Translate

Followers

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA

INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA SAYA
all product is open for oder

Saturday, November 12, 2011

popia jejari ketam

breakfast pagi tadi aku buat popia jejari ketam..
popia ni aku buat lebih..
utk dijadikan stok frozen food kat rmh aku..
bila nak makna, gorengkan ajor..
cik asben n irfan suka makan popia ni..
sumber dan ilham utk buat popia spesis ni setelah aku BW kat melleymey
*
*
buat mini popia jejari ketam
*
*
setelah digoreng.
plan asal nak taruk jejari ketam + french fries kat dlm tu..
tengah2 nak buat, cek dlm plastik shopping..
lupa nak beli kentang tu..
buat je la apa yg ada..
malas nak pikir2..
*
*
dah siap..
jemput makan...
resepi aku copy sini plak k..

POPIA JEJARI KETAM

Bhn²Kulit popia
Jejari ketam
Minyak
Putih telur


Cara²
  1. Ambil sekeping kulit popia. Latakkan sebatang jejari ketam dan gulung dengan kemas.
  2. Lekatkan dengan putih telur d hujungnya.
  3. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
  4. Angkat dan boleh d hidang dengan cicah sos cili atau sos cili + mayonnaise

Wednesday, November 9, 2011

red velvet cake

sambungan n3 lepas..
birthday mak aku jatuh pada 08.11.2011..
alang2 dah nak dekat sgt tarikhnya tu..
aku buatkan kek besday utk mak aku..
si merah baldu a.k.a red velvet cake..
ni kira 1st time punya RVC..
harap2 jadi la..
mak..
walaupun rupa kek ni x secantik yg mcm jual kat kedai..
tpi, ikhlas orang buatkan utk mak..
selamat hari jadi mak
orang sayang mak sgt2..
kalau nak tulis apa yg org doakan utk mak..
lenguh jari menaip nanti..
yg paling penting, semoga mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu..
*
*
RVC ku yg belum ditempek bedak..
*
*
deko memang teramat la failed..
*
*
rasa keknya memang sedap..
cuma...
aku ada failed ckit dgn adunan cheeese tu..
akibat tak tgk resepi betul2..
ada 1 bahan aku terlupa nak beli..
dah smpai rumah, malas la nak kuar..
pakai je apa yg ada..
last2, cream cheesenay tak cukup..
aku amik resepi ni kat kak hana
nak refer kak irma pun blh...
sebab dia bagi step by step cara nak wat RVC ni..


RED VELVET CAKE

Bahan-bahan:


Bahan Kek

250g tepung kek *
1/2 sk garam *
15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
113g @ 1/2 cawan butter
160g gula kastor - resepi asal 300g
2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
1sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting:

227g cream cheese
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ 11/2cawan whipping cream
hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Tuesday, November 8, 2011

raya korban 2011

salam aidiladha 2011..
tak mo citer panjang2..
biar gambar2 ni je la yg menceritakannya..
*
*
juadah di pagi raya
rajin plak mak aku buat kuih raya..
*
*
*
*
proses pembahagian daging
*
*
tebu...
dah lama giler tak makan tebu fresh ni..
anak aku lagi la tak reti nak makan..
teringat zaman kecik2 dulu..
buka kulit pakai gigi jer..
*
*
*
*
gambar aku je yang tak ada raya haji tahun ni..
sibuk sgt mak..
baju raya, recycle tahun lepas punya..



























kuih raya haji

raya haji tahun ni, sepatutnya blik jb..
tpi, tahun ni wat kmi sekuarga wat korban di pahang..
jadi, balik pahang lagi la..
Alhamdulillah...
ada rezeki tahun ni utk kami wat korban sekuarga..
kami amik 4 bahagian jer..
bahagian lain, mak dan abg sulung aku yg amik..
bekalan utk aku bawa balik ke pahang nanti..
*
*
biskut coklat chip yg tak jemu dikunyah..
favourite cik asben dan anak2 dan maknya sekali..
dah pernah buat kat sini
pas tu aku buat kek coklay very moist..
request dari mak..
*
*
kek coklat very moist..
pun dah pernah buat kat sini
bab2 deco, memang failed la...
*
*
dah kena potong..





Friday, November 4, 2011

sedih tengok gambar ni...

korang tengok betul2 dgn hati dan perasaan..
sedih weh..
teringat plak aku kat anak teruna aku tu..
mungkin sbb ada adik kecik, aku rasa mcm dah abaikan dia sikit..
balik ni nak peluk irfan puas2...

gambar yang amat menyayat hati..
seorang anak yatim telah melukis gambar 'mamanya' dan tidur bersama lukisan itu..

sekiranya kita ternampak anak2 yatim, berikanlah mereka bukan hanya barang2 material spt makanan..
tapi beri mereka pelukan dan ciuman yang jarang mereka dapat..
tetapi amat diperlukan dan dirindui..

sumber : ntahapeapeaje


Thursday, November 3, 2011

kari tulang

dinner mlm tadi aku masak kari tulang..
guna tulang lembu la..
tpi, aku campurkan jugak daging sikit kat dlm tu..
ye la, dah nama pun tulang..
tentu isinya pun kurang..
*
*
kari tulang...
sedap makan dgn roti, selain nasi..

KARI TULANG

tulang lembu secukupnya - rebus dahulu
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang,buah pelaga)
daun kari
1 pkt serbuk kari daging
2 sudu besar serbuk lada
1 biji kentang
1 btg lobak merah
santan
air asam jawa
garam dan perasa

CARANYA:

- tumiskan bahan hiris iaitu bawang merah, bawang putih dan halia bersama rempah 4 sekawan dan daun kari
- setelah naik bau, masukkan serbuk kari daging yang telah dibancuh dengan air + serbuk lada
- setelah bahan tersebut agak garing, masukkan tulang bersama air asam jawa
- dah empuk daging kat tulang2 tu, masukkan kentang dan lobak merah yg telah dipotong
- bila kentang dan lobak dah agak lembut, masukkan santan + garam + perasa
- siap...wat pekat2 sikit, sedap mkn dgn roti potong, roti jala, roti canai dan yg sewaktu dengannya..

Pencarian Blog Follower Bawah 500

Pencarian Blog Follower Bawah 500

nak join klik banner atas atau sini

Tarikh tutup : 11 November 2011, jam 2 petang