotong goreng kunyit..
 cik asben wat air soda gumbira..
*
*
ayam masak paprik..
aku ceduk dari rumah kak janna..
aku CNP kat cni plak k..minta izin ye kak...

Ayam Masak Paprik
Sumber :kak janna

Bahan2(untuk 2-3 orang makan):

200g isi ayam yang di hiris2(bahagian dada atau peha)
3 ulas bawng merah,ditumbuk
3 ulas bawang putih,di ketuk
1 batang serai di titik
3-4 helai dau limau purut,di koyak2
4-5 biji cili padi,di ketuk
sedikit minyak untuk menumis

(campurkan semua bahan di bawah di dalam mangkuk kecil)
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan air

Sayur:
kobis bunga,di potong kecil
lobak merah, dihiris2
babycorn, di potong2

Cara2:

-Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi,
- masukkan campuran sos2 tadi,kacau2 sekejap, kemudian masukkan sayur2,ayam,serai,daun limau purut serta cili padi, kacau goreng sehingga masak (kira2 10 minit)
- Sedia untuk di hidang.

*Sedap di makan panas2 dengan nasi putih.Selain ayam boleh juga guna daging dan udang. Anda juga boleh guna sayur2 lain yg anda suka seperti kacang panjang atau kacang buncis, brokoli serta tomato.
*
*
sotong goreng kunyit

Resepinya:-
sotong secukupnya
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
1 labu bawang besar - hiris bulat
cili padi - pecahkan (yg ni aku tak masukkan coz irfan nak join makan)
kacang panjang - patahkan jer..

Caranya:-
- tumiskan bawang merah, bawang putih dan cili padi
- setelah agak layu, masukkan kacang panjang
- pas tu masukkan sotong, jgn masak sotong terlalu lama..kang liat
- pas tu masukkan perasa, dah siap..
*
*
sup sayur adabi..
coz aku guna perencah sup sayur adabi..
*
*

sumber : cik google, tu yg tak berapa clear..
cara nak masak sup sayur ni, korang ikut je la step dia kat blakang paket tu..
*
*
soda gembira a.k.a air soda bandung...
kat indonesia, diaorg panggil soda gembira..
agaknya lepas minum air ni, org tu akan rasa gembira je kot..he3..
nak tau cara klik kat cik mat gebu
cikasben yg buat, kurreng kaw ckit..
tpi, ok la..
org pose yg buat..
lgpun, bukan senang cik asben aku ni nak ke dapur..
dia bab2 mengemas dan jaga anak memang tip top..
cuma, bab2 ke dapur ni agak kurrrrenggggg cikittt........cikit jer...
tpi, aku copy je la dri rumah CMG nih..


BAHAN-BAHANNYA :-)
sumber :-CMG
1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas ) -kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (mat syorkan guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (mat letak 3/4 tin)

CARA MEMBUATNYA :-)
-Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kuib air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.
-Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya.