Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Tuesday, March 6, 2012

nasi goreng pattaya

semalan pose ganti, dah sampai rumah petang tu teringin plak nak makan nasi goreng pattaya buatan sendiri.
aku pun buat la. nasib baik ada lebihan nasi malam tadi. muka nasi goreng dah sama macam kat kedai, rasa nasi dia lain la..kita wat sendiri, suka hati la nak taruk apa pun. nasi goreng dalam tu, aku buat nasi goreng cina sebab nak bagi anak2 makan sekali. kalau untuk aku jer, memang dah taruk cili api. pas tu, dadar telur 2 biji dan goreng selebar-lebar yang boleh dalam kuali tu. pas tu, masukkan nasi goreng dan lipatkan tepi2 tu sikit. amik pinggan, telangkupkan je nasi tu. dah siap..

pulau langkawi - day 3

last day kat langkawi, check out dan ambil balik deposit RM100.00, pas tu pegi pekan kuah shopping coklat kat kedai haji ismail.

kawasan persekitaran hotel

balik dulu..bye2 langkawi. cik asben ajak repeat lagi sekali coz tak puas jalan. tempat yang patut dilawati kami tak pegi. so, sekarang tengah survey tiket flight murah2. cuma rasanya dah tak dapat harga murah macam ni dan naik MAS lagi tu..

Monday, March 5, 2012

pulau langkawi - day 2

hari kedua kami kat langkawi..
bangun pagi, breakfast kat area pantai chenang dan merayau-rayau dengan berpandukan peta..
kononnya nak melawat tempat2 yg best kat langkawi..
dengan pembaca peta yg pro macam aku..
berpusing-pusing dibuatnya..duk jumpa tempat yang sama jer..
sampai kat area kabel car, tapi tak ready nak naik..aku gayat ler..
pusing punya pusing, jumpa taman buaya. masuk jer la..
tiket dewasa RM15.00 seorang dan separuh harga utk kanak2..nasib baik irdina free..
showtime main dengan buaya adalah pukul 11.15 pagi dan 11.45 pagi masa utk bagi buaya2 tu makan..
cik asben cakap, buat apa la kita masuk kat tempat yang kat KL pun boleh tengok..
nak wat macam mana? dah masuk pun..

gambar2 kat taman buaya
pas tu kami pegi cari wildlife birdpark..
tiket dewasa RM12.00 sahaja..
best masuk sini, semua binatang kita blh pegang kecuali ular..berani dengan tak berani jer nak pegangnya...
pas g wildlife birdpark, pergi pekan kuah cai makan kat pasaraya yang ada aircond..
panas betul cuaca kat luar. dah la cermin kereta tu macam akuarium. tak bertinted..

kat wildlife birdpark

main dengan burung2..


pas tu g dataran lang
dah settle bergambar2 kat tempat yang panas terik ni, terus balik hotel. tido jap, pas tu g mandi pantai lagi kat belakang hotel..pas mandi, siap2 untuk cari makan. cari makan kat area pantani chenag jer..

muka2 yang menunggu makanan sampai..oder agak lambat sampai kerana tempat ni memang penuh dengan pelanggan. pelancong mat saleh pun ramai..
irfan dah tak larat nak makan sebab dia mengantuk sesangat..penat dengan aktiviti yang penuh dan tak tido siang. org tengah makan, dia sibuk ajak balik..

makan kat restoran haji ramli, kat pantai chenang..harga berpatutan dan makanan yang kami oder semua sedap malam tu..tom yam dia memang kaw, ayam goreng kunyit portionnya banyak, sotong goreng tepung best dan telur bungkus thai pun sedap.total kami makan termasuk air hanya RM31.40 sahaja..
pas makan jejalan sekejap dan terus balik hotel, tidur..

Thursday, March 1, 2012

Percutian ke Pulau Langkawi - Day 1

Baru sempat nak post  citer pasal ke langkawi hari tu..seperti yang dah dipost sebelum ni, kami sekuarga bercuti ke Langkawi pada 24-26 Februari hari tu..percutian pertama untuk tahun ini dan juga percutian pertmama kami berempat..sebelum ni berdua, pas tu bertiga dan sekarang berempat la..pagi sebelum bertolak, aku kerah semua bangun pukul 5 pagi sebab flight pukul 8.30 pagi. lepas solat subuh, kuar rumah dan parking kereta kat putrajaya sentral. naik KLIA Ekspress terus menuju ke KLIA. tiket dewasa cuma RM5.20 sahaja. lagi jimat dari naik kereta untuk ke KLIA. pengalaman pertama irfan naik spesis keretapi ni.
punya la seronok dia dan duduk tegak tepi tingkap tengok pemandangan luar. sampai airport pkul  7.40 pagi dan terus bergegas check in. kaunter banyak sangat, kelam kabut jugak dibuatnya. dah la pintu boarding kami jauh, sampai nama kena paging supaya masuk flight. masa masuk flight, memang tak nampak la rupa kapal terbang tu..seperti biasa, irfan la yang paling excited. duduk tepi tingkap dan senyum sampai telinga sebab impian dia nak naik kapal terbang akhirnya dah tercapai...irfan siap minta jus oren kat akak pramugari tu 2 kali..perjalanan dekat, kami diberi kacang dan pilihan jus atau minuman panas. irdina plak, time kapal terbang tu nak naik, terus tertidur sampai kat airport langkawi. penerbangan 55 minit ajer..

muka seronok irfan masa dalam flight
sampai airport dalam pukul 9 lebih, cari kereta sewa. cik asben tawar2 dapat la kami sewa kereta wira aeroback dengan bayaran RM160.00 untuk 3 hari. murah sebab bukan cuti sekolah. singgah lunch makan kat restoran 'Atta Shoru', berdekatan dengan bulatan kat airport tu. restoran ni  aku memang syorkan untuk sesapa yang datang sini. makanan sedap dan harga murah. kami makan sekuarga total cuma RM13.00 sahaja.

cik asben punya makanan, tak sempat amik sebab dah lapor..
sedap makan gulai rebung campur sayur2 lain ni..
dah selesai makan, pergi jejalan ronda2 kawasan sebelum nak check in hotel

sementara nak tggu bilik siap, bawa anak2 main kat indoor playground yang ada kat hotel ni..
dah check in, masuk hotel dan tidur sebab kepenatan bangun awal2 pagi..

duduk federal villa tau, bukan holiday villa

ada 1 lagi single bed dalam bilik ni..
ok sangat untuk rate RM50.00 semalam..

yang paling best, hotel tu dekat betul dengan pantai tengah dan pantai chenang
kuar bilik siap pakai baju nak mandi dan tak perlu pakai selipar
pas siap mandi, terus balik hotel jer..

irfan kena timbus dengan pasir
dah siap mandi, balik hotel dan rehat2. lepas magrib kuar cari makan..
pusing2 nak cari restoran gulai kalut, tapi tak jumpa..
last2 makan kat restoran patani area padang mat sirat..
service lambat dan makanan kureng..
pasal dah lapar, habis jugak la makan..
sup dia rasa manis ler...tak pergi dah pas ni..
balik hotel, terus tidur kepenatan...
nanti sambung trip day-2 plak ye..




Tuesday, February 21, 2012

simple dinner last night

disebabkan kami sekuarga nak bercuti pada 24hb sehingga 26hb nanti..
aku tak membeli stok untuk ikan, ayam, sayuran dan yang sewaktu dengannya..
tugasan sekarang adalah untuk men' clearkan stok2 yang sedia ada dlm fridge tu..
so, aku masak la sosej sweet sour dan kailan ikan masin..
goreng ikan terubuk masin cikit..
jadi la stakat nak makan sekuarga kecik ni ha..

sosej sweet sour..
resepi  kuah untuk sweet sour ni aku guna resepi ikan sweet sour yang pernah aku buat sebelum ini
pas tu, curah atas sosej yang telah digoreng tu..

kailan ikan masin..
juga dah pernah buat sebelum ni..nak resepi, belek la kat label sayur tu k..


Monday, February 20, 2012

maggi goreng suka hati

salam semua..
nak post menu breakfast semalam..
aku masak maggi goreng..
banyak style nak masak maggi goreng ni..
suka hati la nak taruk apa..
antara style yang aku cuba, masak bersama daging cincang


peria goreng telur

aku suka makan peria walaupun rasanya agak pahit
sedap dimasak secara goreng atau masukkan dalam gulai atau kari..
tpi, kat rmh tak ada peminat lain, cuma aku jer..
so, kalau pegi pasar borong..
aku hanya beli sebatang peria katak yang kecil tu jer..
utk aku makan sorang..
pas tu, masak pedas2..
tak makan dengan nasi pun, tak pe..
rupa peria katak macam ni...

sumber : google

peria katak tumis telur
dah pernah buat sebelum ni..
resepi boleh cari kat label sayur
aku buat pedas2 sebab aku sorang je yang makan pun...