Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Monday, January 24, 2011

kari ikan tongkol

lunch hri tu buat kari ikan tongkol..klau aku buat kari aku suka letak tauhu kosong.ala,tauhu yg org bubuh dalam mee kari tu..layan pic dulu k

yg ketul2 besar tu,namanya tauhu kosong...kuah kari ni enak di makan bersama..
*
*
*
*
*
*
*

taraa...dah lma tak mkn kari dgn sambal blacan & ulam jantung pisang rebus..meletup gitu...resepi kari ni aku ikut stail mak aku masak ler...tgk kat bwh ni yer.

Bahan2nyer:-
1 ekor ikan tongkol sederhana besar yg telah dipotong (nak bubuh ikan lain pun bole)
2 helai daun kari
1 pkt serbuk kari ikan (bancuh dgn air)
1/2 inci halia (dihiris)
2 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit biji sawi
2-3 keping asam keping
garam dan bahan perasa
kentang/bendi/tomato/tauhu kosong (optional)
perahan santan
1 ketul kiub pati ikan bilis

Cara2nyer:-
panaskan minyak masak. tumiskan biji sawi, halia, daun kari, bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.masukkan rempah kari ikan dan tumis sehingga pecah minyak. masukkan ikan yg telah digaulkan dgn serbuk kunyit dan sedikit garam.pas tu, masukkan perahan santan dan juga asam keping.aku tak suka pekat sangat santannya kalau buat kari ikan ni. pas tu, blh masukkan sayur-sayuran yg dikehendaki & yg dirasakan b'sesuaian.masukkan garam, kiub ikan bilis dan bahan perasa.

Saturday, January 22, 2011

nasi lemak wif ayam goreng berempah

pagi tdi brkfast nasi lemak dgn ayam goreng berempah.cik asben nak mkn ayam goreng berempah mcm yg slalu jual kat kedai la plak...godek2 blog cikmanggis ni,terjumpa la resepi ayam ni..so,mlm tu perapkan ayam dulu.esok pagi bru goreng..cik asben ckp,memang ada rsa la  yg mcm kedai2 slalu jual tu..pagi sabtu punya brkfast ler ni.....dlm blog tu resepi ayam goreng,tpi aku ubah nama ckit,tambahkan ayat berempah...maaf yer..tpi,rasanyer memang mcm ayam goreng berempah tau..

kamera henfon jer..tak clear la..apa2 pun,set hidangan nasi lmak wif 2 ketul ayam goreng rempah utk hubby sblm dia g keja.

bahan2 utk buat nasi lemak:-
2 cawan beras
pati santan
1/2 inci halia (hiris kasar)
sedikit halba
1 helai daun pandan (disimpul)
garam

cara2nyer:-
cuci beras hingga bersih.masukkan halia,halba,garam dan pati santan.tambahkan air jika pati santan tersebut terlalu pekat.sukat santan tu mcm kita masak nasi biasa.pas tu,letakkan daun pandan dan masak seperti biasa.

bahan2 utk buat sambal:-
cili kering secukupnya (direbus)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit air asam jawa
minyak masak
sedikit garam
sedikit gula
bahan perasa

cara2nyer:-
kisar semua bahan diatas.panaskan minyak masak dan tumis bahan2 yg telah dikisar tadi sehingga masak atau pecah minyak.pastikan sambal tersebut benar2 masak untuk mengelakkan sakit perut tau..pas tu,masukkan sedikit air asam jawa,garam,gula dan bahan perasa.ni basic punya sambal.u all blh masukkan sotong,ikan bilis,telur atau apa saja yg anda suka. Resepi utk ayam plak,aku amik kat link atas tadi.cikmanggis,minta izin CNP k..

resepi ayam goreng @  ayam goreng berempah
sumbangan : makcikmanggis

bahan-bahannya:1/2 ekor ayam-potong kecil
3 ulas bawang putih.
2 ulas bawang merah.
2 inci hali
2 batang serai.
1 tbsp serbuk kari daging.
1 /2  tbsp serbuk cili
garam secukup rasa.
3 tbsp tepung Kentucky-tepung untuk goreng ayam.
1 tsp serbuk kunyit.

Cara-caranya:-
Blend bawang putih,bawang merah,serai  dan halia hingga lumat.
Masukkan serbuk kunyit,serbuk kari dan dserbuk cili.Gaul hingga sebati.
Perapkan ayam dengan bahan-bahan diatas selama 2-3 jam.
Taburkan tepung kentucky& gaul rata.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak-warna perang.
Siap untuk dihidangkan :)



Friday, January 21, 2011

contest cute baby 2011 by mamarifqy

kali ni nak try join contesy anjuran MamaRifqy ni plak..menang atau tidak,tak de hal..yg penting hepi...contest ni ada sponsor dari blogger lain yg wajib di follow jugak

nak join klik kat link atas tu ye..tarikh tutup contest ni pada 25 Januari 2011
pic yg aku try bubuh ni ha...
*
*
*
*
name : nur irdina bt ismail
age : 6 month




pic yg ni sesaja jer post kat n3..

kek coklat moist versi 2

aku letak nama kek coklat moist versi 2 ni coz resepi kek coklat ni kan pelbagai-bagai..yg n3 sebelum ni lain resepinyer..yg ni plak lain ckit..tpi,rsa lebih kurang sma je rasanya kot????cuma moist atau tak jer...aku buat smalam.hubby tanya,wat sempena thaipusam ker???hem..byk la dia tu...wat utk mkn2 sendiri ma...kasi ini badan tambah naik lgi...WAAA................jgn!!!!!!takut aku bab2 naik bdn ni...tpi....still baking jugak...nak wat mcm mna???dah minat....biar minat memasak..jgn minat benda lain plak kan???

kek yg telah siap di deko dengan menggunakan bhn2 yg ada jer...

posing ckit rupa isi perut kek ni..

yg dah dipotong..bila dibiarkan semalaman baru mkn,terasa kelembutan tekstur kek ni..sedap..thumbs up!!!!!

Resepinya:-
sumber : trisia agoes

1 ketul buttercup
1 1/2 cawan gula halus
6 biji telur (asingkan putih & kuningnya)
1 camca teh esen vanila
1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu tes baking powder

Cara2nya:-
A pukul buttercup dan gula halus sehingga nampak putih.
    masukkan kuning telur sebiji demi sebiji, ketepikan.
B dalam periuk kecil, masukkan gula pasir, air dan serbuk koko.
    masak atas api sederhana dan kacau sehingga sebati.
C dalam bekas lain, pukul 6 biji putih telur sampai meringue/keras (bila angkat mixer, adunan tu tak jatuh).
    dan masukkan esen vanila.
D ayak tepung bersama baking powder.
-masukkan C adunan putih telur tu ke dalam adunan A buttercup yg telah dipukul sebelum ini.
 kacau hingga sebati. masukkan selang seli adunan B serbuk koko yang telah dimasak dan adunan D ke dalam adunan A+C tdi. adunan buttercup dan putih telur tdi tu. kacau sehingga benar2 sebati.
masukkan ke dalam loyang yang telah disapu dengan planta dan sedikit tepung.
bakar dengan suhu 200 drja celcius atau b'gantung kpd oven masing2. bakar sehingga masak.
nak tau masak ke tidak, cucuk kek tu dgn lidi bersih. kalau tak melekat, maknanya dah masak la tu..
untuk 1/2 jam pertama masa membakar kek ni, jangan buka pintu oven k..

 

Wednesday, January 19, 2011

hobi baru hubby dan anak bujangnyer..

ha...hubby aku dah ada hobi baru..penyakit b'jangkit yg b'asal dari biras aku a.k.a UNI...bela ikan dalam aquarium..blik je kerja,msti dia akan jenguk aquarium dan membuat la apa yg dirasakan patut.tak hbis2 menyusun pokok2 dlm tu..repair sana sni..berganding bahu dgn anak bujang dia mengerjakan aquarium tu..

ayah & anak bekerjasama dlm memastikan kecantikan dan keutuhan aquarium

inilah rupanyer aquarium ayah dgn anak bujang dia..ni kira permulaan la..cik hubby dah pasang angan2 nak bela ikan arowana plak..hrga anak ikan arowana yg spesis gold tu je dah RM1000 lebih.yg spesis silver plak dalam RM100 lebih..mahal giler..klau beli kang,tetiba jer mati,ha!!!!!!nganga aku..

ikan masak taucu

antara masakan ikan yg slalu aku buat coz senang,sedap dan menjimatkan masa.balik keja,smpai dlm pukul 5.30 ptg dah terus nak kena masak utk mkn mlm..pas tu,g amik anak kecik plak kat bb sitter..so,kna masak masakan yg simple dan mudah je la...


Bahan2 nyer:-
2 ekor ikan kerisi
1 labu bawag besar (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
5 tangkai cili padi (dipotong kecil@belah 2)
1 pcs asam keping
2 sudu makan taucu (aku suka basuh ckit utk hilangkan rasa yg masin)
garam dan bahan perasa

Cara2nyer:-
goreng ikan dulu.angkat dan ketepikan.tumiskan bawang besar,bawang putih.cili padi dan taucu.masukkan sedikit air ikut byk mana kuah yg korang suka.pas tu masukkan asam keping,ikan,garam dan bahan perasa.tara.....dah siap pun..kalu nak bg anak2 mkn,jgn la bubuh cili padi tu k...

carrot walnut cake

hari tu wat kek ni coz hubby dah boring asyik2 mkn kek coklat katanya..so,aku try la wat carrot walnut cake ni...ok la utk urg yg 1st time buat mcm aku ni ler...tekstur kek yang lembut dan rasa kacang walnut dlm dia..actually,tak bubuh topping cream cheese tu pun dah sedap rasanya..tpi,aku ni yg buh topping jgak..ye la,beginner mcm aku ni biasanya ikut sebijik2 resepi yg ada ni..layan pic yg tlh selamat dipotong ni dulu k..


Resepinyer aku amik kat SINI:- aku C&P jugak la erk..

Bahan-bahannya:

4 biji telur ~ asingkan putih & kuningnya
1 1/2 cawan ~ minyak sayur atau minyak jagung
150 g~ gula kaster (saya kurangkan jadi 130gm)
150 g~ gula perang (brown sugar)
1 1/2 cawan ~ lobak merah diparut ( jangan diperah airnya)

Bahan-bahan yang perlu di ayak:
250 g tepung gandum
1 teaspoon suduteh serbuk kayu manis ( saya tak letakpun sebab tak suka rasanya)
1 1/2 suduteh baking soda (saya guna 1 sudu teh baking soda aje)
1 suduteh garam
*1 sudu teh baking powder (* resepi asal tak letak pun, saya saja tambah)

100 g walnut ~ di cincang (saya bakar dahulu dalam oven sebelum dicincang- memang
sedap letak walnut ni!)

Cara-caranya:

1. Pukulkan kuning telur (saya guna mixer, pukul sampai kembang sikit).
2. Kemudian masukkan minyak, gula kaster & gula perang, serta lobak merah
yang diparut tadi.(Sekiranya lobak merah yang diparut itu mengeluarkan terlalu
banyak air, buangkan airnya tanpa memerah isi lobak merah tersebut)
3. Masukkan walnut, kacau sebati.
4. Kemudian masukkan bahan-bahan yang di ayak tadi, kacau sebati.
5. Pukul putih telur di mangkuk lain dengan mixer hingga keras.
6. Masukkan putih telur ini sedikit demi sedikit ke dalam adunan, kacau perlahan-lahan,
satu arah sahaja, sila gunakan spatula atau senduk kayu, tak sebati sangat pun
tak apa asalkan tidak terlebih kacau.
7. Bakar pada suhu 180 celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Frosting
120 g butter
250 g cream cheese
120 g gula aising

Caranya :
Pukul kesemua bahan hingga kembang dan ringan. Sapukan ke atas kek yang telah disejukkan dan hiasi dengan walnut.

Remarks: Tanpa frosting pun kek ini sedap dimakan....