Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Thursday, November 24, 2011

repeat semula sate kambing

dah lama tak makan sate kambing ni
bukan malay style, tapi jawa garuda style..
he3...
kali ni dibelanja dan ditapau oleh budak opis aku yg dapat APC baru2 ni..
terima kasih bebanyak..
pas tu sambil mkn, kitaorg buat sekali dgn mjlis perpisahan bos..
dia naik pangkat, kena tukar la..
tpi, masih kat putrajaya lagi..
sate kambing ni aku dah pernah tunju kat entry sebelm ni..
watchaa....pedas giler..
sos dia yg sedap..
pedas2 + ada kacang + ada hirisan bawang
gerai ni setakat yg aku tau..
satu2nya ada kat puchong..
belah2 dalam kawasan perumahan dan agak sukar utk menjumpainya..
*
*
sate kambing jawa style..
*
*
sedap........
gerainya kat kawasan puchong perdana

Wednesday, November 23, 2011

simple menu dinner mlm tadi..

antara menu simple yg aku masak mlm tadi..
menu yg dimasak sempena apa yg ada dlm peti ais tuh..
kira nak ngabiskan stok2 yg ada..
coz hujung minggu ni cuti 3 hari..
plan awal nak blik kmpung..
aku masak ikan berlada dan masak lemak sayur campur..
*
*
ikan masak sambal..
cuma kali ni aku guna lada besar tu..
lada merah hidup..

IKAN GORENG SAMBAL

ikan kembung
lada merah
1 biji bawang besar *
1 uals bawang putih *
sedikit belacan *
1/2 biji limau kasturi
garam dan perasa

CARANYA:

- goreng iakn dahulu dan ketepikan
- kisar bahan2 bertanda * dan tumiskan sehingga benar2 masak
- perahkan limau, masukkan garam, gula dan perasa
- pas tu, masukkan ikan dan siap..

gandingan kepada lauk ni, aku buat masak lemak sayur campur..
bukan sayur campur frozen punya tu..
sayur tauge + sawi..
memang nak menghabiskan stok yang ada..
*
*
untuk anak2..
resepi yang ni tak payah tulis la..
sama je macam masak lemak sayur tu..
cuma aku taruk serbuk kunyit sikit bagi nampak kaler kuning..




Tuesday, November 22, 2011

dinner sempena bola sepak final

aku masak simple je mlm ni sbb nak cepat..
nak cepat siapkan masak, nak cepat siapkan anak2, nak cepat prepare baju dan brg2 utk esok keja..
semua nak cepat..
gara2 nak layan bola pukul 8 kat TV..
dinner pun depan TV..
nasib baik Malaysia menang..
suka.....
*
*
daging goreng kunyit
super hot punya..
dlm proses nak menghabiskan stok daging korban..

DAGING GORENG KUNYIT

daging - hiris
1 ulas bawang putih *
2 ulas bawang merah *
1 biji bawang besar *
1/2 inci halia *
cili padi * - ikut tahap pedas yg diingini
serbuk kunyit
garam dan perasa

CARANYA:

- hiris semua bahan yang bertanda * dan tumiskan kecuali bawang besar
- dah layu dan wangi, masukkan daging dan serbuk kunyit
- masukkan air dan masak sehingga daging tu lembut
- daging dah lembut, masukkan bawang besar, garam dan perasa
- tunggu sehingga air tu agak kering dan dah siap..

*antara petua yg blh digunakan untuk melembutkan daging ialah masa rebus daging tu masukkan sudu sekali atau sebiji panadol atau akar daun pandan. aku biasa guna cara 1. rebus sambil masukkan sudu camca dlm periuk rebusan tu..
*
*
bayam goreng utk anak2..
aku guna spesis bayam daun bulat..

BAYAM GORENG

1 ikat sayur bayam
1 ulas bawang putih *
1 ulas bawang merah *
1 biji lada merah *- buang biji
ikan bilis

CARANYA:

- hiriskan bahan2 yang bertanda * dan tumis
- dah agak garing, masukkan sayur bayam tadi dengan sedikit air
- masukkan garam dan dah siap





Saturday, November 19, 2011

apam beras lagi..

breakfast pagi ni makan apam beras...
dah buat petang semalam..
pagi ni kukus balik utk rasa yg sedap lagi..
irdina suka makan apam ni..
sesuai la dgn dirinya yg mempunyai gigi 3 batang sahaja..
*
*
warna warni apam aku..
*
*
makan dengan kelapa parut k..
dah pernah buat apam beras ni..
resepi klik kat n3 lepas..

Thursday, November 17, 2011

popia daging

hari ni buat popia daging stail sendiri hentam jer..
kebetulan ada lebihan kulit popia masa buat popia crab stick..
dlm fridge ada baki daging cincang..
buat je la popia..
xceli nak lipat mcm samosa..
tpi aku maleh nak potong2 kulit popia yg besar tu..

popia daging

POPIA DAGING

kulit popia
daging cincang
1/2 inci halia
2 sudu besar serbuk kari daging
1 labu bawang besar - dadu
kobis-  hiris
1 ulas bawang putih - dadu
cili padi - hiris (x letak pun x pe)
serbuk lada putih
1 biji putih telur - untuk pelekat

CARANYA:

- gorengkan daging bersama halia dan masukkan sedikit air
- bila air dah agak kering, masukkan bawang putih, bawang merah dan cili padi
- masukkan kobis dan serbuk kari
- masukkan sedikit serbuk lada putih, garam dan perasa
- toskan supaya lebihan minyak keluar
- setelah inti sejuk, masukkan dlm kulit popia dan gamkan hujung kulit popia tu dengan putih telur
- pas tu, goreng la..

Wednesday, November 16, 2011

kek coklat keju

aku buat kek coklat keju ni masa birthday irfan hri tu..
boleh buat 1 loyang..
tpi aku buat guna acuan lompang..
untuk bagi budak2 makan..

muka memang huduh la..
tapi, yang penting rasanya sedap..

cer tengok cheese kat tengah2 tu..
yummy..
resepi ni aku amik kat suharyati saadon FB
aku copy kat sini plak..

KEK COKLAT KEJU

bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

- pukul semua bahan kecuali telur
- pukul sampai kembang dan gebu
- masukkan telur pukul lg
- kukus setiap lapisan selama 10 minit
- macm buat kuih lapis

Tuesday, November 15, 2011

irfan 4'th birthday..

tanggal 14.11.2011...
merupakan hari lahir irfan yang ke ~ 4..
selamat hari jadi buat hero ibu yang tersayang..
ibu doakan abang jadi anak yang soleh dan bijak..
ibu, ayah dan adik dina sayangkan abang sangat2..
terasa cepat betul masa berlalu..
irfan lahir secara ceaseran dengan berat 3.2kg di hospital putrajaya tepat pukul 1459..
lahir secara ceaseran sbb jalan ibu tak buka2..
hanya buka 3cm sahaja dan masa tu air ketuban dah tak de..
doc takut bb lemas..
*
*
irfan masa hari pertama lahir..
*
*
gambar2 irfan masa kecik2 dulu..
sambutan b'day irfan kali ni aku wat kat taska dia jer..
buat kecik2 dan simple mimple jer..
paling puas hati sekali..
semua persiapan aku buat sendiri..
dari kek, goodies bag dan makanan ringan2..
hepi sgt2 tengok wajah dan riak muka irfan yg gembira masa sambutan b'day dia tu..
antara gambar2 yang sempat aku amik..

suka betul abang masa ni..

aku buat mini coklat cheese dan mini crab stick popia

 kek coklat moist wif edible image..
thanks to yaya coz bg free untuk design boboiboy ni..
cartoon favourite irfan..
edible image ni aku oder dengan kak ayu
kek buatan ibu untuk anak ibu yang tersayang..

irfan dikelilingi oleh aweks2..
masa ni budak2 lelaki tgh tido..

goodies bag..
sticker boboiboy tu aku oder dgn yaya jugak..

dlm goodies bag aku isi air kotak, sumi/jelly, kek apollo dan sticker angry birds..
aku beli brg2 tu dekat kedai pemborong makanan ringan kat pj
bagus kedai tu, barang2 dan aksesori untuk birthday party pun ada dijual..

irfan dengan teacher wanie, teacher as dan teacher liza

birthday boy

love u so much, abang..